Terkini

Mesin Basuh Tidak Boleh Spin Apa Puncanya?

2:26:00 PTG

Mesin basuh adalah sebahagian peralatan elektronik wajib ada di setiap rumah walaupun sekarang sudah semakin mudah dengan adanya kedai mesin basuh dobi layan diri.



Sebelum itu kita sebagai pemilik mesin basuh haruslah tambah sedikit sebanyak pengalaman dan kemahiran membaiki kerana setiap peralatan elektronik ada hayat dia tersendiri.


Walaupun kita rasa jenama yang kita beli itu adalah yang terbaik di pasaran namun setiap komponen yang diguna pakai adakala datangnya dari kilang yang sama cuma berapa lama dia boleh bekerja untuk membasuh pakaian korang itu semua adalah nasib dan keberkatan.



Masalahnya sering terjadi pada alatan mesin basuh memang banyak walaupun kita lihat komponen dia tidak begitu banyak tapi dalam posting ini kita akan ceritakan mengenai permasalahan mesin basuh tidak boleh spin. Sedang korang sedap tunggu dia membasuh sampai tiba nak spin dia tak boleh pula atau menjadi perlahan, jadi korang periksa beberapa bahagian iaitu kebiasannya motor spin telah rosak atau kapasitor terbakar.



Ini adalah masalah utama bagi pengguna mesin basuh jenis manual, perkara ini berpunca kerana didalam motor ada dawai tembaga yang berkemungkinan sudah terbakar atau putus oleh kerana itu ia tidak dapat berfungsi dengan normal.


Caranya cuba survey harga motor spin itu dan harga mesin basuh jenis auto yang baru kerana jika ada permasalahan dengan komponen motor memang pengguna selalunya terus campak tepi dan tukar mesin basuh hitachi baru atau jenama lain mesin basuh terbaik. Tapi kalau ada kemahiran membaiki tidak salah cuba sedaya upaya untuk mencari punca dan tukar dengan komponen yang baru.


Jika berdekatan dengan kuala lumpur, korang boleh jalan-jalan di jalan pasar pudu kerana lokasi ini memang lubuk cari gantian komponen mesin basuh dan lain-lain.


Tips untuk mengelakkan motor terbakar adalah jangan melakukan cucian banyak kali dalam masa sehari kecuali mesin basuh anda jenis industri seperti kedai dobi kerana mesin basuh yang ada dirumah ini selalunya diguna pakai 2 kali seminggu sahaja kecuali keluarganya besar.


Kenapa Restoran Mamak Menjadi Pilihan Tidak Kira Kaum Dan Bangsa Di Malaysia?

2:20:00 PG

Penulis percaya pasti ada diantara korang ada terfikir sama namun apa yang kita lihat boleh dikatakan restoran mamak ni tiada sikit pun nampak seperti rasis macam restoran kaum lain.



Restoran melayu hanya melayu, restoran cina hanya cina kadang-kadang ada seorang dua india lepak ngeteh cap tiger, tapi kalau restoran mamak memang sempoi sebabnya tiada arak tiada makanan yang mencurigakan tapi harus ingat tidak semua restoran mamak bersih ya.


Pengusaha dia pun kadang-kadang pun ada main teknik kotor, tahap kebersihan makanan tidak terjamin dan pekerja-pekerja punya kebersihan juga tidak di ketatkan.



Kepada sesiapa yang teringin nak rasa makanan india boleh berkunjung di mana-mana restoran mamak yang dipercayai maklumlah tidak semua restoran mamak adalah muslim harus ingat tu.


Makanan india yang popular adalah roti Naan, Chapati, Briayani, Ayam Tandoori, Pani Puri dan macam-macam lagi tapi penulis sebut yang selalu orang kita order jelaa.


Kalau korang takut minyak seperti Roti Chanai haaa Roti Naan adalah pilihan yang terbaik kerana ia dimasak menggunakan tempayan tanpa menggunakan sebarang minyak yang berlebihan seperti Roti canai.


Seterusnya kegemaran penulis adalah Tosei bersama kuah kelapa, kalau dapat tu perghhh layan wei kena pula buat ala istimewa letak telur separuh masak atas dia.


Dengar cerita makanan india lebih kurang sama je dengan pakistan maklumlah sejarah diorang kan pernah duduk satu negara sebelum dipisahkan oleh british sebab rakyatnya gaduh sebab permasalahan agama muslim dan hindu pada ketika itu maka terpisahlah mereka dengan seadanya dan sehingga sekarang duk perang pasal perebutan tanah dan lain-lain.


Advertisement

Berkunjung Ke Melaka Memang Tak Lengkap Jika Tiada Asam Pedas

1:25:00 PG

Setelah penat berjalan pasti korang fikir apakah makanan sedap di Melaka ni, tak kan asam pedas je bosanlah nak juga rasa hidangan lain orang melaka.



Asam pedas di melaka sudah sinonim sangat tapi jangan risau sebab masih banyak lagi hidangan yang perlu korang nikmati cuma sediakan kos yang mencukupi sahaja.


Melaka dan asam pedas adalah satu gabungan yang tidak langsung boleh dipisahkan tapi bukan itu sahaja sebenarnya ada je hidangan lain persoalannya femes atau tidak sahaja.



Tahukah anda coconut shake juga terkenal di melaka dan jika kena dengan tempatnya silap-silap boleh dapat harga murah, selepas kena asam pedas melaka tu bolehlah tenangkan lidah dengan kesejukkan coconut shake di sekitar klebang.


Seterusnya selepas penat berjalan korang singgah pula di cendol jam besar, antara cendol yang menjadi pilihan adalah cendol durian memang perghh...


Di melaka juga terkenal dengan kuih muih, mana nak cari pandailah korang google tanya lokasi sebab penulis tak berani nak rekemen kedai risau tak kena selera pula nanti.


Tak nak kuih muih, korang boleh cuba cucur udang alor gajah perghh harga berpatutan jugalah tapi tidak pastilah jika sekarang sudah naik harga ekorang ekonomi sedang tidak menentu.


Banyak lagi tapi cukup setakat ini sahaja, jika ada masa penulis sambung di entri yang lain pula ya. Kita tengok apa hidangan yang sedap lagi sebab duk bandar asik cheese je bosan pula.


Advertisement

Tahukah Kita Makanan Khas Medan Ni Lebih Kurang Sama Di Malaysia

12:55:00 PG

Mengikut kefahaman penulis sebenarnya penduduk bumi nusantara ni sama je kulitnya yang membezakan cuma sempadan dan lautan je demi mewujudkan sesebuah negara dan kefahaman politik masing-masing.



Jika nak kira singapura tu pun sebahagian Malaysia tapi oleh kerana kefahaman politik berbeza maka jadilah sebuah negara kecil dengan bantuan sedikit sebanyak dari negara AS terutama dari segi kelengkapan pertahanan.


Berbalik pada makanan khas Medan ni penulis baru tahu ianya lebih kurang sama dengan makanan orang melayu di Malaysia contoh lemang, Nak tahu yang lain jom teruskan bacaan dibawah.



Lemang


Seperti yang kita ketahui lemang ni memang laku keras pada musim perayaan hari raya aidilfitri di Malaysia tambahan lagi ketika selepas musim perayaan iaitu dalam masa sebulan sebabnya ramai yang nak buat rumah terbuka dan makanan yang tidak terlepas pandang adalah lemang dan rendang perghhh!.



Hidangan Makanan Khas Medan yang lain boleh lihat disini makananoleholeh.com sebab jika penulis tengok memang lain macam diorang punya resepi tu belum lagi dari segi namanya.


Adakala makanan lebih kurang sama cuma mungkin ada citarasa tersendiri maka terciptalah resipi dan namanya mengikut daerah dan negara masing-masing.


Tu belum lagi penulis cerita tentang makanan orang minang, memang lebih kurang sama je macam melayu di Malaysia wei siap ada kuah lemak bagai, paling menarik ada satu kedai minang di gombak kalau bab nasi tak kedekut macam melayu tempatan kita.



Kedai tu betul-betul kasi penuh nasi dalam pinggan kau sampai kau rasa macam eh! kena kurangkan sikit nasi ni sebelum berlaku sebarang pembaziran jika gagal dihabiskan.


Walaupun medan ke minang yang penting makanan diorang memang lebih kurang sama je macam kita cuma selera atau tidak sahaja maklumlah tekak orang Malaysia sekarang dah ngalah orang barat kalau boleh nasi goreng kampung pun nak toping cheese.


Malaysia Menaik Taraf Kepada 5G Adakah ia Boleh Menjanjikan Kelajuan Internet Kepada Pengguna?

9:38:00 PTG

Naik taraf rangkaian telekomunikasi memang keputusan yang baik tapi tahukah kita sebagai rakyat Malaysia bahawa kelajuan Internet dan keluasan rangkaian di seluruh negara pun masih belum sempurna.



SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA harap pantau adakah syarikat telekomunikasi di Malaysia ini mampu memperluaskan rangkaian mereka ke seluruh negara dan bukan hanya fokus lokasi-lokasi terpilih sahaja.


Ada beberapa telco hanya megah di kawasan bandar namun bila masuk pendalaman sikit terus tiada liputan. Dari liputan 4G terus dapat 2G sekaligus ia memberi kesan yang buruk pada pengguna GPS di telefon bimbit kerana ada beberapa lokasi tidak bergantung harap pada GPS namun ia lebih kepada menggunakan internet yang stabil untuk memberikan tunjuk arah.



Penulis ada membuat ujicuba dengan buat tetapan pada telefon untuk aktifkan GPS tanpa internet, hasilnya memang menyukarkan keadaan kerana teknologi GPS itu berfungsi untuk mengesan lokasi semasa kita tetapi ia tidak dapat membantu 100% untuk memberitahu jalan atau nama kedai mahupun bangunan.



Kesimpulannya posting ini bukan dibuat untuk menyalahkan mana-mana teknologi tapi jika boleh pihak bertanggungjawab sila perluaskan dahulu liputan yang sedia ada barulah sibuk menaik taraf 4G kepada 5G.


Kerana liputan 4G pun tidak semua tempat ada walaupun dalam kawasan bandar, tak kan sudah kelam kabut nak perkenalkan rangkaian 5G dimana ia memerlukan pengguna mempunyai peranti atau teknologi yang dapat menyokong 5G.


Penulis ada terlihat orang amerika buat ulasan di youtube mengenai bahaya liputan 5G kepada pengguna, tapi ada yang kata itu hanya sekadar provokasi dari amerika kerana teknologi 5G pihak China terlebih dahulu menghasilkan ujicuba.


https://en.wikipedia.org/wiki/5G


https://www.howtogeek.com/423720/how-worried-should-you-be-about-the-health-risks-of-5g/


https://www.radiationhealthrisks.com/5g-cell-towers-dangerous/


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)