Terkini

Resepi Rendang Daging ala Chef Wan Serta Mengikut Citarasa Tersendiri

3:41:00 PTG

Hari yang ditunggu dan dinanti oleh seluruh umat islam akan muncul lagi jika dipanjangkan usia kita.


sekejung.com

Setiap tahun seperti sedia maklum, kita akan menyambut Hari Raya Qurban bagi umat islam yang berkemampuan akan semestinya melakukan ibadah korban.


Manakala ada juga yang pening apakah hidangan sedap untuk sajian daging jadi diantaranya adalah Rendang daging tok atau Rendang daging chef wan mahupun sup daging. Ikutlah mana-mana resepi yang penting kena dengan tekak kita dan tetamu.



Persediaan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha seperti sedia maklum menu utama bagi hari raya korban adalah daging lembu. Jadi selain daripada rendang ayam, daging lembu juga sesuai untuk dijadikan rendang daging. Dibawah ini kami sediakan resipi Rendang Daging ala Chef Wan.


Bahan-Bahan

750 gram daging

1 sudu besar serbuk cili

200 ml santan

40 gram kerisik

Garam dan meggi cukup rasa

2 keping asam gelugor

1 sudu kecil Lada Hitam (tumbuk letak masa tumis)

2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus

1/2 cwn minyak utk menumis

Gula melaka / Nise keret

sedikit air jika perlu


sekejung.com
Ketupat Palas

Bahan Kisar

15 biji bawang merah (boleh tambah jika nak lebih)

5 ulas bawang putih

5 batang serai-hiris halus

1 inci halia

1 inci kunyit hidup (jika tiada boleh pakai serbuk)

1 inci lengkuas


Cara Memasaknya

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula atau nise keret satu keeping, garam dan meggi cukup rasa.


Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat serta masukkan daun kunyit. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.


sekejung.com
Ketupat Palas

Kalau boleh masak lama untuk jadikan daging lebih empuk dan lembut. Akhir sekali sudah boleh dihidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, ketupat atau pun lemang.


Resepi Lempeng Oat Yang Sedang Tular

1:54:00 PTG

Nusantara terkenal dengan sajian lempeng manakala di negara barat terkenal dengan sebutan pancake namun perbezaan bukan sahaja pada nama tapi sudah tentu turut mempunyai adunan resepi tersendiri.



Hari ini perkataan lempeng hanya terkenal di bibir warga emas berbanding genarasi muda. Pada zaman dahulu lempeng boleh dikatakan makanan wajib tapi mungkin ia ada sejarah tersendiri maklumlah dunia pernah mempunyai peperangan dan mungkin sajian lempeng sahaja yang mampu dimasak.


Jika nak bandingkan dengan generasi sekarang sarapan pagi mereka mungkin di dalam restoran makanan segera seperti McDonalds dan KFC.


Nak dijadikan cerita tekan ni teringin pula nak makan lempeng tapi kalau boleh nak lain dari yang lain contohnya macam pernah viral sebelum ini lempeng dicampurkan bersama Oat. Negara barat kata hidangan Oat ni adalah yang paling selamat untuk dimakan untuk menjaga kesihatan badan namun sejauh mana kesasihannya tidak dapat nak dipastikan.



Makanan ini juga disarankan kepada ibu yang sedang berpantang kerana ia mampu membuatkan kenyang dan sihat untuk dimakan berbanding makanan yang di bakar.


Ringkaskan kisah diatas dan kita lanjutkan dengan penyedian yang serba mudah tapi harus ada kesabaran yang tinggi. Selebihnya kalau anda ada idea untuk topping sila lakukan kerana ia akan menambahkan lagi kesedapan lempeng tersebut.



Bahan-bahan

1 cawan oat

1 cawan tepung gandum

1 biji telur

1 cawan susu

1/2 cawan air

2 sudu besar gula

1 sudu besar minyak masak

1/2 sudu kecil baking powder

- Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati

- Panaskan kuali dan masukkan adunan

- Bila adunan dah mula kering,terbalikkan

- Angkat dan hidang

Tips

- Bancuhan kena kental dan jangan terlalu cair. Jangan pula terlalu pekat. Lepas je bancuh cuba dulu masak sekeping. Kalau -mudah nak diterbalikkan tu kira lulus lah tu.

- Serious sedap lempeng oat ni. Dah jadi kegemaran sis and family kecil sis pula sekarang. Dah banyak kali buat. Memang kenyang and sedap.

Advertisement

Resepi Nasi Goreng Ayam Simple Yang Patut Dicuba

12:06:00 PTG

Nasi goreng antara menu kegemaran ramai disebabkan ianya mudah disediakan malah sedap dan mengenyangkan seisi keluarga.



Lebih-lebih lagi mempunyai anak kecil yang susah nak makan nasi putih berlauk maka hidangan nasi goreng akan jadi sebagai ganti tapi mestilah sentiasa kena berubah resepinya jika tidak kita sendiri pun bosan asik ngadap jenis masakan yang sama setiap hari.


Nasi goreng ayam sememangnya sesuai dihidangkan pada bila-bila masa baik ketika sarapan pagi atau makan malam ia tetap menjadi pilihan orang Malaysia kerana tidak perlu mengambil masa yang lama untuk fikir kerana semua peringkat umur boleh menikmati sajian ini.


Banyak-banyak resipi nasi goreng ayam dibawah ini menjadi pilihan saya kerana senang dan puas hati. Kepada yang baru nak belajar masak nasi goreng sesuai sangat ikut resipi ini.



Bahan bahan

- Nasi

- Isi ayam

- Bawang putih 1 labu

- Cili padi 5 biji

- Telur 2 biji

- Lada putih

- Garam dan maggi secukup rasa


Cara membuatnya

- Tumbuk bawang putih dan cili padi sehingga lumat

- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak untuk menumis bahan yang ditumbuk tadi.

- Bagi garing sedikit bawang putih tadi dan boleh masukkan isi ayam masak seketika lepas itu masukkan 2 biji telur .

- Agak agak masak isi ayam dan telur tadi boleh masukkan nasi gaulkan rata bagi rata tak nak berketul nasi.

- Sudah sebati boleh masukkan lada putih sedikit, garam dan maggi secukup rasa .


Yang mana suka makan sayur boleh letak sayur ikut citarasa sendiri , saya tak letak sayur sebab sayur kehabisan didapur disebabkan hari dah malam kedai pun dah tutup. Resipi itu sahaja ada disaat kelaparan dimalam hari, suami dan anak pun berselera.


Lebihan bawang putih membuatkan rasanya lebih sedap tambahan bila digoreng sehingga garing maka tidak perlu lagi untuk menggunakan sebarang teknik kicap untuk warna. Sedikit tambahan nasi yang digoreng jika boleh dipersedapkan lagi contoh menggunakan tumisan bawang yang mencukupi supaya wangi.


Jika anda pernah makan sajian nasi goreng ayam di kedai-kedai masakan panas pasti nasi goreng mereka kelihatan kosong dan tidak menyelerakan kerana kononnya sudah mempunyai ayam goreng didalam.


Bagi seorang pemilik restoran masakan panas sila pastikan nasi goreng anda tidak kelihatan terlalu kosong untuk hidangan nasi goreng ayam kerana ia agak tidak berpatutan sama sekali kepada pelangan.


Akhir kata dari penulis jika ingin kepuasan maka pelajarilah masak sendiri jika gagal pada kali pertama mana mungkin akan gagal cubaan yang seterusnya.



Diatas ini adalah gambaran nasi goreng ayam yang saya maksudkan dimana nasi dia kelihatan kosong dan hanya digoreng dengan kicap sahaja manakala harganya mahal dan tidak berpatutan.


Advertisement

Mencari 'SunBlock' Yang Sesuai Dengan Kulit - Biore UV

9:50:00 PTG

Setelah lama memikirkan sunblock apa yang sesuai untuk kulit muka saya yang jenis combination kulit berminyak dan kering.


biore UV

Selepas puas mencari sumber di Internet saya tertarik pada satu jenama ni iaitu sunblock jenama Biore UV Aqua Rich Water Essence Cool SPF50+ 50G. Dengarnya produk ni baru lagi di pasaran jadi saya teruja la nak mencuba terus ajak suami pergi cari di Watson yang berdekatan rumah.


Dengan harga mampu milik ketika saya membeli ada promosi lupa harga berapa tak sampai RM30 . Setelah percubaan pertama pakai di kulit muka wahhh terasa best sangat sangat. Pastinya tidak melekit, cepat meresap dan tidak berminyak memang sesuai untuk jenis kulit muka macam saya ini.



Saya kongsi serba sedikit perincian tentang produk ini.

1. Kesegaran yang menyegarkan dengan liputan uv yang lengkap.

2. Menyegarkan dengan formula ringan yang luar biasa yang memberikan perlindungan UV tinggi dengan menahan sensasi penyejukan setiap hari

3. Kesan penyejukan yang menyegarkan

4. Pati penghidratan berair

5. SPF 50+ PA+++

Tekstur menghidrat berair dengan sensasi sejuk yang menyegarkan untuk kegunaan harian seperti

- Berulang alik ke tempat kerja atau kelas

- Pendedahan persekitaran kerja yang tinggi

- Melintas antara tempat dengan berjalan kaki

- Sesuai untuk panas, iklim tropika lembap

Pertahanan UV tahap Mikro Teknologi pertama di dunia (World’s First* Technology mirco Level UV Defense)

*Pati penghidratan berair dengan asid hyaluronik dan ekstrak royal jelly

*Sesuai sebagai alas solek yang boleh disatukan dengan kulit dengan baik untuk kemasan asas yang halus

*Digunakan sendiri untuk mencapai penampilan berseri semula jadi yang mudah

*Untuk semua jenis kulit (penggunaan muka dan badan)

*Penyerapan cepat

Panduan

Sapukan ke bahagian muka, leher & badan dengan sekata. Untuk hasil yang terbaik, pakai selepas peluh berlebihan, berenang atau tuala pengeringan. bersihkan dengan sabun, pencuci muka atau cuci pancuran.


Kandungan

Water, Alcohol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Ethylhexyl Triazone, Isopropyl Palmitate, Lauryl Methacrylate/Sodium Methacrylate Crosspolymer, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Hydrogenated Polyisobutene, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Dextrin Palmitate, Butylene Glycol, Xylitol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Dimethicone, C12-15 Alkyl Benzoate, Glycerin, Propanediol, Glyceryl Stearate, Menthyl Lactate, Glyceryl Behenate, Vinyl Dimethicone/ Methicone Silsesquioxane Crosspolymer, Potassium Hydroxide, Cetyl Alcohol, Agar, Menthol, Sorbitan Distearate, Isoceteth-20, Polyvinyl Alcohol, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Stearic Glutamic Acid, Arginine, Disodium EDTA, Fragrance, BHT, Sodium Hydroxide, Tocopherol, Royal Jelly Extract, Sodium Hyaluronate, Phenoxyethanol, Methylparaben


Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Disukai Ramai

9:18:00 PTG

Kuih tradisi Malaya yang terkenal sejak berzaman lagi tapi ia sukar untuk didapati dalam kawasan bandar kerana tidak semua generasi dapat mempelajari teknik pembuatan yang sempurna walaupun ia nampak mudah tapi sebenarnya susah.



Kuih tepung bungkus terkenal dengan rasa lemak dan manisan didalam inti kelapa disebabkan mempunyai campuran bersama gula melaka atau sebelah pantai timur akan dikenali sebagai nisan haa bukan kereta jenama nissan ya.


Tepung dia yang lemak kerana disebatikan bersama santan akan membuatkan kuih ini bertambah sedap dimakan, cuma kemanisan inti kelapa itu harus dikawal supaya tidak terlalu manis kerana kemanisan itu akan menghilangkan rasa lemak pada tepung beras.



Untuk menambahkan bau wangi terhadap kuih tepung beras ini ia haruslah dibaluti oleh kepingan daun pisang lalu ia di kukus untuk menaikkan lagi aroma daun pisang kedalam kuih tersebut. Sekaligus gula melaka atau nisan itu akan cair didalam bersama inti kelapa ia ibarat kita makan kepingan pizza bersaluti cheese haa gitu.


Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras

2 cawan santan cair

½ biji kelapa muda parut

1 keping gula melaka Sedikit tepung pulut

Sedikit garam

10 keping daun pisang, potong persegi bujur

Bahan diatas tersangat mudah untuk disediakan namun ada beberapa hal yang perlu kita lihat iaitu jumlah kuantiti pandailah anda tentukan nanti. Manakala tentang bahan membuat inti pula anda boleh buat carian di internet kerana setiap orang ada cara tersendiri mengikut keselesaan tapi apa salahnya orang buat menggunakan inti lain contoh kacang merah atau coklat dan lain-lain perisa.


Tidak salah jika lari sedikit dari resepi asal kerana setiap hidangan haruslah mengikut tekak masing-masing maklumlah buat untuk tekak sendiri bukannya nak jual.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)