Terkini

Resepi Kuah Ladna Yang Boleh Anda Cuba - Keow Teow Ladna atau Mee Kung Fu

9:41:00 PTG

Keow Teow Ladna atau Mee kung fu sebenarnya kuah di lebih kurang sama namun ia bergantung pada air tangan masing-masing.



Senang cakap masak ni tak semestinya kena hensem atau cantik macam dalam rancangan masakan dalam kaca tV yang sebenarnya adalah usaha dan keyakinan korang ketika berada di dapur.


Bahan-bahan tidak semestinya sama seperti resepi dibawah dan boleh jer ubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur anda. Resepi ladna kuahnya mudah membuat orang berasa cepat muak tapi untuk kawal perkara itu haruslah disediakan bersama potongan cili padi bagi lidah kita terasa pedas.



Bahan A

Keow teow

Kicap

Minyak bijan

Semua bahan di goreng dengan sedikit minyak.

Bahan B

Bawang Putih 3 biji

Cili Api Merah 4 biji...ikut kepedasan

Sotong

Udang

Isi ayam

Lobak merah

Sayur sawi@ kailan

Air

Serbuk ayam Maggi

Sos seasoning

Garam

Tepung jagung

Cara penyedian

Tumis bawang putih bersama cili api merah, bila dah garing masuk kan sotong, udang, dan isi ayam. Kemudian masuk kan lobak merah tumis hingga lembut dan masukkan air ikut kuantiti yang dikehendaki.


Bila dah masak masuk sos seasoning, serbuk ayam maggi dan garam secukup rasa. Kemudian bila kuah dah masak anda bancuh tepung jagung dengan air biasa lalu masukkan ke dalam kuah tadi hingga menjadi pekat.

Resepi Singgang Masak Asam Pedas Cara Kampung Dan Sesuai Untuk Yang Sedang Pantang

9:21:00 PTG

Singgang masak asam bagi orang kampung ia sudah cukup memadai untuk disatukan bersama nasi putih namun lauk yang sesuai adalah ikan kembung. Selit pula dengan ulam lepas tu cicah budu atau tempoyak memang menambah nasi la korang.



Artikel ini akan kongsi cara penyedian resepi singgang masam asam, bujang ke atau dalam pantang ke memang sesuai sebab ia sangat mudah dan main campak-campak je terus boleh dihirup sup dia.


Seperti biasa kita perlu melengkapkan beberapa bahan seperti dibawah tapi kalau ada yang kurang haa minta personal shoper pergi berlari cari bahan ya.



Bahan-bahan

1. Bawang besar 2 biji

2. Bawang putih 3 ulas

3. Belacan

4. Cili kisar

5. Asam keping

6. Daun kesum

7. Kacang bendi

8. Ikan kembung

9. Garam sedikit


Cara-cara

Bahan nombor 1-4 kisar bersama sedikit air kemudian masukkan dalam periuk bersama air, daun kesum, asam keping dan cili kisar setelah itu rebus. Masukkan pula kacang bendi rendam sehingga masak atau empuk lalu masuk ikan pilihan anda contoh kembong boleh juga cuba letak ayam atau seafood tapi jangan tanya macam mana rasanya nanti akhir sekali masukkan garam mengikut lidah anda sebab yang nak makan pun tekak korang.


Jika menjadi sila beritahu diruang komen manakala jika sebaliknya harap korang tabah dan cuba lagi mengikut kemahiran tersendiri orang cakap jika didapur tidak semestinya kena ikut sepenuhnya dalam buku resepi.


Resepi ini dikongsi oleh NorSyahira Binti Yaacob.


Advertisement

Resepi Rendang Kerang Yang Boleh Anda Cuba Pasti Sedap

8:54:00 PTG

Rendang kerang selain sedap dimakan dengan nasi putih, juga sangat sedap dimakan dengan nasi lemak dan pulut kuning. Dalam posting ini saya kongsikan rendang jenis kering.



Sebelum itu jangan terkejut jika harga redang kerang agak mahal maklumlah nak menumis lagi nak keluarkan kerang lagi eh macam-macam lagi yang perlu dilakukan.


Nak tahu susah tahap yang macam mana? haa mari teruskan dengan penyedian bahan-bahan dibawah nak tengok kita sanggup layan ke tidak atau lebih mudah makan nasi kicap lauk telur mata.



Bahan-bahan

2 kg kerang direbus dan dikupas


Bahan-bahan untuk dikisar

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2 inci lengkuas

2 inci halia

2 inci kunyit hidup

1 batang serai

15-20 tangkai cili padi


Lain-lain bahan

1 sudu besar rempah kari

1 keping asam keping

2 sudu besar kerisik

1 sudu gula

1 1/2 cawan pati santan

Garam dan bahan perisa secukup nya

Daun kunyit dihiris halus


Cara membuatnya

1) Masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar, pati santan, rempah kari dalam kuali. Masak di atas api sederhana sehingga sedikit kering, kemudian masukkan kerang dan gaul sampai sebati.


2) Biar sehingga rendang sedikit kering, kemudian masukkan pula kerisik, garam dan bahan perisa. Kemudian masuk daun kunyit lalu gaul sehingga rendang kering (Rendang yang kering atau berkuah mengikut citarasa sendiri).


Resepi ini dikongsi oleh NorSyahira Binti Yaacob.


Advertisement

5 Jenis Peta Alternatif Selain Google Maps / Waze

3:25:00 PTG

Aplikasi peta milik Google sangat terkenal hampir diseluruh dunia kerana ia mempunyai kadar penggunaan yang tinggi disamping itu ia turut berjaya miliki sebahagian data dari aplikasi Waze.



Seperti yang kita tahu kini Waze dimiliki oleh Google dan ia juga salah satu aplikasi peta yang pengguna boleh saling berkongsi maklumat lalu lintas sesama sendiri.


Tapi dalam posting ini penulis ingin kongsi beberapa alternatif aplikasi peta yang mungkin kita tidak pernah nak ambil tahu. Sebelum itu sebagai pengguna perlulah tahu akan setiap aplikasi yang berada di peranti telefon bimbit sama ada ia selamat digunakan atau disebaliknya.



Sebagai contoh rakyat diluar negara selalu mengambil peduli akan setiap data privasi mereka dan mereka sentiasa mencari alternatif dari kekal dengan satu jenama contoh yang kita tidak boleh elak adalah Google. Apa perkara semua kita pasti akan rujuk Cikgu enjin carian Google kalau tak reti membaca terus rujuk ke Cikgu Youtube tak reti nak pergi sesuatu lokasi terus jumpa Cikgu Google Maps.


Sedar atau kita telah jadikan Google sebagai teman rapat, haaa nampak tak permainan dia. Tanpa berbual panjang penulis nak senaraikan beberapa jenis peta alternatif yang ada tapi tidak terkenal seperti kita guna sekarang.


5. Yandex Maps

Peta milik rusia ini sememang bagus diguna pakai oleh rakyat tempatan mereka namun ia juga dikatakan telah berfungsi hampir diseluruh dunia termasuk Asia. Khabarnya ada syarikat E-hailing berasal dari Rusia sedang guna perkhidmatan ini bagi mengantikan peta milik google.


4. MapQuest

Peta ini mempunyai beberapa ciri terbaru iaitu boleh periksa penginapan hotel, flight dan kereta sewa selain itu peta mereka menggunakan database OSM iaitu sumber terbuka tidak seperti Google dan Yandex.


3. Bing Maps

Ini adalah sebahagian perkhidmatan Microsoft untuk kegunaan telefon pintar dia iaitu Nokia dan menggunakan sebahagian data dari TripAdvisor.


2. Here Maps

Yang ini penulis pernah terlihat kenderaan mapping dia bergerak di sekitar lembah klang untuk mengambil gambar seperti Google Street View. Pada mulanya penulis fikir adakah mereka ini sedang ukur jalan namun selepas Google it! rupanya ia adalah sebahagian perkhidmatan peta atas talian dan mereka mempunyai ciri peta Offline dimana pengguna perlu memuat turun peta mengikut negara masing-masing.


1. OsmAnd

Si osmand ni tiada peta jenis webview tapi ia lebih pada aplikasi telefon, osmand ini juga menggunakan database openstreetmap(OSM) iaitu sumber terbuka dan memerlukan sumbangan dari komuniti. Osmand ni juga telah menggunakan sebahagian data dari Wikipedia untuk melariskan lagi data peta mereka yang kini sedang giat melakukan kempen untuk pengguna bertukar dan bergerak secara komuniti.


Huraian antara peta sumber terbuka OpenStreetView(OSM) dan peta yang dimiliki oleh Google, Microsoft, Yandex, Apple dan sebagainya sangatlah berbeza kerana peta OSM bergerak secara komuniti dan menyumbang secara sukarela tanpa paksaan jika nak dibandingkan oleh perkhidmatan yang ada ini dalam senyap mereka mengumpul data pengguna untuk kepentingan sendiri.


Tahukah anda data privasi kita sangatlah bernilai kepada mereka oleh kerana itu seharusnya sentiasa mencari alternatif supaya data kita tidak dimonopoli oleh mereka.


Cara Perbaharui Insurans Kenderaan Atas Talian Paling Mudah Dan Jimat Masa

10:53:00 PTG

Ketika dunia sedang dilanda pandemik covid19 sudah semestinya disarankan untuk kekal dirumah kecuali mempunyai urusan penting.



Namun tahukah kita kini hampir semua urusan sudah mula beroperasi diatas talian dan paling menarik ia boleh diuruskan hanya dihujung jari.


Setiap tahun pemilik kenderaan wajib keluar untuk berurusan insurans kenderaan dan cukai jalan namun sekarang anda tidak perlu lagi mohon cuti separuh hari atau mohon kebenaran keluar sebentar dari majikan semata-mata untuk urusan insurans kenderaan.



Kerana pada zaman serba canggih ini anda sudah boleh beli mana-mana jenama insurans yang bersesuaian dengan bajet korang tanpa perlu hubungi ejen insurans AM begitu juga kaedah pembayaran atas talian turut disediakan.


Sebelum ini kita disaran untuk manfaatkan jenama MYEG khabarnya sebelum ini ada suntikan dana dari kerajaan. Tidak lama kemudian keluar pula isu monopoli dan meminta sesiapa untuk tampil bersaing dalam perkhidmatan sama terutama perbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan.



Beberapa tahun kemudian penulis mula ikuti perkembangan sebuah jenama di media sosial iaitu Bjak.MY dan tengok maklum balas diruang komen semua positif.


Tiba hari yang ditunggu insurans kenderaan penulis pun mula tamat tempoh dan semenjak itu sudah mula skodeng sebut harga setiap insurans dari Bjak.MY ternyata ia sangat berbaloi.


Penulis tidak pasti bagaimana cara perkhidmatan Bjak.MY bekerja tapi mereka berjaya kumpulkan semua sebut harga dari setiap jenama insurans yang di Malaysia.



Masa itu kita hanya perlu lihat benefit dari setiap insurans serta bajet yang ditawarkan. Senang cerita gunakan kebijaksanaan kita untuk membuat keputusan bergantung pada benefit dan bajet yang ada.


Seterusnya kaedah pembayaran turut mempunyai banyak pilihan dimana anda boleh bayar menggunakan kad VISA/MASTER atau Online banking. Sebelum itu Bjak.MY akan tanya sama ada kita nak cukai jalan hantar didepan pintu atau tidak.


Servis caj perkhidmatan penghantaran cukai jalan bagi motosikal keseluruhan sekitar RM17 kadar mungkin bergantung pada poskod begitu juga harga cukai jalan kereta turut bergantung pada alamat.


Softcopy cover note pula anda akan terima dalam masa 1 hari bekerja melalui emel atau nombor whatsApp Bjak.MY(60166999129).


Kalau anda rajin dan ingin jimat duit tapi bukan jimat masa, caranya perbaharui insurans dari Bjak.MY dan ambil cukai jalan dari kaunter pejabat POS Malaysia atau mana-mana kiosk MYEG.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)