Terkini

Program Jaringan Prihatin Dari Kerajaan Kelihatan Gagal ?

9:16:00 PG

Penerima Bpr/Bsh yang layak dapat perolehi telefon pintar baru dengan harga potongan RM300.



Dari sisi gelap yang penulis perhati adalah beberapa telco hanya menawarkan beberapa model telefon dengan spesifikasi rendah sahaja dan paling menarik ada telco meminta pelangan mengambil pelan pascabayar dengan kontrak sekurangnya 12 bulan.


tolak campur yang untung tetap syarikat telco kerana mereka seolah ada kuasa untuk menentukan terma dan syarat terhadap pengguna walaupun Malaysia mempunyai unit pemantau iaitu SKMM. Namun begitu ada beberapa lokasi yang dipercayai masih fleksible dan bagi penerima membuat pilihan jenis telefon pintar apakah yang diminati.



Ada juga isu yang sedang hangat di media sosial bahawa yes sedang mengelirukan pengguna demi mengaut keuntungan iaitu pihaknya hanya memberikan telefon pintar percuma tanpa apa-apa ikatan kontrak dan deposit seperti yang dikenakan oleh telco lain.


Tiada kontrak, tiada deposit malah tanggungan data internet selama 12 bulan akan disediakan kepada penerima program jaringan prihatin. Tapi apa yang akan pengguna dapat adalah sebuah telefon pintar Yes Altitude bersama 1GB ram / 8GB rom, harga peranti ini dikatakan dibawah harga RM300 dan baki selebihnya semestinya masuk poket telco.


Dasarnya memang penulis tidak tahu akan selok belok program jaringan prihatin ini cuma ada baiknya RM300 itu ditunaikan bagi mengatasi keperluan rakyat yang sedang bergolak dengan masalah pandemik covid19 daripada memiliki telefon pintar baru yang terang ia hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja.


Cara Periksa Nilai Semasa Web Domain

1:15:00 PG

Pernahkah anda terfikir berapakah nilai harga semasa nama domain Google.com pada hari ini?



Walaupun carian enjin Google.com kelihatan seperti kosong dan hanya mempunyai sebuah nama dan sebuah kotak untuk mengisi kata kunci tapi disebaliknya, jenama tersebut telah bernilai sekitar $102,650,332,250 mengikut tarikh artikel ini di buat.


Bagaimana dengan jenama web domain yang lain kita tahu seperti Youtube.com , Blogger.com dan lain-lain yang telah dimiliki oleh syarikat gergasi Google.Inc.



Bosanlah asik prefer web domain yang besar-besar, cuba periksa web domain tempatan manalah tahu sama nilai dengan Google


Baiklah untuk tugasan periksa domain tempatan yang anda kenali pula, anda boleh cuba periksa dengan salah satu pautan iaitu worthofweb.com. Tapi harus ingat ia hanyalah angaran semasa sahaja dan harga sebenar masih terletak pada pemilik itu sendiri.


Penulis harap dengan perkongsian kali ini maka dapatlah korang fikirkan sesuatu yang lebih kearah ekonomi digital tambahan lagi semasa musim covid19 hampir semua perkara bergantung pada digital termasuklah matawang dan cara pembayaran.


Advertisement

Berbelanja Atas Talian Secara Ansuran Dengan Atome

5:22:00 PTG

Semenjak pandemik covid19 di Malaysia penulis perasan kaedah beli dahulu bayar kemudian semakin mendapat perhatian dari penyedia e-dagang.



Sebelum ini penulis ada kongsikan pengalaman ketika menggunakan keadah bayaran SpayLater dari Shopee MY boleh rujuk disini.


Tidak lama kemudian muncul lagi satu iaitu Atome.my turut buat tawaran lebih menarik dengan ansuran 3 bulan tanpa faedah.




Semasa dalam proses ujicuba dapati Atome.my hanya boleh digunakan pada rakan niaga e-dagang mereka yang terpilih sahaja. Setakat ini kelihatan masih belum banyak vendor yang boleh dimanfaatkan oleh penulis kecuali laman e-dagang EzBuy namun ia turut dapat kritikan dari pengguna bahawa servis penghantaran sangat bermasalah kerana mengambil masa terlalu lama.


Pihak Atome.my dikatakan juga sedang berusaha untuk perluaskan lagi rakan niaga e-dagang mereka supaya pengguna di Malaysia boleh manfaatkan kaedah bayaran ansuran yang lebih baik dimasa akan datang.



Advertisement

Pengalaman Beli-Belah Menggunakan Kaedah Pembayaran SPayLater - Shopee(MY)

5:25:00 PTG

SpayLater telah mula diperkenalkan di Malaysia bagi merancakkan lagi jumlah pembelian atas talian semenjak dunia dilanda pandemik.



Tapi khabarnya bukan semua akaun menerima kemudahan ini iaitu beli dahulu dan bayar pada hujung bulan tanpa dikenakan sebarang faedah jika bil tidak melebihi 1 bulan dari tarikh pembelian namun jika melebihi maka menjawablah korang.


Penulis berkesempatan buat beberapa pembelian menggunakan kaedah bayaran SPayLater Shopee untuk beberapa barang dan apa yang boleh dikatakan korang tidak boleh jelaskan bil secara berasingan mengikut barangan dan ini sangatlah bahaya jika pengguna gagal langsaikan jumlah keseluruhan dalam tarikh yang ditetapkan.



Apa akan terjadi jika gagal membuat pembayaran dalam tarikh yang ditetapakan? YA, anda akan dikenakan bunga faedah sila rujuk terma syarat SPayLater untuk mengetahui jumlah faedah yang dikenakan.


Pada waktu ini jumlah SPayLater yang ditawarkan oleh Shopee sekitar RM2,400 - RM3,000 sahaja. JIka ada akaun boleh melepasi dari jumlah ini mungkin score credit dia dalam keadaan cemerlang. Penulis harap sesiapa yang dapat kaedah pembayaran SPayLater dari Shopee gunakanlah secara berhemah dan bayarlah bil tepat pada waktunya supaya manfaat ini dapat bertahan.



Pro dan Cons masing-masing sudah tahu jadi berbelanja bilamana sedang ada duit dan hindarkan dari terjebak dalam sistem riba iaitu terlewat bayar bil atau ansuran melebihi sebulan maksima 3 bulan di SPayLater Shopee.


Sumber - https://www.lowyat.net/2021/230300/shopee-malaysia-spaylater-here/


Resepi Biskut Coklat Chip Seakan Famous Amos

5:25:00 PTG

Angan-angan nak buat coklat chip tapi beberapa peratusan kurang menjadi dan terus corner buat biskut lain, rasa tetap sedap cuma rupanya kurang menjadi.



Sebelum berjaya kena tempuhi kegagalan dahulu namun Keindahan coklat bersama kekacang tetap masih terasa. Semasa proses buat biskut teringat pula wajah seorang ibu keluarkan dulang biskut dari ketuhar semasa kecil berebut-berebut kami nak merasa.


Resepi biskut ini sangatlah mudah tapi adakala kita kena tempuhi juga kegagalan tambahan lagi jika rupa bentuknya tidak mengikut seperti yang kita harap.



Bahan-bahan

Marjerin 250g (nak sedap pakai pure butter)

1 cawan gula perang

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan Tepung jagung

1 biji telur

Vanilla essence

1 sudu kecil soda bikarbonate

1 sudu kecil baking powder

1 cawan coklat chips

Sedikit kacang badam hancur

6 sudu besar minyak

Cara-cara

-Gaul marjerin dan gula perang (tips : jangan pukul sampai gebu, cukup sebatikan adunan sahaja pakai senduk)

-Masukkan telur dan vanilla essence

-Masukkan tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonate, baking powder (ayak semua ni dulu) dan masukkan minyak gaulkan sebati.

-Akhir sekali masukkan coklat chips. (sejukkan coklat chips dalam peti ais dulu bagi keras sikit kalau tidak nanti lembik kena aduanan)

-Perap adunan dalam peti ais selama 30 minit.

*Masa bakar letak secubit saja adunan sebab nanti kembang dan kena jaga jarak musim PKP ni. kalau tidak biskut akan melekat.

Bakar dalam oven suhu 150/20minit guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Bakar Menggunakan Air Fryer atau Ketuhar

4:09:00 PTG

Ramai prihatin terhadap kesihatan ahli keluarga mereka terutama dari segi pemakanan dan lebih baik jika ia dari dapur kita sendiri. Dalam posting ini penulis akan kongsikan resepi Ayam bakar menggunakan air fryer atau ketuhar



Sebelum tu pastikan peralatan pembakar anda mempunyai besi penapis minyak ayam kerana tanpa penapis minyak ini hidangan anda mungkin akan dipenuhi dengan minyak ayam. Resepi cukup ringkas bahan juga mudah didapati dan hasilnya juga sama seperti ayam bakar di restoran.


Bahan-bahan

Ayam (separuh ayam)

5 ulas bawang merah kecil

4 ulas bawang putih

1 inci halia

3 sudu serbuk kari ayam/ikan

1 sudu serbuk cili

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil perasa (maggi cukup rasa)

Daun kari (optional)



Caranya

Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk. Sediakan ayam campur semua bahan dan perap sekurangnya 1 jam. Bakar dalam air fryer atau ketuhar dengan suhu panas 200 celcius selama 20 minit. Pusingkan ayam tersebut dengan suhu yang sama sekitar 10 minit (Bergantung jenis peralatan pembakar).


Perkara Yang Perlu Kita Tahu Semasa Claim Cermin Depan Kereta : Bahagian 2

9:46:00 PG

Sangat berbaloi jika kita beli tambahan insurans cermin depan kenderaan tapi sebelum tu sila ambil tahu beberapa perkara sebelum serah ke bengkel cermin kenderaan.



Semasa perbaharui insurans kenderaan pastikan insurans cermin depan anda mengikut harga pasaran contoh beli insurans RM90 dapat cover RM600 punya cermin depan kenderaan jika berlaku retak tapi bengkel cermin sarankan biar lebih sebab boleh cover dengan tinted dan getah.


Jika tidak lepas korang klaim cermin satu kerja pula kena berhabis duit pasang tinted depan dengan kos angaran RM150-RM250 kan rugi tu haaa lebih baik beli insurans lebih sikit.



Sebelum ke bengkel cermin pastikan softcopy dokumen semua lengkap iaitu "kad pengenalan, lesen, geran, cover note, roadtax hidup". Selepas tu buat survey beberapa bengkel terdahulu adakah mereka panel insurans anda dan paling penting boleh cover dengan tinted sekali atau tidak.


Bahagian tinted ini pelangan selalu terciduk dengan bengkel dimana mereka tidak menyediakan sebarang pemasangan tinted atau lebih sedap didengari insurans yang kita beli tu tidak boleh tanggung kos tinted tapi yang sebenarnya kos harga tinted tu telah masuk poket mereka jadi sila berhati-hati dengan teknik ini.


Lagi satu teknik mereka adalah menyediakan pemasangan tinted tapi kualiti tidak mencapai standard dengan alasan jika nak yang bagus pelangan kena tambah tunai. Untuk pengetahuan anda tinted bahagian depan sewajarnya adalah jenis anti UV(tahan panas).


Dialog yang perlu kita guna adalah berbunyi begini.."Tokey ada cover insurans jenama sekian sekian tak, tinted boleh cover sekali tak untuk anti UV dan boleh tukar getah cermin sekali."


Kalau bengkel banyak cerita itulah inilah maka sila survey bengkel seterusnya kerana insurans yang kita beli sudah boleh cover semua kos pemasangan tersebut tanpa mengeluarkan satu sen pun di bengkel cermin sila rujuk posting sebelum ini "Penting Beli Insurans Cermin Depan Kenderaan"
Bagaimana jika anda tidak klaim cermin depan dalam masa setahun?

Ada berpendapat sangat rugi sebab tiada sebarang refund boleh dilakukan, maka golongan ini akan mengambil kesempatan dengan melakukan sedikit retak dimana-mana bahagian cermin depan sebelum tamat tarikh insurans.


Golongan satu lagi pula agak sibuk dengan pelbagai urusan dan kurang kerajinan jadi ia memilih untuk abaikan selagi cermin depan dalam kondisi sempurna dan sedap mata memandang.


Sangat Penting Beli Insurans Tambahan Untuk Cermin Depan Kenderaan : Bahagian 1

9:01:00 PG

Sebagai pemilik kenderaan pasti tidak boleh lari dari masalah cermin retak dibahagian hadapan kenderaan, adakala terkena batu kecil dari lori pasir dan adakala tidak tahu datang dari mana batu kecil tersebut.



Disebabkan isu ini sering terjadi maka syarikat insurans telah menawarkan tambahan insurans cermin depan kenderaan dengan harga yang begitu murah mengikut jenis model kenderaan.


Kepada yang belum tahu insurans tambahan ini hanya cover cermin hadapan sahaja dan cermin selebihnya boleh klaim menggunakan potongan NCD atau tunai. Namun sehingga sekarang ada yang masih berkira-kira untuk beli insurans cermin depan atas sebab-sebab...:



"Kereta jarang pakai"

"Beli untuk pusing dalam taman sahaja"

"Kos perlindungan cermin mahal"

"Tinted depan kalis peluru"

"Kesan retak di cermin kelihatan bergaya"

"Rugi jika tidak klaim dalam masa setahun"


Diatas adalah beberapa cetusan idea penulis apa pun bergantung kepada bajet poket anda ketika memiliki kenderaan, orang kata sekarang ini kenderaan sudah menjadi satu keperluan kepada golongan miskin dan keatas jadi faktor kewangan turut menjadi isu bila tiba masa untuk perbaharui insurans sampai ada yang sanggup beli third party alasan usia kenderaan sudah melebihi 10 tahun.


Penulis akan kongsikan perkara yang berbaloi setelah beli insurans cermin hadapan di posting seterusnya, lepas ini pasti kereta korang akan nampak berseri-seri setiap tahun "Klaim Cermin Depan Kereta".

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)