Terkini

Ulasan Tentang khasiat Kopi Menurut Kajian Saintifik

1:39:00 PTG

Anda minum kopi setiap hari? Tahukah anda kandungan kalori dalam secawan kopi? Kalori diperlukan oleh tubuh untuk pelbagai aktiviti harian. Namun, harus diingat pengambilan kalori yang lebih daripada keperluan boleh menyumbang kepada masalah berlebihan berat badan dan obesiti.



Sebut sahaja kopi pasti tidak asing lagi bagi kebanyakan kita. Sejenis minuman yang sentiasa menjadi pilihan ketika bersarapan pagi. Biji kopi datangnya daripada pokok kopi yang diberi nama Coffea. Berdasarkan kepada kajian, terdapat beribu jenis spesis pokok Coffea dengan pelbagai ciri fizikal.


Namun begitu, dua jenis spesis Coffea yang popular di dunia iaitu Coffea Arabica dan Coffea Robusta. Pokok C. Arabica merupakan spesis utama yang menghasilkan serbuk kopi Arabica dan meliputi 70% pengeluaran di dunia. Spesis pokok kopi ini berasal daripada negara Ethopia dan dikatakan mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan kopi Robusta.


Manakala, biji kopi daripada spesis C.Robusta pula banyak digunakan dalam penghasilan kopi pra-campuran. Ianya juga didapati mengandungi kafein yang lebih tinggi.



Kandungan nutrisi saiz hidangan 100g kopi iaitu karbohidrat (0g), protein (0.12g), lemak (0.02g), kalsium (2.0mg), zat besi (0.01mg), kalium (49.0mg), natrium (2.0mg).


Kandungan yang berkhasiat di dalam kopi ini yang mengandungi tinggi antioksidan iaitu chlorogenic acid merupakan salah satu antioksidan dan juga salah satu metabolit daripada kumpulan polyphenol merupakan komponen utama yang ada dalam biji kopi ini.


Secara spesifiknya, kajian mendapati bahawa chlorogenic acid memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti biologi seperti bertindak sebagai antioksidan, antibakteria dan anticarcinogenic. Bahkan ianya juga didapati dapat memberikan kesan hypoglycemic serta hypolipidemic.


Khasiat kopi untuk kesihatan iaitu kopi bertindak sebagai energy booter. Kopi ini sentiasa menjadi pilihan ketika bersarapan bagi menyegarkan diri daripada kepenatan bekerja ia boleh memberikan tenaga atau membuatkan kita berada dalam keadaan berjaga. Kopi mengandungi sejenis bahan rangsangsan yang bertindak terhadap sistem saraf pusat iaitu kafein.


Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis yang mengandungi polyphenol, chlorogenic acid yang terdapat di dalam kopi dapat memberikan kesan hypoglycemic dan antidiabetic. Ini disebabkan oleh salah satu fungsi chlorogenic acid yang merangsang rembesan insulin dan seterusnya meningkatkan pengambilan gula oleh insulin di dalam darah. Oleh itu, salah satu khasiat kopi adalah ia boleh mengurangkan sedikit sebanyak risiko penyakit kencing manis dan harus diingatkan bahawa pengambilan kopi ini adalah tanpa sebarang tambahan gula atau pemanis lain.


Kopi juga dapat melindungi gigi, kajian mendapati bahawa kopi mampu merencatkan aktiviti Streptococcus Mutants, sejenis bakterian yang menyebabkan karies pada gigi. Walaubagaimanapun, kesan perlindungan ini adalah daripada pengambilan kopi hitam yang tidak dicampur susu.


Berpotensi mengurangkan risiko penyaki kanser sebab kopi kaya dengan antioksidan seperti chlorogenic acid dan caffeic acid memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko penyakit kanser. Antioksidan juga merupakan salah satu bahan yang dapat mengurangkan risiko kerosakan sel akibat daripada tekanan oksidatif. Namun begitu, kajian mendapati bahawa fungsi ini hanya berkesan terhadap beberapa jenis penyakit kanser sahaja.


Kopi sememangnya banyak memberi kebaikan kepada individu, walaubagaimanapun terdapat beberapa risiko yang akan dialami jika ia diambil secara berlebihan. Justeru itu, bagi penggemar kopi anda disarankan untuk mengambil kopi 1-2 cawan sehari.


Bagi individu yang mempunyai masalah penyakit kronik terutama sekali penyakit jantung dan darah tinggi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan saranan daripada doktor terlebih dahulu.


SUMBER

Mengalami Sakit Pada Tapak Kaki Apabila Bangun Tidur Mungkin Plantar Fasciitis (Radang Fascia Tumit)

12:48:00 PTG

Siapa yang selalu sakit pada tapak kaki bila pijak masa mula-mula bangun dari tidur? Sakitnya kadang- kadang sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit. Makan panadol pun tak jalan. Tapi kalau duduk dan tunggu lama sedikit, sakit tu hilang.



Jika betul, anda mungkin ada plantar fasciitis. Penyakit radang fascia plantar kaki ini disebabkan pemendapan calcium pada tulang tumit dan tisu fascia dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.


Ianya sering terjadi pada mereka yang berat badan mereka sudah mula meningkat, yang bekerja berdiri atau berjalan lama, berumur lebih 40 tahun dan mereka yang memakai high heels. Anda tidak mahu membiarkan penyakit ini sehingga boleh menyebabkan anda mempunyai masalah berjalan, dan merebak ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang.


Ada beberapa cara untuk mengurangkan dari sakit ini tanpa ubat-ubatan atau pembedahan iaitu cengkam objek menggunakan jari kaki, senanam lengkukkan tapak kaki, kerutkan tuala, jinjit kaki (3 kali jinjit dalam satu masa selama beberapa saat), jalan jinjit beberapa minit sehari, berdiri satu kaki, guling benda bulat dan tarik dengan menggunakan tuala senanam ini untuk mengurangkan risiko mendapat radang plantar fasia ini.



Sakit tumit selalunya lebih teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur kerana pada waktu pagi tisu tumit menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu itu menjadi longgar dan sakit berkurangan.


Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama. Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat.


Ada petua-petua selain di atas iaitu dengan mengamalkan berjalan kaki ayam di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Dengan menyediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu.


Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya. Sebaiknya bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai.


SUMBER
Advertisement

KEBAIKAN CUKA EPAL UNTUK BANTU ACID PERUT

1:23:00 PTG

Siapa tahu ada masalah kekurangan acid perut? Boleh ke kita bantu tingkatkan kepekatan acid perut dengan ambil ACV (apple cider Vinegar) atau minum lemon. Kan lemon dengan ACV nie masam . Masam kan acid. Boleh tak dia bantu ?



Straight to the point tak boleh sebab ia jenis acid berbeza. Gastric juice (acid perut) memerlukan hydrochloric acid untuk ia berfungsi normal. Ianya dihasilkan oleh dinding perut kita sendiri. Hydrocloric acid perut ini berfungsi bukan sahaja untuk membunuh bakteria, ianya bertanggungjawab untuk pelbagai tugasan penting seperti menukarkan Pepsinogen kepada pepsin untuk proses penghadaman protein dan mengaktifkan rembesan jus penghadaman oleh Pancreas dan Hempedu.


Untuk Apple Cider Vinegar (cuka apple) = Acetic acid dan untuk Lemon = Citric Acid + Malic acid. Itu yang bila minum Air campuran cuka appe atau lemon ini, dia akan sendawa sebab ianya cairkan kepekatan Hydrocloric acid perut. PH gastric juice tinggi = dengan LES Relax. Jadi mudah lah kita sendawa Kalau nak bantu rendahkan PH acid perut ini paling elok ambil saja Betaine HCL pills. Ini boleh sebab ianya pil HCL.



Selain itu, minum cuka (Apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu dan mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan (nutrient) bukan lemak, cuka juga merupakan salah satu makanan paling alkali dimana ia dapat mengimbangkan keseimbangan asid alkali dalam badan anda.


Opsss! Belum habis lagi, cuka juga membantu mempercepatkan metabolisma badan untuk menyingkir lemak-lemak terkumpul dalam badan.


Saya salah satu mengamalkan minuman cuka ini disebabkan perut selalu tidak selesa jika tersalah makan makanan yang boleh menyebabkan angin seperti nangka, sambal dan minuman teh atau kopi. Untuk pengetahuan korang saya ada masalah hempedu jadi saya kena kawal cara pemakanan saya dengan mengamalkan cuka epal setiap pagi.


Antara kebaikan cuka epal :

1. Membantu mengawal paras gula dalam darah dikalangan pesakit kencing manis.

2. Membantu menurunkan paras kolesterol.

3. Membantu menurunkan berat badan.

4. Membantu membuang toksin dari badan.

5. Membantu melegakan penyakit resdung dan batuk.

6. Membantu melegakan radang kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga, umpai laut dan tumbuhan berduri.

7. Membantu melancarkan penghadaman.

8. Membantu mencegah karies gigi.

9. Membantu mencegah mulut berbau.

10. Membantu mencegah bau badan.

11. Membantu meningkatkan metabolisme badan.

12. Membantu untuk mencegah wajah berjerawat.


Cara pengambilan:

Campurkan dua sudu cuka epal dalam segelas air sejuk dan minum menggunakan straw tau sebab nak jaga enamel gigi. Cuka epal ni asidnya tinggi. Ataupun campurkan dua sudu cuka epal dalam segelas air sejuk dan sedikit madu untuk hilangkan rasa tak sedap cuka epal ni.


Sesetengah orang, tak suka dengan bau cuka epal ni. Boleh diambil, sebelum tidur, sebelum breakfast, dan sebelum makan tengahari.


Cara untuk muka pula cukup mudah, hanya sapukan dekat muka dengan kapas yang direndam dengan cuka epal yang telah dicairkan dengan air bersih dalam nisbah 1:2.


Mana nak beli?. Terdapat di Watson, Guardian, Farmasi, dan nak mudah tak nak keluar tenaga lebih beli kat Lazada atau shopee je mudah.


Advertisement

CARA BURUNG BELATUK BERTAHAN DI MUSIM SEJUK

12:08:00 PTG

Belatuk atau pelatuk ialah jenis burung dalam keluarga Picidae iaitu salah satu cabang dari order Piciformes. Burung-burung ini dalam keluarga tersebut berkongsi ciri-ciri sama terutamanya cara mendapatkan makanan atau membuat sarang dengan mematuk pada dahan atau batang pokok dengan laju berulang-ulang kali menggunakan paruh, tabiat inilah memberi nama kepada burung-burung sejenisnya (pelatuk atau varian belatuk wujud hasil pengimbuhan sisipan dalam kata kerja patuk.



Burung-burung disebut ini didapati di hutan-hutan hujan dan kayu serata dunia kecuali di Australia, New Guinea, New Zealand dan Madagaskar. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat 25 jenis spesies burung belatuk.


Tabiat burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok untuk mencari makanan ulat dan serangga ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh.


Selain itu, belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah. Allah Maha Agung yang menciptakan sesuatu mengkagumkan. Burung Belatuk sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi musim sejuk.



Langkah pertama Burung Belatuk perlu mencari pohon yang mati dan akan membuat lubang dibatang pokok. Lubang ini akan diisi dengan biji Oak. Setiap lubang unik kerana perlu sesuai dengan saiz biji oak.


Tidak boleh terlalu besar kerana akan mudah dicuri oleh burung lain dan haiwan lain seperti tupai dan tidak boleh pula lubang terlalu kecil kerana menyusahkan biji oak untuk disimpan bahkan Biji Oak boleh pecah.



Dengan cara inilah Burung Belatuk dapat terus hidup walaupun musim sejuk kerana mempunyai makanan yang mencukupi. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu tanpa sia-sia.


SUMBER

Disunatkan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat

10:35:00 PG

Luar biasa surah Al-Kahfi ini. Sebab itu kita disunatkan membaca surah ini pada hari Jumaat. Kalau kita baca dengan kefahaman ia akan rewire our brain.



Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam al-Quran. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.


Ada 4 kisah hebat dalam surah ini. Kisah dua pekebun. Yang seorang itu bangga dengan dengan kebunnya. Dia jangkakan dengan teknologi, kepandaian, kesuburan tanah, kebunnya akan kekal hebat. Dia lupa pada Pencipta. Dia lupa teknologi, kepandaian, kesuburan semuanya dari dari pemilik yang sama – Allah Rabbul Jalil.


Kisah kedua ini adalah kisah kita semua. Bila berjaya sikit kita mula lupa. “Sebab aku pandailah semua ini aku dapat.” Atau “Sebab aku mengaji tinggi” Atau sebab mak bapa aku kaya”.



Saya sangat tertarik dengan cara penceritaan yang Allah gunakan dalam surah ini. Dengan naratif dan dialognya, kisah ini membawa minda kita menerobos ke awangan. Bersama bayangkan suasana kebun yang diceritakan. Mungkin movie mind kita berbeza. Tapi hasilnya sama.


Kisah pertama pula ramai orang sedar. Ia kisah Ashabul Kahfi. Kisah sekumpulan pemuda selamatkan akidah mereka. Bukan larikan diri. Mereka selamatkan akidah mereka. Allah suruh mereka keluar dari tempat tinggal. Pergi ke pergunungan.


Kisah Ashabul Kahfi ini sedang dan akan berulang lagi pada zaman ini. Pesan nabi dari Said Al Khudri dalam Sahih Bukhari “akan tiba masanya harta yang paling baik dimiliki oleh seorang muslim ialah kambing biri biri yang di bawa ke bukit bukit, di tempat hujan turun seperti lembah lemabh gunung melarikandiri membawa agamanya dari fitnah.”


Mungkin ada di antara kita menonton rancangan di BBC yang melaporkan nanti matawang Euro tidak akan bernilai lagi. Mungkin juga terbaca di Russia sekarang menggunakan cashless. Begitu juga di China.


Apa berlaku sekiranya deretan meteor yang menghala ke bumi seperti laporan NASA sebabkan gelombang electro magnetic? Masih berfungsikah komputer?


Kisah ketiga kisah yang luarbiasa. Kenapa? Sebab cara berfikir Nabi Khidir dan ilmunya di luar ruang lingkup faham manusia. Hatta Nabi Musa tidak terjangkau. Apa yang menarik ialah kemampuan berfikir kehadapan mampu dimiliki manusia.


Agak menarik ulasan dua penulis Filem Minority Report semasa di temuduga. Kedua mereka Jon Cohen dan Scott Frank menyebut Minority Report adalah inspirasi dari Holy Sciptures. Di belakang mereka pada waktu itu ada Quran terjemahan.


Kisah ZulQornain pula adalah masa itu untuk masa depan. Kisah ini bukan sekadar naratif akhir zaman kita. Kisah ini juga adalah bukti kaum terdahulu punyai teknologi lebih tinggi dari manusia hari ini. Banyak kisah dan ayat akan hal umat terdahulu dirakamkan di dalam Quran.


Saya sebutkan tentang rewire of the brain. Seminggu sekali kita akan semak semula check list ibrah ini. Kuatkan semula neural path yang terbina 52 kali setahun. Membaca surah ini dengan kefahaman akan lakukan beberapa perkara kepada kita.


1. Kuatkan pergantungan pada Allah. Walaupun kita ‘memiliki’ segalanya.

2. Periksa suhu iman. Selamatkan iman. Plan ahead untuk selamatkan iman.

3. Ilmu ini luas. Banyak yang kita tidak tahu. The moment kita rasa kita lebih mengetahui,, percayalah ada lebih faham dan tahu.

4. Pergantungan pada rezeki dari Allah itu luarbiasa. Allah berikan apa yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia.


Dengan masa berbaki ini jom sama sama baca Surah Al-Kahfi dengan kefahaman. Tadabbur dan tafakkur. You’ll feel the different!


Kredit : DrRizal Abu Bakar

SUMBER

Cara WhatsApp Merancang Untuk Mengubah Cara Menerima Mesej Anda

1:55:00 PTG

WhatsApp dilaporkan telah mula melancarkan ciri beta pertama 2022 untuk pengguna iOS. Menurut laporan oleh WABetaInfo, dengan ciri baharu itu, pengguna iPhone juga akan dapat melihat foto profil penghantar serta pemberitahuan mesej.



Menurut tangkapan skrin yang dikongsi dengan laporan itu, ciri baharu itu akan membolehkan anda melihat foto kecil pengirim dalam pemberitahuan apabila anda menerima mesej baharu daripada pengguna atau kumpulan tunggal.


Laporan itu juga mendedahkan bahawa ciri itu hanya tersedia kepada beberapa penguji beta yang menjalankan sistem pengendalian iOS 15 kerana ciri tersebut menggunakan API iOS 15.



Platform milik Facebook dilaporkan mengeluarkan ciri tersebut untuk lebih ramai pengguna dengan kemas kini yang akan datang. Memandangkan ciri ini masih dalam versi beta, WhatsApp mungkin mengalami masalah menunjukkan foto profil pada pemberitahuan tertentu, tetapi isu ini mungkin akan diselesaikan apabila ciri itu dilancarkan kepada orang ramai.


Minggu lepas WhatsApp juga mula melancarkan kemas kini beta 2.22.1.1 untuk pengguna iOS. Kemas kini kononnya mengandungi rujukan tersembunyi kepada ciri yang akan membolehkan pengguna membuat komuniti dalam kemas kini masa hadapan.


Notis tersembunyi serupa juga ditemui dalam kemas kini beta yang dikeluarkan dua minggu lalu untuk telefon pintar Android. Bagi anda yang tidak tahu, platform pemesejan Facebook sendiri telah mengusahakan ciri komuniti untuk seketika.


SUMBER

Aircond Kereta Tidak Sejuk atau Udara Panas? Jom Ambil Tahu

6:56:00 PTG

Jika penghawa dingin kenderaan anda berasa tidak sejuk, sila periksa beberapa bahagian dahulu iaitu paling mudah adalah Cabin air filter(penapis udara) sama ada ia dalam keadaan bersih atau berhabuk.


Oleh kerana sekian lama kereta mengalami masalah aircond maka inilah kesempatan penulis nak kongsikan beberapa kaedah penjimatan terutama dari segi pemeriksaan dan penjagaan.


Sekadar merujuk dengan rakan yang bukan dalam bidang semestinya jawapannya compressor aircond rosak. Betul ke? Jadi dalam artikel ini penulis akan kongsikan satu-persatu cara pemeriksaan sebelum korang bawa ke bengkel.



Pernah saja-saja bawa kenderaan masuk ke pusat servis Perodua untuk pemeriksaan aircond pada awalnya mereka hanya buat penambahan gas sahaja sambil beritahu harga Compressor sekitar RM 1900(tak pasti ia harga baiki atau pun seketul baru).



1. Bersihkan Cabin Air Filer

Penapis ini terletak di dalam kabin iaitu belakang laci, boleh dibersihkan menggunakan angin compress atau vacum tapi jika terlalu tebal atau kotor eloklah tukar baru.


2. Periksa Angin Blower

Boleh jadi angin dari kipas blower sudah tidak bertenaga, maka sila pasangkan blower aircond pada tahap maksima iaitu paras 4. Jika masih mengeluarkan angin walaupun panas tandanya masih baik tapi jika sebaliknya eloklah tukar baru.



3. Pastikan Kipas Condenser Bekerja

Jika deria pendengaran korang masih baik pasti akan dengar kipas condenser sedang bekerja atau tidak. Kipas ini mempunyai banyak peranan iaitu sambil kawal suhu enjin ia juga memberi kesejukkan pada komponen aircond.



4. Relay Aircond

Khabarnya relay ni tidak mudah rosak tapi apa salahnya cuba tukar baru sebabnya kosnya agak murah, jika tidak rosak maka anggap bonus sebab tukar awal.



5. Magnetic Clucth Set

Bahagian ini mudah rosak dan ia juga boleh menyebabkan berlakunya ruang kebocoran gas sekaligus tidak membuatkan aircond sejuk. Kalau rajin pergi servis aircond kenderaan korang pejam mata tukar je baru selepas 2-3 tahun dengan harapan hayat compressor bertahan lama.



6. Cooling Coil / Evaporator

Bahagian ini boleh dikatakan part kedua terakhir yang menunjukkan poket anda bakal dalam keadaan kritikal kerana tidak boleh dilihat dan perlu buka ruang dashboard dipanggil sebagai Full Service harga upah pula sekitar RM 450 mengikut kawasan tidak termasuk kos pertukaran alat ganti dan lain-lain seperti pengisian semula gas dan pertukaran filter drier.



7. Compressor Aircond

Bahagian ini boleh dikatakan pemeriksaan terakhir dan jika ada terlepas pandang yang lain tu korang anggap jelah sebagai bahagian bonus. Compressor ini memerlukan minyak pelincir untuk bekerja tidak silap dalam tu ada 'Piston kecil' maaf jika salah dan minyak compressor digalakkan tukar 6 bulan sekali mengikut kadar penggunaan.


Bengkel yang suka cetak duit akan seringkali rekemen korang tukar seketul sedangkan rahsianya selagi badan Compressor tu tidak retak atau pecah komponen dalam tu boleh je ditukar ganti soalnya rajin atau malas sahaja apa pun.


***Kos baik pulih masalah penulis diatas sekitar RM400(termasuk alat ganti) dan punca kerosakkan datang dari magnetic clucth, tak pasti harga tu ada buka ruang dashboard atau tidak untuk pembersihan cooling coil sebabnya malas nak menunggu tengok diorang buat kerja.


Berhati-hati Dengan PC Menggodam Aplikasi Telegram Messenger Palsu Dengan Perisian Malware Purple Fox

1:18:00 PTG

Pemasang Trojan apl pemesejan Telegram digunakan untuk menggunakan pintu belakang Purple Fox berasaskan Windows kepada sistem yang terjejas. Itu menurut penyelidikan baharu yang diterbitkan oleh Minerva Labs, yang menggambarkan serangan itu berbeza daripada penceroboh yang biasanya mengeksploitasi perisian yang sah untuk melepaskan muatan berniat jahat.



"Pelakon ancaman ini dapat mengekalkan sebahagian besar serangan di bawah radar dengan memecahkan serangan itu kepada beberapa fail kecil, yang kebanyakannya mempunyai kadar pengesanan yang sangat rendah oleh enjin [antivirus], langkah terakhir yang mengetuai jangkitan rootkit Purple Fox, kata penyelidik Natalie Zargarov.


Pertama kali ditemui pada 2018, Purple Fox hadir dengan keupayaan rootkit yang membolehkan perisian malware ditanam di luar jangkauan penyelesaian keselamatan dan mengelak pengesanan. Laporan Mac 2021 daripada Guardicore memperincikan ciri penyebaran seperti cacingnya, membolehkan pintu belakang merebak dengan lebih pantas.


Kemudian, pada Oktober 2021, penyelidik Trend Micro menemui implan .NET yang digelar FoxSocket yang diedarkan dengan kerjasama Purple Fox yang menggunakan WebSockets untuk menghubungi pelayan arahan dan kawalannya (C2) untuk mendapatkan cara yang lebih selamat untuk mewujudkan komunikasi.


"Keupayaan rootkit Purple Fox menjadikannya lebih mampu mencapai matlamatnya dengan cara yang lebih tersembunyi, " kata para penyelidik. “Mereka membenarkan Purple Fox untuk berterusan pada sistem yang terjejas dan menyampaikan muatan tambahan kepada sistem yang terjejas.



Akhir sekali, pada Disember 2021, Trend Micro turut menjelaskan peringkat akhir rantaian jangkitan Purple Fox, menyasarkan pangkalan data SQL dengan memasukkan modul masa jalan bahasa biasa (CLR) SQL yang berniat jahat untuk mencapai pelaksanaan yang berterusan dan lebih senyap dan akhirnya menyalahgunakan pelayan SQL untuk perlombongan mata wang kripto haram.


Rangkaian serangan baharu yang diperhatikan oleh Minerva bermula dengan fail pemasang Telegram, skrip AutoIt yang menerbitkan pemasang yang sah untuk aplikasi sembang dan pemuat turun berniat jahat yang dipanggil "TextInputh.exe", yang kedua dilaksanakan untuk mendapatkan perisian malware seterusnya daripada pelayan C2.


Kemudian fail yang dimuat turun menyekat proses yang dikaitkan dengan enjin antivirus yang berbeza, sebelum beralih ke langkah terakhir memuat turun dan menjalankan rootkit Purple Fox dari pelayan jauh yang kini tidak berfungsi. Pemasang yang menyediakan versi rootkit Purple Fox yang sama menggunakan rantai serangan yang sama, "kata Zargarov.


“ Beberapa nampaknya telah dihantar melalui e-mel, manakala yang lain, kami andaikan, dimuat turun daripada pancingan data tapak web. Keindahan serangan ini ialah setiap langkah adalah berasingan untuk fail yang berbeza, yang tidak diperlukan tanpa semua fail.


SUMBER
 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)