Terkini

Punca Rezeki Sempit Sebab Suami Suka Menipu Isteri

1:46:00 PTG

Hubungan suami isteri adakala nya sifat hati dan fitrahnya berbolak-balik selepas beberapa tahun bersama. Mungkin dahulu kita dilayan secara lemah lembut, tetapi sekarang pertanyaan kita dijawab secara acuh tidak acuh sahaja.



Terlalu menjaga dikata mengongkong, terlalu memberi kebebasan dikatakan tidak sayang. Dimana silap kita yang mungkin kita terlepas pandang? Dalam kita menjaga hubungan suami isteri, ada beberapa perkara yang sangat perlu diberikan perhatian.


Ini kerana ada sebahagian tindakan kita, tanpa disedari mungkin menyumbang kearah keruntuhan rumah tangga.



Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer. Kenapa yer ustaz?


Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak.


Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun minta pada Allah dulu. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri.


Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita, sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita.


Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.


Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita.


Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena.


Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri, mencintai dan menghargainya.


Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka.


Silaturrahim membuka pintu rezek, inikan bersama isteri kita yang tercinta.


Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang, kena sihir sudah buat macam-macam. Tetapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?


Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah.


Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar.


Sumber: facebook Ebit Lew


Tips Penjagaan Rambut Supaya Cantik dan Sihat Walaupun Bertudung

5:50:00 PTG

Dalam Islam, tudung atau kerudung ataupun dikenali sebagai hijab merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita.Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."



Kali ini saya nak kongsikan tips penjagaan rambut supaya cantik dan sihat walaupun bertudung, ada orang kata susah la jaga rambut kalau bertudung. Sebenarnya, bertudung lagi senang nak jaga rambut daripada rosak akibat terkena cahaya matahari atau pencemaran. Melakukan rutin harian atau mingguan ini lagi lah memudahkan kita jaga rambut kita daripada rosak dan rapuh serta gugur.


Cuci rambut secara berkala disarankan selang sehari untuk cuci rambut. Tapi kalau rasa kulit kepala berminyak atau tak selesa. Boleh saja cuci setiap hari. Sambil cuci tu urut kulit kepala. Pasti rasa lega "Me Time" dalam bilik mandi gitu.


Pilih syampu dan perapi yang betul dan tepat ikut jenis rambut. Nak bagus pergi salon rambut. Nanti dia akan cadangkan syampu dan perapi jenis apa yang sesuai dengan rambut kita. Elakkan cuci rambut dengan air hangat atau suam kerana ia menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Bilas dengan air sejuk untuk melembutkan kutikel rambut.



Jangan pakai tudung ketika rambut masih basah. Pastikan rambut betul-betul kering sebelum pakai tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelemumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering menyebabkannya berminyak.


Jangan terus cuci rambut lepas buka tudung. Lepas balik rumah penat-penat tu jangan terus cuci rambut. Buka tudung dan lepaskan rambut. Biarkan dahulu peluh pada liang kulit kepala kering sebelum dicuci.



Jangan pakai anak tudung yang sama sebelum dicuci. Betul la kan kuman ke bakteria ke yang terperangkap pada rambut dan anak tudung tu yang buatkan rambut kita pun tak sihat.


Pilih gaya tudung yang tak terlalu tebal. Sekarang ni banyak fesyen tudung berlapis-lapis, tapi kalau nak jaga rambut, sebaiknya pilihlah gaya tudung yang tak tebal sangat lapisannya. Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang bernafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak.


Boleh disarankan ambil supplemen untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat, diet yang baik juga sangat penting. Penjagaan dalaman! Ambillah makanan tambahan seperti biotin, silica, Vitamin B, C dan E, besi dan Omega-3.


Sepanjang memakai tudung, biasanya rambut diikat ketat. Justeru, apabila berada di rumah, lepaskannya selama yang boleh. Rambut yang kerap diikat menjadikannya mudah gugur dan mengubah tekstur halusnya. Dalam masa bertudung itu, kalau ada peluang tanggalkan tudung (macam kat surau atau ketika ke tandas), bolehlah dilakukan urut ringan ke kepala untuk memberi kelegaan dan rasa relaks.


Selepas bersyampu, jangan culas memakai perapi rambut. Sapukan perapi hanya pada bahagian helaian rambut. Jangan terkena pada kulit kepala untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.


Nak cantik kena lah usaha. Harap anak kecil dah lepas setahun dapatlah manjakan diri pula lepas ni. Sudah berusia kena bertambah cantik bukan untuk siapa untuk diri sendiri dan untuk suami juga kan.


SUMBER
Advertisement

Manfaat Dan Kelebihan Air Halia Untuk Wanita Yang Mengamalkan

11:21:00 PG

Halia memang banyak manfaatnya. Ada sebab kenapa ia menjadi bahan penting dalam banyak resepi masakan di dunia ini. Malah, halia ada dijadikan halwa dan juga jeruk, selain minuman untuk kesihatan.



Sebenarnya, halia sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan wanita. Cara paling mudah untuk mendapat manfaat dari halia ialah dengan menjadikannya ia minuman seharian, kerana dengan cara ini, khasiat dari halia dapat terus dimanfaatkan sebaiknya.


Kaum wanita sangat digalakkan untuk mengamalkan minum air halia setiap hari. Minuman air halia mempunyai banyak khasiat samada untuk kecantikan malah untuk kesihatan dalaman tubuh. Ia herba hebat yang boleh memberikan kebaikan luar dan dalaman lebih-lebih lagi buat kaum wanita yang sudah berkahwin.


Antaranya ia mampu membuang angin dalam badan, membakar lemak, memanaskan tubuh, menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan banyak lagi. Jom baca dan hadam lebih terperinci akan kelebihan meminum air halia ini.



Halia membantu membuang angin & toksin di dalam badan. Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (teh hijau lagi bagus) tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan dapat dibuang dan badan pun kembali segar.


Amalan minum air halia dengan madu setiap hari dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan kesihatan dalaman badan.Iamampu membuatkan wajah serta tubuh tampak segar, membantu melancarkan perjalanan darah sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi. Ia sekaligus menaikkan seri wajah.


Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme serta memecahkan lemak dalam tubuh secara semulajadi.Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan. Caranya dengan menghiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas, madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong.



Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.


Jika mengalami masalah percernaan seperti perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia berkesan untuk mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.


Halia juga dipercayai membantu menghilangkan masalah bau badan. Malunya bila badan dah lawa , muka cantik tapi badan pula berbau. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.


Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.Sekaligus memperkuatkan sistem imun dalam tubuh.


Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.


Banyak kelebihan halia ni untuk kesihatan dalaman tubuh. Jadi tak rugi jika diamalkan selalu.


SUMBER
Advertisement

Mereka Baru Mula Berkerjaya Beli Rumah atau Beli Kereta Dahulu?

10:54:00 PG

Nak beli rumah dulu atau kereta dulu, mana satu yang lebih berbaloi? Memang menjadi dilema bagi kebanyakkan orang terutama sekali untuk mereka yang baru hendak memulakan kerjaya. Perkara normal yang memang biasa berlaku. Sama ada nak membeli rumah atau kereta? Persoalan ini berlaku kerana merasakan kedua-duanya penting. Dan kedua-duanya memerlukan bajet yang agak mahal harganya. Jadi nak buat keputusan memang satu kesukaran.



Namun jelas sekali ada kelebihan dan kekurangan setiap satunya. Duit pendahuluan untuk membeli kereta adalah rendah dan anda boleh terus mendapatkannya. Ia bakal memudahkan untuk bergerak ke mana-mana terutama apabila melibatkan soal tugasan dan pekerjaan mahupun yang berkeluarga.


Yang pasti, komitmen untuk pembelian kereta tidaklah menakutkan sangat. Apatah lagi kalau mendapatkan kereta terpakai yang jauh lebih murah dari kereta baharu. Malangnya, nilainya sebuah kereta akan kekal menyusut dan lambat-laun nanti perlu diganti. Jika beli kereta terpakai pula, mungkin terpaksa keluarkan kos tambahan jika kereta itu bermasalah. Silap haribulan, baru pakai beberapa bulan, sudah alami pelbagai kerosakan yang besar.



Berbeza dengan membeli sebuah rumah di awal kerjaya. Rumah pula sentiasa meningkat nilainya dan kebiasaannya anda hanya perlu beli sekali saja. Tetapi, agak parah juga bila perlu membayar wang pendahuluan atau wang cengkeram. Ingin membeli rumah melibatkan kos yang sangat tinggi dan anda akan terikat dengan bayaran bulanan yang sangat lama.


Suka atau tidak, nak atau tak anda memang tetap kena bayar walaupun ekonomi berubah atau jadi tak stabil. Sesetengah orang kata, baik anda berjimat dan beli rumah dahulu. Dan ada pula orang lain cakap, bila dah cukup duit nak bayar rumah, tentu harganya dah melambung tinggi, jadi lebih baik beli kereta terlebih dahulu.


Sudah tentu tiada jawapan yang betul atau salah dalam hal ini. Walaupun ramai pakar kewangan akan cakap lebih baik beli rumah, tapi tak ramai yang benar-benar bersedia untuk komit dirinya dengan plan kewangan sedemikian.


Apatah lagi apa yang membimbangkan jika berlaku masalah kewangan seperti dibuang kerja dan dipotong gaji. Senang cakap, beli rumah perlukan komitmen yang amat besar berbanding kereta walaupun kedua-duanya adalah pilihan yang membabitkan duit yang banyak.


Untuk memudahkan anda membuat keputusan yang lebih bijak, segalanya terpulang pada penilaian anda. Mana satu yang menjadi keperluan melebihi kehendak? Mana satu adalah semata kehendak dan bukannya keperluan? Tak dinafikan yang setiap orang akan mempunyai keperluan yang berbeza.


Sesetengah menganggap kereta adalah perkara utama dalam kehidupan kerana melibatkan pekerjaan dan pergerakan diri dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada pula orang mengangap bahawa rumah adalah aset penting untuk kehidupan selesa buat diri dan keluarga untuk masa akan datang.


Betul, semuanya bergantung kepada keperluan. Jika anda boleh duduk sekali dengan ibu bapa atau sewa rumah dengan murah seperti berkongsi dengan beberapa teman tetapi terpaksa dan tak tahan nak naik turun pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, kereta adalah pilihan yang bijak.


Sebaliknya, jika anda nak bina kerjaya dan keluarga, menyewa untuk jangka panjang bukanlah sesuatu yang efektif kos.


Adakah anda dah cukup duit simpanan untuk membayar duit pendahuluan bagi kedua-dua rumah dan kereta? Dan persoalan yang tak kurang pentingnya, adakah anda berkemampuan untuk membayar secara bulanan dengan kos selenggara sekali?


Kedua-duanya memerlukan kos selenggara samada memiliki rumah sendiri ataupun kereta. Kalau boleh semua benda pun kita nak ada, tapi realitinya tak semua kita akan mampu! Periksa dulu keadaan kewangan anda, dan buat keputusan berdasarkan kemampuan dan bukannya nafsu.


Jika anda betul dan sangat beringinan, tetapi kurang mampu dari segi kewangan, maka kenalah cari inisiatif lain untuk menjana pendapatan serta kedudukan kewangan yang lebih kukuh.


Gaya hidup merupakan sesuatu yang bergantung kepada diri sendiri. Namun, ia bakal mempengaruhi kedudukan kewangan anda serta memberikan impak kepada keputusan yang mana mahu anda beli dahulu rumah atau kereta.



Bagi sesetengah orang, menyewa tempat tinggal bukanlah satu masalah besar baginya, tetapi rasa agak kurang selesa untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Jadi keputusan lebih cenderung untuk memiliki kenderaan sendiri.


Pun begitu, ianya bukan bermaksud mereka yang memilih untuk membeli kereta tiada kemampuan untuk mendapatkan rumah sendiri. Cumanya ia akan memakan masa yang lebih sikit untuk kumpulkan duit rumah tersebut apabila sudah mula berhutang disebabkan bayaran bulanan kereta atau mungkin perbelanjaan harian.


Lebih-lebih lagi, soal pembelian rumah ini, semakin lama anda bertangguh, pasti sekali harganya semakin meningkat dan menjadi masalah di luar kemampuan kewangan.


Lihat keadaan kewangan terkini anda, lebih-lebih lagi rekod hutang yang ada. Ini merupakan perkara terpenting. Hutang bukanlah satu perkara yang boleh dibawa main-main. Dalam agama sendiri, berhutang tidak digalakan. Silap haribulan, apabila tiba saat anda tidak mampu nak membayar, anda mungkin terjerumus ke situasi sukar yang berkemungkinan diisytiharkan muflis.


Mungkin ramai yang tak tahu, untuk mendapatkan pinjaman pembelian rumah, ia akan melibatkan lebih banyak perkara berbanding mendapatkan kelulusan pinjaman kereta. Ini adalah disebabkan oleh harga jualan yang jauh berbeza. Oleh itu, anda perlu ada rekod hutang yang baik.


Ini bermakna, dalam mana-mana situasi, anda perlu ada hutang untuk menghasilkan satu rekod hutang yang baik sebagai rujukan pihak bank. Ada kala, walaupun tidak pernah mempunyai hutang, pihak bank atau institusi kewangan akan sukar untuk meluluskan pinjaman, disebabkan tiada rujukan yang sah untuk penilaian kemampuan.


Tanpa rekod hutang, bank sukar untuk membuat keputusan sebab mereka tak dapat membayangkan samada anda pembayar hutang yang baik atau sebaliknya.


Kesimpulannya, setiap daripada kita ada gaya hidup dan kehendak berbeza dan tersendiri, jadi tiada formula hitam putih dalam menentukan apa yang wajar untuk dilakukan. Jika kita lihat, ada sahaja mereka yang mampu dan boleh memiliki kedua-dua kereta dan rumah tapi masih cukup makan dan tak nampak papa kedana.


Dan hal ini juga berlaku pada mereka yang baru sahaja bergelar lepasan graduan dan yang baru bekerjaya. Kemungkinan besar, mereka golongan orang yang telah melakukan langkah persediaan lebih awal dalam mengumpul modal sendiri.


Yang menariknya, dalam pembelian rumah dan yang sering menjadi kebiasaan, anda boleh membeli rumah dengan berkongsi hutang tersebut bersama pasangan anda.


Jadi, satu lagi dilemma yang mungkin wujud iaitu nak membeli rumah atau kenderaan dengan mahu mendirikan rumahtangga terlebih dahulu.


Semua ini sebenarnya melibatkan perancangan kewangan yang betul. Jadi, anda perlu ada ilmu menguruskan kewangan supaya segala keperluan yang anda mahukan tidak menjadi satu masalah atau beban.


Paling penting, kena pastikan apa jua pilihan yang telah ditetapkan, ia tidak akan membawa diri anda ke tahap perlu 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Boleh amalkan cara dan tips untuk berjimat tetapi elakkan supaya menjadi mudarat.


SUMBER

Racun Dalam Tumbuhan Peminat Pokok Keladi Perlu Tahu

7:38:00 PTG

Cantik kan bunga keladi kalau berimbun banyak-banyak, cantik juga mata memandang. Balik dari kerja terus hilang stress nampak macam gubaan bunga bunga dedaunnya.



.

Semua peminat tumbuhan hiasan keladi ini perlu tahu maklumat ini. Keladi (Caladium) mempunyai daun beraneka warna berbentuk jantung atau anak panah (mempunyai lebih daripada satu warna dan mengandungi pigmen yang berbeza, termasuk hijau, kuning, merah jambu, merah atau coklat.


Apa yang membuatkan kaladium ini beracun? Racun dalam tumbuhan caladium dipanggil Kalsium Oksalat. Racun itu meliputi keseluruhan tumbuhan tetapi paling kuat pada daun.



Kaladium adalah toksik apabila tertelan. Paling berisiko ialah kanak-kanak dan haiwan peliharaan terutamanya kucing dan anjing. Perlu dijauhkan dari dicapai oleh kanak-kanak dan haiwan-haiwan jika anda mempunyai caladim di rumah.


Mereka yang mempunyai kulit sensitif boleh terjejas hanya dengan bersentuhan fizikal dengan tumbuhan. Mengunyah atau mengigit tumbuhan ini akan membebaskan kristal beracun yang menyebabkan kemerahan atau sakit mata, kerengsaan mulut dan rongga mulut dan pembengkakan saluran pernafasan jika berlaku menyebabkan sukar untuk bernafas.


Apa yang perlu dibuat jika tertelan secara tidak sengaja? Jika seseorang telah mengunyah atau makan caladium secara tidak sengaja, petua berikut boleh membantu iaitu mulut hendaklah dibasuh dengan kain basah, tangan dan mata orang yang cedera juga mesti dibasuh jika bahagian badan ini terkena racun dan susu boleh diberikan untuk melegakan kesakitan sementara.


Jika seseorang tidak sedarkan diri atau tidak boleh menelan, mereka tidak boleh diberikan apa-apa melalui mulut. Dapatkan pemeriksaan secepat mungkin.


SUMBER

"GHOST DOCTOR" Kdrama Terbaru Lakonan RAIN & KIM BUM

5:21:00 PTG

Kali ni saya nak recommend cerita Ghost Doctor ni. Jalan cerita dia best bagi saya, masih boleh menonton di TVN. Hari ni baru masuk episod 4 ada lagi 12 episod dan ini bermaksud ada lagi dalam 6 minggu untuk siri ni habis. Jenuh la saya nak tunggu sampai habis baru nak marathon. Setelah sekian lama saya tak tengok Rain berlakon drama, kali ni dia betul-betul menarik minat saya tengok drama dia yg terbaru ni. Dan terjatuh hati pula dengan drama ini.



Sinopsis "Ghost Doctor" ialah Drama fantasi yang menceritakan tentang dua orang doktor yang mempunyai karakter berbeza daripada segi keperibadian, keterampilan dan latar belakang mereka. Drama ini menggandingkan Rain sebagai Cha Young Min dan Kim Bum sebagai Go Seung Tak.


Pada satu hari, Cha Young Min (Rain) terlibat dalam satu kes kemalangan yang tidak disangka, rohnya tertukar dengan roh doktor Go Seung Tak (Kim Bum) . Konflik bermula apabila kedua-dua mereka bertukar personaliti yang menggelirukan.


Status : Ongoing

Type : K-Drama

Seasons : 2022

Genre : Drama, Fantasy, Medical, Supernatural


Cha Young-Min (Rain) seorang doktor perubatan yang genius tapi dia seorang yang berlagak dan pentingkan diri sendiri. Satu hari, dia terlibat dalam kes yang tak terduga, dia terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkannya koma, lalu rohnya menyurup ke dalam badan doktor praktikal iaitu Go Seung Tak (Kim Bum). doktor ini berbeza personaliti dan kebolehan perubatan, lalu terlibat dalam kemalangan rasuk merasuk yang mengelirukan.



Dua episod yang menyeronokkan, dan episod selanjutnya nampaknya akan menuju kepada aspek thriller dan misteri melihat kepada perkembangan plot penceritaannya, tapi harap dikekalkanlah juga unsur komedi untuk menghidupkan suasana.


Lelaki bermotosikal tu jelas mencurigakan dan sebahagian daripada dalang kemalangan Cha Young Min, tapi atas suruhan siapa?. Lelaki motosikal itu juga cedera teruk, tidak tahu lagi dia mati ke tak tu. Siapapun yang bagi mesej ke Cha Young Min tu bukanlah dari Jang Se Jin (UEE) pun, ada komplot ni.


Doktor Ahn tu kenapa? riak wajah dia sentiasa cemas dan mencurigakan bila Cha Young Min baca pesanan yang konon dari Jang Se Jin tu dan bila Cha Young Min kemalangan, lagi cemas dia. Mungkinkah dia orang suruhan abang Jang Se Jin yang nak rebut harta bapak sendiri tu?


Cha Young Min (Rain) merupakan roh yang berkeliaran dimana jasadnya koma, dan secara automatiknya dia jadilah hantu, walaupun dia hantu tapi dia tidaklah boleh berkeliaran sebarangan, tidak boleh melintasi dinding atau pintu, dia ada sempadan kawalan pergerakan, dan dia tak boleh jauh dari jasadnya yang koma.


Cha Young Min tak boleh merasuk sebarangan orang, dia hanya boleh merasuk Go Seung Tak (Kim Bum). Cha Young Min tak boleh merasuk badan Go Seung Tak terlalu lama, kerana ini akan mengakibatkannya tidak akan dapat kembali semula ke jasadnya. Walaupun ketika berada dalam badan Go Seung Tak dia masih boleh nampak hantu.


Untuk episod 3 dan 4 rupanya Go Seung Tak selama Cha Young Min koma ni memang dia boleh dengar dan nampak kelibat hantu Cha Young Min ni. Go Seung Tak buat-buat tak nampak Cha Young Min ni memang kebolehan dia pura-pura naif selama ni samalah macam dia berlagak tak tahu apa, buat-buat bodoh depan sepupu jahat dia tu dan keluarga dia.


Mesti ada kisah di sebaliknya ni kenapa Go Seung Tak pura-pura naif selama ni, begitu juga kisah di sebalik hubungan Cha Young Min dan Jang Se Jin.


Kim Bum ni memang boleh sesuaikan diri dengan sesiapa je yang lebih tua dari dia, macam bromance dia dan Lee Dong Wook dalam Tale Of The Nine Tailed dan juga dia dengan Kim Myung Min dalam Law School, ni pun dia nampak serasi dengan Rain.


Hantu Cha Young Min ni mungkin akan mengajar Go Seung Tak kemahiran menjadi seorang doktor yang berkaliber, berkeyakinan dan lebih berani bukan macam dirinya yang sekarang, mungkin Go Seung Tak jugak akan menyebabkan Cha Young Min merendahkan keegoannya dan jadi lebih rendah diri.


Tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Nampaknya setiap episod seakan ada je ledakan bom dengan semua pendedahan yang terungkap, laju jugak plot penceritaannya.


Setakat ni karakter Son Na Eun paling tak berfaedah, cuma sikit jelah macam berguna tak bergunalah jugak tapi, setiap kali bila dia tepuk belakang Go Seung Tak masa kena rasuk dengan Cha Young Min, tercampak keluar Cha Young Min.


Tak sabar nak tunggu next episode apa jadi. Tapi apa yang saya nampak la kan, kemalangan Cha Young Min ni memang sudah dirancang sebab dia Doktor Pakar yang terpaling menyampah sebab satu hospital kutuk dia.


Rahsia Kempiskan Perut Ada Caranya Jom Ketahuinya

2:38:00 PTG

Ketahui rahsia cara kempiskan perut. Jangan ingat orang yang badan berisi je ada masalah perut buncit. Yang kurus pun ada yang perutnya buncit atau menggeleber, lebih-lebih lagi wanita yang pernah mengandung dan melahirkan.



Bukan senang nak kempiskan perut. Nak naik kejap je. Bila nak turun bukan main susah. Susah bukan kerana kompleks sangat. Tapi sebab cara tak kena.



Apa kata cuba 10 cara di bawah. Untung untung mengempis jadinya.


1. Makan makanan tinggi protein. Protein akan lepaskan hormon PYY. Hormon ini akan hantar isyarat ke otak. Katanya “bro/sis engkau dah kenyang. Udah udahlah tu” Kita pun sebut “ oh ye ke, ok ok saya berhenti sekarang.”


2. Kena bijak urus stress. Stress ni akan keluarkan hormon kortisol. Hormon ini hobi dia ialah kumpulkan lemak. Mahu tak membesar perut jadinya. Happy sungguh kortisol buat kerja kerja yang kita tak suka. Macam orang letak simen pada batu bata masa buat rumah ditempek tempek. Dia juga dengan bangganya bantu naikkan selera makan. Tahap melahap dan membantai makanan memuncak. Semua nampak sedap.


3. Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.” Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni. Bila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem. Seronok dia kumpulkan lemak juga.


4. Senaman - angkat berat, aerobik dapat cepatkan misi kempiskan perut.


5. Tidur - kajian selama 16 tahun dapati wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan alami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita tidur 7 jam. Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup? Cuba usap perut dan sebut “alahai besar juga engkau ye”


6. Ambil lemak ikan - jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda. Ambil 2000mg sehari. Cari yang anti reflux. No mercury.


7. Ambil makanan tinggi serat - serat dari sayur dan buahan akan bentuk gel di saluran pencernaan. Makan lambat nak lepasi saluran ini. Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa nak berjajan. Perut terisi fokus meninggi.


8. Makan sikit tapi kerap - Jangan tunggu sampai terlalu lapar baru nak makan. Masa ini kita akan makan banyak.


9. Kurangkan garam dalam makanan dan kurangkan makan jajan atau makanan masin. Garam berlebihan dalam badan akan sebabkan air bertakung dalam badan dan kandungan lemak meningkat.


10. Berbengkung sememangnya membantu untuk mengempiskan perut. Bukan sahaja kita orang melayu mengamalkan berbengkung, orang barat pun berbengkung juga cuma namanya lain sikit iatu corset. Bengkung bukan sahaja menyokong otot perut, malah bila memakai bengkung, secara automatik kita akan makan dengan jumlah yang sedikit. Bahasa mudahnya, bila berbengkung perut kita akan jadi padat. Makan sikit dah rasa kenyang.


Ada banyak lagi tips. Ini pun dah cukup kalau buat dengan konsisten. Soal pada diri, sayang sangat ke dengan “baby bump” tu? Kalau tak, bila mahu bertindak?


Kredit : DrRizal Abu Bakar


Samsung Bakal Melancarkan Galaxy S22 Pada 8 Februari

11:50:00 PG

Pelan pelancaran Samsung dalam tempoh dua tahun yang lalu adalah luar biasa, tetapi nampaknya perdana syarikat seterusnya mungkin kembali normal. Menurut khabar angin baru, tarikh pelancaran Galaxy S22 mungkin pada 8 Februari.



Saluran media Korea DDaily.co.kr melaporkan bahawa Samsung merancang acara pelancaran untuk siri Galaxy S22nya pada 8 Februari. Outlet itu mendakwa bahawa Samsung telah "mengesahkan" tarikh dengan "Galaxy Unpacked 2022" yang akan diadakan secara maya dalam talian.


Jemputan akan dihantar lewat bulan ini, tetapi tidak jelas sama ada akan ada komponen secara peribadi untuk pelancaran, tetapi MWC 2022 boleh membuka pintu kepada tayangan secara peribadi lewat bulan ini.



Sehingga hari ini, MWC 2022 masih akan diadakan secara peribadi di Barcelona dari 28 Februari hingga 3 Mac. Nampaknya, pra-pesanan untuk Galaxy S22, S22 + dan S22 Ultra akan bermula pada 9 Februari, dengan jualan bermula 24 Februari.


Itu kira-kira sebulan selepas siri Galaxy S21 memulakan kerjaya - siri itu tiba pada 29 Januari untuk jualan umum. Siri Galaxy Tab S8 dijangka tiba bersama Galaxy S22, dengan tiga varian termasuk Galaxy Tab S8 Ultra yang besar.


SUMBER
 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)