Terkini

Ketahui kandungan Kosmestik Anda, Mungkin Racun Didalam


Bahaya Produk Ada Merkuri, Hydroquinone dan Tretinoin


Makin hari makin tumbuh para usahawan kosmestik yang kita telah ketahui rata-rata masih banyak produk yang mereka keluarkan belum mendapat sebarang kelulusan (KKM). Kini bukan lagi masalah isu kelulusan tetapi semuanya adalah motif nak cepat kaya dan cepat nampak keberkesanan.


Sedangkan telah kita ketahui dimana produk kosmetik atau kesihatan haruslah mempunyai kelulusan kod Mal atau sebarang hologram. Apa yang membimbangkan ialah kebanyakkan produk kosmestik mengandungi antara 2-10% merkuri bagi setiap berat. Produk kosmetik ini telah dijual di negara Afrika, Asia, dan Amerika Latin dimana ia mengandungi kandungan merkuri yang lebih banyak antara 660-57 000 bahagian dalam sejuta.


Produk kosmetik Yang Berbahaya

Justeru apakah yang menyebabkan ramai wanita menggunakan produk kosmetik yang merbahaya ini? Mengikut satu kajian seramai 60% pengguna di Asia menggunakan produk ini kerana mereka mahukan kelihatan lebih putih dan muda. Antara salah satu faktor adalah harganya murah malah ada yang menggunakan untuk tempoh masa yang lama.


Kesan Keracunan Merkuri


Racun merkuri juga dikenali sebagai hydragyria atau mercurialism, suatu penyakit yang disebabkan oleh pendedahan merkuri dan pengumpulannya dalam tubuh pada jangka masa yang lama. Kesan jangka panjang penggunaan produk seperti ini akan menyebabkan kerosakkan saraf terutama pada tangan. Pesakit akan merasa gatal dan rasa terbakar pada kulit tangan mereka.


Contoh kesan keracunan

Selain itu bagi yang kerap guna produk di muka, ada juga sejenis produk yang mampu meruamkan kulit muka atau akan timbul bintik-bintik merah setelah pengguna cuba berhenti menggunakan atau mempunyai kemalasan.


Namun begitu janganlah kita menunggu kehadiran simptom-simptom diatas barulah kita mempunyai kesedaran. Ini kerana ramai juga wanita yang mengamalkan produk kosmetik itu tidak mengalami apa-apa tanda walaupun kandungan merkuri dalam tubuh semakin meningkat dan boleh menyebabkan kerosakkan ginjal.


Juga harus dijauhkan oleh wanita hamil kerana kesan toksin merkuri ini bukan saja didapati dengan memengangnya, tetapi juga menghidu wap yang tersejat apabila penutup tiub produk itu dibuka. Apabila berlaku pengumpulan bahan merkuri dalam badan, ia akan menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf janin. Selain itu bangan merkuri juga dipindahkan melalui air susu dari ibu kepada bayi.


Kenyataan akhbar dari KPK 11 April 2017 telah berjaya mengesan beberapa jenis produk kosmetik yang mempunyai kandungan beracun seperti Merkuri, Hydroquinone dan Tretinoin.


Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.


Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.


Sumber lanjut : Kementerian kesihatan


Pemeriksaan produk : NPRA

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)