Terkini

Fund My Home : Peluang Memiliki Rumah, Menguntungkan Atau Merugikan?

FundMyHome adalah lubuk untuk memiliki hartanah dengan harga yang murah iaitu hanya perlu bayar 20% peratus dari harga asal belum termasuk kos tersembunyi.


Harga selebihnya pula sekitar 80% peratus akan dibayar oleh pelabur ikat selama 5 tahun, maka pemilik boleh menikmati perumahan sementara itu selama tempoh yang ditetapkan iaitu 5 tahun.


Dari ringkasan diatas kita akan mula menilai dan buat kira-kira secara rambang sebabnya penulis ni bukannya dari golongan akauntan maka hanya menggunakan logik akal dan kiraan sedikit sebanyak bagi mengetahui adakah menguntungkan pemilik atau sebaliknya.


Sebelum itu kita harus buat tetapan di dalam kepala dimana tiada satu perniagaan didunia ini inginkan kerugian berbanding berakhir dengan keuntungan tunggu apa lagi ayuh kita beri sedikit sebanyak kupasan tentang program ini.



Perangkap atau Terperangkap? Pilihan anda.


Setiap hutang adalah komitmen tambahan lagi dengan masalah ekonomi global perang sana perang sini semuanya terkesan terhadap kehidupan kita sehingga menyebabkan harga rumah tidak terkawal yang sudah mula merebak sejak berzaman lagi.


Fund My Home diperkenalkan oleh menteri selepas tubuhnya kerajaan baru PH dimana mereka cuba menyelesaikan perumahan rakyat yang berpendapatan rendah dan selepas buat sedikit pencarian dapati program perumahan ini sesuai untuk orang yang sudah mempunyai aset tetap atau ingin mencari pengalaman pelaburan hartanah.


Sebelum itu jangan terperangkap dengan kata-kata orang kaya dimana sentiasa memberikan respon negatif terhadap sesuatu projek yang boleh buat duit pada mereka.


Mungkin sejak pelancaran projek ini ada individu yang tidak senang duduk termasuk para pemaju dan pemilik kediaman sewa, Fund My Home adalah satu inisiatif dari kerajaan untuk rakyat memiliki perumahan sementara atau kekal selamanya.


Atas tinjaun kami, ada kelompok cuba memberi respon negatif dengan mengatakan ia merugikan pemilik kediaman atas alasan selepas 5 tahun harus membeli dengan nilai semasa.


Selepas mendengar hujahan itu ramai golongan muda terutama golongan B40 takut dengan projek ini setelah mengenangkan tempoh 5 tahun itu. Baiklah cerita dia begini, sekali baca macam tak percaya, dua kali baca macam menipu, 3 kali baca eh eh macam menguntungkan pula.


Siapakah yang bekerjasama dalam FundMyHome?

- Eco world

- UEM Sunrise

- PKNS

- LBS

- MahSing

- Ijm

- PNBD

- Sunway

- IOI

- Trinity

- Maybank

- CIMB


Senarai syarikat diatas semua sudah berada di papan bursa dan mungkin tiada masalah buat anda kerana dalam perjanjian mengatakan selepas 5 tahun pemilik diberi pilihan untuk terus menduduki dengan syarat harus membeli dengan harga nilai semasa atau menjual dengan mengambil profit.


Nampak tak siapa yang untung siapa yang rugi, tidak nampak juga kami akan ulaskan lagi dimana jika anda menjual perumahan itu selepas 5 tahun besar kemungkinan dalam simpanan anda sudah mempunyai puluhan ribu termasuk profit dari hasil jualan itu pun jika dibeli secara tunai.


Manakala jika anda berhutang untuk memiliki perumahan dari FundMyHome, disini pasti ramai yang kantoi sebabnya rumah ikat 5 tahun manakala hutang korang tu rasanya mahu lebih 10-20 tahun kecuali bank boleh bagi pinjaman selama 5 tahun sama dengan kaedah perumahan tu haa selamatlah dari dibelengu hutang rumah selepas jualan.


Jika bank tidak benarkan pinjaman 5 tahun mengikut tempoh perumahan itu maka secara hormatnya kecundanglah korang ke dalam guni jerung sambil menanggung baki hutang sedangkan rumah sudah dijual semula mengikut harga pasaran.


Cuma kami dapati jika pemilik buat pinjaman selama 5 tahun anggaran kasar bayaran balik bulanan bank mungkin diluar jangkaan anda iaitu mencecah ribuan. Hurm mungkin keras sedikit kehidupan anda selama 5 tahun tapi puas hati kerana dapat menikmati profit dari hasil jualan balik setelah menduduki selama 5 tahun.


Cuma sedikit harapan dari kami projek ini dibuat berdasarkan nilai hartanah semasa, maka selepas 5 tahun kerajaan harap nilai hartanah yang dimiliki dari FundMyHome dapat meningkat kerana jika tidak pemilik secara hormatnya akan masuk kedalam mulut jerung dan ramailah yang muflis ketika itu disebabkan tak mampu bayar balik hutang peribadi.


Paling menarik, tidak ramai orang muda mampu simpan 20% peratus deposit kemasukkan skim ini kecuali bantuan dari ibu/bapa atau bank, sedangkan deposit rumah 10% peratus pun terkial-kial nak kumpul lagikan skim FundMyHome ini.


FundMyHome

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)