Terkini

Tahukah Anda Pelekat RFID Sudah Boleh Didapati Secara Percuma

Siapa yang sering guna Tol? Ya sudah tentu orang yang menetap mencari rezeki di kawasan bandar Kuala lumpur / Selangor kerana kedua lokasi ini memang merata Tol mereka maklumlah pengguna jalan raya nak jalan cantik dan terjaga sudah semestinya kena bayar.



Namun apa yang terjadi dengan SmartTag yang dikatakan tidak berapa Smart disebabkan pengguna sering menghadapi masalah ketika melalui Tol SmartTag maka dengan teknologi terbaru ini yang dipanggil Radio Frequency Identification (RFID) dicipta sebagai pelekat tanpa menggunakan sebarang tenaga dari bateri? eh ada bateri ke dalam pelekat tu kami pun tak pasti tentang ini sebab jenuh juga nak asik nak tukar pelekat RFID.


Touch N Go juga sudah mula menyebarkan pelekat ini kepada pemilik kenderaan mengikut fasa iaitu dari Pilot Test sehingga orang ramai yang kini sudah boleh melakukan pemasangan pelekat RFID secara percuma di lokasi terpilih yang sentiasa dikemaskini melalui E-Wallet TNG.




Pada mula pemasangan aku agak pening memikirkan teknologi ini paling penting jika berlaku kerosakkan atau kecurian disebabkan beberapa faktor yang bakal bermain di minda pengguna. Isu ini akan aku ceritakan dibawah nanti , apa yang korang kena tahu teknologi RFID ini juga sebahagian bahan ujicuba sepertimana peralatan SmartTag yang pada mulanya harga mencecah ratusan dan kini mungkin peniaga sudah mula turunkan harga sikit demi sedikit ekoran ramai yang sudah beralih kepada penggunaan RFID.


Cuma kita tidak tahu berapa teknologi ini dijadikan bahan ujicuba oleh TNG kepada pengguna Tol disebabkan masih ada pengguna mengatakan peralatan sensor yang berada di palang Tol gagal mengesan pelekat RFID mereka.


Permasalahan ini juga telah berlaku kepada pengguna SmartTag sebelum ini dan oleh kerana itu pihak TNG mula mencari teknologi baru iaitu sejenis pelekat yang akan berada di luar cermin kenderaan anda. Selepas pemasangan dilakukan dalam hari tertanya bagaimana pelekat ini dicuri atau di robek oleh orang yang tidak bertanggungjawab maklumlah di bandar ni masih ada manusia yang tidak bertamadun.



Persoalan diatas akan dijawab secara positif yang diberitahu oleh pihak TNG. Pelekat RFID berada di luar cermin kenderaan adalah disebabkan ingin memudahkan alat sensor di palang Tol mengesankan pelekat RFID seperti alat antenna radio dimana kelihatan seperti tiada penggunaan dari tenaga elektrik seperti bateri atau wayering dan paling menarik setiap pelekat itu boleh bertahan selama 5 tahun.


Sesiapa yang guna kurang dari 5 tahun tu haa korang pergilah kiosk TNG untuk tuntut semula gantian. Seterusnya pengguna tidak perlu risau jika berlaku sebarang kecurian kerana pelekat itu berada di luar cermin kenderaan kerana alat tersebut tersangatlah mudah rosak jika ada berlaku sebarang cubaan mencabut.


Kiranya walaupun pakar mencuri tu cabut dengan penuh berhati-hati ia tetap akan merosakkan chip didalam pelekat itu kerana ia dicipta untuk mudah rosak untuk mengelak dari berlaku sebarang kecurian. Gilalah kalau tidak mudah rosak buatnya sedang kau tidur orang tu dari masuk Tol Johor haa nangis tak sudah.


Pelekat ni buatan dari negara mana jangan ditanya sebab dalam kepala aku ini tumpu antara dua ni je iaitu China atau Taiwan dan ini belum dapat disahihkan lagi. Kepada pengguna tegar SmartTag anda sudah boleh merancang untuk pergi buat pemasangan dimana hanya memerlukan sekitar 15 minit sahaja setiap kenderaan bergantung pada tukang pasang kut ada pekerja mereka yang sakit perut.


TNG juga memberitahu bahawa alat SmartTag akan hapuskan dan ketika itu korang berpeluh laa beratur di kaunter tunai atau berhenti untuk mengimbas kad TNG kena pula pada musim perayaan nanti. Orang lain dah lalu Tol macam angin yang awak masih sibuk buka tingkap nak imbas kad TNG.



Kepada yang belum mendaftar E-Wallet TNG, perkara yang anda perlu tahu adalah TNG akan bagi 10x rebate pulangan tunai untuk setiap pengguna E-Wallet TNG. Haa banyak tu katakan kalau korang lalu Tol RM2.10 tolak beberapa peratus dari rebat dapatlah dalam 42sen setiap transaksi x 10 = RM 4.20 siapa nak bagi.


E-Wallet TNG dimasa hadapan bakal boleh digunakan pada mana-mana lokasi yang terpilih sebagai contoh KFC dan Tealive dan beberapa pasaraya yang terpilih bagi mendidik pengguna mengamalkan konsep cash less dan paling aku teruja selepas ini tidak perlu lagi cari kaunter TNG untuk reload kad korang kerana E-wallet TNG sudah link terus dengan kad TNG anda serta mempunyai ciri terbaru PayDirect bagi membolehkan kredit Tol ditolak terus dari akaun wallet walaubagaimanapun anda masih boleh melakukan topup di kiosk yang terpilih seperti petrol pump.


PayDirect buat masa ini sudah berkesan di kebanyakkan tol kecuali Lebuhraya Plus, Lebuhraya Elite, NKVE dan Lebuhraya LEKAS. Tol yang masih belum ingin menerima PayDirect ni bakal di cepuk secara berjemaah supaya dapat menerima demi memudahkan pengguna lebuhraya ketika musim perayaan dan hari-hari biasa.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)