Terkini

Pasaraya Giant Menyediakan Troli Mainan Untuk Kanak-Kanak

Troli ini sudah lama disediakan oleh pihak Giant namun unit yang ada amatlah terhad ekoran tidak sangat diperlukan oleh pelanggan kecuali yang ada anak kecil.



Sebelum ini kami hanya melihat orang lain tolak anak mereka sambil meletakkan anaknya di dalam mainan bentuk kereta. Namun bila cuba untuk memiliki troli mainan itu sering kali gagal kerana unit yang ada sedang digunakan oleh pelanggan lain yang lebih awal.

Nak dijadikan cerita, kami pergi Giant semasa hari bekerja konon nak elak dari bertembung dengan pasangan yang bawa anak kecil dan semasa itu memang tidak ramai ibu-bapa yang datang untuk membeli belah. Nak dijadikan rezeki ketika itu ada beberapa troli mainan bentuk kenderaan telah disusun cantik di pintu masuk pasaraya kami pun buat muka tidak bersalah terus ambil dan memasukkan anak kecil kedalam kenderaan mainan.


Setelah ingin menolak kedalam pasaraya kami terdengar suara orang memanggil, menoleh ke belakang terlihat kami dipanggil oleh pekerja Giant. Dalam hati belum masuk pasaraya tak kan ada buat kesalahan kut, rupanya tidak dan diberitahu setiap troli yang ada kenderaan mainan itu harus meletakkan wang deposit sebanyak RM10 di kaunter.


Maka kami pun bersetuju untuk meletakkan deposit seperti yang ditetapkan maklumlah baru pertama kali nak merasa bawa budak menggunakan troli mainan tu.

Mungkin ada ibu-bapa diluar sana tidak mengetahui hal ini dimana setiap troli yang mempunyai kenderaan mainan ini haruslah meletakkan deposit terdahulu sebelum dibawa memasuki pasaraya atau dibawa berjalan-jalan di sekitar kawasan bangunan Giant.

Pada kami ia adalah salah satu marketing yang pintar kerana memudahkan ibu-bapa berbelanja dengan tenang ketika anak kecil mereka sedang leka duduk didalam kenderaan mainan itu. Jika korang perasan dalaman Giant kelihatan sudah dinaik taraf terutama bahagian dinding dimana kelihatan ada tulisan setiap bahagian jadi lepas ni korang nak cari barang pun senang hanya melihat tulisan yang tertera di setiap dinding.

Pengalaman ini membuatkan anak kecil terus tidak mahu meninggalkan troli mainan ini kerana sudah gembira berada didalam sambil ditolak kehulu kehilir ala-ala kereta betul katanya.

Kepada pasangan yang belum pernah cuba, disarankan datang awal atau pada hari orang bekerja dan ketika itulah troli ini akan disusun cantik sambil menunggu orang meletakkan deposit.

https://www.giant.com.my/

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)