Terkini

Cara Tamatkan Kontrak Produk Coway Setelah Capai Tempoh Matang

Berdasarkan pengalaman minima kontrak Coway adalah selama 3 tahun tanpa sebarang tunggakkan juga bergantung pada dokumen perjanjian pada awal pendaftaran.


Kepada yang belum tahu jika korang ingin batalkan kontrak sebelum tempoh matang maka pihak Coway akan mengenakan penalti dan cara kiraan sila rujuk dengan khidmat pelangan mereka supaya maklumat yang diterima adalah tepat.


Beberapa hari kemudian penulis telah capai tempoh matang kontrak salah satu produk Coway. Dalam kesempatan ini penulis inginlah membuat ujicuba cara menamatkan kontrak iaitu proses memulangkan semula walaupun hanya berbaki 2 tahun sahaja lagi untuk sah menjadi hak milik.



Proses pertama sila pastikan produk yang kita nak pulangkan tu tiada sebarang tunggakkan, seterusnya jika produk Coway daftar atas nama syarikat maka perlulah lampirkan surat rasmi menerusi emel HQ Coway.


Jika daftar secara individual pula anda dikehendaki menghubungi khidmat pelangan Coway sehingga mereka jawab untuk proses penamatan kontrak dengan memberi beberapa pengesahan kad pengenalan dan alamat.


Setelah khidmat pelangan mengesahkan produk korang, technician Coway akan menghubungi dalam masa 3 hari untuk proses pengambilan produk di rumah. Ketika proses pengambilan pastikan korang ada terima salinan surat perlepasan untuk elak dari sebarang jenayah penipuan.


Kepada yang masih menunggu tempoh matang kontrak tu harap tabahlah. Dengar ramai juga golongan sederhana terjerat dengan kontrak Coway ketika berada dalam situasi Covid-19.


coway.com.my

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)