Terkini

Pentingnya Miliki Alat Pembuka Jam Tangan Untuk Pertukaran Bateri

Hampir setahun sekali wajib singgah kedai jam tujuan tukar bateri dan akhirnya sekarang tukar sendiri sahaja dapatlah berjimat sikit.


Semenjak PKP covid-19 ni penulis nak pergi kedai jam pun dah malas sebab banyak perkara kena buat iaitu cari parkir, beratur scan MySejahtera lagi dan macam-macam la SOP kena ikut. Maka jalan penyelesaian adalah beli set pembuka bateri jam menerusi Shopee(MY) harga semasa RM27.


Selepas boleh buka penutup bateri jam barulah beli saiz bateri yang sesuai melalui Shopee(MY). Harga bateri serendah RM2 sehingga RM50 sebiji, kata orang nak tahan pilihlah yang mahal tapi kalau nak biasa-biasa pilihlah murah tapi tak dapatlah tahan setahun.



Semasa nak diy buka penutup bateri jam tangan, pastikan korang lapik dengan kain atau tisu supaya jika skru jatuh bolehlah nampak pergi mana. Jika tak lapik niaya laa sebab skru jam tangan halus sunguh nak pegang pun kena guna pengepit besi.


Selepas pertukaran berjaya sila catat tarikh dan masa supaya kita tahu berapa lama bateri boleh bertahan sebabnya bateri jam paling lama pun hayat boleh tahan setahun kecuali jam jenis guna nadi haa yang tu memang rare.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)