Terkini

Cara Buka Akaun SSPN? Jenis Akaun Yang Ada? Jom ambil tahu

Skim Simpanan Pendidikan National(SSPN) adalah dibawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) perbezaan dua ni secara ringkas adalah IN/OUT.



Maksud IN/OUT adalah kalau PTPTN asik keluarkan dana untuk pinjaman pengajian dan sampai satu masa peminjam gagal membuat pembayaran semula diatas sebab tertentu maka dana akan berkurangan untuk diberikan kepada generasi seterusnya.

Oleh kerana itu penulis berpendapat kerajaan telah dapat buah fikiran dengan menggunakan konsep pusingan iaitu 'Dari Rakyat Kepada Rakyat' dengan menubuhkan beberapa jenis akaun Simpanan Pendidikan iaitu secara bulanan atau tanpa sebarang komitmen.


Jika memilih akaun bulanan dengan jumlah yang mampu anda bayar maka dapatlah beberapa manfaat menarik seperti dividen, perlidungan takaful dan pelepasan cukai pendapatan sesuai untuk golongan pendapatan tinggi.



Jika anda tidak mahu memiliki sebarang komitmen untuk tabung pendidikan anak-anak maka boleh buka akaun SSPN biasa dan mula simpan jika ada peruntukan. Setelah itu khabarnya anda juga berhak mengeluarkan simpanan tersebut pada bila-bila masa mengikut terma syarat yang ditetapkan oleh SSPN.


PTPTN kerap kali menambah baik produk simpanan mereka melalui SSPN mengikut keperluan semasa iaitu terkini telah tercipta beberapa jenis simpanan seperti:


SSPN-i

SSPN Plus

SSPN Prime


*maklumat lanjut layari www.ptptn.gov.my


Cara Pembukaan Akaun SSPN

Boleh terus ke kaunter PTPTN atau menerusi ejen sah PTPTN disini 'DAFTAR' hanya semudah ABC.


Cara Penutupan Akaun SSPN

Jika ingin membatalkan akaun diatas sebab tertentu anda perlu hadir ke cawangan PTPTN berhampiran untuk urusan penutupan.


Akhir sekali, simpanan pendidikan ini adalah penting bagi anak bangsa kita di masa hadapan namun kita sebagai ibu/bapa hanya merancang tapi percayalah rezeki tak pernah salah alamat soalnya cepat atau lambat sahaja.



Kita juga tidak boleh meramal situasi masa hadapan sama ada peluang pekerjaan semakin banyak atau tidak cuma apa yang boleh kita usahakan pada saat ini adalah menaikkan ekonomi negara kerana ketika itulah kita dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk generasi masa hadapan.


Artikel ini ditulis semasa keadaan ekonomi dan politik dalaman kurang stabil dan diuji dengan wabak Covid19 sekaligus dengan permasalahan taraf pendapatan rakyat tidak sepadan dengan inflasi semasa.

Oleh kerana itu ramai yang terpaksa melakukan lebih dari satu pekerjaan demi menyara ahli keluarga dan diri sendiri. Trend peluang pekerjaan ke-dua pada masa ini pula adalah dengan menceburi pekerjaan gigs secara bebas dan selebihnya adalah bergantung pada kemahiran masing-masing berdasarkan tawaran gaji semasa.


Kita patut kasihan pada generasi baru yang terpaksa menanggung hutang pengajian mereka sedangkan mereka sendiri belum tentu dijanjikan peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang sepadan dengan kos pembelajaran mereka sebelum ini kecuali mereka adalah datang dari golongan berpendapatan tinggi.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)