Terkini

Toshiba Mesin Basuh Auto, Bunyi Alarm Ketika Rinse/Spin. Apa Masalahnya?

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman model (AW-A750SM/AW-F820SM) dan boleh dijadikan rujukan untuk jenama dan model lain.



Jenama Toshiba boleh dikatakan jenama kukuh bermaksud barangan berkualiti yang memiliki jangka hayat yang panjang berdasarkan cara penggunaan. Pada artikel sebelum ini penulis ada kongsikan beberapa permasalahan yang kerap terjadi di setiap mesin basuh auto tidak kira apa jenama boleh rujuk di https://www.sekejung.com/2017/02/air-buangan-mesin-basuh-tidak-keluar.html .


Permulaan kejadian adalah mesin basuh mula mengeluarkan bunyi kasar ketika menjalankan kerja pencucian, bahagian ini anda kena siasat dimana punca bunyi kasar itu adakah dari arah Mechanism Clutch atau penyerap gegaran.



Berdasarkan pengalaman penulis adalah datangnya dari Mechanism Clutch disebabkan kelonggaran skru dan menyebabkan Clutch tidak berada di posisi yang betul. Paling terkesan adalah ia mampu merosakkan beberapa komponen terdekat iaitu drain motor dan pulley sensor yang berhampiran dengan belting.


Kata-kata mutiara adalah tiada komponen yang boleh kekal lama jika tidak diselengara. Begitulah kisah penulis semasa menghadapi masalah skru Mechanism Clutch mesin basuh longgar dan tercabut, nak dijadikan cerita 3 hari 2 malam duduk siasat apakah yang menyebabkan mesin ini gagal Rinse/Spin dan terkejut lagi bila air dalam baldi tidak reti penuh.



Kita pun selak semula pengalaman sebelum ini iaitu besar kemungkinan berpunca dari PCB board maka keluarlah modal pertama untuk alat ganti. Eh! dah tukar pun masalah alarm tak selesai, bermula lagilah siasatan seterusnya diikuti dengan pelaburan gantian drain motor dan ketatkan semula Mechanism Clutch.


Ingatkan masalah alarm selesai tapi malangnya PCB board masih lagi alarm semasa aktiviti Rinse/Spin. Kali ini penulis terus kaji bahagian komponen yang mempunyai sensor. Setelah berjaya siasat dapati ada satu magnet kecil di Pulley Sensor hilang mungkin disebabkan pelanggaran antara Mechanism Clutch Gear Box sebelum ini.


Akhirnya penulis pun berjaya mengeluarkan pelaburan buat kali ketiga dengan hanya ganti pulley magnet sahaja. Teori membuatkan Rinse/Spin alarm adalah Mechanism Clutch gagal kenal pasti kelajuan melalui magnet kecil yang bersama dengan pulley tersebut.


Kos Alat Ganti Semasa Pengalaman ini Adalah:

1. PCB board AW-A750SM / AW-F820SM = RM 110

2. Drain Motor (after market) = RM 25

3. Pulley Magnet = RM 55


Jumlah keseluruhan = RM 190* (2021an)


Harap perkongsian yang ringkas ini dapat dimanfaatkan oleh anda yang memerlukan info tambahan sebelum tersalah beli alat ganti mesin basuh.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)