Terkini

Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Berakhirnya Masalah Internet Postpaid Digi Infinite 150 Yang Sangat Mengecewakan

11:56:00 PTG


Kembali lagi mengenai kisah digi infinite 150 yang dikatakan mengalami internet super perlahan sila lihat artikel sebelum ini. Seketika itu setelah penulis melakukan pertapaan di gua yang tidak mempunyai pencawang telekomunikasi , anda boleh bayangkan macam mana kehidupan seorang pengguna internet yang berkelajuan minima 5 Mbps tiba-tiba harus menjalani kehidupan dengan data internet yang berkelajuan kurang dari 1 Mbps memang sungguh menyeksa.

Pada masa itu anda akan rasa telefon pintar tidak lagi pintar dan teringin kembali ke zaman SMS dan telefon yang mampu pecahkan dinding rumah . Pejam celik kesabaran penulis telah berakhir dengan sedikit sebanyak usaha iaitu membuat aduan terus ke pihak telco digi untuk menyelesaikan masalah dengan memohon supaya dapat menambah pencawang berdekatan gua ini.


Selang beberapa hari, penulis dapati kelajuan internet digi infinite 150 kembali menyegarkan dengan pencapaian sehingga 5 Mbps menggunakan telefon pintar menyokong liputan 3G , itu pun hanya di waktu pagi. Mungkin ketika itu ramai yang sudah berada dijalan  raya menuju ke tempat kerja. Kelajuan internet bertambah buruk bila menjelang waktu malam dengan kelajuan kurang dari 1 Mbps.

Penulis juga memerlukan beberapa kepastian dengan menguji cuba di beberapa lokasi yang pesat membangun iaitu kiri kanan mempunyai bangunan dan juga tiada bangunan . Paling hampir penulis menuju ke lokasi pusat bandar seperti kuala lumpur dengan hasil kelajuan mencapai sehingga 6 Mbps manakala lokasi sama cuma sedikit tersorok seperti dalam kediaman pangsapuri hanya mencapai lebih kurang 2 Mbps.

Dengan hasil ujicuba diatas penulis mula terasa tertekan dan ingin menyalahkan pihak telco digi kerana tidak mengambil berat akan hal liputan yang ditawarkan kepada pengguna. Selang beberapa hari penulis telah membuat keputusan terakhir dengan menguji cuba sim 4G pada peranti yang menyokong 4G , manalah tahu mungkin sokongan liputan tidak seiring .

Oleh kerana sayang dengan peranti asus zen 5 yang hanya menyokong liputan 3G penulis membuat keputusan untuk survey beberapa unit wireless router khas untuk menyokong liputan 4G iaitu :-

#1.

Tplink MR200 4GLTE



#2.


Huawei B315 4GLTE

Diatas adalah dua unit yang sangat popular ketika ini, harga pula anda boleh sendiri bertanyakan kepada google atau beberapa tempat pusat belian atas talian seperti lazada dan lain-lain kerana mungkin harga berbeza dari yang sekarang.

Setelah membuat pilihan dengan secara sukarela dalam situasi terpaksa , penulis telah pun memilih untuk guna peranti Huawei B315 untuk sim 4G digi ini dengan harga pada masa ini adalah RM515 melalui lazada atas kerana ia mempunyai port untuk telefon manakala Tplink MR200 dengan harga pada masa ini adalah lingkungan RM400++ tidak mempunyai port tersebut jadi agak sukar untuk menggunakan unlimited calls digi.

Speed Test Digi Infinite 150

Ini adalah kelajuan yang penulis terima setakat ini dengan bantuan peranti Huawei B315 , akhirnya ia mampu mencecah sehingga 10 Mbps , tapi untuk dapatkan hasil macam ni puas juga penulis kehulur kehilir untuk mencari lokasi yang berpontensi. Harap cepatlah pihak digi melakukan pemasangan pencawang di kawasan gua ini.

Pada pengguna yang masih bermasalah sila hadir ke servis centre digi untuk melakukan pembatalan akaun manakala pada pengguna yang mempunyai line bar nyawa-nyawa ikan tu sila usaha lagi untuk mencari lokasi yang berpontensi atau sentiasa follow up pihak teknikal digi untuk pemasangan pencawang berdekatan gua anda.

Pada yang masih ingin cuba anda masih boleh terus melakukan pendaftaran atas talian melalui link dibawah selagi promosi masih diteruskan :-

http://new.digi.com.my/postpaid-plans



Sekian Terima kasih.



Tunetalk Duit Raya RM1,000 Setiap Minggu Melalui Pertandingan BAPAK A’HH!

4:01:00 PG

Pertandingan duit raya sebanyak RM 1,000 untuk dimenangi oleh pengguna simkad tunetalk bermula dari 5 Jun 17 hingga 30 Julai 17 , inilah masanya untuk korang sertai kerana syaratnya super sangat mudah lagi senang.


Apa yang anda kena lakukan adalah menjadi sebahagian dari pengguna simkad tunetalk , tone excel atau tone plus. Seterusnya anda hanya perlukan melakukan topup dan pembelian data internet sahaja tau . Tak perlu isi borang bagailah , apa yang penting anda mempunyai kredit yang mencukupi untuk melakukan sebarang pembelian data internet.


Setiap minggu pihak tunetalk akan melakukan pengumuman di fan pages facebook mereka , nak tahu berapa pemenang setiap minggu ? tu haaa 4 orang sekali gus wey ~


Gambar diatas adalah cara-cara untuk melayakkan anda menyertai pertandingan duit raya RM 1,000 dari tunetalk. Jangan lepaskan peluang kerana masih ada banyak masa lagi ni iaitu sehingga 30 Julai 17 . Siapa sangka anda adalah sebahagian pemenang dari 32 orang yang bertuah.



Sentiasa ikuti tarikh dibawah supaya tidak terlepas pandang, andai kata nama anda terpilih sebagai pemenang boleh belanja penulis makan kepci nanti hehe~.


June 17 :

5th - 11th

12th - 18th

19th- 25th

26th - 2nd July


July 17 :

3rd  - 9th

10th - 16th

17th - 23rd

24th - 30th


Tahukah anda dalam banyak-banyak telco di Malaysia , tunetalk adalah salah satu telco yang kerap buat pelbagai pertandingan yang menguntungkan pengguna, jadi kalau anda adalah sejenis yang suka menyertai pertandingan ini adalah salah satu tempat untuk cuba dengan hanya jadi sebahagian dari pengguna tune talk internet .


Dibawah ini anda boleh lihat kadar harga tune talk internet.

http://www.tunetalk.com/my/en/coolplan/data/datatata-plan


Dibawah ini anda boleh lihat kadar harga tune talk call.

http://www.tunetalk.com/my/en/coolplan/talk/talk-local-lah


Dibawah ini anda boleh lihat pelbagai promosi dari tunetalk.

http://www.tunetalk.com/my/en


Lazada code 12% off from Tunetalk ! T&C

Code : LAZRYTUNE12

Advertisement

Benarkah Digi Postpaid 150 Infinite Unlimited ?

3:59:00 PTG

Setelah melihat pengiklanan pelan terbaru dari syarikat Digi , sudah masanya penulis ingin bentangkan sedikit hasil ujicuba ketika menggunakan pelan postpaid Infinite 150 . Mungkin ada diantara kita yang masih belum menggunakan dan mempunyai hasrat untuk melakukan pendaftaran tapi risau akan hal kelajuan internet dan sebagainya jadi anda patut teruskan membaca artikel ini.

Seperti yang kita telah ketahui syarikat telco di Malaysia menawarkan beberapa pelan yang menarik dari kos bulanan yang murah hingga kos bulanan yang tinggi sambil meletakkan beberapa syarat seperti tidak boleh melakukan hotspot secara percuma atau tidak melebihi dari kuota yang ditetapkan.

Sebelum Infinite 150 dilancarkan , sudah adanya pelan postpaid dari Digi iaitu Infinite 80 , sayang sekali tawarannya tidak lama dipasaran dan juga mempunyai syarat terhadap pelan tersebut.

Dengan hadirnya Infinite 150 ia telah memecahkan tradisi telco kenapa dipanggil tradisi? ya sudah pastinya setiap telco ingin mengaut keuntungan dengan meletakkan beberapa syarat terhadap pelan yang diperkenalkan kepada pelangan tetapi dengan pelan kali ini ia tiada meletakkan sebarang syarat dan semuanya adalah unlimited !

Apa yang unlimited? baiklah penulis telah membuat beberapa penelitian terhadap terma dan syarat yang selalu sangat pelangan terlepas pandang iaitu walaupun semua adalah unlimited tapi had kelajuan internet dihadkan kepada 64 kbps untuk penggunaan P2P manakala had kelajuan internet biasa bergantung pada lokasi dan peranti anda.


Ketika baru-baru plan ini dilancarkan ada beberapa pelangan mengatakan kelajuan internet full speed mampu mencecah lebih dari 10 mbps , manakala hasil ujicuba dari penulis dengan menggunakan telefon pintar asus zen 5 yang tidak menyokong liputan 4G mendapati kelajuan internet pelan Infinite 150 tidak sampai 2 mbps adakah penulis harus cuba beralih kepada peranti 4G? Ya, hal itu akan penulis pertimbangkan.

Ada juga ulasan dari blogger lain mengatakan jumlah peranti yang dibenarkan untuk melakukan hotspot adalah tidak melebihi dari 5 peranti melainkan mempunyai teknik-teknik tertentu dan bergantung pada speksifikasi peranti anda.

Walaupun gambar diatas mengatakan full speed , ingin penulis katakan di Malaysia belum ada pelan yang betul-betul unlimited walaupun perkhidmatan fiber unipai. Jadi jumlah kuota yang ada pada pelan ini adalah hanya sebesar 1TB sebulan sahaja.

Khabarnya pelan ini juga hanya boleh didapati melalui secara atas talian dengan dikenakan bayaran muka sebanyak RM 318 termasuk %gst dan akan dihantar melalui perkhidmatan Gdex. Paling menarik pelan ini tidak mempunyai sebarang kontrak. Jika kawasan anda tidak mempunyai liputan yang menarik bolehlah melakukan pembatalan akaun di service centre digi yang berdekatan.

Kenapa bayaran muka agak mahal? Baiklah atas kenyataan yang diberikan oleh digi, bulanan pelan ini adalah berjumlah RM 150 tidak termasuk %gst dan bakinya akan dijadikan sebagai rebat untuk bulan seterusnya.

Khabar angin mengatakan pendaftaran akan ditutup pada 27 Jun ini, jadi bagi sesiapa yang berminat sila cepat melakukan pendaftaran kerana pelan ini tiada terikat dengan kontrak agak berbaloi untuk dicuba.

Anda boleh terus melakukan pendaftaran atas talian melalui link dibawah:-
http://new.digi.com.my/postpaid-plans

Advertisement

Digi Akan Melakukan Naik Taraf Kepada Spektrum 900MHz Pada Julai

11:10:00 PTG

Pengguna Digi tidak lama lagi akan dapat menikmati liputan rangkaian yang lebih baik dari syarikat telekomunikasi yang ditetapkan untuk mengaktifkan spektrum 900MHz pada Julai.

Spektrum 900MHz amat penting kerana ia mempunyai jangkauan yang lebih luas dan penembusan dalaman yang lebih baik yang akan membolehkan pelanggan menikmati frenkunsi yang lebih baik, terutamanya di pusat-pusat membeli-belah dan pejabat.

"Rangkaian kami telah bergantung kepada 1,800MHz dan 2,600MHz spektrum yang mempunyai liputan yang lebih rendah dan kurang daripada penembusan dalaman ideal,"

Kekurangan spektrum agak mencabar bagi syarikat itu pada masa lalu. "Walaupun kita telah dapat mengambil kesempatan daripada kepakaran kami kepada pembinaan rangkaian.

Menurut Kesavan, Digi akan melaksanakan pelaksanaan fokus bermula dengan kawasan perniagaan utama yang meliputi lokasi kedua-dua bandar dan pinggir bandar di seluruh negara.

Rangkaian 4G Digi kini meliputi 85% daripada penduduk, termasuk 275 bandar dan pekan. Kesavan berkata pelanggan akan melihat perubahan yang ketara dalam liputan rangkaian apabila pelancaran bermula.

Penulis harap dimasa akan datang kita dapat menikmati servis terbaik dari telco-telco di malaysia kerana mereka tidak pernah rasa jemu bersaing untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelangan.

Aplikasi Njoi Now Sangat Mengecewakan Pengguna

10:35:00 PTG

Rakyat malaysia telah dikejutkan dengan berita dimana pihak Njoi telah pun mengeluarkan aplikasi percuma untuk semua, pada ketika itu juga pengguna smartphone tersenyum lebar kerana mempunyai inovasi untuk menonton siaran astro dan siaran percuma media prima di telefon pintar menggunakan jalur lebar.

Saya juga telah mencuba aplikasi Njoi Now , pada pendapat saya ia boleh dianggap indah khabar dari rupa kerana mendapati aplikasi mereka tidak menyokong semua versi android phone juga telah membuat slogan menipu iaitu.

Slogan "Aplikasi Percuma Untuk Semua" adalah penipuan, kami dapati siaran percuma dari media prima tidak disediakan didalam jadi apa yang percuma sebenarnya ? tertanya-tanya pula kita ni .

Baiklah, oleh kerana siaran media prima tidak disertakan sekali dalam aplikasi Njoi Now, penulis beralih ke siaran yang disediakan contoh prima dan sebagainya. Hasilnya kualiti streaming sangat teruk sehinggakan gambar langsung tidak bergerak walaupun menggunakan jalur lebar berkelajuan fiber.

Adakah jalur lebar penulis bermasalah atau servis pihak Njoi yang tidak menepati kelajuan yang sepatutnya untuk kerja streaming. Jadi penulis pun beranggapan mungkin ia adalah faktor siaran percuma dari astro dan mungkin mempunyai ramai penonton dalam satu masa.

Tanpa membuang masa, penulis pun beralih ke siaran prabayar seperti Astro Ria dari aplikasi Njoi Now, pembelian juga menggunakan kad debit dengan harga kadar sewa RM5.30 termasuk %gst selama 3 hari.

Hasilnya sama seperti siaran percuma astro yang ada iaitu gambar sangkut , kadar buffering juga mengambil masa yang agak lama jadi adakah jalur lebar penulis yang bermasalah atau servis dari pihak Njoi yang kurang memuaskan.

Penulis harap artikel ini dapat disebarkan kepada yang teringin nak melangan siaran prabayar melalui aplikasi Njoi Now . Kesimpulannya aplikasi mereka ini sangat mengecewakan dan harap pihak Njoi dapat mengemaskini kepada yang lebih baik dan berkualiti.

Lihat artikel Njoi sebelum ini 

Cara Meletakkan Butang Share Media Sosial Pada Blog

11:41:00 PG
Kini penulis hadir dengan berita gembira bagi newbie yang sedang membuat website atau blog sendiri, sudah pasti anda memerlukan butang share supaya memudahkan pengunjung bantu kongsikan artikel anda dengan teman yang lain.

Setelah penulis membuat pencarian di internet ternyata masih ada blogger menyediakan tutorial yang berbahasa pergraming dan penulis yakin pasti sukar untuk anda memahami kerana tidak semua diantara kita yang mengambil kemahiran programing. 
Jika anda cukup mahir untuk memanfaatkan media sosial seperti Facebook, Twitter, ataupun Google+ juga mencari sedikit sebanyak untuk mendapatkan traffic yang cukup untuk membuat statistik laporan pengunjung jadi tinggi. Anda juga dapat memberi kemudahan pada pengunjung dengan butang share untuk mereka kongsikan artikel ke media sosial tanpa membuka akaun terlebih dahulu.

Share Social Media
Di artikel ini penulis akan memberi anda dua teknik membuat butang share super mudah lagi berkesan hanya dengan copy and paste dari antara dua pilihan  anda. Juga programing dia sangat mudah dengan hanya guna javascript sahaja.

#2. AddThis

Antara dua pilihan yang penulis sediakan diatas adalah antara yang popular juga sangat mudah untuk digunapakai oleh semua pembangun blog dan web. Cara-cara mendapatkan sumber code mereka adalah sangat mudah iaitu anda hanya perlu memasuki web mereka dan ikuti tutorial yang telah disediakan , jika ada apa-apa yang kurang faham bolehlah meninggalkan komentar anda dibawah posting ini.

Cara Sekat Iklan Di Peranti Dengan Hanya Menggunakan - Alternate DNS (Premium)

10:23:00 PG
Google Image

Bagi syarikat korperat mahupun ahli perniagaan , sistem pengiklanan adalah sangat penting bagi syarikat mereka . Bagi anda yang suka browsing jelajahi dunia maya, anda mungkin saban hari disogok dengan pelbagai iklan dari blog atau laman-laman web juga tidak lupa dari apps telefon pintar. Ini mungkin memeningkan kepala anda apabila perlu menutup iklan-iklan tersebut atau menonton secara terpaksa.


Kalau pada zaman sebelum ini, telefon bimbit tidak mempunyai sebarang iklan melainkan korang yang perlu selak helaian surat khabar. Tapi , kini itu semua sudah tidak memerlukan lagi kerana semuanya boleh didapati dari telefon pintar yang mempunyai pelbagai cara untuk melihat iklan. 

Google image

Jadi disini penulis kongsikan salah satu cara untuk menyekat iklan-iklan yang anda terpaksa lewati melalui telefon pintar mahupun web browser komputer peribadi. 

Alternate DNS dicipta untuk mengatasi script iklan yang menggila dengan menggunakan IP Dns. Bagi yang sudah tahu tentang cara pemasangan untuk setiap jenis peranti, anda boleh terus cuba pasang dengan mengguna IP Dns terkini dari Alternate DNS dibawah.


Bagi anda yang tidak pasti cara pemasangan pada jenis peranti anda, sila terus ke laman sesawang Alternate DNS untuk mengetahui cara-cara pemasangan. Semoga artikel ini dapat dimanfaatkan oleh dan berharap juga pengasas Dns ini dapat bertahan lama.


Update*
Alternate DNS kini telah dinaik taraf menjadi servis premium dimana pengguna harus membeli perkhidmatan mereka. Terima kasih

Astro NJOI Telah Mengeluarkan Aplikasi Telefon Pintar Percuma

3:45:00 PTG


Kini sudah masanya NJOI hadir dengan aplikasi telefon pintar, yang penting penonton harus mempunyai sambungan internet yang laju untuk melakukan streaming. NJOI adalah setelit tv percuma untuk rakyat malaysia dimana ia juga adalah dibawah Astro yang tubuhkan pada 18 February 2012. Juga mempunyai 18 siaran tv dan 19 siaran radio.

Pada pelancaran NJOI yang pertama kalinya mereka telah memberi promosi pemasangan pada harga RM70++ tidak silap saya.

Kini harga di pasaran adalah :-
RM385* Dekoder sedia ada
RM450* Yang belum pernah ada

Bagusnya program NJOI adalah dari segi komitmen dan layanan siaran tv iaitu tidak memerlukan sebarang bentuk sewaan dimana ia adalah pemasangan seumur hidup dengan hanya pembayaran sekali sahaja akan tetapi siaran-siaran disediakan adalah terhad bukan seperti Astro .

Jangan risau walaupun siaran NJOI terhad dan oleh kerana ia adalah dibawah syarikat Astro maka siaran prabayar tidak dikecualikan asalkan penonton sudi membeli atau menyewa siaran prabayar itu dengan menggunakan tambah nilai yang disediakan.


Pada tahun 2017 jika penonton tidak sempat pulang ke rumah untuk menikmati siaran dari NJOI , anda tidak perlu lagi untuk risau kerana dengan adanya pelbagai pelan data internet pada zaman sekarang. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi di telefon pintar untuk menonton dimana jua.

NJOI juga menyokong android dan ios akan tetapi oleh kerana ia masih baru dibangunkan, besar kemungkinan tidak boleh dimainkan pada sesetengah versi android dan ios. Sepertimana penulis telah menguji cuba pada android versi lolipop model Asus zenfone 5 hasilnya agak mengecewakan kerana tidak dapat buka.


Saya harap pihak NJOI sentiasa mengemaskini siaran mereka supaya tiada masalah seperti buffering atau gambar sangkut-sangkut dan utamakan suara pelangan yang sudi menyewa siaran berbayar mereka.


Pelan Data Tanpa Had Dari Umobile - App Onz

3:49:00 PTG

Pelan umobile ini sudah pun lama berada di pasaran bagaimana pun sudah pasti masih yang belum tahu maklumlah telekomunikasi di Malaysia mempunyai 1 jenis simkad tapi pelbagai pelan sampai pengguna pun pening nak buat pilihan.

Penulis mempunyai sekeping simkad umobile dimana ia telah pun mempunyai pelan yang agak menarik iaitu i-plan. Pelan ini menawarkan internet data sebanyak 2GB setiap bulan dengan hanya topup minima RM10 untuk 7hari dan menyediakan panggilan percuma setiap hari selama 15Minit.

Berdasarkan statistik penggunaan, ternyata rakyat Malaysia termasuk penulis gemar melayari media sosial iaitu Facebook , Twitter, Instagram dan pada 2013 Malaysia adalah di tangga Ke-18 berdasarkan statistik dipetik dari Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

App Onz pelan data tanpa had terbaru dari umobile dan hanya untuk  3 aplikasi sosial diatas sahaja iaitu Facebook, Twitter, Instagram manakala penggunaan lain pula akan ditolak data sedia ada yang termasuk dalam pelan iaitu sebanyak 1GB atau pembelian pakej UMI.

Untuk pengguna umobile sedia ada tetapi masih belum tahu bagaimana untuk beralih ke pelan ini, anda tidak perlu bersusah beratur di kaunter untuk membuat permohonan kerana pada zaman teknologi masa kini semua urusan adalah dihujung jari.

Beralih ke pelan App Onz mempunyai dua cara iaitu sama ada melalui sms atau panggilan, setiap permohonan juga akan dikenakan fee sebanyak RM3 jadi sila sediakan kredit yang mencukupi sebelum melakukan permohonan.

Ikuti langkah-langkah dibawah:-

- SMS
MIG UNLIMITED hantar ke 28118

Panggilan
*118*6*2*3#

Setelah selesai, anda diwajibkan melakukan tambah nilai sekurangnya RM10 untuk aktifkan pelan App Onz.

**Sedikit pendapat dari penulis, pelan ini agak menarik kerana pengguna lebih gemar menonton video dari facebook berbanding youtube adakala admin pages facebook turut menjemput orang ramai layan live streaming pula tu ada yang memuat naik filem secara percuma selagi mana pihak facebook tidak mengambil tindakan.


Yamaha LC135 : Impak Penggunaan Aksesori Penghadang Enjin

5:41:00 PTG

Sikit demi sikit penulis cuba dekatkan diri dengan penjagaan motorsikal maklum lar satunya kenderaan untuk pergi kerja, barang spareparts juga makin hari makin mahal kalau tidak dijaga elok² pada hari ini kelak kena keluar duit banyak untuk membaiki kerosakkan .


Cerita tentang motorsikal LC135 pasti pernah ada pengguna sangat gemar memasang aksesori seperti penghadang enjin dan penghadang radiator . Ya, memang benar ia menampakkan lebih bergaya dan sporty akan tetapi dalam masa sama kita tidak tahu ia juga boleh memberi impak yang besar terhadap enjin dan radiator motorsikal kita.


LC135

Bayangkan jika kipas angin dirumah anda ditutup dibahagian belakang menggunakan langsir adakah korang dapat rasa angin dari kipas itu ? Penulis rasa sudah pasti tidak, maka sama juga dengan mana² radiator dan enjin .


Google Images

Hong Leong Yamaha  Motor juga telah mengeluarkan notis kepada yamaha service center supaya menasihati pengguna motorsikal LC135 / FZ untuk menanggalkan penghadang enjin dan radiator kerana ia mungkin akan memberikan impak besar kepada enjin  .


Google Images

Dengan ini mana yang rasa motorsikal kelihatan centik selepas memakai aksesori diluar sana tu disarankan untuk mengambil langkah berjaga² supaya dihari lain anda tidak mengeluarkan duit yang banyak untuk kos membaiki . Biar luar setinggan tetapi dalam kondo cenggini har .


Vroom Vroom ! Cekidot ~



Pau Nur Iman Lembut Lagi Sedap Keluaran Bumiputera

9:51:00 PTG

Makanan pau buatan 100% bumiputera (muslim) yang dikilangkan oleh syarikat "Nur Iman Frozen Food and Supply". Oleh kerana di pasaraya malaysia mempunyai pelbagai jenama pau yang menggunakan nama bumiputra tetapi dikilangkan oleh syarikat (non-muslim) . Jadi , ia adalah tanggungjawab bagi pembeli (muslimsiasat dahulu sebelum membeli akan sesuatu produk .

Kini , pau buatan syarikat (muslimbumiputera turut bersaing menghasilkan produk-produk bersih lagi berkualiti juga ditanggung halalNur Iman Frozen Food telah ditubuhkan pada tahun 2010 kata pengurusnya ABDUL ARIFF ASAARI .



Nur Iman Frozen Food juga menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan² untuk jadi pengedar atau pun berniaga. Produk pau nur iman juga mampu bertahan selama 3 bulan (beku) dan 3 hari (masak). Setiap kerosakkan produk pau nur iman adalah tanggungjawab pengedar dan tidak boleh dikembalikan kepada pengeluar. Buat masa ini pau nur iman hanya mengeluarkan pau berperisa kaya , kelapa , coklat , kacang , daging , ayam dan terbaru ialah roti gebu.

.

Seperti dinyatakan diatas pau nur iman juga menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan yang ingin menceburi pasaran jualan pau . Jangan risau, pau nur iman akan menyediakan kemudahan seperti pemanas pau dan anda hanya perlu menyediakan lokasi-lokasi startergi untuk melakukan pemasaran. Cara mana ? haa anda boleh terus hubungi pejabat pau nur iman untuk berurusan atau boleh datang terus ke alamat yang penulis sediakan dibawah nanti.

Untuk pengetahuan anda sebagai pelangan yang dihormati , pau nur iman juga telah mengemaskini sijil halal mereka bagi memudahkan urusan anda jual beli. Akan kerana anda salah seorang yang mengambil berat tentang pengesahan halal akan sesuatu produk di Malaysia, jadi pensijilan halal haruslah diutamakan oleh pihak pengeluar.


Klik untuk lebih jelas

Jangan lepaskan peluang untuk merasa mahupun jadi pengedar pau nur iman , anda juga di alu-alu kan untuk menghadirkan diri ke kilang untuk melihat cara penyedian produk pau dan terus boleh berurusan dengan pegurus untuk meneruskan niat anda untuk menjalankan perniagaan pau nur iman . Jangan tunggu lagi cepat² hubungi atau hadir ke kilang mereka yang terletak di selayang .





Land Rover Dijadikan Kenderaan Penyelamat Dan Mempunyai Sistem Pesawat (Drones)

3:51:00 PTG
Google Images

Ternyata bahawa pesawat(drones) kini berguna untuk pada manusia ketika menjalani misi-misi kecemasan yang diluar jangkaan dan pelbagai lagi, walaupun setengah pihak di Malaysia masih mengatakan terbangkan pesawat(drones) mungkin akan ancam keselamatan negara. Kini dengan 'Project Hero's Land Rover Rescue' dicipta untuk bertujuan membina kenderaan Land Rover ini sebagai kenderaan palang merah Austria. Versi unik Discovery SUV digunakan oleh Palang Merah Austria ini secara rasmi dipanggil Project Hero's juga kenderaan yang mempunyai sistem pesawat(drones) yang dipasang pada bahagian atas bumbung supaya mudah untuk melakukan sebarang pendaratan.
Land Rover Aid Rescue - Project Hero's

Project Hero's mempunyai pusat dan pangkalan yang berteknologi magnetik yang membolehkan UAV kecil mendarat semasa kenderaan bergerak. Ini adalah sistem yang pertama dibina dimana ketika pesawat(drones) di udara, ia boleh menghantar rakaman secara langsung dari sesuatu kawasan untuk misi menyelamat supaya mereka boleh bertindak balas dengan lebih cekap dalam situasi seperti gempa bumi, tanah runtuh dan banjir.

Land Rover Aid Rescue - Project Hero's
Google Images

Lantai di belakang Project Hero's keluar untuk mudah membuat kerja dan mudah alih, juga untuk menyimpan bahan-bahan berat dan melindungi alatan yang disimpan di bawahnya. kenderaan ini juga dilengkapi dengan kuasa dan pelbagai konfigurasi plug untuk dimuatkan beberapa kawasan yang berbeza serta semua peralatan radio yang diperlukan untuk mengekalkan hubungan di lokasi yang jauh.

Buat masa ini, Project Hero's akan ditempatkan di pusat latihan Palang Merah di Erzberg sebelum membuat langkah ke Vienna pada bulan Jun. Kenderaan itu akan digunakan dalam simulasi untuk membantu membangunkan kaedah baru dan ujian berjalan untuk misi menyelamat seperti bencana alam. Land Rover berkata Palang Merah juga akan menggunakan SUV apabila ia menyediakan sokongan berikut. Jika kajian lain pembuat kereta itu merupakan satu petunjuk, versi masa depan Project Hero's juga boleh menjadi autonomi atas mana-mana kawasan dan bakal digunakan diseluruh dunia.

Cara Mengembalikan Barangan Rosak Lazada | Susah Atau Mudah?

10:04:00 PTG


Lazada adalah salah satu website terbesar malaysia yang menawarkan servis penjualan online dari pelbagai syarikat yang kecil mahupun yang besar.



Kelebihan melakukan pembelian di Lazada ini salah satunya yang penulis suka adalah mudah berurusan. Cuma yang kena berhati-hati ialah ketika memilih sesuatu produk kerana ada bebarapa faktor yang kena utamakan.

1. Kualiti barang
2. Dari dalam negara atau overseas ( Cepat dan lambat)
3. Harga berpatutan atau tidak

Telah beberapa kali penulis membeli barang melalui lazada, baru pertama kali penulis mengalami penerimaan barang rosak.

Barang yang dibeli adalah jam tangan budak alaaa tak mahal pun RM21 sahaja. Tapi nak dijadikan cerita, buka je bungkusan kondisi jam tangan tu boleh dikatakan tidak cukup sifat kerana penutup bateri longgar dan tercabut.

Jadi , isteri pun tidak berapa gembira lalu membuat keputusan untuk memulangkan semula kepada pihak lazada. Penulis telah dapat satu pengalaman iaitu cara mengembalikan barangan rosak Lazada mengikut syarat-syarat yang telah ditetapan.



Mudah sangat , borang (return form) sudah pun disediakan oleh lazada tinggal untuk di print sekurangnya 3 keping salinan dan 2 keping salinan resit pembelian.

Cara-cara return barangan rosak ?

1 - Masuk ke bahagian " My Orders "
2 - Tandakan produk rosak jika guna pc
3 - Tekan butang " Return Order"
4 - Isi maklumat yang diminta seperti akaun bank
5 - Pilih syarikat penghantaran seperti Pos Laju
6 - Bawah sekali tekan butang print "return form" (pastikan 3 salinan)

Bungkus semula barangan rosak dan bawa ke pejabat pos berserta dengan return form 2 salinan dan bukti pembelian. Satu salinan tampal pada bungkusan, lagi satu salinan serah pada pegawai pos di kaunter.

Jangan risau, pemulangan barangan lazada tidak akan dikenakan sebarang bayaran pada pelangan. Jadi korang campak je barang rosak tu di kaunter lepas tu blah cepat² kasi orang belakang pula buat urusan.

Cara Tambah Akaun Pengguna Administrators Di Komputer Peribadi Anda Menggunakan CMD (Windows)

1:12:00 PTG
Users - sekejung.com
Ini adalah pembelajaran ringkas untuk menambah pengguna baru di komputer anda dengan hanya menggunakan arahan command prompt dari sistem windows. Peralatan yang  diperlukan hanya sebahagian set komputer riba atau desktop.

Cara Mengeluarkan Kotak Hitam CMD

1. Buka kotak "Run" dengan menekan "logo windows + butang R" di papan kekunci komputer anda.


2. Masukkan perintah "cmd" dan tekan butang "OK".
3. Akan keluar kotak hitam seperti dibawah.



Cara Menambah Akaun Pengguna Beserta Kuasa Administrator

1. Masukkan perintah dibawah kedalam kotak cmd anda.

# net user /add [Nama] [Password]



2. Berikan pengguna baru kuasa administrator.

# net localgroup administrators [Nama] /add



Ya , anda baru sahaja berjaya menambah pengguna baru di komputer dan telah beri kuasa administrators semoga tutorial ini bermanfaat.




Harga Bahan Api Akan Diumumkan Setiap Minggu Mulai April 2017 Seperti Disarankan Oleh Rafizi Ramli

1:58:00 PTG


Dikejutkan dengan berita bahan api di malaysia bakal diumumkan setiap minggu dan bukan lagi setiap bulan seperti mana yang dinyatakan oleh PKR, Rafizi Ramli pada januari 2015. Katanya, penetapan harga bulanan sekarang akan menyebabkan orang ramai akan membayar harga minyak tinggi yang merupakan purata harga sebulan sebelumnya.

Tegasnya pada tahun 2015, jika sistem apungan terkawal bulanan sekarang berterusan, cukai tersembunyi bagi tahun berikut akan bertambah banyak tanpa diketahui oleh rakyat.

"Saya menggesa supaya Kerajaan Persekutuan menukar jadual menyelaraskan harga petrol dan diesel dari sebulan sekali kepada setiap seminggu sekali katanya PKR, Rafizi Ramli pada tahun 2015.

Akhirnya, tahun 2017 mulai April , Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan jadual untuk menyelaraskan harga petrol dan diesel dari sebulan sekali kepada setiap seminggu sekali untuk memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Beliau berkata ketetapan harga siling minyak mungkin akan diumumkan pada Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding dilakukan sebulan sekali ketika ini. Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Larut, berkata penetapan harga siling bahan api oleh kerajaan adalah bertujuan mengelak bahan api itu dijual melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.

Mengulas lanjut, beliau berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara.

“Bila kita letak harga siling, terpulanglah kepada stesen minyak sama adamahu menurunkan harga, atau bagaimana cara mereka nak (laksanakan) kempen (promosi) supaya orang datang (membeli) di stesen minyak mereka, termasuk menawarkan insentif,” katanya.



Kod Rahsia Telefon Pintar ( Android ) - Apa Rahsianya ?

11:19:00 PG

Tahukah anda sebagai pengguna telefon pintar di zaman serba canggih ini kita seharusnya lebih perbanyak pelajari daripada hanya menggunakan ia semata-mata. Bila kita guna pakai tanpa ilmu mungkin kita akan terdedah dengan penipuan ketika mengalami kerosakkan,


Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk menghantar telefon android untuk dibaiki, lebih baik anda mencuba beberapa kod rahsia untuk membuat pemeriksaan dan tindakkan yang harus anda lakukan. Perhatian! , segala percubaan di telefon pintar yang anda lakukan adalah atas tanggungjawab sendiri.


#1 - Informasi Tentang Telefon dan Bateri

* # * # 4636 # * # *

Menunjukkan menu empat berikut menu:
- Telepon Informasi
- Informasi Bateri
- Sejarah Bateri
- Statistik



#2 - Reset Data Seperti Asal

* # * # 7780 # * # *

Ini akan menghapus sebagai berikut:
- Google akaun yang disimpan di telepon
- Sistem dan aplikasi data dan setting
- Aplikasi yang Download dan tidak akan dipadam
- SD kad fail seperti gambar, musik, dll

Nota: Setelah memberikan kod ini, anda akan lihat prompt pada screen meminta untuk mengklik pada tombol “Reset Telepon”.


#3 - Format Android  Kepada Asal

* 2767 * 3855 #

Fikirkan sebelum menjalankan kod ini. Kerana ia akan hapuskan semua file dan setting, termasuk penyimpanan memori internal. Ini juga akan install semula firmware telepon.

Nota: Setelah menjalankan kod ini, tidak ada cara untuk membatalkan operasi kecuali jika Anda melepas baterai dari telepon. Jadi berfikir sebelum membuat keputusan.


#4 - Informasi Tentang kamera Telefon

* # * # 34971539 # * # *

Kod ini menunjukkan empat menu seperti berikut:
- Update firmware dari kamera dalam gambar (Jangan cuba)
- Update firmware kamera di SD kad
- Dapatkan versi firmware kamera
- Dapatkan versi update firmware

PERINGATAN: Jangan gunakan pilihan pertama dinyatakan, kamera akan berhenti bekerja dan anda perlu install firmware kembali.


#5 - Kod ini dapat digunakan untuk mengubah “End Call / Power”

* # * # 7594 # * # *

Kod ini dapat digunakan untuk mengubah “End Call / Power” tindakan pada keypad jadi default, jika menekan tombol untuk beberapa saat, ia akan menampilkan screen yang meminta untuk memilih pilihan dari mode diam, dan Matikan telepon airplane mode.


#6 - Buka Screen Di Mana Fail Copy

* # * # 273 283 * 255 * 663 282 *#*#*


#7 - Berbagai Ujian Log

* # * # 197328640 # * # *

Anda dapat menjalankan berbagai test dan perubahan pengaturan dalam log.

#8 - Uji Kod: WLAN, GPS dan Bluetooth

* # * # 232339 # * # * – test WLAN
* # * # 526 # * # * – test WLAN
* # * # 528 # * # * – test WLAN (Gunakan “Menu” untuk menjalankan berbagai ujicuba)
* # * # 232338 # * # * – Menampilkan alamat MAC dari WiFi
* # * # 1472365 # * # * – test GPS
* # * # 1575 # * # * – test GPS lain.
* # * # 232331 # * # * – test Bluetooth
* # * # 232337 # * # – Menampilkan alamat Bluetooth

#7 - GTalk Service Monitor

* # * # 8255 # * # *


#8 - Kod Untuk Mendapatkan Informasi Versi Firmware

* # * # 4986 * 2650468 # * # * – PDA, Telepon, H / W, RFCallDate
* # * # Chiliders # * # * – PDA dan Telefon
* # * # 1111 # * # * – FTA BD Versi
* # * # 2222 # * # * – FTA HW Version
* # * # 44336 # * # * – PDA, Telepon, CSC, Waktu, nombor daftar.

#9 - Kod Untuk  Berbagai Ujicuba

* # * # 0283 # * # * – Loopback paket
* # * # 0 *#*#* – LCD test
* # * # 0673 # * # * atau * # * # 0289 # * # * – tes Melody
* # * # 0842 # * # * – test Device (Getaran, dan Backlight test)
* # * # 2663 # * # * – Touch versi layar
* # * # 2664 # * # * – Screen sentuh test
* # * # 0588 # * # * – Sensor jarak test
* # * # 3264 # * # * – RAM versi

Sampai disini sahaja ada hari penulis update lagi , semoga perkongsian diatas boleh dimanfaatkan dengan baik.
\
kredit kepada blogger Indo kerana sudi menguji cuba.

Duta Korea Utara Diusir Keluar Dari Malaysia Dalam Masa 24 Jam - Wisma Putra

9:00:00 PTG

Wisma Putra telah mengeluarkan perintah kepada Duta Korea Utara, Kang Chol untuk meninggalkan Malaysia dalam tempoh 24 jam sehingga jam 6 ptg esok iaitu 6 march 2017 kata pegawai pemberita.

Perintah itu dibuat setelah Kang Chol gagal menghadirkan diri ke Wisma Putra di Putrajaya.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Luar mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara susulan kenyataan biadab dikeluarkan Kang Chol berhubung kes pembunuhan Jong-nam.

Jong-nam berada di KLIA2 pada 13 Februari bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun.

Jong-nam, yang menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Kediaman korea utara di malaysia juga telah dipenuhi wartawan dari seluruh dunia. Adakah kedutaan korea utara akan meninggalkan malaysia pada jam 6ptg esok ? Sama-sama kita nantikan tindakkan dari kerajaan malaysia untuk memastikan kedutaan korea utara keluar dari malaysia.

Harga Matawang Digital Bitcoin 2017 Lebih Tinggi Dari Yang Sebelum Ini - Apa Itu Bitcoin ?

1:36:00 PTG

(Photo credit should read MANJUNATH KIRAN/AFP/Getty Images)

Seperti yang dijangkakan , bitcoin akan terus bergerak secara komuniti walaupun ia masih belum diterima oleh mana-mana bank dunia. Tapi itu bukanlah penghalang bagi pengguna matawang bitcoin kerana walaupun bank tidak boleh menerima kehadiran mereka, pada tahun 2014 harga 1 Bitcoin pernah mencecah setinggi MYR 4,000 manakala pada tahun 2017 hampir mencecah MYR 6,000 .



Apa itu Bitcoin ?

Bitcoin dicipta oleh ‘Satoshi Nakamoto’ pada Januari 2009. Berbeza dengan virtual currency, Bitcoin boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Sudah tentu oleh mereka yang menerima bitcoin sebagai sumber pembayaran.


Bitcoin juga adalah digital currency yang bersifat decentralized. Maksudnya, tidak seperti Ringgit Malaysia yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak ada financial regulator seperti BNM. Memandangkan ia adalah decentralized digital currency, ada satu aktiviti penting yang membolehkan bitcoin ini berfungsi dengan baik sebagai matawang iaitu bitcoin mining.


  • Bitcoin adalah seperti emas digital.
  • Matawang dan emas mempunyai sifat berbeza.
  • Bitcoin tidak dimiliki oleh mana-mana negara atau syarikat.
  • Konsep bagi duit adalah ia boleh dicetak tetapi konsep bagi emas dan bitcoin adalah sama iaitu tidak boleh dicetak dan ia hanya boleh dilombong.
  • Bitcoin sudah semakin diterima oleh kebanyakan syarikat bermula dari syarikat kecil hinggalah kepada syarikat gergasi seperti Microsoft, Virgin Airlines dan Expedia (membeli tiket penerbangan dan tempahan hotel).

Syarikat menawarkan Bitcoin sebagai program pelaburan (Skim Cepat kaya) ?


Di malaysia atau dimana pun , pasti tidak dapat lari dari skim-skim sedemikian. Kerana matawang kertas pun boleh dijadikan sebagai program ponzi apa lagi jika emas atau yang terbaru adalah Bitcoin jadi sila berhati-hati.

Ramai penduduk bumi mengatakan bitcoin adalah teknologi untuk menipu duit manusia di planet bumi. Betul , anda akan ditipu setelah anda melabur ke syarikat-syarikat yang menjanjikan keuntungan yang tinggi atau pun menawarkan komisen bulanan sedangkan matawang digital bergerak secara komuniti melainkan ada syarikat gergasi telah monopoli pasaran Bitcoin.

Bagaimana syarikat boleh monopoli harga Bitcoin ? Ya , sudah saya katakan tadi bitcoin bergerak secara komuniti dan ia adalah seperti emas tapi ia dalam kategori digital. Jadi apabila sesebuah organisasi menggunakan bitcoin secara banyak atau lebih senang difahami membeli bitcoin secara banyak. Bitcoin akan berkurangan dalam masa sama ia akan menjadi lebih bernilai.

Dan, anda juga telah ditipu oleh transaksi wang kertas yang mudah koyak juga mempunyai inflasi turun dan naik, kesimpulannya kenapa tidak anda membeli roti menggunakan emas ?


Adakah pengguna Bitcoin ramai di planet bumi ?

Ya, ada banyak perniagaan dan individu yang menggunakan Bitcoin hampir di seluruh dunia. Seperti perniagaan fizikal di dunia nyata restoran, kedai runcit juga perniagaan online yang terkenal seperti Namecheap, WordPress, Reddit, dan Flattr.



Berita terbaru pada 3 march 2017 harga Bitcoin lebih tinggi dari harga emas, dipetik dari artikel Bloomberg . Jadi ini adalah fenomena yang pelik dalam kategori matawang dunia. Terima kasih bagi yang sudi membaca artikel penulis yang tidak seberapa ini dan jadikanlah ia sekadar sebagai pengetahuan semasa.



Cara Meletakkan Facebook Fan Pages Di Website Anda

8:45:00 PTG



Kenapa anda perlu menambah halaman Facebook Fan ke laman web

Antara faktor utama adalah untuk memastikan peminat blog anda sentiasa bersama anda, populasi pengguna telefon pintar kini lebih cenderung lepak di laman facebook untuk mengetahui berita-berita terkini dan tips-tips harian.

Facebook Fan Pages bukan sahaja untuk para blogger , malah turut digunakan oleh artis dan syarikat-syarikat ternama. Dalam masa yang sama ia juga sesuai untuk ahli perniagaan kecilan melakukan promosi tanpa mengira waktu dan tempat.

If You're Looking For Shows To Binge-Watch, Check Out This Fun New Channel


Cara-Cara Pemasangan

1. Layari Link ini .
2. Masukkan alamat fanpages anda contoh "https://www.facebook.com/SekejungDotCom"

FacebookFanPages-sekejung.com

3. Seterusnya tekan butang "Get Code".
4. Pilih "iFrame" dan copy semua code dibawah.


5. Buka admin panel website anda sebagai contoh untuk versi blogspot.
6. Tekan bahagian layout dan pilih ruang mana yang anda inginkan.
7. Tekan "Add a Gadjet" dan pilih "HTML/JavaScript" lalu paste code anda dan save.


Semoga ia bermanfaat bagi blog anda.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)