Terkini

Toyota Bawa Semula Kereta Sports 'Supra' Setelah Hampir Dua Dekad

7:26:00 PG

Model keluaran ini adalah salah satu kenderaan yang terkenal di Jepun semasa dahulu.



Tapi kata penganalisis barat keluaran itu mungkin sukar mendapatkan penjualan yang besar kerana ada beberapa lagi model kenderaan yang sedang giat bersaing di pasaran antarabangsa.


Bukan kerana model kereta 'Supra' itu tidak baik malah ia dijangka akan menjadi produk yang mendapat sambutan disebabkan telah menggunakan enjin yang berasal dari pengilang BMW Jerman.


Mempunyai Turbo tiga silinder dengan kuasa 3.0 dan transmisi automatik. Toyota berkata kereta itu seharusnya mempu bergerak dari 0 hingga 60 batu sejam dalam masa 4.1 saat.



Pelangan akan mempunyai dia pilihan variant iaitu basic 3.0 dan premium 3.0.


Presiden Toyota Akio Toyoda telah menguji kereta itu sendiri di trek Nurburgring yang terkenal di Jerman dan di trek lain.


Harga keluaran model ini mungkin tidak murah malah ia masih dalam pertimbangan supaya dapat bersaing bersama model lain di pasaran kelak.


Sumber mengatakan Toyota supra versi sports ini bakal dilancarkan pada tahun 2020 dimana sekarang masih banyak ujian yang harus dijalankan termasuk mengukur struktur pasaran global supaya ia menjadi sebuah produk yang mendapat sambutan dari kalangan bangsawan seluruh dunia.


Sony Menyekat Aplikasi Kodi Pada Android TV Terbaru Mereka

10:05:00 PG

Kodi pada dahulunya dikenali sebagai media player XBMC yang mampu bekerja memainkan pelbagai penstriman langsung menggunakan internet berkelajuan tinggi.



Dengan fungsi sedemikian ia telah membangkitkan isu cetak rompak atau melayari penstriman secara tidak sah.


Maka syarikat Sony telah mengambil langkah bagi menghentikan aktiviti itu dengan membuat keputusan menaik taraf firmware Android TV keluaran mereka supaya tidak menyokong media player Kodi demi menjaga kepentingan hak cipta.


Namun kenyataan terbaru @KodiTV di twitter rasmi mereka pertama sekali mengucapkan tahniah kerana Sony telah mengambil langkah drastik untuk memberhentikan penggunaan Kodi.



Kenyataan itu dikeluarkan selepas pengguna memuat naik permasalahan pemasangan di dalam forum Kodi.


Pengguna Sony membuat aduan dimana ia gagal melakukan pemasangan kodi melalui Play Store di TV Android keluaran Sony.


Setelah komuniti membuat siasatan dapati bahawa Sony telah menyekat Package ID Kodi dari melakukan pemasangan atau mengaktifkan.


Komuniti programing kodi juga berpendapat bahawa jika mengikut teori besar kemungkinan dengan cubaan recompiling aplikasi kodi itu dari scratch dengan menggunakan Package ID yang berbeza mampu melepasi sekatan yang dilakukan oleh Sony.


Pengguna kodi 'Brian Sheppard' memuat naik kenyataan di twitter mengatakan adalah lebih baik kembali kepada jenama Samsung dimana setakat ini tiada lagi melakukan apa-apa penyekatan.


Advertisement

ST Rosyam Mart Menghadapi Ancaman Boikot Dari Netizen

6:31:00 PTG

Tular sijil perniagaan pasaraya ST Rosyam Mart didedahkan dimana Rosyam Nor hanya memiliki 10% peratus pegangan saham dalam pasaraya itu.



Pada tahun lepas kami pernah mengunjungi pasaraya yang kononnya milik sepenuh Rosyam Nor pelakon terkenal.


Pertama kali kami hadir di pasaraya itu memang pada mulanya mengganggap ia adalah pasaraya milik bumiputra iaitu Rosyam Nor pautan artikel boleh baca di https://goo.gl/4deSFk .


Pulang sahaja dari pasaraya itu kami terfikir apakah maksud perkataan 'ST' dan setelah melakukan sedikit sebanyak pencarian dapati bahawa ia adalah bermaksud 'Sri Ternak'.



Sri Ternak adalah syarikat pasaraya milik cina yang telah lama bertapak di sekitar selayang dan berjaya membuka beberapa cawangan sekitar Kuala Lumpur termasuk ST Rosyam Mart.


Namun dalam isu ST Rosyam Mart ramai netizen di kalangan melayu merasakan diri mereka tertipu kerana pada awalnya mengganggap ia adalah milik sepenuhnya bumiputra.


Ada kelompok yang bangkitkan isu boikot barangan syarikat Cina semasa isu ICERD di Malaysia. Ramai yang mula memuat naik kenyataan boikot barangan Cina di media sosial dan menyeru supaya menyokong produk bumiputra. Dari situ hampir seluruh syarikat makanan dan produk makanan dikaji dan mencari maklumat dimiliki oleh siapa.


Oleh kerana itu pasaraya ST Rosyam Mart turut terkena tempias sehingga dilabelkan sebagai barua Cina. Dalam kenyataan Rosyam baru-baru ini berkata bahawa dia tidak pernah mengatakan pasaraya itu miliknya seperti yang dinyatakan oleh netizen.


Walaubagaimana pun dengan menggunakan nama dan gambar beliau ia menunjukkan sekadar perjanjian antara pemegang saham.


Advertisement

Fund My Home : Peluang Memiliki Rumah, Menguntungkan Atau Merugikan?

5:05:00 PTG

FundMyHome adalah lubuk untuk memiliki hartanah dengan harga yang murah iaitu hanya perlu bayar 20% peratus dari harga asal belum termasuk kos tersembunyi.


Harga selebihnya pula sekitar 80% peratus akan dibayar oleh pelabur ikat selama 5 tahun, maka pemilik boleh menikmati perumahan sementara itu selama tempoh yang ditetapkan iaitu 5 tahun.


Dari ringkasan diatas kita akan mula menilai dan buat kira-kira secara rambang sebabnya penulis ni bukannya dari golongan akauntan maka hanya menggunakan logik akal dan kiraan sedikit sebanyak bagi mengetahui adakah menguntungkan pemilik atau sebaliknya.


Sebelum itu kita harus buat tetapan di dalam kepala dimana tiada satu perniagaan didunia ini inginkan kerugian berbanding berakhir dengan keuntungan tunggu apa lagi ayuh kita beri sedikit sebanyak kupasan tentang program ini.



Perangkap atau Terperangkap? Pilihan anda.


Setiap hutang adalah komitmen tambahan lagi dengan masalah ekonomi global perang sana perang sini semuanya terkesan terhadap kehidupan kita sehingga menyebabkan harga rumah tidak terkawal yang sudah mula merebak sejak berzaman lagi.


Fund My Home diperkenalkan oleh menteri selepas tubuhnya kerajaan baru PH dimana mereka cuba menyelesaikan perumahan rakyat yang berpendapatan rendah dan selepas buat sedikit pencarian dapati program perumahan ini sesuai untuk orang yang sudah mempunyai aset tetap atau ingin mencari pengalaman pelaburan hartanah.


Sebelum itu jangan terperangkap dengan kata-kata orang kaya dimana sentiasa memberikan respon negatif terhadap sesuatu projek yang boleh buat duit pada mereka.


Mungkin sejak pelancaran projek ini ada individu yang tidak senang duduk termasuk para pemaju dan pemilik kediaman sewa, Fund My Home adalah satu inisiatif dari kerajaan untuk rakyat memiliki perumahan sementara atau kekal selamanya.


Atas tinjaun kami, ada kelompok cuba memberi respon negatif dengan mengatakan ia merugikan pemilik kediaman atas alasan selepas 5 tahun harus membeli dengan nilai semasa.


Selepas mendengar hujahan itu ramai golongan muda terutama golongan B40 takut dengan projek ini setelah mengenangkan tempoh 5 tahun itu. Baiklah cerita dia begini, sekali baca macam tak percaya, dua kali baca macam menipu, 3 kali baca eh eh macam menguntungkan pula.


Siapakah yang bekerjasama dalam FundMyHome?

- Eco world

- UEM Sunrise

- PKNS

- LBS

- MahSing

- Ijm

- PNBD

- Sunway

- IOI

- Trinity

- Maybank

- CIMB


Senarai syarikat diatas semua sudah berada di papan bursa dan mungkin tiada masalah buat anda kerana dalam perjanjian mengatakan selepas 5 tahun pemilik diberi pilihan untuk terus menduduki dengan syarat harus membeli dengan harga nilai semasa atau menjual dengan mengambil profit.


Nampak tak siapa yang untung siapa yang rugi, tidak nampak juga kami akan ulaskan lagi dimana jika anda menjual perumahan itu selepas 5 tahun besar kemungkinan dalam simpanan anda sudah mempunyai puluhan ribu termasuk profit dari hasil jualan itu pun jika dibeli secara tunai.


Manakala jika anda berhutang untuk memiliki perumahan dari FundMyHome, disini pasti ramai yang kantoi sebabnya rumah ikat 5 tahun manakala hutang korang tu rasanya mahu lebih 10-20 tahun kecuali bank boleh bagi pinjaman selama 5 tahun sama dengan kaedah perumahan tu haa selamatlah dari dibelengu hutang rumah selepas jualan.


Jika bank tidak benarkan pinjaman 5 tahun mengikut tempoh perumahan itu maka secara hormatnya kecundanglah korang ke dalam guni jerung sambil menanggung baki hutang sedangkan rumah sudah dijual semula mengikut harga pasaran.


Cuma kami dapati jika pemilik buat pinjaman selama 5 tahun anggaran kasar bayaran balik bulanan bank mungkin diluar jangkaan anda iaitu mencecah ribuan. Hurm mungkin keras sedikit kehidupan anda selama 5 tahun tapi puas hati kerana dapat menikmati profit dari hasil jualan balik setelah menduduki selama 5 tahun.


Cuma sedikit harapan dari kami projek ini dibuat berdasarkan nilai hartanah semasa, maka selepas 5 tahun kerajaan harap nilai hartanah yang dimiliki dari FundMyHome dapat meningkat kerana jika tidak pemilik secara hormatnya akan masuk kedalam mulut jerung dan ramailah yang muflis ketika itu disebabkan tak mampu bayar balik hutang peribadi.


Paling menarik, tidak ramai orang muda mampu simpan 20% peratus deposit kemasukkan skim ini kecuali bantuan dari ibu/bapa atau bank, sedangkan deposit rumah 10% peratus pun terkial-kial nak kumpul lagikan skim FundMyHome ini.


FundMyHome

Khabarnya Ada Perisik Kementerian Kesihatan Di Setiap Kedai Makan

11:15:00 PG

Larangan merokok di dalam premis kedai makan telah dilaksanakan mulai awal tahun ini dengan beberapa anggota dikerahkan untuk melakukan pemantauan dan saman individu yang gagal mematuhi.


Dikatakan juga pihak kementerian kesihatan telah menyediakan pelbagai stratergi di seluruh daerah ibu kota dan pendalaman yang mempunyai premis kedai makanan, bagi menjayakan undang-undang ini khabarnya mereka juga telah mengarahkan kakitangan untuk menjadi mata-mata bagi menjalankan kerja pemantauan.


Dalam sejarah undang-undang larangan merokok ini di perketatkan oleh kementerian kesihatan dengan persetujuan ahli-ahli parlimen serta rakyat yang inginkan udara segar ketika berada di kedai makan bersama keluarga.


Asap rokok juga mampu menyebabkan kanser kepada individu yang menghidu dan peratus penyakit lebih banyak dari individu yang menghisap maka dengan kempen larangan merokok ini harap rakyat malaysia mampu mengubah hobi merokok kepada aktiviti yang lebih baik dan sihat.



Adakah perokok tegar menyahut cabaran jarak 3 meter atau terus berkeras kepala?


Walaubagaimanapun kementerian kesihatan turut melonggarkan sedikit dimana memberi jarak 3 meter dari premis makanan khas untuk menghebuskan asap rokok supaya tidak menganggu hak privasi orang lain yang sedang berada di kedai makan itu.


Media sosial pagi ini turut ada keluar beberapa gambar dimana netizen mula membuat keputusan mengangkat meja kerusi sejauh jarak 3 meter dari kedai makan demi menikmati rokok ketika bersarapan bersama kawan.


Ini adalah satu perubahan bagi perokok tegar kerana perlu kerja lebih jika mahu berada di kedai makan kerana perlu mengeluarkan tenaga memindahkan meja makan mereka sejauh 3 meter.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)