Terkini

Tahukah Kita Makanan Khas Medan Ni Lebih Kurang Sama Di Malaysia

12:55:00 PG

Mengikut kefahaman penulis sebenarnya penduduk bumi nusantara ni sama je kulitnya yang membezakan cuma sempadan dan lautan je demi mewujudkan sesebuah negara dan kefahaman politik masing-masing.



Jika nak kira singapura tu pun sebahagian Malaysia tapi oleh kerana kefahaman politik berbeza maka jadilah sebuah negara kecil dengan bantuan sedikit sebanyak dari negara AS terutama dari segi kelengkapan pertahanan.


Berbalik pada makanan khas Medan ni penulis baru tahu ianya lebih kurang sama dengan makanan orang melayu di Malaysia contoh lemang, Nak tahu yang lain jom teruskan bacaan dibawah.



Lemang


Seperti yang kita ketahui lemang ni memang laku keras pada musim perayaan hari raya aidilfitri di Malaysia tambahan lagi ketika selepas musim perayaan iaitu dalam masa sebulan sebabnya ramai yang nak buat rumah terbuka dan makanan yang tidak terlepas pandang adalah lemang dan rendang perghhh!.



Hidangan Makanan Khas Medan yang lain boleh lihat disini makananoleholeh.com sebab jika penulis tengok memang lain macam diorang punya resepi tu belum lagi dari segi namanya.


Adakala makanan lebih kurang sama cuma mungkin ada citarasa tersendiri maka terciptalah resipi dan namanya mengikut daerah dan negara masing-masing.


Tu belum lagi penulis cerita tentang makanan orang minang, memang lebih kurang sama je macam melayu di Malaysia wei siap ada kuah lemak bagai, paling menarik ada satu kedai minang di gombak kalau bab nasi tak kedekut macam melayu tempatan kita.



Kedai tu betul-betul kasi penuh nasi dalam pinggan kau sampai kau rasa macam eh! kena kurangkan sikit nasi ni sebelum berlaku sebarang pembaziran jika gagal dihabiskan.


Walaupun medan ke minang yang penting makanan diorang memang lebih kurang sama je macam kita cuma selera atau tidak sahaja maklumlah tekak orang Malaysia sekarang dah ngalah orang barat kalau boleh nasi goreng kampung pun nak toping cheese.


Malaysia Menaik Taraf Kepada 5G Adakah ia Boleh Menjanjikan Kelajuan Internet Kepada Pengguna?

9:38:00 PTG

Naik taraf rangkaian telekomunikasi memang keputusan yang baik tapi tahukah kita sebagai rakyat Malaysia bahawa kelajuan Internet dan keluasan rangkaian di seluruh negara pun masih belum sempurna.



SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA harap pantau adakah syarikat telekomunikasi di Malaysia ini mampu memperluaskan rangkaian mereka ke seluruh negara dan bukan hanya fokus lokasi-lokasi terpilih sahaja.


Ada beberapa telco hanya megah di kawasan bandar namun bila masuk pendalaman sikit terus tiada liputan. Dari liputan 4G terus dapat 2G sekaligus ia memberi kesan yang buruk pada pengguna GPS di telefon bimbit kerana ada beberapa lokasi tidak bergantung harap pada GPS namun ia lebih kepada menggunakan internet yang stabil untuk memberikan tunjuk arah.



Penulis ada membuat ujicuba dengan buat tetapan pada telefon untuk aktifkan GPS tanpa internet, hasilnya memang menyukarkan keadaan kerana teknologi GPS itu berfungsi untuk mengesan lokasi semasa kita tetapi ia tidak dapat membantu 100% untuk memberitahu jalan atau nama kedai mahupun bangunan.



Kesimpulannya posting ini bukan dibuat untuk menyalahkan mana-mana teknologi tapi jika boleh pihak bertanggungjawab sila perluaskan dahulu liputan yang sedia ada barulah sibuk menaik taraf 4G kepada 5G.


Kerana liputan 4G pun tidak semua tempat ada walaupun dalam kawasan bandar, tak kan sudah kelam kabut nak perkenalkan rangkaian 5G dimana ia memerlukan pengguna mempunyai peranti atau teknologi yang dapat menyokong 5G.


Penulis ada terlihat orang amerika buat ulasan di youtube mengenai bahaya liputan 5G kepada pengguna, tapi ada yang kata itu hanya sekadar provokasi dari amerika kerana teknologi 5G pihak China terlebih dahulu menghasilkan ujicuba.


https://en.wikipedia.org/wiki/5G


https://www.howtogeek.com/423720/how-worried-should-you-be-about-the-health-risks-of-5g/


https://www.radiationhealthrisks.com/5g-cell-towers-dangerous/


Advertisement

Cara Pemeriksaan Motosikal Yang Enjin Gagal Dihidupkan

5:09:00 PTG

Motosikal gagal hidupkan enjin sekaligus membuatkan kepala anda pening memikirkan berapa kos baiki jika terpaksa masuk bengkel sebelum itu sila baca sedikit sebanyak tips dibawah manalah tahu dapat membantu.



Posting ini bukanlah ditulis oleh pomen pakar tapi hanya berdasarkan pengalaman "try n error" . Kami juga bukan pengguna motorsikal yang extream kalau boleh jarum meter nak full demi kelajuan mahupun bukan dari golongan yang suka aksesori demi kecantikkan jentera.


Penulis mempunyai jentera yamaha empat lejang dimana baru-baru ini telah menguji kesabaran kerana cuba melakukan protes terhadap tuannya sendiri. Ringkasan cerita sedang penulis sedap tunggang dari masjid ke rumah secara tiba-tiba enjin dia mati bunyi dup dup tanpa belas kasihan maka dari situlah bermulanya kajian mencari punca kerosakkan.



Cara mengesan punca kerosakkan enjin mati secara tiba-tiba dan sukar untuk hidupkan adalah seperti berikut.


Periksa Semua Bahagian Yang Ada Kaitan Dengan Api


1. Bunyikan hon untuk memastikan bunyi masih kuat seperti biasa, jika bunyi dia macam tiada tenaga tu maknanya bateri sudah kong.


2. Ganti sparkplug NGK harga sekitar RM7 - RM10, jika boleh hidup selepas ganti sila bawa motosikal korang pusing dua tiga pusingan nak tengok masih hadapi masalah mati enjin tak. Katakan selepas bawa atau tukar masih enjin tidak boleh dihidupkan sila lanjutkan pemeriksaan.



3. Buka cover set bahagian kanan untuk pemeriksaan wayering dari hujung hingga hujung kut ada mengalami wayer putus disebabkan gigitan tikus. Jika ada kesan mana-mana wayer putus atau sebarang gigitan sila buat pembaikkan semula mengikut kemahiran korang, manakala jika tiada sebarang kerosakkan sila lanjutkan pemeriksaan.


4. Oleh kerana permasalahan enjin gagal dihidupkan berpunca dari api maka akhir sekali korang periksa komponen CDI, semasa pemeriksaan tu jika ada kawan yang menggunakan motosikal sejenis bolehlah pinjam kejap CDI dia untuk kepastian manakala jika anda berseorangan bersiap sedia untuk keluarkan duit beli CDI di mana-mana lokasi yang terpilih iaitu jika boleh terus dari suplier jangan pula korang pergi bengkel memang koyak poket.(CDI racing memang mudah hangus)



Selepas pemasangan CDI jika enjin motosikal anda dapat dihidupkan bermakna anda sudah jumpa jalan penyelesaian tapi jika masih gagal sila lanjutkan pemeriksaan.


5. Periksa fius berdekatan ruang bateri kalau yamaha empat lejang penulis fius dia berada dibawah tempat duduk, jika sudah jumpa sila tenung betul-betul sama ada dalaman sudah putus atau tidak. Katakan fius sudah putus atau terbakar sila bawa sample pergi ke suplier berdekatan, selepas pasang fius terbakar lagi atau masih gagal dihidupkan sila tukar coil cut off warna kelabu di bahagian tepi sebelah kanan nama dia katab(rectifier).



katab(rectifier) nak tahu dia rosak apabila lampu mentol korang kerap terbakar selepas beberapa kali tukar kerana terlebih api, seterusnya bateri cepat kong kerana tidak menerima sebarang api dari katab(rectifier).



Bagaimana nak tahu bateri sudah kong? seperti diatas iaitu hon akan bunyi perlahan dari biasa seterusnya starter juga gagal berfungsi tapi bagusnya masih boleh hidupkan enjin guna kaki dan akhir sekali meter korang gelap gelita kerana tiada cahaya lampu semasa pusingkan kunci kepada mode ON.


6. Bahagian carburator jika tak pernah usik dari semenjak beli maka eloklah abaikan pemeriksaan, manakala jika pernah atau rasa macam termasuk air ke maka dipersilakan buat pembersihan atau settings semula.


7. Sudah alang-alang sampai ke carburator jangan lupa jenguk penapis udara kut dah berhabuk silakan sedut guna vacum atau terus tukar yang baru lagi suci bersih.


Sebenarnya banyak lagi komponen berkaitan dengan api tapi penulis tak nak sebut bahagian selebihnya kerana ikutkan memang susah nak rosak kecuali ada permasalahan dari wayering tidak sempurna. Tapi jika semua diatas korang dah periksa dan sudah tukar maka tak salah jika nak lanjutkan pemeriksaan pada bahagian lain seperti magnet coil yang harga dia mungkin memerlukan belanja yang besar.


Selagi mana korang jaga minyak enjin insya allah tiada masalah pada dalaman enjin kecuali korang lenjan macam monyet hingga menyebabkan patah segala benda dalam enjin itu haaa yang tu sudah di kategorikan Jem dan perlu jatuh enjin.



Akhir kata jika korang kurang berminat mengetahui sedikit sebanyak hal Motosikal atau Kereta, maka bersiap sedialah untuk menanti bil dari mana-mana bengkel pilihan. Cuma nak beritahu setiap komponen gantian dari bengkel sudah pun ada harga untung manakala upah pemasangan juga turut di ambil kira belum cerita cukai kerajaan kos pekerja dan kedai bagai dekat situ je korang kena bayar lebih dari satu bil mana yang faham tu fahamlah.


Posting ini tidak menutup periuk nasi siapa-siapa dan hanya berkongsi pengetahuan dan pengalaman tersendiri, tiada kena mengena dengan mana-mana bengkel mahupun pomen apa yang ada cumalah perkongsian semata-mata.


Advertisement

Hidangan Roti Sosej Gulung Celup Telur Yang Perlu Anda Cuba

8:45:00 PG

Roti gulung sosej ni memang kesukaan ramai tapi cara gulungan setiap orang mungkin berbeza cuma hasilnya masih tetap sebabnya ini adalah salah satu hidangan yang mudah bergantung tahap kerajinan seseorang.



Buat sendiri dengan beli di pasar pagi memang sangat berbeza dari segi harga dan kualiti produk, jika di pasar pagi kita memang tidak tahu jenama apakah sosej yang dia pakai tu adalah keluaran syarikat muslim dan pelbagai lagi itu belum masuk hal kuantiti kadang-kadang tengok kecik je potongan sosej diorang tu maklumlah orang bisnes.


Maka lepas ni korang tidak perlu lagi pening fikir hal sedemikian kerana hidangan sangatlah mudah cuma rajin atau tidak sahaja untuk melaksanakan tugasan.



Bahan yang korang perlu sediakan adalah roti Gardenia, sosej Ramly atau Ayamas dan minyak baru jenama Saji atau seangkatannya yang penting keluaran Muslim bagi mementingkan tahap kebersihan dan kualiti terjamin insya-allah.



Seterusnya lenyek roti sehingga sebati ia bertujuan untuk elak dari serapan minyak yang berlebihan, sosej pula ikut korang jika ramai potonglah menjadi kecil manakala jika makan sendiri haaa letak saiz original baru puas hati.


Jika ada bahan cheese silakan letak manakala yang sedang bajet tengah bulan cukuplah sekadar celup dengan telur HEHEHE! . Korang gulung sosej dengan roti yang dah sebati dan salutkan dengan pecahan telur lalu masukkan kedalam kuali setelah minyak sudah keadaan panas, jangan lupa kecilkan api terdahulu risau gelap pula roti korang tu.


Akhir kata setelah salutan telur itu sudah kelihatan keemasan itu bermakna ia sudah masak dan boleh diangkat, jika nak kurangkan minyak dalam badan sila letak diatas tisu bertujuan serapan minyak.


Steamboat : Mencuba Resepi Hidangan Oden Korea

8:05:00 PG

Sebelum ni tular di internet bahawa kedai Family Mart ada membawa masuk hidangan Oden ala Korea tidak lama kemudian warga tempatan pula mula buka perniagaan makanan Oden gaya Malaysia, dimana hidangan negara asal mempunyai kuah yang pedas namun bila masuk sini kuahnya ditukarkan kepada perisa Tom Yam.



Kami pun cubalah hidangan ini dengan menggunakan perisa Tom Yam campur Asam Laksa keluaran bumiputra iaitu Adabi. Bahan beku pula kami cuba dapati dari pasaraya berhampiran iaitu Giant Hypermarket, tolak sana tolak sini dapatlah bajet sekitar RM50 untuk dua hingga tiga jenis bahan beku seperti sosej keluaran Ayamas.


Tidak lupa juga pada bebola daging dan bebola ayam keluaran Ramly bagi mendapatkan gambaran yang cantik dan sedikit sebanyak sayur sawi serta kek ikan dan kek ketam seperti gambaran dibawah.




Sedikit nasihat ketika memulakan celupan diminta jangan korang tuang semua bahan beku tu kerana risau akan berlakunya pembaziran apabila gagal dihabiskan kecuali ramai.


Seterusnya bagi mengekalkan rasa kuah sila elakkan rendam bahan beku lama-lama, paling baik celup apa yang korang nak makan sahaja. Tips ini membolehkan kuah Tom Yam disimpan dan dipanaskan semula pada esoknya.


Pada penilaian kami, hidangan ini mampu melupakan nasi seketika disebabkan kenyang minum sup Tom Yam, oleh kerana itu kononnya dapatlah kami belajar berdiet kerana cuba mengamalkan makanan ber-sup.


Akhir kata, Korea dan Jepun mempunyai oden tapi perbezaan hanyalah pada kuah dan bahan beku dia. Korea lebih kepada makanan pedas manakala Jepun kuah oden dia tidak pedas tapi ada sedikit rasa manis.


Ulasan : Tayar Kenderaan ZETA Diedarkan Oleh Prowheels Distributor

8:50:00 PG

Prowheels Distributor(M) Sdn.Bhd adalah pengedar tunggal tayar jenama ZETA dan minyak enjin Lubrex di Malaysia sejak tahun 2016 dimana ketika itu nama yang diguna pakai adalah Achilles Motorsport Distributors dan 100% syarikat milik bumiputra.



Syarikat ini telah mempunyai 140 pengedar sah dan dijangka akan terus diperluaskan lagi di seluruh Malaysia. Lembaga pengarah Prowheels Distributor(M) Sdn.Bhd adalah EN.MOHD MAJDI BIN MOHD RAMLEE, EN.MOHAMMAD YAZI BIN AB RAHMAN,EN.MUHAMAD SOLAHUDDIN BIN MUSTAFA.


Ibu pejabat Prowheels Distributor(M) Sdn.Bhd terletak di Alor Setar, Kedah. Kalau korang golongan usahawan bengkel kereta atau tayar boleh cuba bawa masuk jenama ZETA ni kut suatu hari nanti laku keras berbanding jenama lain.



Sedikit sebanyak sejarah jenama ZETA bermula pada tahun 2006 yang dimiliki oleh syarikat Europe, pada 2007 SD International(China) membeli ZETA dari Michelin(Europe). Jadi untuk tak nak bagi pengguna keliru jenama ini sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh syarikat CHINA yang turut telah mempunyai beberapa jenama tayar lain seterusnya diberi lesen pengedaran sepenuhnya kepada Prowheels Distributor(M) Sdn.Bhd di Malaysia bagi memperluaskan lagi pasaran.


Bagi mencuba daya kualiti tayar ini penulis membuat keputusan untuk mencuba jenis Alvent dan hasilnya terasa sedikit keras tapi masih senyap ketika di permukaan jalanraya manakala cornering pula buat masa ni tidak terasa membuang mungkin disebabkan bunga tayar masih baru tapi tidak setanding pengalaman ketika mengujicuba jenama YOKOHAMA.


Harga jualan oleh pengedar berdekatan di Shah Alam adalah RM150 sebiji termasuk kos pemasangan dan selepas tawar menawar dapatlah kurang -RM5 sebiji. Aligment dan balancing pula dikenakan caj sebanyak RM25 tapi penulis tidak buat jadi harga kerugian semua adalah RM580 untuk tayar sahaja.


Harap dengan sedikit sebanyak ulasan ni korang dapatlah buat perbandingan harga atau keputusan sebelum memilih mana-mana jenama yang berada di pasaran Malaysia sekarang.


https://www.facebook.com/zetamalaysia/

https://www.prowheelsdist.com/

https://www.zeta-tyres.com/

https://www.sd-international.com/

Lokasi Tambah Nilai Kad Touch 'n Go Yang Tidak Dikenakan Caj Perkhidmatan

9:20:00 PTG

Sebagai pengguna wajib kena ada kad Touch 'n Go tambahan lagi jika berada di sekitar lembah klang mahupun negeri-negeri yang mempunyai lebuhraya berbayar.


Namun pada hari ini kad Touch 'n Go bukan hanya digunakan oleh pengguna lebuhraya malah ia juga telah diguna pakai oleh pengguna pengangkutan awam seperti Rapid KL, kawasan parking dalam bangunan dan lain-lain.


Nak dijadikan cerita pengguna tidak lagi dibenarkan menambah nilai di kaunter Tol bagi mengelak lebuhraya menjadi sesak namun masalah ini tidak dapat dipenuhi dengan sepenuhnya kerana masih ada yang terlupa atau tiada sebarang rancangan untuk memasuki lebuhraya maklumlah ikut telunjuk peta google.



Diatas pengalaman sendiri dapati ada beberapa lokasi yang mengenakan caj sebanyak 0.50sen pada setiap tambah nilai yang dilakukan. Pada kami fee tambah nilai yang ditetapkan agak mahal namun jika sudah tiada pilihan terpaksalah redha.


Dibawah ini kami sediakan beberapa kiosk yang tidak mengenakan sebarang caj ketika melakukan tambah nilai Touch 'n Go .


Self-Service Kiosk (SSK)


Watson

Tesco 

Giant 

KK Super Mart

MyMydin

Guardian Pharmacy

Cold Storage    

Touch 'n Go Customer Service 

Airport Coach

VeCare Pharmacy

CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd

Multimedia Development Corporation (MDeC) 

Clear Marque Sdn Bhd

The Alice Smith School (Secondary Campus)

Caltex Petrol Station

Shell Petrol Station

PETRONAS Petrol Station 

Caring Pharmacy

MPH Bookstores

NZ Curry House

Jasons Food Hall

Mercato d'Marketplace

No-Reload-Fee


Senarai diatas ini pasti mesti ramai diantara korang yang kenal sangat dan selalu nampak, jadi lepas ini kena rajinkan diri pergi isi topup di mana-mana cawangan yang terdekat dengan anda sehinggalah seluruh Tol dan sistem Touch 'n Go seluruh Malaysia menyokong penuh penggunaan Touch 'n Go E-wallet iaitu sistem pay direct.


 
 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)