Terkini

Ramadan Semakin Hampir Namun Masih Membimbangkan : Covid-19

11:37:00 PTG

Sekian lama menyepi menyesuaikan diri dalam suasana perintah kawalan pergerakan(PKP) ini maka sudah tibanya untuk mengisi secebis masa lapang di dalam posting ini mengenai ramadan yang semakin hampir.



Pada ketika ini kita semua tidak tahu sampai bilakah perintah kawalan pergerakan(PKP) akan berlanjutan bagi memastikan negara dan kawasan-kawasan zon merah sudah dibersihkan secara menyeluruh.


Dengarnya perniagaan bazaar ramadan juga akan menjadi atas talian jika wabak ini berlanjutan, cuba bayangkan umat Islam masih tiada solat jumaat, solat tarawih mahupun solat aidil fitri perghh boleh rasa sebak pula.



Aku mengambil kesempatan pergi ke mini market ketika musim (PKP) terlihat rak-rak yang sebelum ini dipenuhi dengan barangan keperluan namun hari ini kosong dan terlajak laris apakah ia dipanggil pembelian panik?



Namun mini market khas bahagian basah pula buat masa ini masih lagi terkawal kecuali datang waktu petang, mungkin ada golongan jenis beli barangan basah secara harian atau 3 hari sekali.


Seterusnya cubaan aku membuat pembelian atas talian juga kelihatan membimbangkan kerana barang masih lagi berada di hub syarikat penghantaran. Korang bayangkan jika ada golongan cuba membuat pembelian makanan/minuman secara atas talian tapi tidak sampai-sampai juga dan akhirnya terpaksa beratur memasuki pasaraya dengan itu perintah kawalan pergerakan ini akan kelihatan semakin longgar kerana masih membenarkan individu keluar membuat pembelian.


Pesanan ringkas dalam posting ini 'Kekal dirumah / Stay at home'.


Cara Mengatasi Kulit Berminyak Untuk Mengekalkan Wajah Yang Cantik

11:03:00 PTG

Wajah yang cantik adalah harapan setiap insan terutama wanita, untuk mendapatkan kulit wajah cantik tentunya perlu melakukan penjagaan yang teliti terutama dari segi kebersihan dan permakanan.



Tahukah kita kulit kita seringkali terdedah dengan pencemaran udara yang kotor ketika berada di luar dimana yang penuh dengan udara kotor dan mengandungi kimia.


Bukan itu sahaja namun faktor makanan yang berminyak juga mempengaruhi maka dengan ada pelbagai produk pencuci di pasaran dapatlah membantu kita untuk mengekalkan kebersihan wajah.



Cuma yang jadi permasalahan adalah tidak semua produk sesuai dengan kulit wajah seseorang, jadi apa yang kita perlu lakukan adalah mengambil masa untuk cuba satu persatu jenama sehingga kita tahu yang mana sesuai dengan kulit wajah.


Jenis-jenis kulit wajah mempunyai beberapa ciri iaitu normal, kulit sensitif, kulit berminyak dan kulit kering. Sedikit tips sebelum mencari produk haruslah kita ketahui kulit wajah kita mengalami permasalahan yang seperti apa.


Jika sudah tahu apa jenis masalah kulit wajah maka haruslah mencari produk inisiatif seperti pelembab wajah untuk kulit berminyak atau pelembab wajah untuk kulit kering dan untuk kulit sensitif demi mengekalkan wajah yang cantik dan bersih.



Akhir sekali paling penting kurangkan makan makanan berminyak dan lebihkan minum air masak secukupnya demi melembab kulit. Wajah kita juga perlu rehat yang secukupnya seperti tidur pada awal waktu kerana rehat yang cukup dapat memberikan kesan baik kepada kulit dan tubuh badan sekaligus membuatkan wajah terlihat lebih segar.


Beberapa produk yang penulis sedang cuba gunakan adalah dari jenama Cosmoderm Vitamin E Cream 1,0000 I.U, Neutrogenar Moisture, Safi pelembab geldan bebeberapa jenama yang lain. Antara fungsi produk-produk yang penulis sedang cuba adalah berfungsi untuk menghilangkan parut dan merawat kulit kusam.


Advertisement

Pelan Digi 365 Apa Yang Perlu Kita Tahu?

4:07:00 PTG

Tawaran ini jika kita lihat secara rawak memang kelihatan sangat menarik kerana telefon kita diberi perlindungan jika berlaku sebarang kerosakkan kecuali rompak dan kecurian.



Setelah cuba buat siasatan bagaimana tawaran ini berfungsi rupanya ia bukanlah semudah yang kita fikirkan dimana korang perlu ada bayaran pendahuluan jika tidak layak.


Apakah ciri-ciri kelayakkan adalah kita perlu menjadi pelangan yang menggunakan bil pascabayar lebih dari RM80 sebulan sekurangnya 3 bulan dan ini juga perlu jika korang dari telco lain dan ingin port in ke Digi semata-mata untuk tawaran ini.



Seterusnya untuk memohon pelan ini kita perlu ambil salah satu tawaran iaitu jika kita memilih bulanan telefon yang murah maka bil pascabayar kita akan menjadi yang paling tinggi begitu juga jika sebaliknya.


Manakala jika kita tidak layak dengan mana-mana pilihan, haruslah menyediakan duit pendahuluan untuk 3 bulan wohooo! dan masuk ke 4 bulan diorang akan potong sedikit demi sedikit dari duit pendahuluan.


Akhir sekali jika semua sudah berjalan lancar maka korang bolehlah bergaya dengan telefon baru yang hutang selama 24 bulan bersamaan 2 tahun serta memiliki skim perlindungan kerosakkan 365 dan paling penting selepas tarikh matang korang juga layak membuat naik taraf kepada peranti baru jika bayaran bulanan cantik.


Jika ada terdapat mana-mana kesilapan di posting ini sila tinggalkan maklum balas pada ruang komen dibawah untuk sebarang pembetulan.


https://www.digi.com.my/phonefreedom365


Advertisement

Minyak Enjin Terbaik Di Malaysia Yang Perlu Anda Sokong

3:30:00 PTG

Minyak enjin adalah penting bagi setiap kenderaan korang namun pemilihan jenama dan keperluan selalu membuatkan pengguna pening kerana di pasaran terdapat banyak sangat jenama.



Jika tanya aku, jawapannya sudah pasti sokonglah minyak enjin keluaran tempatan iaitu Petronas dan sekutunya. Tapi jika korang tidak ada nilai Patriotism maka silakan cuba produk luar negara yang dikatakan mempunyai tahap kualiti yang tinggi untuk kenderaan.


Ada juga yang beratur untuk menukar minyak enjin shell katanya dah berzaman duk sokong jenama satu ini, pada aku tidak kisah pun nak sokong jenama apa kerana itu adalah pilihan masing-masing.



Tahukah kita syarikat pengeluar minyak engineer diorang tidak pernah rasa penat untuk menaik taraf teknologi dalam produk minyak mereka bagi menjaga hayat enjin kenderaan pengguna soalnya mampukah kita terus memberi sokongan kepada mereka atau kita lebih banggakan produk dari AS?


Produk AS yang digemari pengguna salah satunya adalah Pennzoil, perghh diorang kata teknologi yang ada pada produk ini memang sangat memuaskan malah harganya pun lebih mahal dari produk jenama tempatan. Apakah sebabnya produk AS ini agak mahal di Malaysia? ia adalah disebabkan nilai matawang sahaja kerana orang kita ni pantang tengok harga mahalnya je pasti mindset kata waaa kualiti.


Tahukah kita minyak semuanya sama sahaja yang membezakan adalah jenama dan cara acuan dari pihak engineer, mungkin ada yang lebihkan garam dan ada yang kurangkan gula. Jangan terkejut jika ada minyak enjin buat pemasaran mengatakan dapat menjimatkan Petrol dan pickup bagai, haaa itu semuanya cara pemasaran masing-masing kerana hampir 70% peratus pengguna ditipu dengan cara pemasaran.


Ada satu jenama ini dipanggil Lubrex ia adalah keluaran negara UAE dan pengedar tunggal di Malaysia adalah dari syarikat milik anak tempatan iaitu prowheels distributors.


Setiap minyak enjin mempunyai kelikatan masing-masing bergantung jenis enjin kenderaan anda. Ada yang pagi-pagi susah nak hidupkan enjin kerana minyak enjin terlalu sejuk dan kejadian ini pernah penulis lalui. Selepas tukar kepada minyak enjin kelikatan yang disyorkan barulah mudah hidupkan enjin berbanding yang sebelum ini.


Oleh kerana ramai anak muda yang menggunakan kenderaan mampu milik perodua terutama axia. Minyak enjin axia ini disyorkan menggunakan jenis Full Synthetic SAE OW-20. Tapi kalau nak jadi pomen sendiri dan cuba tukar kepada jenis lain itu terpulang kerana ia adalah milik anda.


Tahukah kita minyak enjin yang diguna pakai oleh kebanyakkan pusat servis sah perodua dan proton adalah dari keluaran petronas dan juga sudah terbukti layak memasuki perlumbaan F1.


Pastikan korang beli minyak enjin di pengedar yang sah untuk mengelak dari sebarang produk tiruan oleh kerana itu penulis syorkan minyak enjin keluaran jenama station minyak sebab korang boleh dapatkan produk original di station minyak berdekatan berbanding beli dari suplier.


1. Minyak enjin Petronas

2. Minyak enjin Lubrex

3. Minyak enjin Shell


Mesin Basuh Tidak Boleh Spin Apa Puncanya?

2:26:00 PTG

Mesin basuh adalah sebahagian peralatan elektronik wajib ada di setiap rumah walaupun sekarang sudah semakin mudah dengan adanya kedai mesin basuh dobi layan diri.



Sebelum itu kita sebagai pemilik mesin basuh haruslah tambah sedikit sebanyak pengalaman dan kemahiran membaiki kerana setiap peralatan elektronik ada hayat dia tersendiri.


Walaupun kita rasa jenama yang kita beli itu adalah yang terbaik di pasaran namun setiap komponen yang diguna pakai adakala datangnya dari kilang yang sama cuma berapa lama dia boleh bekerja untuk membasuh pakaian korang itu semua adalah nasib dan keberkatan.



Masalahnya sering terjadi pada alatan mesin basuh memang banyak walaupun kita lihat komponen dia tidak begitu banyak tapi dalam posting ini kita akan ceritakan mengenai permasalahan mesin basuh tidak boleh spin. Sedang korang sedap tunggu dia membasuh sampai tiba nak spin dia tak boleh pula atau menjadi perlahan, jadi korang periksa beberapa bahagian iaitu kebiasannya motor spin telah rosak atau kapasitor terbakar.



Ini adalah masalah utama bagi pengguna mesin basuh jenis manual, perkara ini berpunca kerana didalam motor ada dawai tembaga yang berkemungkinan sudah terbakar atau putus oleh kerana itu ia tidak dapat berfungsi dengan normal.


Caranya cuba survey harga motor spin itu dan harga mesin basuh jenis auto yang baru kerana jika ada permasalahan dengan komponen motor memang pengguna selalunya terus campak tepi dan tukar mesin basuh hitachi baru atau jenama lain mesin basuh terbaik. Tapi kalau ada kemahiran membaiki tidak salah cuba sedaya upaya untuk mencari punca dan tukar dengan komponen yang baru.


Jika berdekatan dengan kuala lumpur, korang boleh jalan-jalan di jalan pasar pudu kerana lokasi ini memang lubuk cari gantian komponen mesin basuh dan lain-lain.


Tips untuk mengelakkan motor terbakar adalah jangan melakukan cucian banyak kali dalam masa sehari kecuali mesin basuh anda jenis industri seperti kedai dobi kerana mesin basuh yang ada dirumah ini selalunya diguna pakai 2 kali seminggu sahaja kecuali keluarganya besar.


Kenapa Restoran Mamak Menjadi Pilihan Tidak Kira Kaum Dan Bangsa Di Malaysia?

2:20:00 PG

Penulis percaya pasti ada diantara korang ada terfikir sama namun apa yang kita lihat boleh dikatakan restoran mamak ni tiada sikit pun nampak seperti rasis macam restoran kaum lain.



Restoran melayu hanya melayu, restoran cina hanya cina kadang-kadang ada seorang dua india lepak ngeteh cap tiger, tapi kalau restoran mamak memang sempoi sebabnya tiada arak tiada makanan yang mencurigakan tapi harus ingat tidak semua restoran mamak bersih ya.


Pengusaha dia pun kadang-kadang pun ada main teknik kotor, tahap kebersihan makanan tidak terjamin dan pekerja-pekerja punya kebersihan juga tidak di ketatkan.



Kepada sesiapa yang teringin nak rasa makanan india boleh berkunjung di mana-mana restoran mamak yang dipercayai maklumlah tidak semua restoran mamak adalah muslim harus ingat tu.


Makanan india yang popular adalah roti Naan, Chapati, Briayani, Ayam Tandoori, Pani Puri dan macam-macam lagi tapi penulis sebut yang selalu orang kita order jelaa.


Kalau korang takut minyak seperti Roti Chanai haaa Roti Naan adalah pilihan yang terbaik kerana ia dimasak menggunakan tempayan tanpa menggunakan sebarang minyak yang berlebihan seperti Roti canai.


Seterusnya kegemaran penulis adalah Tosei bersama kuah kelapa, kalau dapat tu perghhh layan wei kena pula buat ala istimewa letak telur separuh masak atas dia.


Dengar cerita makanan india lebih kurang sama je dengan pakistan maklumlah sejarah diorang kan pernah duduk satu negara sebelum dipisahkan oleh british sebab rakyatnya gaduh sebab permasalahan agama muslim dan hindu pada ketika itu maka terpisahlah mereka dengan seadanya dan sehingga sekarang duk perang pasal perebutan tanah dan lain-lain.


Berkunjung Ke Melaka Memang Tak Lengkap Jika Tiada Asam Pedas

1:25:00 PG

Setelah penat berjalan pasti korang fikir apakah makanan sedap di Melaka ni, tak kan asam pedas je bosanlah nak juga rasa hidangan lain orang melaka.



Asam pedas di melaka sudah sinonim sangat tapi jangan risau sebab masih banyak lagi hidangan yang perlu korang nikmati cuma sediakan kos yang mencukupi sahaja.


Melaka dan asam pedas adalah satu gabungan yang tidak langsung boleh dipisahkan tapi bukan itu sahaja sebenarnya ada je hidangan lain persoalannya femes atau tidak sahaja.



Tahukah anda coconut shake juga terkenal di melaka dan jika kena dengan tempatnya silap-silap boleh dapat harga murah, selepas kena asam pedas melaka tu bolehlah tenangkan lidah dengan kesejukkan coconut shake di sekitar klebang.


Seterusnya selepas penat berjalan korang singgah pula di cendol jam besar, antara cendol yang menjadi pilihan adalah cendol durian memang perghh...


Di melaka juga terkenal dengan kuih muih, mana nak cari pandailah korang google tanya lokasi sebab penulis tak berani nak rekemen kedai risau tak kena selera pula nanti.


Tak nak kuih muih, korang boleh cuba cucur udang alor gajah perghh harga berpatutan jugalah tapi tidak pastilah jika sekarang sudah naik harga ekorang ekonomi sedang tidak menentu.


Banyak lagi tapi cukup setakat ini sahaja, jika ada masa penulis sambung di entri yang lain pula ya. Kita tengok apa hidangan yang sedap lagi sebab duk bandar asik cheese je bosan pula.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)