Terkini

Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

KESAN TIDUR TERHADAP OTAK KANAK-KANAK YANG PERLU IBU BAPA AMBIL TAHU

1:05:00 PTG

Anak yang meragam selepas pukul 9 malam BUKANLAH anak yang bermasalah atau masalah sesiapa sahaja di sekeliling anak.



Yang SALAH adalah IBU BAPA yang tidak tidurkan anak awal, yang tidak menyediakan jadual rutin anak, yang membiarkan anak berjaga tanpa perlu, yang membiarkan anak bersama gajet dan tv sesuka hati, yang permisif dan yang mengheret anak keluar tidak kira waktu.


Anak sepatutnya tidur awal supaya mendapat rehat dan tidur yang cukup. Orang tua yang tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur pun akan bertindak tidak rasional, apatah lagi anak kecil yang sememangnya tidak boleh berfikir dengan rasional. Hormatilah perkembangan dan keperluan anak.


Dalam satu kajian menunjukkan 41.5% kanak-kanak di Malaysia tidak dapat tidur yang mencukupi. Tidur merupakan keperluan yang amak penting dan paling asas dalam perkembangan kanak-kanak.


Berdasarkan Maslow’s Hieraki tidur termasuk di dalam salah satu keperluan fisiologi yang paling penting untuk dipenuhi dengan baik.


Tidur bukan sahaja keperluan yang sangat penting bagi kanak-kanak tetapi bagi semua lapisan umur. Tetapi bagi kanak-kanak masa tidur mereka lebih panjang kerana mereka sedang dalam fasa membesar dan berkembang. Keperluan tidur yang tidak dijaga dengan baik akan memberi impak negative daripada sudut akademik dan juga sikap dan perangai mereka.


Berikut merupakan masa/jam tidur yang diperlukan bagi kanak-kanak:


⭕ Umur 2 bulan kebawah :12 – 18 jam

⭕ Umur 3 bulan – 1 tahun : 14 – 15 jam

⭕ Umur 1-3 tahun : 12 – 14 jam

⭕ Umur 3-5 tahun : 11 – 13 jam

⭕ Umur 5-12 tahun: 10 – 11 jam

⭕ Umur 12-18 tahun: 8.5 – 9.5 jam



Apa yang akan berlaku sekiranya kanak-kanak tidak cukup tidur?


Tidur yang tidak mencukupi akan menyebab kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas dan ketika guru mengajar. Fokus mereka lebih tertumpu kepada usaha untuk tidak tertidur di dalam kelas.


Kesan yang lebih buruk terhadap kanak-kanak yang tidak cukup tidur adalah prefrontal cortex tidak dapat berfungsi dengan baik.


Prefrontal cortex merupakan sebahagian daripada otak depan yang berfungsi untuk membuat perancangan, berfikir secara luar kotak dan juga menganalisa.


Jadi kanak-kanak akan rasa terbeban ketika berhadapan dengan situasi untuk menyelesaikan masalah atau tidak menjumpai jawapan yang betul.


Fungsi prefrontal cortex yang menurun disebabkan tidak cukup tidur turut memberi kesan kepada interaksi sosial mereka.


Kekurangan fungsi ini akan menyebabkan kanak-kanak lebih pentingkan diri sendiri, kurang empati dan berdepan dengan kesukaran untuk menyelesaikan masalah.


Penggunaan gadget atau membaca buku terlalu lama boleh membuatkan mata letih dan rabun. Tabiat ini juga akan membuatkan mata cepat kering kerana mata akan kurang berkelip jika dibiarkan melihat skrin pada jangka masa lama.


Bagi memastikan kesihatan mata anak, waktu penggunaan gadget perlu dikawal supaya mata mendapat rehat yang cukup.


Screentime yang terlalu lama juga akan memberi kesan kepada kualiti tidur anak.


Cahaya dari skrin gadget adalah sangat tidak baik terutamanya pada waktu malam kerana otak akan memberi tindak balas kepada badan untuk tetap berjaga sehingga boleh mengganggu waktu tidur.


Bagaimana Tidur Itu Mampu Membantu Otak Kanak-Kanak?


1. Tidur dapat membantu proses pembelajaran


Kanak-kanak memerlukan tidur yang berkualiti dan cukup bagi menguatkan ingatan terhadap informasi yang baru mereka terima dan tidur juga membantu informasi itu difahami dan dapat dihubung kait antara satu informasi dengan infromasi yang lain.


Lagi banyak perkara dan maklumat yang diterima mereka, lagi banyk tidur yang diperlukan. Mengajar mereka perkara baru ketika mereka dalam keadaan umpama mencurah air ke daun keladi.


2. Tidur Membantu Pembelajaran Kemahiran Motor yang Baru.


Berdasarkan jurnal Memory stabilization and enhancement following music practice, apabila anak anda belajar kemahiran motor yang baru seperti memukul bola hoki, bermain gitar atau menari.


Tidur akan membantu otak menghantar memori jangka pendek(Short term memory) perkara yang di pelajarinya ke ‘cortex motor’.


Jadi bila diulang kembali kemahiran motor tersebut, mereka mampu lakukannya dengan lebih pantas dan lebih tepat.


3. Tidur Mampu Mendorong Otak Lebih Kreatif


Ada satu istilah yang di panggil Hypnagogia. Hypnagogia merupakan situasi di mana seseorang itu antara Sedar dan Tidur. Di fasa ini, kita akan jumpa cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah ketika siang hari. Ini kerana otak menyusun dan menstrukturkan semula memori dan kesannya meningkatkan kreativiti.


4. Tidur Membersihkan Toksik Di Dalam Otak


Otak memerlukan tenaga untuk berfungsi. Hasil daripada itu menghasilkan sejenis toksik yang perlu disingkirkan melalui ‘glymphatic system’. Toksik ini perlukan di singkirkan kerana ada kajian menunjukkan toksik ini antara sebab berlakunya penyakit Alzherimer.


‘Glymphatic System’ berfungsi sepanjang masa tetapi lebih aktif ketika waktu tidur. Jadi untuk memastikan proses pembersihan berjalan dengan optimum kanak-kanak perlukan tidur yang cukup.


5. Tidur Menguatkan Ingatan


Ketika tidur short-term memories akan ditukar kepada long-term memories. Ketika tidur otak akan memaparkan semula memori pada hari itu dalam proses yang penting untuk menguatkan ingatan.


Berdasarkan Sleep Deprivation dan False Memories tidak cukup tidur pada kanak-kanak bukan sahaja menyebabkan otak mereka gagal untuk menukar ‘short-term memories’ kepada ‘long-term memories’. Malah memori tersebut akan bercampur aduk antara daripada situasi yang lain dan mewujudkan false memories.


Kesimpulannya, sebagai penjaga kepada kanak-kanak sama ada ibu-bapa atau guru, memastikan mereka mendapat tidur yang cukup sangat penting demi memastikan otak mereka dapat berfungsi dengan baik.


Kasihani mereka, mereka terlalu muda untuk ditekan dan dipaksa di luar kemampuan mereka.


Pastikan kanak-kanak mendapat keperluan asas mereka dengan optimum, demi memastikan kesan dan impak yang lebih hebat.


SUMBER

Shopeefood Semakin Rancak Kerana Masih Mempunyai Percuma Voucher Diskaun Dan Penghantaran

9:29:00 PG

Tahukah anda Shopeefood semakin rancak di kawasan lembah klang diikuti dengan negeri lain kerana khabarnya ia tidak henti memberi voucher diskaun makanan dan paling menarik penghantaran percuma tanpa order minima.



Setelah penulis ikut rapat akan perkembangan pemasaran Shopeefood dapati ia masih lagi releven untuk pelangan dan rakan penghantar mereka.


Radius vendor dan penghantaran juga tidak melebihi 12km kecuali sistem mengalami masalah atau rakan penghantar mereka tersalah jalan tapi boleh jadi jika ada cubaan manupulasi GPS dari pelangan iaitu sengaja pin salah alamat supaya dapat akses kepada vendor yang diingini.



Mata Ganjaran?

Jika syarikat Hijau ada pengumpulan mata ganjaran dengan setiap pembelian maka Shopee turut ada iaitu dikenali sebagai coins. Pelangan Shopee juga boleh mengumpul coins tersebut dengan pelbagai cara dan paling menarik coins tersebut sangat mudah di kumpul.


Pembayaran PayLater?

Shopee mempunyai pembayaran SpayLater namun ia tidak terpakai untuk pembelian makanan ShopeeFood. Sebaliknya syarikat Hijau memberi akses PayLater kepada pelangan yang mempunyai rekod baik dengan pengesahan kad pengenalan.


Pilihan Vendor Banyak?

Penulis dapati Shopeefood ada sedekit sebanyak ikut seperti syarikat Merah Jambu iaitu membenarkan peniaga kecil turut serta walaupun hanya berniaga dibawah kanopi.


Cuma sedikit nasihat untuk peniaga kecil supaya melabur untuk pemasangan banner perniagaan supaya rakan penghantar tidak membuang masa mencari tapak perniagaan anda.


Setakat ini setiap tempahan shopeefood hanya boleh dibuat melalui app shopee sahaja. Penulis akan kemaskini lagi jika ada perkara baru dalam shopeefood demi penjimatan korang.


Advertisement

Dapatkan Game PC Percuma Edisi Tomb Raider - Epic Games

9:24:00 PTG

Jika anda seorang PC gamer inilah masa yang sesuai dan amat berbaloi kerana Epic Games menghadiahkan pengguna keseluruhan trilogi Tomb Raider Game of the Year.



Hadiah trilogi Arkham pada tahun 2019 telan menelan belanja $1.5 juta, manakala jumlah kali ini masih belum dapat dipastikan.


Tarikh percuma dikhabarkan hanya sah sehingga 6 Januari, jadi anda mempunyai banyak masa untuk mendapatkannya melainkan anda terlupa jadi jangan tunggu lagi sila dapatkan ia sekarang sementara masih percuma.




Harga semasa untuk Rise of the Tomb Raider sekitar RM190, Shadow of the Tomb Raider RM182 dan akhir Tomb Raider GOTY RM53.10.


Pautan url telah telah disediakan dibawah.

www.epicgames.com/store/en-US/free-games
Advertisement

Kajian Mencadangkan Vaksin J&J, Cina, Dan Rusia Tidak Berkesan Terhadap Omicron

11:39:00 PG

Kajian oleh Universiti Washington dan pembuat ubat Switzerland Humabs Biomed menunjukkan bahawa vaksin Johnson dan Johnson, vaksin China (Sinopharm), dan vaksin Rusia (sputnik) tidak berkesan terhadap varian omicron.



Omicron telah dikesan di 89 negara, dan kes meningkat dua kali ganda setiap 1.5-3 hari di tempat yang mengalami penularan komuniti. Menurut kajian baharu, varian omicron tidak lebih selamat daripada varian delta, dan ia adalah lima kali lebih berkemungkinan untuk menjangkiti semula orang yang telah menghidap COVID.


Varian Omicron berkembang 70x lebih cepat daripada varian delta, yang mungkin menyumbang kepada penyebaran pantasnya.


Dalam analisis akhir pil COVIDnya, Pfizer berkata ubat itu sangat berkesan, malah terhadap Omicron, dan ia harus dikeluarkan sebelum akhir tahun.


Sebelum Omicron, Pfizer melaporkan pengurangan 90% dalam kemasukan ke hospital dan kematian dalam pesakit COVID berisiko tinggi.



Dari segi vaksin, Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer mengumumkan bahawa kerajaan mengarahkan dos vaksin COVID yang mencukupi untuk setiap kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun di negara ini. Itu akan diuji––kanak-kanak telah mula mendapat vaksin COVID.


Pentadbiran Biden, menjangkakan lampu hijau, mula membungkus dan menghantar dos vaksin untuk kanak-kanak sebelum kelulusan diberikan. Awal minggu ini, panel penasihat FDA sebulat suara mengesyorkan (termasuk satu berpantang) supaya kanak-kanak berumur 5-11 mendapat versi dos rendah vaksin Pfizer. Kini, FDA telah membenarkan vaksin untuk kumpulan umur tersebut. Hampir sebulan yang lalu, Pfizer menghantar data kepada FDA untuk mendapatkan kelulusan vaksin di kalangan kanak-kanak 5 hingga 11 tahun.


Bulan lalu, Pfizer dan BioNTech mengumumkan bahawa mereka merancang untuk meminta kelulusan pengawal selia untuk mentadbir vaksin kepada kanak-kanak berumur lebih dari lima tahun. Jika dibenarkan, itu sepatutnya membantu mengurangkan risiko COVID kepada kanak-kanak sekolah.


Menurut WHO, COVID akan terus bermutasi––sama seperti selesema––dan oleh itu ia akan kekal di sini. Moderna sebenarnya sedang membangunkan suntikan penggalak dos tunggal yang akan meliputi kedua-dua serombong dan COVID.


AS telah mencapai pencapaian baharu COVID: 40 juta kes. Dan varian Delta baru sahaja memanaskan badan––bekas pesuruhjaya FDA telah mengatakan bahawa kami belum melihat lonjakan Delta sebenar lagi. Ia akan datang, dia mencadangkan, selepas pengembara Hari Buruh menyebarkan varian itu.


Sumber

Cara Buka Akaun SSPN? Jenis Akaun Yang Ada? Jom ambil tahu

3:40:00 PTG

Skim Simpanan Pendidikan National(SSPN) adalah dibawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) perbezaan dua ni secara ringkas adalah IN/OUT.



Maksud IN/OUT adalah kalau PTPTN asik keluarkan dana untuk pinjaman pengajian dan sampai satu masa peminjam gagal membuat pembayaran semula diatas sebab tertentu maka dana akan berkurangan untuk diberikan kepada generasi seterusnya.

Oleh kerana itu penulis berpendapat kerajaan telah dapat buah fikiran dengan menggunakan konsep pusingan iaitu 'Dari Rakyat Kepada Rakyat' dengan menubuhkan beberapa jenis akaun Simpanan Pendidikan iaitu secara bulanan atau tanpa sebarang komitmen.


Jika memilih akaun bulanan dengan jumlah yang mampu anda bayar maka dapatlah beberapa manfaat menarik seperti dividen, perlidungan takaful dan pelepasan cukai pendapatan sesuai untuk golongan pendapatan tinggi.



Jika anda tidak mahu memiliki sebarang komitmen untuk tabung pendidikan anak-anak maka boleh buka akaun SSPN biasa dan mula simpan jika ada peruntukan. Setelah itu khabarnya anda juga berhak mengeluarkan simpanan tersebut pada bila-bila masa mengikut terma syarat yang ditetapkan oleh SSPN.


PTPTN kerap kali menambah baik produk simpanan mereka melalui SSPN mengikut keperluan semasa iaitu terkini telah tercipta beberapa jenis simpanan seperti:


SSPN-i

SSPN Plus

SSPN Prime


*maklumat lanjut layari www.ptptn.gov.my


Cara Pembukaan Akaun SSPN

Boleh terus ke kaunter PTPTN atau menerusi ejen sah PTPTN disini 'DAFTAR' hanya semudah ABC.


Cara Penutupan Akaun SSPN

Jika ingin membatalkan akaun diatas sebab tertentu anda perlu hadir ke cawangan PTPTN berhampiran untuk urusan penutupan.


Akhir sekali, simpanan pendidikan ini adalah penting bagi anak bangsa kita di masa hadapan namun kita sebagai ibu/bapa hanya merancang tapi percayalah rezeki tak pernah salah alamat soalnya cepat atau lambat sahaja.



Kita juga tidak boleh meramal situasi masa hadapan sama ada peluang pekerjaan semakin banyak atau tidak cuma apa yang boleh kita usahakan pada saat ini adalah menaikkan ekonomi negara kerana ketika itulah kita dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk generasi masa hadapan.


Artikel ini ditulis semasa keadaan ekonomi dan politik dalaman kurang stabil dan diuji dengan wabak Covid19 sekaligus dengan permasalahan taraf pendapatan rakyat tidak sepadan dengan inflasi semasa.

Oleh kerana itu ramai yang terpaksa melakukan lebih dari satu pekerjaan demi menyara ahli keluarga dan diri sendiri. Trend peluang pekerjaan ke-dua pada masa ini pula adalah dengan menceburi pekerjaan gigs secara bebas dan selebihnya adalah bergantung pada kemahiran masing-masing berdasarkan tawaran gaji semasa.


Kita patut kasihan pada generasi baru yang terpaksa menanggung hutang pengajian mereka sedangkan mereka sendiri belum tentu dijanjikan peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang sepadan dengan kos pembelajaran mereka sebelum ini kecuali mereka adalah datang dari golongan berpendapatan tinggi.


Tahukah Anda Ink Cartridge Printer Mempunyai Unsur Penipuan

2:44:00 PTG

Sumber luar negara mengatakan beberapa jenama printer telah mengambil untung yang banyak terhadap penjualan ink cartridge mereka.



Ada pengguna tempatan juga meluahkan pendapat di forum dengan mengatakan ada satu jenama printer ini jika salah satu ink cartridge habis mesin pencetak terus gagal berfungsi.


Harga ink cartridge pun begitu mahal mengikut sesebuah jenama pencetak namun dalam pasaran ada dua jenama memainkan peranan iaitu menyediakan printer yang murah tapi ink cartridge yang mahal dan lagi satu harga printer mahal tapi ink cartridge murah.


Dalam artikel ini penulis tidak sebut mana-mana jenama mesin pencetak sebabnya korang sendiri pasti sudah tahu. Tapi untuk keperluan pelajar elok pilih jenama yang mempunyai ink cartridge murah untuk jangka masa panjang jika tidak memang akan menyesal tak kesudah.



Jika anda sedang mencari mesin pencetak sila pastikan ia mempunyai tangki simpanan ink bagi memudahkan korang pantau kandungan yang ada. Cuma berdasarkan pengalaman pengguna printer yang mempunyai tangki ink selalu mempunyai permasalahan kebocoran dan kegagalan ink masuk ke cartridge harap engineer diorang perbaiki untuk model akan datang.


Akhir sekali pastikan korang rajin mencari sebab setiap Error dari printer kerana jika korang gagal menyelesaikan masalah tersebut. Masa akan terbuang untuk menghantar baik pulih di kedai yang korang beli atau paling malas sekali adalah dengan menukar printer baru setiap kali mengalami ralat.


Mesin Potong Rumput Kuasa Bateri Yang Menarik Dan Sesuai Untuk Wanita

1:06:00 PTG

Rumah yang memiliki halaman berumput patut miliki mesin rumput kuasa bateri ini kerana ia sangatlah berguna dan kos penyelenggaraan juga rendah.



Perbandingan antara mesin menggunakan petrol dan bateri, kemenangan masih pada mesin jenis petrol. Tapi kalau setakat halaman berumput yang kecil dan memerlukan beberapa minit sahaja kemenangan diberikan kepada jenis bateri.


Mesin rumput elektrik tidak begitu berat dan mudah digunakan cuma anda tidak boleh potong sampai tanah cuma sekadar nak meratakan rumput sahaja. Lain pula dengan mesin jenis petrol boleh sampai ke akar rumput.



Jika mesin rumput biasa memerlukan sumber petrol maka mesin jenis elektrik pula memerlukan sumber kuasa elektrik iaitu datangnya dari bateri. Kuasa bateri pula mempunyai pelbagai tahap ketahanan iaitu dari 45minit sehingga 180minit sekali guna.


Seperti biasa setiap penggunaan bateri juga mempunyai hayatnya tersendiri mungkin 6 - 12 bulan kena tukar itu pun jika motor mesin masih berfungsi.



Berbalik pada mesin biasa, anda perlu rajin membuat penyelenggaraan berkala kerana ia menggunakan bahan petrol untuk bekerja juga terdapat banyak komponen yang perlu ditukar.


Harga antara dua jenis mesin juga hampir sama iaitu sekitar RM200++ mengikut spesifikasi yang ditawarkan.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)