Terkini

Cara Mengatasi Penularan Penyakit Berjangkit Daripada Semakin Berleluasa

7:41:00 PTG

Kebelangan ini kita dapat menyaksikan peningkatan kes-kes penularan penyakit dalam kalangan negara mahupun di seluruh pelusuk dunia.



Banyak penyakit-penyakit yang terdapat pada masa kini yang boleh berjangkit kepada orang ramai serta boleh mendatangkan maut. Penyakit berjangkit boleh merebak melalui udara dan juga melalui sentuhan. Justeru itu, kita wajar untuk mengenal pasti cara terbaik untuk menangani masalah ini untuk daya tahan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.


Dalam pada itu, langkah yang perlu diambil oleh masyarakat untuk mencegah penyakit berjangkit dengan menjaga kebersihan diri serta persekitaran supaya bersih daripada pencemaran. Kebersihan diri adalah penting dalam kalangan masyarakat kerana punca penyakit melalu kekotoran. Setiap orang perlu mengutamakan kebersihan diri dengan membuang sampah di tempat yang betul, sentiasa mencuci tangan selepas menggunakan tandas ataupun sebelum makan serta menjauhi orang lain apabila mendapati seseorang itu sakit. Justeru itu, kita digalakkan untuk melakukan aktiviti bergotong-royong dalam membersihkan kawasan perumahan dan tempat-tempat awam perlu sentiasa dianjurkan agar kebersihan dijaga.



Selain itu, masyarakat perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup sihat merangkumi pemakanan yang seimbang dan melakukan aktiviti riadah atau bersukan. Aktiviti ini yang dilakukan pada waktu lapang ini akan memanfaatkan diri individu tersebut. Oleh itu, mereka akan terhindar dari wabak dan tahap imunisasi badan lebih kuat berbanding individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Justeru itu, kita juga mestilah membuat kempen kesedaran serta pendidikan sebagai langkah menangani masalah penyakit yang berjangkit. Bak kata pepatah, badan sihat otak cerdas.


Pada waktu yang masa, pihak berkuasa perlu bertanggungjawab untuk mempercepatkan kawalan kemasukan pelancong dan buruh asing ke negara kita kerana penyakit juga boleh dibawa oleh pelancong. Oleh itu, saringan kesihatan perlu diwajibkan untuk pelancong yang datang ke Malaysia serta menangkap pendatang asing tanpa izin. Amalan kebersihan orang lain mungkin berbeza daripada kita, jadi pihak yang bertanggungjawab yang membawa buruh asing ini perlu memastikan kebajikan pekerja mereka dijaga dengan baik. Antara kesannya, kita dapat menjamin kesihatan kita disamping menyemarakkan ekonomi dengan kawalan yang baik ke atas kemasukan pelancong dan buruh asing.


Akhir sekali, langkah untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit dengan memeriksa setiap bahan import yang masuk ke dalam negara. Hal ini kerana, kita tidak ingin masyarakat mengalami sakit yang teruk serta dapat mengakibatkan kematian. Selain itu, pihak berkuasa juga perlulah memastikan haiwan-haiwan yang dibawa masuk ke negara bebas daripada sebarang jangkitan. Hal ini juga, tidak mengira sama ada haiwan yang diimport untuk dijadikan makanan ataupun haiwan peliharaan. Sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga perlu disaring dan dipastikan kebersihannya daripada sebarang keracunan dan wabak. Kerjasama antara penguatkuasa dan kesihatan perlu diberketatkan agar tindakan ini dapat dijadikan dengan baik dan sekali gus memusnahkan ancaman wabak daripada luar.


Kesimpulannya, terdapat banyak langkah yang boleh diusahakan untuk menangani masalah ini di Malaysia. Tindakan melawan penyakit secara berterusan oleh semua pihak akan menyumbang kepada penurunan kes ini. Seterusnya dapat melahirkan negara yang bebas dari masalah ini. Media massa dan kerajaan berperanan besar dalam menyedarkan masyarakat kita akan kepentingan dan maafaat mencegah penularan wabak. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Peribahasa ini bermaksud, kita perlulah sedar dan mengambil tindakan segera ke atas perkara yang merbahaya ini agar tidak kekal akan akibatnya dikemudian hari.


Apakah Punca Menyebabkan Obesiti Dalam Kalangan Remaja?

4:54:00 PTG

Obesiti merujuk seseorang yang mempunyai Indek jisim Badam (BMI) lebih daripada 30.


Akhir-akhir ini, ramai dikalangan remaja mempunyai berat badan berlebihan berbanding kesesuaian ketinggian mereka. Kebanyakkan kes kematian akibat sakit jantung berpunca daripda masalah obesiti yang tidak dikawal sejak kecil lagi.


Faktor utama obesiti dalam kalangan remaja adalah disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak seimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja pada zaman ini tidak gemar menikmati makanan segar dalam kehidupan seharian mereka. Makanan yang berlemak dan kurang kandungan khasiatnya ini tetap menjadi pilihan remaja kerana rasa yang enak serta mudah untuk dibeli dimana-mana sahaja dengan harga yang berpatutan. Kesannya remaja tidak mempunyai kandungan nutrien yang seimbang untuk pembesaran sihat. Tegasnya, amalan pemakanan yang tidak seimbang merupakan punca utama remaja mengalami masalah obesiti.



Selain itu, faktor lain ialah gaya hidup remaja yang kurang bersenam. Hal ini disebabkan oleh remaja yang leka dengan hiburan media elektronik seperti televisyen, telefon pintar dan komputer sehingga enggan bersosial dengan masyarakat. Golongan ini malas unutk bersenam dan memilih unutk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah. Remaja yang enggan bersenam walaupun dinasihati oleh pelbagai pihak boleh dikaitkan dengan peribahasa seperti kera mendapat bunga kerana tidak menghargai nasihat yang diberikan.


Di samping itu, masalah tekanan juga merupakan faktor obesiti dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja menghadapi pelbagai tekanan daripada ibu bapa mahupun pihak sekolah. Meraka menganggap makan makanan yang berlebihan sehingga mencapai kepuasan. Jelaslah bahawa faktor obesiti dalam kalangan remaja adalah disebabkan oleh masalah tekanan.


Intihanya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak faktor obesiti dalam kegemukan remaja. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Usaha untuk mengatasi masalah ini harus dilakukan secara berterusan dan bukan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Komitmen daripada semua pihak untuk mengatasi masalah ini harus dilakukan supaya remaja dapat merealisasikan impian untuk mewujudkan sebuah negara yang gemilang.


Advertisement

Persediaan Pelajar Semasa Memasuki Alam Pekerjaan

12:37:00 PTG

Alam pekerjaan merupakan suatu fasa dalam kehidupan yang semua manusia akan tempuh demi mencari pendapatan.



Pendapatan digunakan untuk menyara kehidupan diri, keluarga dan penyumbang kepada kemajuan ekonomi negara dan juga agama. Dengan itu, para pelajar terutamanya mahasiswa-mahasiswa perlu bersedia dalam segala aspek sebelum menempuh alam pekerjaan.


Persediaan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan yang utama ialah dengan mempunyai ilmu pengetahuan dalam diri. Ilmu adalah sangat penting untuk kita berjaya dalam hidup. Ilmu juga sangat berharga dan itu tidak boleh diperolehi jika tidak dicari dan dipelajari. Selain itu, seseorang juga mampu menyelesaikan masalah jika mereka memiliki ilmu pengetahuan yang berguna serta boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah yang terpuji. Contohnya seorang yang berilmu akan mendapat manfaatkan nilai murni seperti saling menghormati, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghargai.



Di samping itu, pelajar perlulah mempunyai kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang mempunyai pelbagai pembelajaran yang merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Contohnya kemahiran komunikasi pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran keusahawanan, serta kemahiran kepimpinan.


Seterusnya, kita perlulah mempunyai daya saing yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Apabila kita yakin untuk melakukan sesuatu kita akan lebih semangat serta mempunyai keyakinan dalam menempuh kejayaan. Disebabkan itulah, pelajar perlu berusaha keras untuk belajar untuk mendapatkan kerja yang baik serta cita-cita yang kita idamkan.


Kesimpulannya persediaan untuk menghadapi Ccbaran pekerjaan di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi destinasi terakhir kepada kebanyakan pelajar. Sama ada pada peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka mula mencongak-congak akan peluang pekerjaan yang bakal diceburi.


Advertisement

Pengalaman Menggunakan 'Nacific Triple Cica Natural Mucin Kit'

7:49:00 PG

Set mini Nacific Triple Cica Natural Mucin Kit adalah produk untuk kulit yang bermasalah maka penulis turut ingin mencuba untuk tahu tahap keberkesanan.



Kejutan dan penemuan yang paling penting adalah keladi liar yang sangat berkesan dalam merawat kemerahan dan keradangan, serta mengurangkan kegatalan pada kulit. Pada masa yang sama, keladi mempunyai sifat pelembab dan meningkatkan keanjalan kulit.


Triple Cica Complex adalah tiga komponen yang diekstrak dari Asiatic Centella, yang terkenal dengan sifat penguat anti-inflamasi. Saya sudah cuba produk ini selama dua bulan, jerawat pom sudah berkurang tinggal parut-parut saja. Disebabkan kulit saya sensitif dan berjerawat kena memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit saya ni.



Memang terkejut dengan pencuci produk ini. Selepas mencuci, kulit terasa licin dan bersih, tidak terasa kering kulit terasa bersih sangat.


Langkah yang kedua ialah toner, ia mempunyai tekstur yang sedikit tebal, cepat diserap ke dalam kulit, tanpa melekit dan berminyak. Saya sapu toner pakai kapas bagi kotoran di kulit bersih, sapu manja-manja saja.


Langkah seterusnya ialah serum, serum adalah produk yang paling pekat, teksturnya tebal dan mudah diaplikasikan ke wajah tanpa jatuh ke lantai.


Walaupun selepas penggunaan pertama , saya merasa kurangnya keradangan dan kulit berminyak. Tidak dinafikan bahawa setelah satu set penggunaan kulit akan berubah menjadi sihat dan berseri. Malah saya telah membeli set ini kali kedua.


Nacific Triple Cica Natural Mucin Toner dan Serum Jugak terdapat dalam saiz besar iaitu Toner 100ml dan Serum 30ml. Untuk Pencuci belum ada yang saiz besar.


Toshiba Mesin Basuh Auto, Bunyi Alarm Ketika Rinse/Spin. Apa Masalahnya?

6:36:00 PG

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman model (AW-A750SM/AW-F820SM) dan boleh dijadikan rujukan untuk jenama dan model lain.



Jenama Toshiba boleh dikatakan jenama kukuh bermaksud barangan berkualiti yang memiliki jangka hayat yang panjang berdasarkan cara penggunaan. Pada artikel sebelum ini penulis ada kongsikan beberapa permasalahan yang kerap terjadi di setiap mesin basuh auto tidak kira apa jenama boleh rujuk di https://www.sekejung.com/2017/02/air-buangan-mesin-basuh-tidak-keluar.html .


Permulaan kejadian adalah mesin basuh mula mengeluarkan bunyi kasar ketika menjalankan kerja pencucian, bahagian ini anda kena siasat dimana punca bunyi kasar itu adakah dari arah Mechanism Clutch atau penyerap gegaran.



Berdasarkan pengalaman penulis adalah datangnya dari Mechanism Clutch disebabkan kelonggaran skru dan menyebabkan Clutch tidak berada di posisi yang betul. Paling terkesan adalah ia mampu merosakkan beberapa komponen terdekat iaitu drain motor dan pulley sensor yang berhampiran dengan belting.


Kata-kata mutiara adalah tiada komponen yang boleh kekal lama jika tidak diselengara. Begitulah kisah penulis semasa menghadapi masalah skru Mechanism Clutch mesin basuh longgar dan tercabut, nak dijadikan cerita 3 hari 2 malam duduk siasat apakah yang menyebabkan mesin ini gagal Rinse/Spin dan terkejut lagi bila air dalam baldi tidak reti penuh.



Kita pun selak semula pengalaman sebelum ini iaitu besar kemungkinan berpunca dari PCB board maka keluarlah modal pertama untuk alat ganti. Eh! dah tukar pun masalah alarm tak selesai, bermula lagilah siasatan seterusnya diikuti dengan pelaburan gantian drain motor dan ketatkan semula Mechanism Clutch.


Ingatkan masalah alarm selesai tapi malangnya PCB board masih lagi alarm semasa aktiviti Rinse/Spin. Kali ini penulis terus kaji bahagian komponen yang mempunyai sensor. Setelah berjaya siasat dapati ada satu magnet kecil di Pulley Sensor hilang mungkin disebabkan pelanggaran antara Mechanism Clutch Gear Box sebelum ini.


Akhirnya penulis pun berjaya mengeluarkan pelaburan buat kali ketiga dengan hanya ganti pulley magnet sahaja. Teori membuatkan Rinse/Spin alarm adalah Mechanism Clutch gagal kenal pasti kelajuan melalui magnet kecil yang bersama dengan pulley tersebut.


Kos Alat Ganti Semasa Pengalaman ini Adalah:

1. PCB board AW-A750SM / AW-F820SM = RM 110

2. Drain Motor (after market) = RM 25

3. Pulley Magnet = RM 55


Jumlah keseluruhan = RM 190* (2021an)


Harap perkongsian yang ringkas ini dapat dimanfaatkan oleh anda yang memerlukan info tambahan sebelum tersalah beli alat ganti mesin basuh.


2.000 Anggota Bomba New York Ambil Cuti Sakit Tanda Protes Vaksin - Covid19

3:04:00 PTG

35% peratus daripada pasukan polis Chicago belum melaporkan status vaksin mereka pada tarikh akhir 15 Oktober. Dua minggu lalu, separuh daripada pegawai Chicago akan menghadapi masalah cuti tanpa gaji jika masih menolak vaksin.


Seorang doktor Houston berkata ICU di hospitalnya adalah "seperti zon perang." Di seluruh bandar, hospital sedang mendirikan khemah sebagai persediaan menghadapi gelombang Delta yang mengisi ICU mereka.


Memandangkan kes COVID "meningkat" di Mississippi, negeri ini terpaksa membuka semula hospital terbuka yang terletak di ruang tempat letak kereta. Hospital Oklahoma kehabisan ruang dan tiada katil ICU pediatrik di utara Texas . Seorang lelaki di Houston yang ditembak enam kali minggu lalu turut masih menunggu pembedahan kerana tiada katil disediakan.



Dapatkah anda bayangkan bagaimana situasi semasa di luar negara berbanding di Malaysia yang boleh dianggap masih aman dan teratur terutama dari sektor perubatan dan kebajikan rakyat.


Dan seperti yang kita tahu masalah golongan yang menolak vaksin ini tiada penghujung sehingga para pemimpin menawarkan pampasan atau skim perlindungan untuk penerima vaksin dimasa akan datang dan khabarnya Malaysia telah mula memberi suntikan dos ke-tiga kepada.



Pulse Oximeter Berbaloi Atau Tidak Untuk Dimiliki Semasa Covid19?

6:53:00 PTG

Jika anda mempunyai simptom sesak nafas atau penyakit paru-paru atau jantung yang diketahui, doktor anda mungkin mengesyorkan penggunaan oksimeter nadi.



Oksimeter nadi atau Pulse Ox, ialah peranti elektronik yang mengukur ketepuan oksigen yang dibawa dalam sel darah merah anda. Oksimeter nadi boleh dilekatkan pada jari, dahi, hidung, kaki, telinga atau jari kaki anda.


Semasa pandemik Covid19 alatan ini juga telah mendapat permintaan yang tinggi cuma yang jadi permasalahan adalah barangan tiruan yang telah dijual dengan harga yang lebih murah.



Ada yang berkongsi maklumat cara pengesanan barangan tiruan adalah dengan menggunakan sebatang pensel bagi menggantikan jari. Jika data pulse oximeter tetap bergerak ketika menggunakan pensel maka sah ia adalah peranti tiruan.


Tapi setelah penulis menguji cuba alatan pulse oximeter yang boleh diperolehi dari farmasi dan klinik kesihatan Malaysia ada satu masalah yang penulis rasa ia tidak sesuai untuk golongan marhaen.


Sebabnya alatan ini kebanyakkan adalah menggunakan tenaga bateri saiz AAA dan didapati sangat kuat menggunakan tenaga bateri walaupun jenama bateri mahal.


Penyelesaian adalah sila gunakan jenis bateri pengecasan semula dan elakkan membeli bateri pakai buang demi penjimatan kewangan.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)