Terkini

Hidangan Ikan Patin Masak Tempoyak Mudah Lagi Sedap

12:47:00 PG

Tibanya musim durian runtuh sudah pasti akan ada tempoyak namun kepada yang tidak gemar pada bau buah durian anda mungkin mengalami kerugian sedikit, tapi tidak mengapa tidak suka buah durian tidak semestinya tidak suka gulai tempoyak.



Tempoyak ni ada bermacam jenis cara masakan mengikut negeri paling penting tengok tangan siapa juga, kena tangan yang tak bedung haa korang telan jelah tapi kalau kena yang super sedap risau hirup kuah tanpa nasi woiii jangan buat pasal.


Mengikut pengalaman bahawa ada dua buah negeri cara masakan yang berbeza, nama hidangan mungkin sama tapi cara penyedian agak berbeza. Masakan negeri yang pernah saya rasa adalah dari air tangan orang Perak dan Pahang.



Masakan kuah tempoyak dari negeri Perak adalah lebih cair berbanding dari kuah tempoyak negeri Pahang namun itu tidak menjadikan isu cuma pendapat saya mengatakan mungkin kuah yang cair itu mempunyai sifat berjimat cermat dalam setiap masakan dia berbanding dari kuah tempoyak orang Pahang jika boleh habis satu balang tempoyak dia nak curah tujuan memekatkan lagi kuah.


Tapi tidak mengapa kerana itu cumalah andaian mengikut negeri sahaja, alangkah baik jika kita menjadi seorang individu tanpa menghiraukan kelahiran negeri manakah.


Siapa yang kata susah nak masak gulai tempoyak ikan patin ala temerloh pahang sila teruskan membaca bahan-bahan dibawah bagi memudahkan korang ketika memasak di dapur.


Sebelum petik api dapur pastikan korang sudah sediakan bahan seperti dibawah risau nanti dah masak separuh jalan tetiba garam habis pula kan tak syiok nanti.



Bahan Penyedian:-


- Ikan patin

- Tempoyak

- Asam keping

- Cili padi

- Bunga kantan

- Garam

- Gula

- Daun kesum

- Kunyit hidup


Korang kisar tempoyak bersama kunyit hidup dan cili padi (jika suka kepedasan) bersama air sedikit, setelah selesai curahkan hasil kisar itu kedalam periuk dengan api yang kecil doktor pakar pesan jika nak memasak pastikan menggunakan api yang kecil kerana ia lebih sihat berbanding menggunakan api yang besar.


Masukkan bunga kantan dan daun kesum lepas tu masak seketika beberapa minit sehingga daun kesum kelihatan layu, seterusnya masuk pula ikan patin dan teruskan memasak seketika sehingga mendidih paling penting berhati-hati ketika gaul supaya ikan patin tidak hancur kena senduk korang.



Perasakan dengan garam dan gula sehingga kena dengan citarasa tekak korang, selesai semua tu hidangan gulai tempoyak ikan patin korang sudah pun boleh dihidangkan kepada ahli keluarga atau untuk diri sendiri.


Tahukah Anda Asal Usul Makanan Roti Canai Dari Mana?

9:33:00 PTG

Boleh dikatakan Roti Canai telah diperkenalkan kepada kita semenjak dari usia kanak-kanak lagi, namun belum ada lagi peniaga Cina yang ingin menceburi bidang tebar roti canai kecuali kilang frozen milik mereka.



Menurut sumber dari wikipedia menyatakan asal usul makanan ini adalah dari negara India dan ia telah tersebar secara meluas di Asia semenjak zaman british lagi dimana ketika itu ramai penduduk dari India telah dibawa ke Malaysia dan negara jiran atas tujuan menjadi buruh kepada british.


Roti Canai dalam bahasa English disebut sebagai flatbread manakala ada yang memanggil sebagai roti prata, namun makanan ini mula terkenal terutama di Malaysia sehinggakan orang Melayu tempatan turut mempelajari cara penyedian dengan pelbagai resepi tersendiri.




Kenapa orang melayu tempatan menceburi dalam bidang masakan roti canai? ia disebabkan dalam isu kebersihan dalam penyedian dimana tepung roti itu harus di adun sehingga sebati menggunakan tangan dan jari jemari maklumlah zaman tu belum ada tenaga mesin. Faktor lainnya adalah orang melayu tempatan turut menyukai makanan tersebut cuma ada beberapa golongan agak kurang senang dengan cara penyedian.


Zaman berganti zaman semakin ramai orang melayu tempatan menguasai ilmu dalam penyedian makanan roti canai sehinggakan mempunyai idea untuk meletakkan warna pada roti canai mereka.


Roti canai tanpa kuah dal kacang atau kari amatlah merugikan sebenarnya, namun dalam penguasaan memasak kuah kari atau dal kacang turut di ikuti mengikut tekak masing-masing.


Jika tanya pada saya perbandingan antara roti canai restoran mamak(muslim) , hindu , melayu(muslim) ada baiknya memilih kedai melayu muslim disebabkan di Malaysia ini tentang status restoran mamak ini masih lagi meragukan sama ada ia Muslim atau hindu.


Pernah keluar berita di internet sebelum ini mengatakan restoran mamak milik hindu menggunakan perkataan al-quran semata nak tarik pelangan melayu atau muslim. Hakikatnya dalam isu kebersihan memang sangat meragukan tambahan lagi mereka import pekerja original dari india wei.


Itu pun kita tidak tahu india muslim atau hindu, kena yang tebar roti tu pengganut hindu dan yang uli tepung tu hindu nah makan laa korang air peluh tangan mereka.


Jadi apakah makanan orang melayu tempatan sebenarnya? dahulunya jika kita lihat makanan nasi lemak menjadi pilihan bagi orang kampung tetapi ia masih mengikut negeri contoh macam negeri pantai timur seperti terengganu dan kelantan memang tiada orang meniaga nasi lemak.


Yanga ada tu haaa roti canai kuah gulai, nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu. Tapi dibelah utara/selatan memang ramai yang meniaga nasi lemak dan paling tak boleh tinggal adalah roti canai.


Korang nampak tak macam mana situasi pasaran roti canai berkembang di tanah melayu semenanjung Malaysia ini? itu belum lagi aku sembang tentang makanan western yang dibawa dari barat amboi punya eksen orang kita memotong ayam (chicken chop) dengan pisau konon.


Wikipedia


https://en.wikipedia.org/wiki/Roti_canai


Advertisement

Terkejut Dapat Bil GX50 Umobile Berjumlah Diluar Jangkaan, Jom Lihat Penjelasan Dari Mereka

10:37:00 PTG

Pengguna postpaid yang setia pasti pernah melalui detik hitam dimana penyata bil bulanan tidak serupa dengan harga yang di iklankan jadi apakah penjelasan dari pihak satu ini?



Disebabkan kami menerima pertanyaan dari pengguna postpaid umobile sendiri dimana mereka pernah menerima penyata bil yang berjumlah diluar jangkaan maka pihak kami pun bersetuju untuk melangan prabayar dari umobile untuk percubaan iaitu pelan GX50.


Semasa kami menggunakan prabayar GX50 dari umobile ini pertama sekali dapati rangkaian 4G tidak di aktifkan secara auto malah kita yang harus menghantar SMS untuk pengaktifan.


Baca artikel berkaitan sebelum ini Rebut diskaun RM10 setiap bulan dari umobile GX50



Mengenai penggunaan data internet pula pada kami memang senang hati disebabkan tidak perlu fikir untuk jimatkan data namun yang menjadikan isu cuma kelajuan internet mempunyai had iaitu sekitar 5Mbps sahaja mengikut lokasi serta had kelajuan torrent pula sekitar 64kbps dan hotspot cuma diberi sebanyak 5GB.


Panggilan telefon memang tanpa had cuma kami ada kekeliruan sedikit dibahagian Voice/SMS tapi tidak mengapa dibawah nanti kami tunjukkan keterangan dari pihak khidmat pelangan mereka. Panggilan tanpa had senang ketika digunakan semasa menghubungi talian hotline seperti bank dan lain-lain. Jika anda pernah menghubungi talian hotline pasti akan terasa arghh!! lamanya nak tunggu robot mereka beri arahan tak pasal-pasal kredit prepaid kehabisan tapi perkara itu tidak akan terjadi bila anda mempunyai panggilan tanpa had.


Penggunaan data setakat dalam tempoh percubaan selama sebulan ini kami berjaya manfaatkan sekitar 30GB termasuk hotspot 5GB. Macam-macam la kami muat turun mahupun muat naik tanpa segan silu dan periksa baki data seperti pelan yang ada di pasaran sekarang ni.


Pengakhiran

Sudah tibanya kami menerima penyata bil bulanan dan hasilnya memang mengejutkan, sepertimana kita lihat dalam iklan GX50 adalah RM50 setiap bulan namun bila penyata bil keluar lain pula ceritanya.


Ceritanya bermula ketika proses pendaftaran gx50 dengan mengekalkan nombor lama tidak memerlukan sebarang kos walaupun dalam terma dan syarat sudah tertulis kesemuanya. Tapi masalah orang kita ni mana rajin membaca dibahagian tu dan oleh kerana itulah ramai yang terperangkap dengan pelbagai yuran yang dikenakan oleh syarikat penyedia.



Gambaran diatas menunjukkan SMS penyata bil GX50 kami telah pun tiba, berasa hairan kenapa harga bil postpaid GX50 ini boleh mencecah hampir RM 100 dan maklum balas yang diperolehi daripada pihak khidmat pelangan mereka pula berbunyi seperti gambaran dibawah.



Untuk pengetahuan kita bersama, pendahuluan akses telah pun dikenakan dengan harga RM 50 dan seterusnya kami pun pelik sebenarnya apakah yang dimaksudkan yuran akses yang dicaj sehingga RM 31.667. Seterusnya statement bil juga telah dikenakan caj sebanyak RM 3.


Kemaskini isu bil terperinci RM 3: Kami dapati bil adalah helaian kertas yang akan dihantar ke peti surat anda namun ia dapat dihentikan dengan menghubungi khidmat pelangan umobile dan setelah selesai anda telah pun jimat RM 3.


Dan bahagian 4. iaitu menunjukkan 'Voice / Video / MMS / SMS ' yang dikenakan caj RM 2.90 pun belum dapat dipastikan apakah yang dicaj sebenarnya adakah voice mail atau SMS. Duti setem RM 10 dah macam beli rumah pula kami rasa siap ada duti setem bagai, bahagian rebate RM 10 dah macam tak berfungsi pula.


Kemaskini isu bahagian 4.: Diberitahu bahawa panggilan ke talian hotline seperti 1800 xxx xxx dikenakan caj sebanyak RM 2.70 manakala SMS caj 20sen sebanyak dua kali penghantaran dengan jumlah keseluruhan adalah RM 2.90.


Akhir sekali SST 6% sebanyak RM 4.65 , tahukah anda perbezaan postpaid dan prepaid dimana jika dulu setiap kali prepaid melakukan tambah nilai pengguna dikenakan cukai gst 6% begitu juga bil postpaid. Tapi sekarang sudah berbeza iaitu hanya bil postpaid sahaja yang dikenakan cukai perkhidmatan.


Huraian dalam artikel ini adalah untuk perkhidmatan Umobile postpaid GX50, manakala perhidmatan dari syarikat telekomunikasi yang lain belum lagi kami berkesempatan untuk melakukan tinjauan. Semoga penjelasan diatas dapat membantu anda membuat keputusan untuk memilih postpaid atau prepaid paling penting masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.


Advertisement

'Street Raya' 2019 Mempunyai Pengurusan Yang Gagal

10:50:00 PG

Menurut sumber anjuran ini adalah gabungan sepenuhnya dari kewangan JAWI dan MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN(MAIWP) walaubagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) turut tidak ketinggalan untuk bergabung.



Anjuran ini juga dapat kelulusan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. Beliau dengan angkuhnya berkata program tersebut tidak melibatkan kewangan dari Jabatan atau sebagainya menurut sumber dari utusan.com.my.


Secara umumnya telah bersepakat (ittifaq) dan ijmak bagi semua fuqaha, bahawa yang layak menerima zakat itu adalah daripada kalangan orang Islam sahaja. Ertinya, tidak boleh memberikan zakat kepada non-Muslim.



Tapi dalam isu ini anjuran ini telah dilakukan sepenuhnya dari tabung kewangan Umat Islam di Malaysia dan majoriti yang datang adalah dari bangsa Melayu yang beragama Islam. Namun Non-Muslim juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi suasana rumah terbuka yang pada kami tidaklah terbuka sangat.


Penilaian pertama kami adalah isu sumber kewangan seterusnya waktu anjuran pula di jadualkan bermula jam 2pm - 6pm dan berlokasi terbuka iaitu di jalan dataran merdeka.


Orang ramai perlu berpanas terik beratur demi makanan adalah tidak patut dan kami kesian kepada ibu-bapa yang bawa anak kecil mereka tanpa berpayung dan terpaksa berkhelah di lantai yang tidak berbumbung.


Kami melihat dari sudut ramalan cuaca pula mengatakan pada hari tersebut akan berlaku hujan lebat bahkan ia tidak sepatutnya buat pada kawasan terbuka demi keselesaan pengunjung. Gambaran dibawah adalah ramalan kaji cuaca untuk seminggu bermula 7 julai 2019 dimana memberitahu akan terjadi ribut petir selama beberapa hari semenjak 6 julai 2019.



Benarkah pihak penganjur atau Jabatan Menteri telah membuat kertas kerja peracangan yang sungguh teliti sebelum meluluskan program rumah terbuka itu? Baiklah mari kita lihat gambaran-gambaran dibawah dimana kita akan dapat lihat betapa gagalnya program ini serta memberi nama buruk kepada JAWI dan MAIWP .


Jika ada wartawan menunjukkan gambaran dari sudut positif kami boleh mengatakan mereka mungkin sayang dengan kerjaya yang ada sekarang ini namun bagi kami realiti adalah lebih baik dari berpura-pura.



Ini adalah dewan bandaraya kuala lumpur yang gah di tengah kota namun kita dapat lihat ada pengunjung yang terpaksa duduk bersila dibawah tanpa alas apa pun belum lagi fokus pada anak tangga di hadapan itu. Tidak cukup ruang tempat duduk untuk menikmati hidangan yang berada di lokasi tidak berbumbung.


Pengunjung lain pula memberitahu kami bahawa makanan masih banyak tapi tidak boleh ambil sebab kehabisan pinggan dan cawan jadi pada kami program ini sangatlah gagal kerana masih ramai pengunjung yang tidak dapat menikmati walaupun makanan masih banyak.


Dalam Islam ia adalah satu program pembaziran dan tidak adil sama sekali kepada umat Islam dan terutama pemberi zakat dan sedekah di tabung masjid dan surau jumaat.



Pihak penganjur tahu atau tidak berkaitan masalah rakyat atau pengunjung terutama yang ada anak kecil? Adakah penganjur atau DBKL tidak mempunyai sikap prihatin dengan memperuntukkan lebihan khemah di lokasi-lokasi yang stratergik untuk memberi keredupan kepada pengunjung paling jahat pun buatlah program dimalam hari.


Kami dapati anak kecil itu terpaksa berbumbungkan payung sambil separuh bogel kerana mengalami situasi tahap kepanasan yang melampau. Dan tidak cukup dari itu ada beberapa pengunjung pengsan atau pitam ketika beratur di bawah matahari yang sungguh terik sehingga pihak kami sendiri tidak mampu berada di kawasan tempat pengagihan makanan untuk meninjau suasana.



Dua mangsa telah mengalami pening kepala yang kritikal sehingga tidak mampu berdiri untuk berasak mengambil makanan dan dijaga oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Jika anda perasan ada kanak-kanak yang turut tidak berbaju disebabkan cuaca sedang kemuncak panas.



Pengurusan plastik sampah turut gagal di kawal oleh DBKL, oleh kerana itu rakyat terus menerus membuang sampah merata-rata kerana tiada penyedian tong sampah yang mencukupi serta proses pengangkutan yang perlahan.


Jadi pada kami ini adalah penindasan yang besar-besaran kepada rakyat terutama miskin bandar yang terpaksa datang berjalan kaki dari perhentian masjid jamek untuk menghadiri majlis rumah terbuka oleh pihak JAWI, MAIWP dan lain-lain yang terlibat.


Ini juga boleh dianggap penyalahgunaan dana kewangan umat Islam secara terang menerang kerana kami menerima aduan dimana masih ramai pengunjung yang gagal mengambil makanan ketika program tersebut berlangsung dan mereka ini turut terpaksa membatalkan niat dengan bawa diri untuk pulang dan sebahagian lagi menuju ke jalan Tar.


http://www.jawi.gov.my/

https://www.maiwp.gov.my/

http://www.met.gov.my/

http://www.dbkl.gov.my/

http://www.civildefence.gov.my/

Kwikcar : App Kenderaan Sewa Untuk Umum

10:17:00 PG

Siapa pernah ada pengalaman menyewa kenderaan ketika bercuti di negeri orang? Yeah, terkini sudah ada syarikat yang membangunkan aplikasi kereta sewa (car rental) dimana anda boleh melakukan tempahan hanya di hujung jari sahaja.



Konsep ini kelihatan seperti Socar namun ia agak berbeza kerana pemilik kenderaan sendiri boleh sewakan kenderaan mereka melalui app yang di panggil Kwikcar.


Jika Socar meletakkan kenderaan mereka hampir di setiap lokasi panas seperti dalam petrol pump dan lain-lain namun berbeza dengan Kwikcar kerana mereka 100% tidak memiliki kenderaan seperti Socar dan kenderaan mereka 100% dari orang awam.




Konsep ini juga kelihatan sama seperti Airbnb dimana berniaga tanpa perlu memiliki hartanah malah semua informasi datang dari pemilik sebenar.


Kwikcar ini dibangunkan oleh syarikat KWIKCAR TECHNOLOGIES SDN. BHD. dimana cara mereka bekerja adalah gambaran seperti dibawah.



Mungkin diatas adalah stratergi permulaan mereka dan kami percaya ia akan sentiasa diperbaiki untuk mengelak berlakunya permasalahan yang kritikal. Ketika ini panel insuran mereka dilidungi oleh Allianz.


Harga tempahan kenderaan juga boleh dilihat dari laman web Kwikcar dimana akan tunjuk harga semasa setiap kenderaan iaitu harian , mingguan dan tahunan.



Apakah dunia akan berubah kepada teknologi sepenuhnya? bersediakah anda untuk menerima kamajuan ini bersama atau perniagaan kwikcar ini akan memberi impak besar kepada peniaga kereta sewa diluar sana dalam masa 5 hingga 10 tahun dari sekarang sama-sama kita saksikan.


https://kwikcar.my/


Hidangan Mee Ladna Menggunakan Mee Kuning Numee Gardenia

1:00:00 PTG

Tempoh hari kami diberitahu Gardenia telah mengeluarkan produk baharu mereka iaitu mee kuning, maka kami pun beli dan masak bersama kuah Ladna.



Kepada yang belum tahu mee kuning Numee Gardenia sila baca di pautan ini https://www.dtbn.com.my/. Syarikat 100% milik bumiputra iaitu Gardenia bakeries sdn.bhd .


Sebelum adanya Numee Gardenia ini kami sungguh jarang membeli mee kuning di pasaran ekoran tidak pasti siapa yang mengusahakan dan bagaimana tahap kebersihan penyediaan dan kilang. Maklumlah sudah banyak gambar-gambar disebarkan di Internet tentang pengusaha non-muslim yang tidak menjaga kebersihan.



Kepada sesiapa yang sedang mencari resepi santai untuk masak kuah Ladna sila rujuk dibawah.


Sebelum itu pastikan setiap produk dibawah dibeli dari peniaga Muslim dan jika boleh sokonglah ekonomi bumiputra di kawasan anda.


Bahan-bahan


- Mee kuning Numee Gardenia

- 5 ulas bawang putih (diketuk)

- 5 biji telur

- Isi dada ayam

- Udang

- Sotong

- Fish cake

- Sayur sawi

- Lobak merah

- Tomato

- Lada hitam

- Lada putih

- 6 biji cili - diketuk

- 2 sudu besar tepung jagung

- Sos tiram

- Garam atau megi secukup rasa

- Air secukupnya


Cara memasak


Ambil numee campurkan dengan telur 5 biji serta letak garam secubit dan gaul bersama. Panaskan kuali bersama minyak, goreng mee tadi dan biarkan seketika sehingga kelihatan kekuningan menandakan telah masak lalu angkat dan tapis.


Dalam kuali yang sama panaskan sedikit minyak masukkan bawang putih bersama cili goreng tumis sehingga naik bau. Masukkan ayam, fish cake, sotong dan udang lalu kacau sehingga hampir masak lepas itu masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato.


Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih seterusnya masukkan sos tiram, lada hitam dan lada putih. Perasakan dengan garam atau megi secukup rasa.


Haa jangan lupa letak tepung jagung untuk pekatkan kuah tadi risau nanti tak jadi ladna pulak, dah siap masak kuah tuangkan kuah ke atas mee yang telah digoreng bersama telur tadi.. siap.


Tonton Viu Premium Dengan Tawaran Diskaun 20% : Google Pay

1:56:00 PTG

Kepada penggemar filem Korea dan Viu Original kini anda berpeluang menikmati potongan diskaun sebanyak 20% setiap bulan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.



Pasti ada yang komen benda percuma ada buat apa nak berbayar? Yeah! ramai kaki filem/drama lebih gemar memilih untuk menonton variasi percuma berbanding yang berbayar namun tahukah anda setiap aksi ngeri yang dilakonkan oleh pelakon hebat dalam dan luar negara demi hiburan anda bukanlah semudah apa yang anda saksikan.


Mereka sebagai pelakon harus mengulangi babak lebih dari 20 kali dalam masa sehari untuk mencapai tahap kualiti yang baik dan sempurna begitu juga kamera man yang sentiasa memainkan peranan penting demi mendapatkan posisi gambaran yang cantik.



Tahukah anda apa perbezaan sumber percuma dan berbayar?


Percuma semestinya penuh dengan gambaran iklan baik dari sumber cetak rompak mahupun dari kaca TV berbanding dengan variasi berbayar anda dapat menikmati secara tenang dan bersih kerana tidak lagi perlu untuk menunggu iklan.



Sumber percuma juga adakala memiliki kandungan virus yang ramai tidak ketahui kerana asalkan dapat nonton filem/drama terbaru tanpa had. Dalam posting ini kami tidak mahu menceritakan perkara ini lebih mendalam tapi lebih kepada memberitahu anda bahawa penstriman Viu memberi potongan 20% menjadi harga bulanan sekitar RM 8 sahaja.


Syaratnya adalah pelangan harus subscribe menggunakan kad kredit/debit melalui aplikasiGoogle Pay secara bulanan atau pembelian secara manual. Kepada pelangan yang gagal atau mendapat error message declined silakan hubungi nombor hotline dibelakang kad bank dan beritahu kepada meraka untuk aktifkan atas urusan apakah contoh nak melangan Viu melalui Google Pay.


Pelangan yang menggunakan variasi iOS sila lakukan ujicuba kerana buat masa ini kami belum terfikir untuk memakai iOS berbanding Android. Kami turut diberitahu bahawa ada kaki program yang cuba inject apk Viu namun walau apa pun pilihan anda silkan berhati-hati dengan data peribadi dalam peranti anda sebelum menggunakan apk third party.


https://www.viu.com/


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)