Terkini

Langan Viu Menggunakan Google Pay Dengan Hanya RM8 Sebulan - Promosi Terhad!

7:56:00 PTG

Kepada peminat drama/filem korea pasti sudah tahu akan perkhidmatan streaming VIU yang sentiasa mengemaskini episod baharu.



Pihak Viu turut membuat beberapa tawaran pakej mengikut bulanan sehingga tahunan dan seperti biasa lagi panjang tempoh anda langan sudah semestinya lebih menguntungkan.


Macam penulis lebih suka tunggu tajuk drama/filem yang menarik barulah terkial-kial cari promo kod dan sebagainya untuk proses melangan selama sebulan sudah memadai.



Jika anda malas nak fikir link kad bank kepada Google Pay sebagainya, Viu turut menerima pembayaran e-Wallet TnG dan beberapa kaedah kupon yang boleh didapati dari 7-Eleven.


Penulis sedar dunia digital memang tidak boleh lari dari isu aplikasi pihak ketiga atau dikenali sebagai mod. Cuma ingin menasihati bahawa aplikasi percuma yang boleh dimuat turun dari pihak ketiga mungkin sahaja mempunyai kod jahat atau mudah difahami Virus tersembunyi.


Tapi jika anda seorang nerd atau pakar ICT mungkin sudah biasa bermain dengan kod jahat dan sudah tahu selok belok, namun kepada pengguna biasa harap sentiasa peka dan berhati-hati dengan sebarang perkongsian di internet.


Resepi Pau Goreng Sambal Ikan Bilis - Homemade

6:19:00 PTG

Jika ada lebihan sambal ikan bilis boleh cuba pau goreng sambal bilis ini. Tapi harini saya kongsikan resepi adunan pau sahaja tau. Caranya sangat-sangat lah mudah bahan-bahan senang sentiasa ada di dapur korang kan.



Sedapnya Pau Sambal kena pula jika dihidangkan ketika minum petang, alangkah nikmatnya. Malah ia juga sesuai dijadikan menu sarapan bagi korang yang nak cuba buat kuih ni, resepi perkongsian saudari Norsyahira Binti Yaacob ini antara yang berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.


Kepada yang belum pernah ada pengalaman dinasihatkan mencuba dengan kuantiti yang sedikit bagi mengelak sebarang pembaziran jika gagal namun keyakinan haruslah tinggi ketika mencuba.



Bahan A

Tepung gandum 2 cawan

Baking powder 2 sudu kecil

Yis mauripan 1 bungkus

Gula satu sudu

1 cawan air

Cara-cara

Yis tu rendam bersama air suam sebanyak satu cawan campur dengan satu sudu gula hingga berbuih. Ambil tepung gandum dan baking powder gaul sama rata. Bila dah rata masukkan yis tadi gaul dan uli hingga doh menjadi lembut.


Biarkan selama 1 jam hingga doh tersebut kembang kemudian baru bentukkan menjadi pau setelah itu haa goreng menggunakan minyak yang panas siap.


Advertisement

Cara Mengatasi Masalah Gambar TV Bergaris - Jom Diagnosis

5:46:00 PTG

Posting ini kita kongsikan cara DIY tv jenis baru yang mempunyai masalah gambar kurang cantik atau bergaris.



Beberapa hari kemudian penulis di kejutkan dengan masalah gambar TV secara tiba-tiba menjadi berjalur sehingga hampir membuatkan mata juling dalam hati berkata luaran masih cantik tak kan pula dalaman sudah mereput dan perlu membeli TV baru.


Setelah hampir membuatkan kesabaran semakin pudar maka keluarlah alat-alat DIY bertujuan membuka cover belakang TV untuk mengetahui apakah ada bangkai cicak yang telah kejung kena elektrik atau ada komponen yang sudah terbakar.



Setelah beberapa jam berusaha membuka cover belakang TV bersama teman tersayang dan akhirnya berjaya dibuka tapi pelik rupanya komponen dalaman TV jenis baru ini tidaklah banyak sangat dan besar kemungkinan sparepart turut mudah didapati dari pusat servis atau mana-mana dealer elektronik.



Jadi cara untuk diagnosis peringkat awal adalah dengan mencabut dan memasang semula flat ribbon bahagian bawah tv iaitu dipanggil sebagai 'TV T-CON + flat ribbon' jika bernasib baik masalah gambar berjalur akan hilang beberapa peratus bukan 100% itu sudah cukup memadai jika anda malas memikirkan kos sparepart.



Tapi jika gagal sangatlah mudah dengan cara anda buka pcb board 'TV T-CON' yang kecil itu dan bawa ke pusat elektronik berdekatan atau lagi nak dipercayai terus ke pusat servis jenama yang mengeluarkan produk TV itu.


Pastikan anda beli bersama 'flat ribbon' supaya ia membuatkan kita lebih konfiden ketika proses pemasangan semula.

Advertisement

Pengalaman Mengatasi Masalah Tayar Motosikal Jenis Tubeless Bocor Di Celah Rim

10:59:00 PG

Membeli barangan sparepart di internet adakala tidaklah indah walaupun harganya jauh murah dari bengkel-bengkel motosikal yang ada namun setiap pengalaman haruslah dijadikan sebagai sumber pembelajaran.



Siapa sangka tayar mempunyai ciri-ciri LUCK yang tersendiri walaupun ia kelihatan dibungkus dengan baik namun ia mungkin sahaja mempunyai permasalahan seperti barangan reject kilang atau kata foreman Copy Ori bermaksud produk tiruan.


Tapi pada masa sekarang ni golongan marhaen sudah semestinya mengharapkan sparepart murah di pasaran tapi haruslah terima permasalahan di masa datang sebagai contoh tempoh jangka hayat sesuatu produk after market atau jenama tiruan.



Berbalik pada isu tayar tubeless bocor di celahan rim ketika siap pemasangan tayar baru ada yang berpendapat semua tayar di pasaran mempunyai LUCK masing-masing. Ada tayar pasang terus jalan dan ada yang perlu melakukan pelbagai teknik bagi mengatasi kebocoran angin di celahan rims.



Teknik Pertama(1)

Sebelum proses pemasangan tayar baru pada rim foreman akan sapu minyak pelincir keliling tepi tayar bertujuan bila masuk angin bahagian yang disapu pelincir itu masuk masuk di bahagian tebing(bermaksud garisan yang sepatutnya dia berada ketika berada didalam rims).


Teknik Kedua(2)

Seterusnya jika teknik pertama gagal, boleh cuba dengan air dengan cara mengisi di sekeliling tayar lalu tembak dengan angin compressor bertujuan tekanan air itu dapat menolak tayar dibahagian dalam untuk masuk kedalam tebing.


Teknik Ketiga(3)

Rendam tayar bersama rims yang telah dipasang itu kedalam air sambil tembak dengan angin compressor sehingga ia berjaya masuk kedalam tebing.


Teknik Ke-empat(4)

Sebelum proses pemasangan tayar baru cuba sapukan seberapa banyak minyak grease dikeliling dalaman bahagian tebing rims bertujuan ketika tembak angin compressor grease itu dapat menutup bahagian kebocoran lalu memberi tekanan pada tayar untuk memasuki bahagian tebing.


Teknik Ke-lima(5)

Akhir ini paling mudah iaitu menggunakan perkhidmatan getah tiub mengikut saiz tayar dan pastikan jenama tiub yang dipercayai serta berkualiti bagi mengelak sebarang kebocoran dimasa hadapan. Contoh jika saiz tayar motosikal anda 80/90 pastikan tiub getah juga sesuai dengan saiz tayar iaitu 80/90 tapi kaedah penggunaan tiub didalam tayar tubeless mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri iaitu mungkin sahaja getah tiub itu mudah bocor disebabkan tersepit dengan tayar tubeless namun kelebihan pula ia memudahkan urusan DIY kepada seseorang yang mementingkan penjimatan.


Cerita tentang barangan internet dan foreman di bengkel isu ini memang sukar kepada pemilik bengkel mahupun foreman sebabnya, pelangan ingin harga murah untuk setiap barangan sparepart namun pemilik bengkel dan foreman pula mungkin sahaja gagal menjual barangan mereka dengan harga yang telah di markup.


Jadi jika anda membeli di internet dan gagal melakukan pemasangan DIY lalu menuju ke bengkel berdekatan untuk mengadu mungkin sahaja anda akan dimarahi kerana membeli barangan di atas talian lalu memerlukan kemahiran beliau untuk pemasangan sedangkan bengkel beliau turut ada menjual barangan sama cuma sedikit mahal dari internet.


Akhir sekali pastikan peralatan DIY anda mencukupi dan telah membuat researh di forum internet dan platform yang berkaitan apa yang korang nak buat contoh pertukaran tayar tubeless bagi mengelak dari mengadu hal di bengkel berdekatan.


Bukan kita tak nak sokong perniagaan mereka tapi adakala ekonomi kita mungkin sahaja tidak menentukan dan memaksa untuk melakukan secara DIY untuk perolehi pengalaman serta penjimatan kewangan. Manakala jika yang mempunyai wang lebihan tidaklah salah untuk mengharapkan 100% perkhidmatan bengkel-bengkel berdekatan.


Resepi Soto Ayam Sedap Dengan Kuah Bening

9:13:00 PTG

Soto Ayam agak sama dengan sup ayam tapi ada beberapa kelainan terhadap bahan-bahan apa pun hidangan sangat popular di nusantara. Resepi juga telah banyak di tokok tambah mengikut citarasa tempatan tapi dalam artikel ini saya kongsikan resepi tersendiri yang mudah untuk anda ikuti.



Sebelum itu penyedian bahan-bahan haruslah sempurna dan tersusun jika tidak pandailah korang tokok tambah mengikut citarasa sendiri.


Kepada yang baru nak berjinak di dapur tolong pastikan anda mulakan dengan kuantiti yang kecil bagi mengelak pembaziran, tapi jika yang sudah mahir tahap campak-campak je tapi sedap yeah! andalah sifu kami.




Kuah Soto

- Bawang Merah

- Bawang putih

- Halia

- Lengkuas

(Semua bahan perlu dikisar atau tumbuk)

- Serai

- Kulit kayu manis

- Bunga lawang

- Serbuk sup

- Serbuk kurma

- Air rebusan ayam

- Cara masaknya seperti masak sup

- Tumis dahulu bahan yang ditumbuk atau kisar.

Bahan-bahan B

- Nasi impit

- Bihun atau suhun yang di goreng

- Kacang tanah

- Tauge ( Tidak perlu celur )

- Daun sup dan bawang

Sambal kicap

- Cili api hijau ikut kepedasan

- Bawang putih satu labu

- Kicap manis.


Harap perkongsian diatas ini dapatlah membantu anda menyediakan hidangan sup ayam atau soto ayam nampak mudah bukan? Jadi cubalah kongsi-kongsi dengan rakan dan jiran berdekatan.


Resepi Kuah Ladna Yang Boleh Anda Cuba - Keow Teow Ladna atau Mee Kung Fu

9:41:00 PTG

Keow Teow Ladna atau Mee kung fu sebenarnya kuah di lebih kurang sama namun ia bergantung pada air tangan masing-masing.



Senang cakap masak ni tak semestinya kena hensem atau cantik macam dalam rancangan masakan dalam kaca tV yang sebenarnya adalah usaha dan keyakinan korang ketika berada di dapur.


Bahan-bahan tidak semestinya sama seperti resepi dibawah dan boleh jer ubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur anda. Resepi ladna kuahnya mudah membuat orang berasa cepat muak tapi untuk kawal perkara itu haruslah disediakan bersama potongan cili padi bagi lidah kita terasa pedas.



Bahan A

Keow teow

Kicap

Minyak bijan

Semua bahan di goreng dengan sedikit minyak.

Bahan B

Bawang Putih 3 biji

Cili Api Merah 4 biji...ikut kepedasan

Sotong

Udang

Isi ayam

Lobak merah

Sayur sawi@ kailan

Air

Serbuk ayam Maggi

Sos seasoning

Garam

Tepung jagung

Cara penyedian

Tumis bawang putih bersama cili api merah, bila dah garing masuk kan sotong, udang, dan isi ayam. Kemudian masuk kan lobak merah tumis hingga lembut dan masukkan air ikut kuantiti yang dikehendaki.


Bila dah masak masuk sos seasoning, serbuk ayam maggi dan garam secukup rasa. Kemudian bila kuah dah masak anda bancuh tepung jagung dengan air biasa lalu masukkan ke dalam kuah tadi hingga menjadi pekat.

Resepi Singgang Masak Asam Pedas Cara Kampung Dan Sesuai Untuk Yang Sedang Pantang

9:21:00 PTG

Singgang masak asam bagi orang kampung ia sudah cukup memadai untuk disatukan bersama nasi putih namun lauk yang sesuai adalah ikan kembung. Selit pula dengan ulam lepas tu cicah budu atau tempoyak memang menambah nasi la korang.



Artikel ini akan kongsi cara penyedian resepi singgang masam asam, bujang ke atau dalam pantang ke memang sesuai sebab ia sangat mudah dan main campak-campak je terus boleh dihirup sup dia.


Seperti biasa kita perlu melengkapkan beberapa bahan seperti dibawah tapi kalau ada yang kurang haa minta personal shoper pergi berlari cari bahan ya.



Bahan-bahan

1. Bawang besar 2 biji

2. Bawang putih 3 ulas

3. Belacan

4. Cili kisar

5. Asam keping

6. Daun kesum

7. Kacang bendi

8. Ikan kembung

9. Garam sedikit


Cara-cara

Bahan nombor 1-4 kisar bersama sedikit air kemudian masukkan dalam periuk bersama air, daun kesum, asam keping dan cili kisar setelah itu rebus. Masukkan pula kacang bendi rendam sehingga masak atau empuk lalu masuk ikan pilihan anda contoh kembong boleh juga cuba letak ayam atau seafood tapi jangan tanya macam mana rasanya nanti akhir sekali masukkan garam mengikut lidah anda sebab yang nak makan pun tekak korang.


Jika menjadi sila beritahu diruang komen manakala jika sebaliknya harap korang tabah dan cuba lagi mengikut kemahiran tersendiri orang cakap jika didapur tidak semestinya kena ikut sepenuhnya dalam buku resepi.


Resepi ini dikongsi oleh NorSyahira Binti Yaacob.


Resepi Rendang Kerang Yang Boleh Anda Cuba Pasti Sedap

8:54:00 PTG

Rendang kerang selain sedap dimakan dengan nasi putih, juga sangat sedap dimakan dengan nasi lemak dan pulut kuning. Dalam posting ini saya kongsikan rendang jenis kering.



Sebelum itu jangan terkejut jika harga redang kerang agak mahal maklumlah nak menumis lagi nak keluarkan kerang lagi eh macam-macam lagi yang perlu dilakukan.


Nak tahu susah tahap yang macam mana? haa mari teruskan dengan penyedian bahan-bahan dibawah nak tengok kita sanggup layan ke tidak atau lebih mudah makan nasi kicap lauk telur mata.



Bahan-bahan

2 kg kerang direbus dan dikupas


Bahan-bahan untuk dikisar

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2 inci lengkuas

2 inci halia

2 inci kunyit hidup

1 batang serai

15-20 tangkai cili padi


Lain-lain bahan

1 sudu besar rempah kari

1 keping asam keping

2 sudu besar kerisik

1 sudu gula

1 1/2 cawan pati santan

Garam dan bahan perisa secukup nya

Daun kunyit dihiris halus


Cara membuatnya

1) Masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar, pati santan, rempah kari dalam kuali. Masak di atas api sederhana sehingga sedikit kering, kemudian masukkan kerang dan gaul sampai sebati.


2) Biar sehingga rendang sedikit kering, kemudian masukkan pula kerisik, garam dan bahan perisa. Kemudian masuk daun kunyit lalu gaul sehingga rendang kering (Rendang yang kering atau berkuah mengikut citarasa sendiri).


Resepi ini dikongsi oleh NorSyahira Binti Yaacob.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)