Terkini

Seperti Berada Di Pawagam Dengan Mini Portable Projector Wanbo T2

6:57:00 PTG

Seperti yang kita tahu pada musim pandemik ini ramai pengemar pawagam terpaksa berada dirumah tapi dengan Mini Projector dinding rumah pun boleh jadi pawagam.



Di pasaran terdapat bermacam jenama projector sampai penulis pun tidak tahu nak ujicuba yang mana. Maka penulis pilih Wanbo T2 kerana dalam lingkungan bajet dan setelah menunggu hampir setengah bulan lebih kerana beli dari reseller china.


Mini portable ini mempunyai dua variasi iaitu T2 Free(LCD) dan T2 Max(Android). Harga pula dari sekitar RM400 untuk T2 Free sehingga RM700 untuk T2 Max(Android)



Korang boleh buat survey menerusi Shopee atau mana-mana web China seperti Alibaba. Ada pengguna memilih T2 free dan sambungkan ke android box atau laptop untuk menonton filem dan buat kerja.


Mengenai speaker pula pada telinga penulis cukup memadai tapi kalau korang ada tambahan speaker yang ada bass hmmm sudah semestinya lagi mantap.


Wanbo disarankan pasang ditempat yang gelap namun ada beberapa jenama mempunyai tahap cahaya yang baik walaupun dipasang ketika terang. Pada penulis semuanya dalam keadaan baik setakat layan filem 1-3jam memang tiada masalah sebab model ini dilengkapi dengan kipas.


Air Fryer Undang Kesan Sampingan kepada Kesihatan

12:26:00 PTG
Di kala pandemik ini, ramai yang memilih air fryer untuk penyediaan makanan sihat terutama yang jenis bergoreng. Lagipun, lagi senang menggunakan air fryer untuk memanggang dan memanaskan makanan. Tiba-tiba tular pula yang mengatakan bahawa air fryer ini boleh menyebabkan kanser. Biar betul?
:anger:



Jom, baca kupasan dari Zakwan Mohtadza yang mengulas mengenai isu ini di facebooknya.

    Sekarang viral video yang menerangkan air fryer boleh meningkatkan risiko kanser. Saya perhatikan video tersebut dan terus siasat. Yelah, air fryer sekarang sudah jadi barang kegunaan harian jadi kenalah siasat betul dari segi saintifik dia, bukan hanya dari dengar cakap-cakap orang saja. :warning:

Ini hasil siasatan saya menurut pelbagai kajian saintifik:

1.     Dalam video viral tersebut menyebut Acrymalide sebagai punca kanser. Tetapi sebenarnya bukan air fryer sahaja yang boleh menyebabkan bahan ini terhasil dalam makanan. Semua jenis pemanggang, penggoreng, atau pembakar seperti oven boleh menyebabkan pembentukan Acrymalide ini! Jadi air fryer bukan masalah utama dia. Masalah utama nya ialah suhu dan tempoh memasak kita tersebut. Erti kata mudahnya, TIDAK TEPAT air fryer sahaja disalahkan kerana cara memasak yang lain turut boleh beri kesan yang SAMA! Sumber: FDA US

2.     Mana lagi bahaya? Guna air fryer atau goreng cara biasa? Saya ada menemui kajian dari tahun 2015 sehingga tahun 2020, ternyata penggunaan Air Fryer mengurangkan pembentukan Acrymalide sebanyak 90% daripada menggoreng cara deep fry! Dan ternyata ini lebih sihat bila dibandingkan dengan gorengan cara biasa! :+1:

Sumber:
a)     Effects of Thawing and Frying Methods on the Formation of Acrylamide and Polycyclic Aromatic Hydrocarbons in Chicken Meat (National Library of Medicine)
b)     Effect of Pretreatments and Air-Frying, a Novel Technology, on Acrylamide Generation in Fried Potatoes (ResearchGate)


3.     Berbalik kepada video tersebut, saya menemui sumber video tersebut dari data yang dikeluarkan oleh pemerhati dari Hong Kong. Memang betul apa yang diperkatakan tetapi sebaiknya kita lihat secara penuh data yang dikeluarkan, jangan hanya melihat sebahagian data sahaja. Menurut mereka, risiko Acrymalide dapat dikurangkan sekiranya suhu dan tempoh memasak boleh dikurangkan (jangan terlampau panas atau lama walaupun instruction model air fryer memberitahu sebegitu). Sumber: Consumer Council HK

Kesimpulan:
1-     Kurangkan makanan fast food seperti french fries, sebab bahan berkanji seperti ini lebih tinggi risiko ada Acrmalide, tak kisah cara masak guna apa, air fryer ke, goreng cara biasa ke
2 -     Kurangkan suhu dan tempoh yang digunakan (biar bersesuaian dengan portion memasak)
3 -     Target memasak biarlah kekuningan dan cukup-cukup masak (Jangan terlampau garing kerana risiko Acrmalide lebih tinggi untuk bahan yang dimasak lama)
4 -     Dari masa ke masa, lebih banyak teknologi dikeluarkan untuk cara memasak yang lebih mudah dan sihat, jadi kena sentiasa aware dengan perkembangan teknologi ya, boleh jadi ada teknologi yang lagi baik nanti. Tapi buat masa sekarang, air fryer masih pilihan utama saya kerana tak perlu menggoreng guna minyak yang banyak dan mudah!

Kredit: Nor Salehan Jamaludin, Zakwan Mohtadza
:pushpin:
:pushp

Advertisement

Cara Memilih Air Fryer Yang Bersesuaian

11:24:00 PTG

Ada 3 jenis air fryer iaitu yang tarik bakul, yang buka dari atas (turbo) dan yang mcm oven. Yang bakul senang hendak guna, hanya tarik sahaja, isi makanan dan tolak balik bakul tu (ramai guna ni). Yang buka dari atas dan mcm oven tu ada aksesori lain, boleh golek ayam dan buat popcorn. Biasanya jenis bakul suhu max 200°C, yang bukak dari atas dan yg jenis oven sampai 230°C.





Control ada 2 jenis, manual dan digital. Manual senang pulas-pulas tombol. Tapi manual ni cepat hilang tulisan nombor. Digital ada preset boleh tekan-tekan tapi nak adjust suhu atau masa selain dari ikut preset kena tekan lebih sikit. Jadi jenis pulas-pulas lebih mesra kanak-kanak dan orang tua sebab jari tak payah laju-laju untuk tukar suhu atau masa.

Harga ikut jenama, Philips mahal tapi insyaAllah tahan bertahun-tahun. Macam Russell Taylors, Morgan, Haier, Birkeshire, Khind, Mmx, Trio tu harga mampu milik dalam anggaran RM180-RM280. Tengok capacity, ada pan capacity dan basket capacity, kalau basket capacity besar tu boleh letak makanan banyak sikit. Ada yang jual online harga rm150 tapi check dulu warranty and reviews, sebaik-baiknya cari yang warranty setahun. Jangan beli yang harga rm50, scam, nanti silap-silap dapat tasbih sahaja.



Untuk yang boleh golek ayam harga paling murah RM300 boleh dapat, riino, butterfly, primada, firenzzi, hetch semua itu RM350-RM500. Jenis oven ada 4, khind (9.5L dalam RM400), haier (10L dalam RM500), riino, zenne (12L dalam RM550-RM600).

Special note sikit, trio ada oven+air-fryer, yang ni dia tulis capacity oven lain, capacity air fryer lain. Tak tau nak komen apa bezanya fungsi oven dan fungsi air-fryer sebab sy tak pernah tengok dan tiada kawan-kawan yang pernah pakai dan bagi review. Innofood oven air-fryer pun kategori ni juga.

Paling murah dan besar boleh cari halogen oven, tidak boleh golek ayam tapi muat ayam sekor, glass body and top, harga bawah RM200 capacity 12L size lebih kurang sepemeluk. Ni dulu dikira bukan air-fryer, sekarang dah masuk semula market jadi air-fryer. Jadi saya senaraikan juga (tak tau kategori no 4 ke atau tak sama kategori).
Ada yang sudah 20 tahun pakai jenis macam ini. La gourmet goshop tu masuk dalam kategori ini. Mat salleh suka jenis ni untuk masak turkey seekor untuk thanksgiving, guna extension ring bagi besar (capacity 17L).



Sebab ramai yang tanya apa yg terbaik, maaf ya sy tak dapat nak kata mana paling bagus, semuanya ikut budget dan preference masing-masing. Saya kekurangan dana nak beli semua dan test satu-satu, harga terkini boleh survey di lazada, shopee, goshop atau cjwowshop.


Q: Kenapa ______ tiada dalam list ni? Tak bagus ke?

Ok dah nangis. Sy bukan buat review ya, saya cuma buatkan perbandingan secara general sahaja. :joy:

Nak semua nama-nama air-fryer kat malaysia? Saya tambah sini ya (susunan random, tak ikut turutan bagus atau tidak bagus, mahal atau murah).

*tarik nafas sekejap*

Breville
Tefal
Philips
Khind
Haier
Midea
Elba
Pensonic
Russell taylors
Pery smith
Amgo
Chiwawa
Riino
Butterfly
Hetch
Giselle
Samu giken
Trio
Morgan
Panaletrik
Nakada
Primada
MEC
Faber
Meck
MAG
XMA
Sincero
Buffalo
Flavorwave
Airbot
La gourmet
Firenzzi
Kifer
Vees
Milux
Innofood
SSODD
Zenne
Birkeshire
Kelen munoz
MMX
Zodiac
Volten
Keshuai
Morrison
Monda
Sokany
Airbot
Xiaomi @ Mi @ Mijia

Utk review sila taip nama-nama ini dan tanya kepada pemilik air-fryer jenama-jenama ini ya sebab sy tiada semua (belum jadi jutawan utk beli semua)



Kredit : Resepi Air Fryer [Malaysia] 
Advertisement

Cara Batalkan Langganan Akaun Tidal

6:45:00 PTG

Tidal adalah sebuah platform musik sama seperti Spotify dan lain-lain namun ia juga masih baru untuk lagu tempatan.



Sebelum ini Tidal pernah buat promosi holiday dengan harga RM4 untuk 4 bulan rujuk artikel Tidal Holiday Offer! namun apa yang terjadi adalah sangat kurangnya musik tempatan terutama versi Melayu.


Habis sahaja tempoh langganan selama 4 bulan dapati ada beberapa isu yang penulis rasa sangat pelik. Dalam tetapan akaun Tidal tidak mempunyai sebarang fungsi untuk pembatalan akaun seterusnya paling menakutkan adalah kad kredit/debit turut tidak boleh dipadam.



Pengguna wajib sambungkan kad kredit/debit semasa proses langanan dilakukan dan ia akan tetap kekal disitu supaya pihak Tidal senang tolak kredit untuk langanan bulan seterusnya.


Oleh kerana masalah ini penulis mula berhasrat untuk batalkan akaun bagi menghapuskan maklumat bayaran yang tidak boleh dipadam. Caranya pengguna harus menghantar emel kepada support bersama username dan 4 digit akhir kad kredit/debit.


Tidal akan bertanya adakah kita bersetuju untuk teruskan pembatalan akaun dengan cara menghantar YES/NO maka korang balas YES didalam emel tersebut.


Hari Raya Aidilfitri Semasa Perintah Kawalan Pergerakan - 2.0

1:59:00 PTG

Raya Aidilfitri PKP 1.0 penulis tak sempat nak menyediakan sebarang artikel tapi yang kedua kali dalam sejarah ini penulis berhajat nak membebel dalam posting ni.



Kes jangkitan Covid19 di Malaysia pernah dicatatkan sifar namun selepas itu ada sebuah negeri dalam Malaysia berhajat nak buat pilihan raya. Dong deng dong deng ahli VVIP dan pelbagai jentera parti politik dilancarkan bagi buat beberapa kempen secara tertutup atau mengikut SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Negeri yang berhajat buat pilihan raya adalah Sabah, penulis pun tidak pasti apa yang sedang merasuk otak pemimpin mereka yang tidak sabar untuk buat aktiviti beratur panjang dan semestinya kena buat kempen secara kecilan.




Dari Semenanjung terbang ke Sabah begitulah disebaliknya iaitu dari sana terbang balik pula ke Semenanjung maklumlah dah siap tunjuk muka disana tunggu apa lagi kan....balik la.


Mula dari itu Malaysia berjaya mencatat rekod jangkitan baru dan menjadi pelbagai bentuk kluster, data jangkitan yang diperolehi penulis tidak pasti dari mana mereka ceduk namun statistik tetap bergerak.


Dalam kes ini kerajaan pusat juga tidak berani cipta nama 'Kluster Wartawan'|'Kluster Kilang' ok tidak mengapa kita abaikan dahulu masalah VVIP ni. Seterusnya perkara ini berlanjutan hingga bulan Ramadhan dan terus lancar PKP seluruh negara menjelang Raya Aidilfitri buat kali ke-2 iaitu dalam masa dua tahun.


Adakah bakal ada Raya Aidilfitri dalam PKP buat kali ke-3 ? haa.. kita tunggu...


Serunding Halia Untuk Wanita Berpantang Dan Masalah Angin Badan

5:42:00 PTG

Kita masing-masing mempunyai jenis-jenis genetik namun tidak dapat elak dari masalah angin dalam badan yang boleh menyebabkan diri kurang berasa selesa.


Ada golongan jika kepala atau badan tidak berasa sedap mereka terus rujuk dengan ubatan moden seperti P4nadol, tapi tahukah anda sebenarnya masalah angin badan itu boleh diatas menggunakan ubatan traditional seperti bawang putih dan halia.


Penulis faham tidak semua lidah dapat menerima jenis ubatan traditional yang pahit dan tidak sedap jadi dalam artikel ini kami kongsikan cara menjadikan halia sebagai serunding supaya ia senang dihadam dan dimakan begitu sahaja.



Caranya penulis petik dari beberapa laman web di Google


Bahan

- Halia / kisar atau tumbuk atau sagat sehingga halus

- Bawang putih secukup rasa untuk naik bau

- Ikan bilis

- Garam / Perasa secukupnya

- Minyak masak bersih lagi halal toyiba


Cara Penyedian

Perah halia yang dikisar tadi sehingga kering airnya.

Panaskan minyak masak lalu goreng hampas halia tu sehingga garing.

Kemudian nak bagi lidah korang berselera kita goreng pula ikan bilis sehingga garing.

Sudah siap tos minyak untuk kedua-duanya, jika rajin tumbuk ikan bilis goreng tu sehingga hancur lalu gaulkan sekali dengan hampas halia hingga rata. Jika bilis tadi malas nak tumbuk korang tabur jela asalkan ia bercampur dengan halia goreng tadi.


Pengalaman Menggunakan Eucerin Pro Acne Solution

5:29:00 PTG
Stress kut bila jerawat naik dekat muka dengan kulit sensitif  lagi. Kadang sebab stress dengan lifestyle lagi tambah lagi asyik kena pakai penutup muka 6-7 jam sehari. Makin ligat Cik J naik. Nasib baik saya ada pakai Eucerin Pro Ance Solution tidak sangka produk ini sangat berkesan kurangkan jerawat dan bekas- bekas jerawat.

Saya pengguna baru produk Eucerin. Saya baru sahaja memulakan penjagaan kulit menggunakan produk ini selama sebulan. Hasil yang saya dapat sangat memberangsangkan. Jerawat saya semakin mengecut. Selain itu pengurangan minyak sangat ketara pada wajah saya di samping itu saya merasakan kulit wajah saya semakin lembut dan segar selepas menggunakan produk ini. Selain itu saya telah dibantu oleh Beuty Advisor yang menyarankan saya unutk menggunakan produk ini.


Eucerin Pro Acne Solution

Antara produk yang saya amalkan pada ketika ini ialah

1 - Cleansing Gel setiap pagi dan petang
2 - Toner selepas membasuh muka
3 - A.I Matt fluid setiap pagi dan petang
4 - Day Matt Whitening SPF30 setiap pagi untuk mengawal minyak diwajah saya
5 - A.I Clearing treatment setiap malam untuk membantu merawat kulit dan mencegah pertumbuhan jerawat baru.

Dan saya sangat berpuas hati dengan hasil kulit saya selama penggunaan sebulan ini. Saya berharap akan mendapat hasil yang lebih baik dengan penjagaan daripada produk Eucerin Pro Acne Solution.

Resipi Apam Gula Hangus Kuih Traditional

4:19:00 PTG
Kali ini saya hendak kongsikan salah satu resipi kuih traditional iaitu resipi Kuih Apam Gula Hangus. Resipi ini saya jumpa di Google dan nampak ada ramai yang sudah mencubanya. Jadi saya pun mencuba dan hasilnya sangat memuaskan. Cara membuat apam ini sangat mudah dan bahan-bahannya juga senang untuk didapati. Selain guna mixer, boleh juga gunakan blender ataupun whisk untuk membancuh bahan-bahan.

Apam Gula Hangus atau dipanggil Apam Karamel. Bila diterjemahkan Apam Karamel kepada Bahasa Inggeris adalah Steamed Caramel Cakes. Tapi berbeza dengan Kek Gula Hangus dari nisbah sukatan bahannya.




Bahan gula hangus
1 cawan gula pasir ( saya kurangkan jadi 3/4 cawan)
1 cawan air panas 

Bahan ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan kisar
2 biji telur 
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam

Cara penyediaannya
1- Panaskan gula dalam kuali sampai gula jadi perang dan mencair lepas itu perlahan-lahan tambah air panas yang mendidih.
2 - Kisarkan telur, minyak, marjerin, susu pekat, esen vanila dan garam. Masukkan gula hangus yang dimasak tadi kisarkan sekejap hingga sebati.
3 - Dalam bekas lain masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat lepas itu barulah tuang bahan kisar tadi gaul sehingga sebati.
4 - Oles sedikit minyak pada acuan dan tuangkan adunan 3/4 penuh kedalam acuan dan kukus selama 30 minit.

Resipi Apam Gula Hangus yang betul-betul gebu dan lembut sangat. Tidak menyesal jika anda buat resipi apam ini. Buat unutk sarapan pagi pekena pula dengan air teh o memang sedap. Selamat mencuba!












 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)