Terkini

Toshiba Mesin Basuh Auto, Bunyi Alarm Ketika Rinse/Spin. Apa Masalahnya?

6:36:00 PG

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman model (AW-A750SM/AW-F820SM) dan boleh dijadikan rujukan untuk jenama dan model lain.



Jenama Toshiba boleh dikatakan jenama kukuh bermaksud barangan berkualiti yang memiliki jangka hayat yang panjang berdasarkan cara penggunaan. Pada artikel sebelum ini penulis ada kongsikan beberapa permasalahan yang kerap terjadi di setiap mesin basuh auto tidak kira apa jenama boleh rujuk di https://www.sekejung.com/2017/02/air-buangan-mesin-basuh-tidak-keluar.html .


Permulaan kejadian adalah mesin basuh mula mengeluarkan bunyi kasar ketika menjalankan kerja pencucian, bahagian ini anda kena siasat dimana punca bunyi kasar itu adakah dari arah Mechanism Clutch atau penyerap gegaran.



Berdasarkan pengalaman penulis adalah datangnya dari Mechanism Clutch disebabkan kelonggaran skru dan menyebabkan Clutch tidak berada di posisi yang betul. Paling terkesan adalah ia mampu merosakkan beberapa komponen terdekat iaitu drain motor dan pulley sensor yang berhampiran dengan belting.


Kata-kata mutiara adalah tiada komponen yang boleh kekal lama jika tidak diselengara. Begitulah kisah penulis semasa menghadapi masalah skru Mechanism Clutch mesin basuh longgar dan tercabut, nak dijadikan cerita 3 hari 2 malam duduk siasat apakah yang menyebabkan mesin ini gagal Rinse/Spin dan terkejut lagi bila air dalam baldi tidak reti penuh.



Kita pun selak semula pengalaman sebelum ini iaitu besar kemungkinan berpunca dari PCB board maka keluarlah modal pertama untuk alat ganti. Eh! dah tukar pun masalah alarm tak selesai, bermula lagilah siasatan seterusnya diikuti dengan pelaburan gantian drain motor dan ketatkan semula Mechanism Clutch.


Ingatkan masalah alarm selesai tapi malangnya PCB board masih lagi alarm semasa aktiviti Rinse/Spin. Kali ini penulis terus kaji bahagian komponen yang mempunyai sensor. Setelah berjaya siasat dapati ada satu magnet kecil di Pulley Sensor hilang mungkin disebabkan pelanggaran antara Mechanism Clutch Gear Box sebelum ini.


Akhirnya penulis pun berjaya mengeluarkan pelaburan buat kali ketiga dengan hanya ganti pulley magnet sahaja. Teori membuatkan Rinse/Spin alarm adalah Mechanism Clutch gagal kenal pasti kelajuan melalui magnet kecil yang bersama dengan pulley tersebut.


Kos Alat Ganti Semasa Pengalaman ini Adalah:

1. PCB board AW-A750SM / AW-F820SM = RM 110

2. Drain Motor (after market) = RM 25

3. Pulley Magnet = RM 55


Jumlah keseluruhan = RM 190* (2021an)


Harap perkongsian yang ringkas ini dapat dimanfaatkan oleh anda yang memerlukan info tambahan sebelum tersalah beli alat ganti mesin basuh.


2.000 Anggota Bomba New York Ambil Cuti Sakit Tanda Protes Vaksin - Covid19

3:04:00 PTG

35% peratus daripada pasukan polis Chicago belum melaporkan status vaksin mereka pada tarikh akhir 15 Oktober. Dua minggu lalu, separuh daripada pegawai Chicago akan menghadapi masalah cuti tanpa gaji jika masih menolak vaksin.


Seorang doktor Houston berkata ICU di hospitalnya adalah "seperti zon perang." Di seluruh bandar, hospital sedang mendirikan khemah sebagai persediaan menghadapi gelombang Delta yang mengisi ICU mereka.


Memandangkan kes COVID "meningkat" di Mississippi, negeri ini terpaksa membuka semula hospital terbuka yang terletak di ruang tempat letak kereta. Hospital Oklahoma kehabisan ruang dan tiada katil ICU pediatrik di utara Texas . Seorang lelaki di Houston yang ditembak enam kali minggu lalu turut masih menunggu pembedahan kerana tiada katil disediakan.



Dapatkah anda bayangkan bagaimana situasi semasa di luar negara berbanding di Malaysia yang boleh dianggap masih aman dan teratur terutama dari sektor perubatan dan kebajikan rakyat.


Dan seperti yang kita tahu masalah golongan yang menolak vaksin ini tiada penghujung sehingga para pemimpin menawarkan pampasan atau skim perlindungan untuk penerima vaksin dimasa akan datang dan khabarnya Malaysia telah mula memberi suntikan dos ke-tiga kepada.



Advertisement

Pulse Oximeter Berbaloi Atau Tidak Untuk Dimiliki Semasa Covid19?

6:53:00 PTG

Jika anda mempunyai simptom sesak nafas atau penyakit paru-paru atau jantung yang diketahui, doktor anda mungkin mengesyorkan penggunaan oksimeter nadi.



Oksimeter nadi atau Pulse Ox, ialah peranti elektronik yang mengukur ketepuan oksigen yang dibawa dalam sel darah merah anda. Oksimeter nadi boleh dilekatkan pada jari, dahi, hidung, kaki, telinga atau jari kaki anda.


Semasa pandemik Covid19 alatan ini juga telah mendapat permintaan yang tinggi cuma yang jadi permasalahan adalah barangan tiruan yang telah dijual dengan harga yang lebih murah.



Ada yang berkongsi maklumat cara pengesanan barangan tiruan adalah dengan menggunakan sebatang pensel bagi menggantikan jari. Jika data pulse oximeter tetap bergerak ketika menggunakan pensel maka sah ia adalah peranti tiruan.


Tapi setelah penulis menguji cuba alatan pulse oximeter yang boleh diperolehi dari farmasi dan klinik kesihatan Malaysia ada satu masalah yang penulis rasa ia tidak sesuai untuk golongan marhaen.


Sebabnya alatan ini kebanyakkan adalah menggunakan tenaga bateri saiz AAA dan didapati sangat kuat menggunakan tenaga bateri walaupun jenama bateri mahal.


Penyelesaian adalah sila gunakan jenis bateri pengecasan semula dan elakkan membeli bateri pakai buang demi penjimatan kewangan.


Advertisement

Cara Buka Akaun SSPN? Jenis Akaun Yang Ada? Jom ambil tahu

3:40:00 PTG

Skim Simpanan Pendidikan National(SSPN) adalah dibawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) perbezaan dua ni secara ringkas adalah IN/OUT.



Maksud IN/OUT adalah kalau PTPTN asik keluarkan dana untuk pinjaman pengajian dan sampai satu masa peminjam gagal membuat pembayaran semula diatas sebab tertentu maka dana akan berkurangan untuk diberikan kepada generasi seterusnya.

Oleh kerana itu penulis berpendapat kerajaan telah dapat buah fikiran dengan menggunakan konsep pusingan iaitu 'Dari Rakyat Kepada Rakyat' dengan menubuhkan beberapa jenis akaun Simpanan Pendidikan iaitu secara bulanan atau tanpa sebarang komitmen.


Jika memilih akaun bulanan dengan jumlah yang mampu anda bayar maka dapatlah beberapa manfaat menarik seperti dividen, perlidungan takaful dan pelepasan cukai pendapatan sesuai untuk golongan pendapatan tinggi.



Jika anda tidak mahu memiliki sebarang komitmen untuk tabung pendidikan anak-anak maka boleh buka akaun SSPN biasa dan mula simpan jika ada peruntukan. Setelah itu khabarnya anda juga berhak mengeluarkan simpanan tersebut pada bila-bila masa mengikut terma syarat yang ditetapkan oleh SSPN.


PTPTN kerap kali menambah baik produk simpanan mereka melalui SSPN mengikut keperluan semasa iaitu terkini telah tercipta beberapa jenis simpanan seperti:


SSPN-i

SSPN Plus

SSPN Prime


*maklumat lanjut layari www.ptptn.gov.my


Cara Pembukaan Akaun SSPN

Boleh terus ke kaunter PTPTN atau menerusi ejen sah PTPTN disini 'DAFTAR' hanya semudah ABC.


Cara Penutupan Akaun SSPN

Jika ingin membatalkan akaun diatas sebab tertentu anda perlu hadir ke cawangan PTPTN berhampiran untuk urusan penutupan.


Akhir sekali, simpanan pendidikan ini adalah penting bagi anak bangsa kita di masa hadapan namun kita sebagai ibu/bapa hanya merancang tapi percayalah rezeki tak pernah salah alamat soalnya cepat atau lambat sahaja.



Kita juga tidak boleh meramal situasi masa hadapan sama ada peluang pekerjaan semakin banyak atau tidak cuma apa yang boleh kita usahakan pada saat ini adalah menaikkan ekonomi negara kerana ketika itulah kita dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk generasi masa hadapan.


Artikel ini ditulis semasa keadaan ekonomi dan politik dalaman kurang stabil dan diuji dengan wabak Covid19 sekaligus dengan permasalahan taraf pendapatan rakyat tidak sepadan dengan inflasi semasa.

Oleh kerana itu ramai yang terpaksa melakukan lebih dari satu pekerjaan demi menyara ahli keluarga dan diri sendiri. Trend peluang pekerjaan ke-dua pada masa ini pula adalah dengan menceburi pekerjaan gigs secara bebas dan selebihnya adalah bergantung pada kemahiran masing-masing berdasarkan tawaran gaji semasa.


Kita patut kasihan pada generasi baru yang terpaksa menanggung hutang pengajian mereka sedangkan mereka sendiri belum tentu dijanjikan peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang sepadan dengan kos pembelajaran mereka sebelum ini kecuali mereka adalah datang dari golongan berpendapatan tinggi.


Tahukah Anda Ink Cartridge Printer Mempunyai Unsur Penipuan

2:44:00 PTG

Sumber luar negara mengatakan beberapa jenama printer telah mengambil untung yang banyak terhadap penjualan ink cartridge mereka.



Ada pengguna tempatan juga meluahkan pendapat di forum dengan mengatakan ada satu jenama printer ini jika salah satu ink cartridge habis mesin pencetak terus gagal berfungsi.


Harga ink cartridge pun begitu mahal mengikut sesebuah jenama pencetak namun dalam pasaran ada dua jenama memainkan peranan iaitu menyediakan printer yang murah tapi ink cartridge yang mahal dan lagi satu harga printer mahal tapi ink cartridge murah.


Dalam artikel ini penulis tidak sebut mana-mana jenama mesin pencetak sebabnya korang sendiri pasti sudah tahu. Tapi untuk keperluan pelajar elok pilih jenama yang mempunyai ink cartridge murah untuk jangka masa panjang jika tidak memang akan menyesal tak kesudah.



Jika anda sedang mencari mesin pencetak sila pastikan ia mempunyai tangki simpanan ink bagi memudahkan korang pantau kandungan yang ada. Cuma berdasarkan pengalaman pengguna printer yang mempunyai tangki ink selalu mempunyai permasalahan kebocoran dan kegagalan ink masuk ke cartridge harap engineer diorang perbaiki untuk model akan datang.


Akhir sekali pastikan korang rajin mencari sebab setiap Error dari printer kerana jika korang gagal menyelesaikan masalah tersebut. Masa akan terbuang untuk menghantar baik pulih di kedai yang korang beli atau paling malas sekali adalah dengan menukar printer baru setiap kali mengalami ralat.


Beberapa Sebab Akaun Google Ads Dibekukan Adalah

2:07:00 PTG

Pejuang affiliate cakap Google ads ini mudah tapi setelah penulis cuba ia tidaklah semudah yang disangkakan kerana terlalu banyak pantang larang perlu kita patuh.



Google mengutamakan kandungan iklan digital yang sihat dan boleh dipercayai serta berfungsi untuk pengguna. Dasar polisi juga sentiasa di tambah baik oleh Google bagi memastikan pengalaman yang selamat untuk pengguna oleh sebab ini bukan akaun anda seorang sahaja yang berjaya mereka bekukan.


Akaun yang dibekukan masih boleh membuat permohonan dengan beri sedikit penjelasan apa pun bergantung keputusan oleh pihak Google harap korang bertabahlah.


Kandungan Yang Dilarang

Barangan tiruan yang mempunyai tanda dangangan atau logo yang sama atau seakan sama. Mesti ada yang cakap kawan buat perkara sama juga tengok tiada masalah pun, bila kena akaun kita tetiba dapat amaran langgar etika.


Ramai je yang buat web affiliate menggunakan isi kandungan sama cuma ada rezeki atau tidak sahaja untuk melepasi dari pengesanan robot Google. Kefahaman penulis, Google ads juga melarang perbuatan menghantar pengguna ke tempat lain bermaksud 'Menyalahgunakan rangkaian iklan'.


Akhir sekali nasihat penulis jika iklan anda sedang bergerak dengan sempurna maka eloklah jangan diusik atau ubah isi kandungan website mahupun tetapan Google ads.


Maklumat lanjut tentang pantang larang Google ads boleh rujuk di Google Ads Policy.


Bersihkan Kotoran Minyak Menggunakan Mugwort Pore : Axis-Y

10:58:00 PG

Mugwort Pore Clarifying Wash-Off Pack (30ml) ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit normal, kering, berminyak, kombinasi, dan bahkan untuk kulit sensitif. Korang mesti menyukai wash-off pack ini.


Jika saat ini korang sedang memiliki masalah kulit seperti berikut:

- jerawat

- pori-pori tersumbat

- inflamasi (peradangan kulit) dan iritasi


Cara nak kecilkan saiz pori kita adalah dengan bersihkan kotoran dan minyak yang terkumpul dalam liang pori dan cukupkan kelembapan, hydration pada kulit.


Antara bahan yang ada dalam mugwort clay mask ini adalah clay yang bantu serap semua kotoran dalam liang pori dan dia juga ada banyak bahan soothing untuk elak skin jadi kering selepas pakai clay mask ini.



Adzuki Bean Seed di dalam wash-off pack kami mengeksfoliasi kulit dengan lembut untuk membersihkan pori-pori yang tersumbat dan mengangkat sel kulit mati untuk mencegah jerawat.


Selain itu, bahan-bahan seperti:

🌿 61% Mugwort extract - Artemisia atau mugwort adalah kandungan dalam skincare yang ampuh dalam mengatasi iritasi, inflamasi jerawat dan kemarahan. Kandungan ini juga dapat menenangkan kulit korang.

🌿 Artichoke Leaf Extract - Berfungsi sebagai anti aging dan antioksidan.

🌿 Kelp Extract - Untuk meremajakan kulit dan memberikan nutrisi baik pada kulit yang sedang iritasi.

🌿 Houttuynia Cordata


Sangat bermanfaat untuk membantu:

- Meredakan inflamasi (peradangan) kulit

- Menyembuhkan dan menenangkan iritas

- Membersihkan pori-pori

- Merevitalisasi kulit

Semua untuk kulit yang lebih cerah dan rata!


Mugwort Pore Clarifying Wash Off Pack (30ml) - Bertindak untuk membersihkan pori dan boleh exfoliates kulit mati untuk menampakkan kulit yang lebih cerah dan sihat.


Mask bagaikan penyelamat kalau muka breakout , paling best sesuai untuk semua jenis kulit terutama sensitive skin.


Kebaikan mugwort:

📍Membersihkan pori-pori

📍Melembabkan kulit

📍Merawat jerawat dan blemishes

📍Gentle exfoliate

📍Mencerahkan kulit kusam


Pakai 2-3 kali saja seminggu. Diamkan 10-15 minit. Bilas hingga bersih. Remember too much exfoliate tak bagus untuk kulit ok.


Merawat Breakout dengan Dark Spot Correcting Glow Serum Dari AXIS-Y

2:59:00 PTG

Saya nak kongsi satu serum yang sangat best iaitu Dark Spot Correcting Glow Serum dari Axis-Y sangat berkesan untuk hilangkan parut dan dark spot korang. Memang best gila serum ni, saya sendiri pakai keputusan memang jelas nampak makin surut semua keturunan parut jerawat yang singgah berabad dulu.



Apa yang menarik glow serum ini diformulasi dengan bahan brightening seperti Niacinamide (5%), papaya, sea buckthorn, rice bran dan bahan lain yang bagus untuk kulit seperti allantoin, squalane dan calendula. Semestinya sesuai untuk semua jenis kulit.



Serum axis-y ini berfungsi menanggalkan sel-sel kulit gelap dan rosak untuk penghasilan sel-sel kulit baru yang lebih sekata warnanya. Serum ini juga membantu untuk mempercepatkan kitaran sel kulit, seterusnya membantu mencerahkan kulit wajah dan hasilnya kulit jadi lebih sihat dan glowing.


Ianya jenis gel krim yang mudah serap apabila sapu ke kulit. Paling best ianya tidak buat kulit wajah rasa "rimas" atau melekit tau.


Ramai tanya cara penggunaan serum ini. Ianya seperti serum yang lain juga, apply pagi dan malam setiap hari selepas toner (jika ada toner). Jika korang nak layerkan dengan serum lain, sila apply serum yang lebih cair terlebih dahulu sebelum apply glow serum ini. Kemudian boleh di ikuti dengan moisturizer, sunscreen (waktu siang) atau sleeping mask (waktu malam).


Manfaat serum ini adalah

- Merawat masalah jeragat

- Merawat masalah bintik hitam

- Merawat masalah parut gelap

- Mencerahkan kulit wajah

- Merawat masalah tona kulit

- Melembabkan kulit wajah

- Merawat tiny bumps di wajah

- Merawat pori besar

- Mempercepatkan proses penyembuhan jerawat


Peringatan!!! kalau nak pakai serum di siang hari pastikan korang guna sunblock sebab bahan aktif jadi lebih dalam kebanyakkan serum boleh buatkan kulit jadi lebih sensitif terhadap sinaran UV / cahaya matahari. Kalau duduk dalam rumah kita masih ada tingkap dan cahaya matahari masih boleh masuk ke dalam rumah. Jadi korang mesti pakai sunblock walaupun berada dalam rumah.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)