Terkini

Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Redmi 5 Plus Hadir Kemaskini Baru Android Oreo - MIUI V9.6.5.0.OEGMIFD

1:30:00 PTG

Setelah menunggu kemaskini pada peranti Redmi 5 Plus yang masih mengekalkan penggunaan sistem android 7.0(Nougat) akhirnya ia tiba juga dengan pembaharuan bersama kedatangan sistem android Oreo yang dinantikan selama ini.



Pada awalnya berasa pelik kenapa peranti redmi 5 plus masih tidak menyokong sistem android 8.0(Oreo) sedangkah ia dilancarkan pada awal tahun 2018.


Tunggu punya lama akhirnya peranti ini sudah mula memberikan kemaskini baharu yang memaparkan MIUI V9.6.5.0.OEGMIFD versi stabil di bahagian update.



Secara ringkas kemaskini ini mengutamakan penyelesaian isu Wi-Fi yang memerlukan penggunaan bateri yang banyak pada versi sebelum ini.


Seterusnya menaiktaraf sistem android Nougat kepada versi terbaru iaitu Oreo yang menawarkan pelbagai ciri baharu kepada peranti.


Tidak lupa juga kemaskini ini juga mengutamakan bahagian security iaitu Lockscreen dimana ia akan memasukkan ciri 'Turn On Face Unlock' yang membolehkah peranti dibuka menggunakan pengecaman wajah pemilik.


Akhir sekali kepada yang minat menggunakan kamera dan sering mengalami masalah 'Stopped Working', xiaomi turut cuba menyelasaikan isu itu dalam pakej kemaskini ini.



Topup Mengunakan App Boost Dapat Pulangan Tunai?

11:44:00 PTG

App Boost dibangunkan oleh syarikat Axiata Digital Ecode Sdn Bhd menerajui perkhidmatan E-Wallet(Dompet Digital) mula menawarkan perkhidmatan sekitar tahun 2017 dimana ketika itu konsep digital wallet sedang mula membiak di malaysia untuk keselematan pengguna.



Dalam sibuk Boost mengembangkan rangkaian, mereka turut menyediakan pelbagai bentuk benefit kepada pengguna terutama menyediakan tambah nilai topup, voucher, diskaun dan paling menarik diantara itu pengguna bakal menerima pulangan tunai.


Pulangan tunai turut disediakan pada pilihan tambah nilai telefon bimbit dimana selepas melakukan topup melalui App Boost pengguna akan disuruh mengoncang(skake) app boost untuk menerima pulangan tunai sekitar 50sen dan RM1 berdasarkan pengalaman ketika menambah nilai RM10.


Sebelum e-wallet diperkenalkan kita perlu pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan sejumlah wang semata-mata untuk membeli kad tambah nilai dan tidak lama kemudian demi keselamatan pelangan pihak bank pun menyediakan tambah nilai di mesin ATM dan portal atas talian cuma sehingga sekarang pihak bank tidak menyediakan sebarang pulangan tunai untuk setiap pembelian kad tambah nilai telefon.


Tanpa disedari zaman pun mula berlalu dengan pantas sehingga hampir semua pengguna mempunyai telefon pintar dimana boleh memuat naik pelbagai App yang sudi menawarkan pelbagai keuntungan kepada pelangan salah satunya App Boost. Kemudahan yang disediakan oleh Boost pelangan boleh menambah nilai dompet digital menerusi pautan online banking.


Boost juga sudah mula memperkenalkan sistem pembayaran mereka kepada syarikat korporat dan peniaga kecil ia turut telah telah tersebar di kawasan universiti untuk kemudahan pelajar katanya lagi ramai pengguna telefon pintar pada hari ini tidak mungkin akan lupa peranti sebelum meninggalkan kediaman.


Juga berharap Boost dapat kekal berikan kemudahan kepada pengguna dan menyediakan pelbagai benefit ketika membeli belah atas talian mahupun di setiap gedung pasaraya dimasa akan datang dan pada ketika ini aku dapati App Razer Pay masih sunyi sepi tanpa apa-apa khabar berita.


Referral code boost - muh39sd

Advertisement

Pengalaman Menggunakan Skim Perubatan Negeri Selangor - Peduli Sihat

1:26:00 PTG

Sebagai rakyat marhaen apa yang diberi oleh kerajaan persekutuan mahupun parti pembangkang sudah semestinya akan sentiasa menadah tangan kerana tangan inilah yang menjadikan mereka sebuah parti mahupun kerajaan.



Tapi bilamana kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan memberi pelbagai bentuk inisiatif kepada rakyat terutama dari segi kos perubatan maka ia adalah sangat berguna pada saat ini disebabkan kebanyakkan perubatan yang berada di klinik adalah di import dari A.S dengan perjanjian tertentu.


Walau bagaimanapun parti kerajaan sebelum ini yang diurus takbir oleh barisan nasional pun tidak kurangnya kerana berjaya menyediakan klinik 1 Malaysia di lokasi-lokasi stratergi cuma masalah yang perlu dihadapi oleh rakyat kelas bawahan adalah harus menunggu masa giliran dengan bayaran serendah RM1 - RM2. Manakala kelebihan tanggungan di negeri selangor sebelum PRU14 pula bersetuju untuk menyediakan kos perubatan sebanyak RM500 untuk setiap golongan berkeluarga yang kurang berkemampuan dan paling menarik ia boleh digunakan pada klinik swasta yang terpilih demi menjimatkan masa.



Hasil percubaan aku pada pagi ini dapati nama aku juga tersenarai dibawah skim perubatan selangor, alangkah gembiranya aku dan tanpa membuang masa terus melakukan pendaftaran di kaunter untuk mendapatkan no. giliran.


Berdasarkan pengalaman Skim Peduli Sihat Selangor menyediakan sebanyak RM500 untuk kos perubatan biasa seperti demam dan maksima penggunaan sehari adalah tidak melebihi dari RM70 (Uji Cuba Klinik TTDI) Petaling Jaya dan segala kos perubatan 100% ditanggung oleh skim Peduli Sihat kerana dibawah RM70.



Suasana klinik swasta ketika itu pula tidaklah ramai seperti klinik kerajaan persekutuan dan pesakit pun dapatlah menjalani pemeriksaan kesihatan yang cepat. Manakala jika klinik kerajaan pula perlu menunggu lama untuk sampai giliran rawatan dan surat cuti pesakit pula diwajibkan hadir seawal yang mungkin jika tidak surat cuti sakit tidak akan diberikan oleh doktor kerajaan persekutuan.


Pada masa sama datang awal juga dapat mengurangkan kadar kelewatan rawatan tapi ia hanyalah bersifat kadang-kadang itu jikalau tidak ramai pesakit, manakala jika pada hari kebiasaannya sampai diawal pagi gilirannya mungkin tengah hari bergantung pada lokasi klinik yang anda pergi. Jika datang klinik yang dikelilingi perumahan awam besar kemungkinan harus menunggu lama untuk mendapatkan rawatan sekaligus anda harus terlantar diatas kerusi menunggu jika sedang mengalami demam yang serius.


Kepada penduduk negeri selangor yang layak dan belum pernah cuba menggunakan Skim Peduli Sihat, sekadar untuk pengetahuan bersama pesakit tidak boleh menerima sebarang resit harga kos rawatan disebabkan risau disalahgunakan dengan meminta claim dari majikan sedangkan ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri selangor.


Tapi jika klinik itu kepunyaan rakan anda, pendapat aku mungkin boleh cuba meminta resit bayaran dan claim dari majikan kerana tidak semua klinikk swasta mempunyai cara kerja yang sistematik kerana doktor , resit serta surat cuti masih menggunakan penulisan tangan dan bukannya cetakkan dari komputer.


Di akhir penulisan ini aku nak bentangkan sedikit keseluruhan jumlah yang boleh kita menggunakan dengan peruntukkan sebanyak RM itu. Sebagai hasil uji cuba aku pada hari ini pergi klinik dengan alasan sakit tekak dan mempunyai kahak, sampai sahaja di kaunter ambil ubat kakitangan klinik tidak akan memberikan pesakit sebarang resit bayaran tapi aku pun buat-buat tanya berapakah jumlah keseluruhan kos perubatan.


Maka dengan terpaksanya kakitangan klink swasta itu mengatakan ia hanya sejumlah RM56 sahaja dan aku pun mengucapkan terima kasih kerana sudi memberitahu caj perubatan. Jadi disini aku nak beritahu kepada peserta Skim Peduli Sihat Selangor ini dimana jumlah RM500 adalah untuk setahun bagi yang berkeluarga manakala jika caj perubatan boleh mencecah RM50/sekali maka jumlah keseluruhan yang anda boleh guna adalah sekitar 10x Setahun. Selepas itu sila kembali menggunakan rawatan di klinik kerajaan persekutuan dengan harga sekitar RM1 - RM2 sahaja kerana peruntukkan bagi golongan bujang cuma RM200 setahun.


Kepada yang belum cuba tapi layak jangan membuang masa lagi untuk mendapatkan perubatan percuma di Klinik swasta kerana urusannya sungguh mudah dan tidak memerlukan sebarang kad dari kerajaan negeri Selangor, paling penting tunjukkan sahaja kad pengenalan anda di kaunter pendaftaran.


Advertisement

Pengalaman Baiki Ruangan Simkad Asus Zenfone 2 (Z008D)

5:15:00 PTG

Sebelum ini pernah menggunakan produk keluaran ASUS model zenfone 5 dan ketika itu juga peranti mula menunjukkan kerosakkan pada bahagian charger port sekaligus tidak boleh melakukan pengecasan. Kebanyakkan telefon bimbit yang berada di pasaran rata-rata dikeluarkan dari kilang di China begitu juga dengan komponen dalamannya, maka setiap komponen dalaman pula pasti ada gantian kecuali model yang anda cari terlalu lama.



Kes pada peranti ASUS Zenfone 2 (Z008D) adalah mempunyai masalah tidak dapat kesan sebarang simkad pada slot pertama, manakala dalam buku panduan pula mengatakan hanya slot pertama sahaja yang menyokong penggunaan Data Internet.


Tak kan pula nak buang telefon hanya disebabkan kerosakkan pada ruangan slot simkad? Jadi aku pun usaha mencari sumber alat gantian di website popular setakat ini adalah ali express , lazada, shopee, taobao. Tapi disini kita ada pilihan iaitu pentingkan masa atau pentingkan harga kerana jika kita tempah alat gantian dari pengedar di China ia mungkin memerlukan masa sekitar 15 hari iaitu setengah bulan murah tapi lama manakala jika pentingkan masa lebih baik cari pengedar elektronik tempatan kerana dalam seminggu sudah boleh dapat komponen gantian dengan kos harga yang sedikit mahal.



Sedikit mahal tidak apa yang penting kita melakukan pemasangan sendiri kerana jika di kedai baiki telefon mereka akan mengenakan kadar upah yang tinggi kepada pelangan. Maklumlah nak tanggung sewa kedai, gaji pekerja, gaji bos dan macam-macam lagi (fikir positif). Artikel ini juga memberitahu setiap komponen pasti ada di pasaran cuma mahal atau tidak sahaja, seterusnya terserah kepada keyakinan kita untuk melakukan pertukaran komponen maklumlah jika tersalah mungkin bakal merosakkan keseluruhan permukaan dalaman peranti.


Macam pengalaman aku ketika cubaan membuka casing bahagian belakang mempunyai pelbagai rintangan yang harus dihadapi kerana dalamannya mempunyai lapisan gam mudah tertanggal tetapi sungguh melekat sehingga memerlukan kesabaran yang tinggi jika tidak mungkin akan retak dan juga kena pastikan skru yang tersembunyi telah dibuka jika mendapati casing masih melekat dan sukar di tanggalkan.



Kes diatas pula komponen slot simkad itu memang melekat pada permukaan bateri jadi apa yang kita kena buat adalah gunakan kekasaran sedikit untuk cabut ia keluar tanpa memberi kesan buruk kepada komponen lain. Setelah berjaya keluarkan komponen slot simkad itu maka teruskan gantikan dengan alat gantian dengan mencabut lapisan gam di bahagian bawah supaya ia melekat pada permukaan bateri sebelum itu usaha lekatkan betul-betul pada bahagian pin jika tidak anda mungkin tidak berjaya memasukkan pin disebabkan ia sudah melekat sepenuhnya pada bateri.


Setelah siap kesemuanya pastikan tutup dan skru semua bahagian sebelum melakukan sesi percubaan jika tidak mungkin ada komponen yang bakal tidak berfungsi sebagai contoh butang volume lokasi yang paling sensitif kerana terlalu dekat dengan kamera dan lampu.



Gps Telefon Sering Bermasalah Ketika Memandu?

12:17:00 PTG

Masalah ini sering berlaku pada driver yang bergantung sepenuhnya pada perisian peta google/waze dimana ketika sedap menekan pedal minyak tiba-tiba dapati maps tidak lagi berfungsi seperti biasa sekaligus membuatkan pemanduan akan menjadi lebih rumit dan mengalami sesat.



Paling kesian jika segelintir pemandu tidak mahir akan selok belok jalan maka ia akan membuatkan pemanduan mereka sesat larat. Ada rakan yang baru menceburi bidang pengangkutan awam seperti teksi dan grabcar, masalah gps tidak berfungsi ini sudah menjadi kebiasaan padanya justeru mereka lebih gemar belajar dan belajar selok belok jalan atau terus meminta bantuan dari penumpang.


Tanda anak panah Gps tidak bergerak adakah ia bermaksud peranti mudah alih kita rosak?. Secara teknikal selagi peranti anda boleh digunakan seperti biasa itu bermaksud besar kemungkinan sistem yang dikemaskini itu mempunyai ralat.



Masalah ralat di aplikasi android atau ios adalah disebabkan pembangun seringkali menaik taraf ciri perisian mereka. Pendapat hujahan dari ahli ulama muslim sedunia tiada ciptaan yang sempurna melainkan ciptaan tuhan (Allah).


Justeru kalau anda fikir kakitangan google tergolong dari ahli-ahli pakar anda silap kerana lumrah kehidupan sebenarnya adalah jika Mr.A adalah pakar maka masih ada Mr.B yang lebih pakar dari Mr.A dan lumrah ini berlanjutan sehingga penghujung zaman.


Ada Yang Berpendapat Disebabkan Masalah Rangkaian?


Bahagian ini aku susah nak mencari kebenaran kerana aku masih tidak pasti sama ada sistem gps ni bergantung pada rangkaian gsm iaitu simkad atau pun ia hanyalah sebuah chip yang ditanam dalam peranti.


Walaubagaimanapun ada segelintir pengguna menasihatkan supaya menurunkan rangkaian kepada 3G/2G untuk mendapatkan rangkaian gps yang stabil. Maka hujahan ini masih tidak cukup untuk menunjukkan sistem gps ini bergantung pada gsm (simkad) semata-mata.


Secara realiti GPS menggunakan teknologi satelit dan mengikut ilmu astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar dan kekal berada dalam graviti objek tersebut.


Secara lawaknya mungkin kenderaan anda menyusur laju di jalan raya sehingga menyebabkan satelit tidak dapat mengejar untuk beri petunjuk. Setelah puas memikir jalan penyelesaian maka tugasan selongkah di gedung playstore pun bermula dan terjumpa beberapa aplikasi yang bekerja untuk memberi stabil akan peranti gps.


Tapi iklan dan percuma memang tidak dapat dipisahkan kerana ia salah satu sumber pendapatan pembangun aplikasi sumber terbuka seperti android. Cuma kesan negatif dari aplikasi android adalah tidak kesemuanya berfungsi apa yang kita harapkan.


Dan tidak semua peranti yang dapat menyokong versi aplikasi oleh pembangun disebabkan masalah-masalah koding. Mungkin hari ini pembangun menyelesaikan masalah khusus untuk jenama asus tetapi setelah urusan kemaskini berlangsung peranti jenama lain pula terjejas dan ia berlanjutan sehinggalah kiamat iaitu tidak akan pernah dapat memuaskan semua hati penduduk bumi.


App Yang Mungkin Membantu GPS Peranti Anda


Beberapa otai teksi di Malaysia turut memperkenalkan beberapa aplikasi cuma tentang keberkesanan itu tidak dapatlah nak disahihkan melainkan Try and Error adakah prestasi gps menjadi lebih baik atau makin buruk.


#1. GPS Fix & GPS Test (Android)


#2. GPS Test (Android)


#3. GPSfix (Android)


MacBook Pro Keluaran Terbaru Dikatakan Tidak Dapat Kembalikan Data Jika Berlaku Kerosakkan

10:48:00 PTG

Sekiranya anda membeli salah satu MacBook Pro 2018 disarankan untuk kerap membuat salinan kerana untuk mendapatkan ia kembali akan menjadi lebih sukar sekiranya mempunyai masalah pada bahagian board.



Ternyata Apple mengeluarkan ciri pemulihan data di board terbaru MacBook Pro menurut MacRumors. Ada yang bertanya kenapa Apple mengeluarkan ciri-ciri keselataman yang berpontensi sebegini?


Ia bertujuan ingin meningkatkan faktor keselamatan dengan menggunakan Chip T2 terbaru yang mengendalikan banyak fungsi di MacBook Pro tersebut termasuk sistem penyulitan data.



Produk Apple mungkin sukar berlaku kerosakkan tapi ia adalah tidak mustahil jika berlaku atas kecuaian pengguna sendiri. Jadi amat penting untuk dijadikan sebagai peringatan kepada pemilik yang memiliki produk terbaru MacBook Pro model 2018.


Pada masa sama Apple juga menyarankan pelangan sentiasa membuat salinan data kedalam pemacu kilat bagi dapat menghadapi masalah dimasa akan datang.


Akhir sekali jika pemilik membelanjakan lebih daripada $ 1,799+(MYR 7,301.06) untuk 13 inci atau $ 2,499+(MYR 10,141.94) untuk MacBook Pro 15 inci, pemilik itu juga memerlukan pemacu kilat untuk menjadi tempat salinan data.


Pelancaran Mi A2 Dengan Pelbagai Penambahbaikan

9:47:00 PTG

Xiaomi melancarkan telefon baharu versi Mi A2 yang berkuasa tinggi kepada orang awam dalam versi global serta dengan pelbagai ciri penambahbaikan dari yang sebelum ini.



Kegilaan pengguna adalah terhadap chipset yang digunakan pada versi baharu ini iaiti Snapdragon 660 melalui SD625 untuk model 6GB / 128GB, kamera hadapan 20MP iaitu melebihi dari 5MP dan semestinya mempunyai paparan yang lebih tinggi dan cantik.


Mi A2 akan masuk hampir 40 pasaran dan salah satu negara yang paling awal dapat adalah Perancis selewatnya 27 julai ini ikuti dengan Itali dan Sepanyol akan memasuki pasaran pada 8 Ogos.



Harga di Sepanyol bermula pada sekitar € 250(MYR 1,186.86) untuk 4GB / 32GB, € 280(MYR 1,329.13) untuk 4GB / 64GB tidak lupa juga pada versi 6GB / 128GB € 350(MYR 1,661.42).



Syarikat in juga telah memasuki pasaran India dimana ia merupakan salah satu penjual telefon pintar yang paling utama cuma ia mungkin tidak secepat yang kita harapkan kerana Xiami turut mempunyai strategi pemasaran yang tersendiri.


Kenapa Xiaomi utamakan negara luar berbanding tanah air sendiri? kerana sumber statistik tahunan penjualan mereka bagi tahun 2017 di negara china hanya mencecah 72 peratus ikuti negara luar masing-masing mencapai 94 peratus dan 87 peratus pada tahun 2015 dan 2016.


Nikmati Kredit RM10 Percuma Dari Razer Pay

9:22:00 PG

Rakyat malaysia pantang ada benda percuma termasuklah aku memang akan berpusu-pusu pergi cuma soalnya rajin atau tidak sahaja.



Seperti yang kita ketahui di malaysia sememangnya ramai yang bermurah hati kalau tak percaya kau pergi lihat di jalan chow kit kuala lumpur.


Bukan itu sahaja malah ada juga yang sudi bagi duit jumlah yang besar kepada program skim cepat kaya semata-mata nak tolong kawan atau teringin nak kaya.



Berbalik pada kredit percuma dari razer pay, sebenarnya ia adalah salah satu dompet digital yang bekerjasama dengan berjaya group iaitu pengasas Tan Sri Vincent Tan.


Oleh kerana sempena dompet digital razer pay itu dilancarkan pada ketika kerajaan baru pakatan menubuhkan tabung harapan, maka dengan senang hatinya Tan Sri menderma sebanyak 5Juta ke dalam tabung harapan dengan syarat.


Haruslah melalui rakyat dan razer pay iaitu, pengguna telefon pintar diminta memuat turun app razer pay serta daftar menggunakan nombor telefon.


Seterusnya bonus kredit percuma akan di kreditkan secara automatik. Maka kredit percuma itu pengguna boleh gunakan pada outlets dibawah naungan Berjaya Group sebagai contoh 7Eleven, Kenny Rogers, Starbucks, Wendy's, Cosway, Singer dan mungkin akan di pelbagaikan lagi.


Jadi dengan jumlah pembelian korang itu akan di sumbang terus ke tabung harapan demi membantu Malaysia yang kononnya hampir terjual betul atau tidak hanya orang politik sahaja tahu.



Aku dengan muka senyum terus menerjah ke outlet 7Eleven untuk membeli roti supaya mudah untuk berkongsi dengan individu yang kurang bermurah hati.


Sebabnya aku pernah menawarkan app ini kepada teman yang lain tapi respon mereka, setakat RM10 apa laa sangat buat habis data internet aku je untuk memuat turun app tu.


Akhir kata, jika anda tidak mahu mungkin orang lain mahu maka tugas anda adalah tolong belikan dan sedekah kepada orang yang lebih memerlukan.


AirAsia Memperkenalkan Dompet Digital Bigpay

10:29:00 PTG

AirAsia terkenal kerana salah satu syarikat penerbangan yang menyediakan tambang rendah serta sentiasa menyediakan harga promosi kepada pelangan.



Sebelum ini jika naik kapal terbang kata orang kita ini kaya sedangkan sekarang ni syarikat AirAsia sentiasa menawarkan pelbagai harga promosi untuk para pelangan.


Tapi adakah dengan harga promo itu sudah berbaloi untuk kita berjimat? Pada aku ia belum cukup jimat kerana para pelangan masih ada peluang untuk menerima mata ganjaran atau pulangan tunai dari setiap penerbangan itu dengan menggunakan pelbagai saluran.



Salah satu saluran terbaru yang ditawarkan oleh pihak AirAsia adalah bigpay menerusi konsep dompet digital setelah dimasa lalu diperkenalkan big prepaid mastercard kepada pelangan.


Adakah Wang Pelangan Selamat Di Sistem Bigpay?


Wang pelangan yang telah menjadi digital adalah selamat kerana sistem bigpay telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia turut didaftar dibawah nama Bigpay Malaysia Sdn.Bhd.


Bigpay juga menawarkan kad debit plastik (mastercard) kepada pelangan untuk kemudahan membeli sekaligus ia salah satu inisiatif menyokong 'cash less' demi keselamatan pengguna.


Kerana dengan membawa wang tunai yang banyak ketika bercuti mungkin mengundang bahaya. Cara nak dapatkan kad debit mastercard big pay pemohon hanya perlu daftar melalui app bigpay seterusnya hantar verifikasi indentiti serta topup minima RM20 kedalam bigpay untuk meluluskan pemohonan kad debit.


Maklumat lanjut berkaitan Fee dan lain-lain sila layari laman web bigpay malaysia dibawah.


https://www.bigpayme.com/


Pengalaman Menggunakan Unifi Mobile 4G LTE

6:59:00 PTG

Sebelum ini mungkin ramai yang terpengaruh untuk melangan perkhidmatan Unifi 5Mbps dimana pada ketika itu ia adalah perkhidmatan internet yang paling laju dan stabil di kawasan bandar lembah klang.



Harga pakej 5Mbps ketika itu mungkin diantara yang murah walaupun pada hakikatnya ia masih pada tahap yang mahal pada aku.


Harga unifi 5Mbps ketika itu adalah sekitar RM149 sebelum gst dan selepas gst ia meningkat jadi RM157.95 pada masa sama terikat dengan perjanjian 2 tahun.



Setelah masa berlalu tanpa disedari syarikat webe pada ketika itu adalah P1-Wimax dan sekarang telah dimiliki oleh Telekom Malaysia yang telah menawarkan perkhidmatan tanpa had dibawah nama Webe.


Setelah webe sibuk menjalankan aktiviti pengiklanan akhirnya menjadi senyap seketika sehingga pihak unifi pula bangun memperkenalkan simkad prabayar iaitu unifi mobile.


Dari mula lagi tawaran unifi mobile tidak releven kerana masih menetapkan kuota pada internet sedangkan syarikat lain sudah mencari akal cara mana untuk jadikan produk mereka murah dan tanpa had.


RM50 untuk 8GB dengan modus operandi #bebas iaitu tiada tempoh hayat sedangkan dalam terma dan syarat meletakkan selepas 90hari tidak aktif perkhidmatan pelangan akan ditamatkan.


Rangkaian pula menurut sumber yang diperolehi , unifi mobile menggunakan pencawang celcom sama seperti webe.


Hasil ujicuba unifi mobile di kawasan pangsapuri agak memuaskan tanpa mengalami sebarang gangguan.


SSL Percuma Untuk Custom Domain Di Blogspot

1:05:00 PTG

Dapati masih ramai pengguna blogspot masih tidak ambil berat tentang penggunaan SSL di blog mereka, mungkin disebabkan mereka risau dikenakan caj pembayaran yang diluar kemampuan.



Atau mungkin sahaja pada mereka 'Apakah penting untuk memasang HTTPS?' aku cuma nak menulis karangan sahaja bukan nak jual barangan melalui FPX atau kad kredit.


Tapi tahukah anda dengan menaik taraf http kepada https kita mungkin dapat faedah yang lebih baik dari sebelum ini terutama tentang keyakinan pengunjung dan trafik.



Setelah melakukan pencarian di internet berkaitan HTTPS sememangnya ia boleh didapati secara percuma sama ada dalam bentuk percubaan mahupun sumber terbuka.


Apakah perbezaan SSL , HTTPS , TLS?


SSL

SSl (Secure Socket Layer) teknologi standard untuk memastikan sambungan internet selamat dan melindungi sebarang data sensitif yang dihantar antara dua sistem serta mencegah penjenayah membaca dan mengubah apa-apa maklumat yang dipindahkan, termasuk butiran peribadi yang potensial. Kedua-dua sistem ini boleh menjadi pelayan dan pelanggan (sebagai contoh, laman web dan pelayar membeli-belah) atau pelayan ke pelayan (contohnya, aplikasi dengan maklumat peribadi atau maklumat penggajian).


TLS

TLS (Transport Layer Security) hanyalah versi SSL terkini yang lebih selamat dan selamat. Kami masih merujuk kepada sijil keselamatan kami sebagai SSL kerana ia adalah istilah yang lebih biasa digunakan, tetapi apabila anda membeli SSL dari Symantec, anda sebenarnya membeli paling terkini Sijil TLS dengan pilihan penyulitan ECC, RSA atau DSA senang cerita level keselamatan dia paling terkini pada abad ini.


HTTPS

HTTPS (Hypertext Transfer Protocol Secure) muncul di URL apabila tapak web dicagar oleh sijil SSL. Butiran sijil, termasuk pihak berkuasa penerbit dan nama korporat pemilik tapak web, boleh dilihat dengan mengklik pada simbol kunci pada bar penyemak imbas.


Sekiranya website anda adalah e-commerce atau menjual produk dengan menggunakan kaedah pembayaran kad kredit amat disarankan untuk memasang sijil SSL demi menjaga keselamatan data pengguna.


Bagaimana jika laman web anda hanyalah blog? Jika anda mempunyai blog tanpa produk, keahlian atau kaedah pembayaran, SSL tidak diperlukan sebaliknya SSL akan menjadi satu bentuk pembaziran. Pembaziran melibatkan masa, tenaga dan wang cuma jika anda teringin juga silakan cari sumber percubaan atau pun sumber terbuka(percuma).


Dimanakah kita boleh dapatkan HTTPS percuma?

Pada awalnya aku teringin juga memiliki dengan membeli sijil akan tetapi untuk pengetahuan korang bagi sesiapa yang menggunakan platform blogspot memang tiada tempat untuk membeli kerana kebanyakkan pengusaha domain hanya menyediakan perkhidmatan SSL kepada pelangan yang menyewa web hosting.


Maka berpusinglah aku mencari solusi caramana nak jadikan hosted domain blogspot mempunyai HTTPS, maka terjumpalah aku dengan perkhidmatan CLOUDFLARE yang dikatakan memberi SSL percuma kepada pengguna dan setelah dicuba beberapa kali ternyata aku gagal dan kurang faham apa kehendaknya sehingga menyebabkan blog aku down untuk beberapa jam.

Tutorial Memasang SSL Percuma Dari Cloudflare


Jadi seterusnya aku berbalik pada setting blogspot kerana dapati pihak google telah menyediakan perhidmatan SSL dari Let’s Encrypt kepada pengguna blogspot secara percuma dan cara pemasangan turut sungguh mudah dengan hanya menukar tetapan 'No' kepada 'Yes' pada bahagian https blogspot.


Setelah itu jika blog anda tidak mempunyai masalah 'mix content' url address bar akan mempunyai padlock hijau bererti HTTPS itu berfungsi. Manakala jika padlock tidak berwarna hijau di address bar, besar kemungkinan blog anda mempunyai isu 'mix content' yang di sekat oleh pelayar web.


Penyelesaian isu ini adalah anda kena bekerja keras sikit untuk mencari punca, jika mengikut pengalaman berkaitan isu ini. Anda mungkin boleh cuba mengesan menggunakan web console (firefox) Ctrl+Shift+J dan cari link mana yang disekat oleh pelayar web.


Selalunya mix content ini adalah disebabkan dalam post atau pages anda mempunyai link yang masih menggunakan 'HTTP' maka link seperti ini akan secara automatik disekat oleh pelayar web.


Jadi apa yang perlu kita lakukan adalah menukarkan url http kepada https, tapi jika kode itu tidak berfungsi dalam https maka sila padam atau minta developer sediakan kode yang menyokong SSL.


Terma dan Syarat dari Let's encrypt boleh lihat disini https://letsencrypt.org/docs/faq/


Penulisan diatas berdasarkan fahaman aku tentang penggunaan SSL pada blogspot, manakala jika ada kesalahan dalam penulisan mohon otai perbetulkan di ruangan komen dibawah.


Pejam Celik Hayat Asus Zenfone 5 Aku Sudah Tiba

9:53:00 PG

Setelah lama aku menggunakan telefon pintar keluaran Asus yang mungkin ketika itu ia boleh dikatakan mempunyai spesifikasi yang paling sempurna dengan memiliki kelajuan 2GB ram.



Pada ketika itu juga kebanyakkan video game dari play store dapat dikendalikan dengan sempurna tanpa sangkut manakala kondisi bateri pun boleh dikatakan tahan lama.


Dalam masa sama ia juga salah satu gadjet berjasa dimana telah melancarkan komunikasi ketika aku sibuk menceburi bidang perniagaan serta melancarkan apps seperti whatsapp dan lain-lain.



Korang bayangkan android pertama yang aku miliki adalah Samsung Galaxy Young dimana spesifikasi kelajuan ram pada ketika itu adalah dibawah 1GB iaitu 512mb sahaja. Maka jika ditakdirkan aku masih menggunakan gadjet samsung tersebut sehingga ke hari ini mesti ada yang anggap aku sebagai profesor.


Ram 512mb kut kau rasa apa yang aku boleh buat, mungkin sokongan whatsapp pun di had kan untuk mengutamakan versi android yang terbaru seperti android kitkat.


Selama aku menggunakan zenfone 5 masalah yang pernah dihadapi adalah charger port sahaja dan masalah itu dapat dibaiki dengan ganti charger board import dari china sila rujuk artikel sebelum ini (Cara tukar ganti charger port).


Apakah Jenama Telefon Seterus Yang Menjadi Pilihan?


Aku jenis orang yang berserdahana dalam semua urusan cuma adakala spesifikasi keperluan mungkin agak tinggi. Kata golongan elite, gunalah iOS ternyata ia lebih lancar dan sedap digunakan pula tu chip dia juga antara yang bagus dalam aspek mainan video mahupun ketika menggunakan kamera tapi harganya jika golongan seperti aku ni mahu setengah tahun tak makan nasi wei.


Aku mungkin lebih prefer menggunakan android kerana ia mempunyai sedikit sebanyak kebebasan ubah suai tidak seperti iOS, cuma aku sendiri tidak menafikan teknologi yang dimiliki oleh Apple sebab aku sendiri sempat menggunakan iphone 3 sekejap lepas tu terus tiada sokongan dari pihak Apple.


Jenama pilihan android setakat ini adalah Xiaomi dan Huawei disebabkan dua jenama ini mempunyai teknologi yang seakan sama seperti Apple dan boleh dikatakan permintaan tinggi di China dan negara eropah.


Aku tidak mahir sangat tentang pemilihan spesifikasi telefon pintar cuma apa yang aku dapat kongsikan adalah berdasarkan keperluan dan kemampuan. Yang membuatkan aku berminat dengan jenama Xiaomi adalah dikatakan tidak lock pada apps sekaligus membenarkan pengguna untuk buang jika ada apps yang tidak perlu.


Lain pula pada zenfone 5 aku sebelum ini dimana di dalam android mempunyai banyak aplikasi yang tidak pakai telah di lock jadi untuk membuang aplikasi itu pengguna kena melakukan kerja root untuk buang apps yang tak pakai.


Huawei pula mengikut pengalaman rakan aku yang telah guna pakai mengatakan penggunaan kamera amat baik ketika ini kerana jelas dan mempunyai dual kamera serta speaker pun sedap didengari.


Maka sama-sama kita nantikan telefon pintar apakah menjadi pilihan poket ini paling tidak pun telefon tersebut harus mempunyai jangka hayat lebih kurang mencecah 4 tahun barulah berbaloi jangan pula beli tahun ini tak lama macam tu keluar pula notis tiada sokongan dan sila koyak poket sendiri.


Litecoin - Mencecah Bawah U$100(-MYR 400)

9:30:00 PTG

Saban hari sistem kewangan menuju era kemodenan dari memikul ketulan syiling emas sehingga memikul helaian kertas akhirnya semua sudah menjadi digital pula tu sudah lebih setahun munculnya matawang crypto.



Pada mulanya aku fikir cryptocurrency ni ada satu jenama sahaja iaitu #Bitcoin rupanya ia mempunyai hampir ribuan jenama yang menggunakan teknologi lebih kurang sama.


Salah satunya #Litecoin dimana ia pernah menjadi no.2 penggunaan terbesar selepas #BTC ,kini ia tempatnya sudah digantikan dengan #Ethereum kerana dikatakan ia mempunyai teknologi lebih lancar dari sebelum ni.



Bagaimana matawang crypto mempunyai nilai?


Jawapan dia sungguh mudah, korang perhati je rumah 2nd di Malaysia ni sudah cukup. Ikutkan kalau 2nd ia akan menjadi murah dan mampu milik tapi lain pula terjadi di dunia sekarang ni.


Aku bukan ahli hartanah tapi aku berbalik pada kehidupan realiti, dimana para jemaah ahli hartanah berpendapat rumah atau sektor hartanah mempunyai aura atau nilai yang tinggi.


Senang sembang lagi lama sesebuah hartanah tu maka bertambah mahal dan bernilai ia untuk dimiliki, maka apa sebab ia jadi makin mahal sedangkan ia sudah menjadi hartanah 2nd? mana yang masih tak faham tu inilah dimaksudkan 'permintaan'.


Bila ada permintaan yang tinggi maka barang apa pun akan jadi bernilai dan mahal secara suka-suka kata orang limited lah konon. Sedangkan kalau ahli hartanah ni buat kerja sikit berlambak diorang boleh dapat iaitu dengan melalui sistem lelong mana yang faham, faham laaa.


Maka huraian diatas ni sedikit sebanyak menceritakan bagaimana mawatang digital sejenis crypto ni mempunyai nilai malahan ada susut nilai iaitu sekejap naik sekejap turun haa itu maksudnya permintaan.


Adakah sekarang masanya untuk menyimpan asset digital seperti crypto?


Bahagian ini aku tak berani menyuruh apa kan lagi mengajak, tapi terpulang pada individu masing-masing. Menabung di ASB pun tiada paksaan sebenarnya melainkan korang dah terikat dengan skim pinjaman ASB selama 24 bulan maklumlah nak cepat kaya katanya.


Untuk pengetahuan korang dividen ASB pun tak menentu apa kan lagi pasaran harga di bursa saham Malaysia kerana dah memang itu cara permainan dalam pelaburan.


Lain pula pelaburan hartanah yang konon dikatakan hari ni beli 45k akan datang boleh jual balik 150k, marilah brain wash balik kepala hotak para menteri dan pelabur hartanah.


Hartanah rumah tu dibina menggunakan batu bata serta campuran pasir bukan dibina menggunakan serbuk emas atau perak. Celahan mana pula ejen bank buat penentuan harga sesebuah hartanah diatas muka bumi ni? kalau korang perasan rumah 2nd tak banyak dalam kondisi baik melainkan nasib korang dapat rumah ala-ala design macam istana.


Apa faktor lain yang menyebabkan nilai matawang crypto ini pandai jatuh?


Berdasarkan berita yang diperolehi dari forum dan corong internet, walaupun ia dikatakan matawang paling canggih di abad ini sehinggakan pihak penguatkuasa gagal mengesan transaksi seseorang.


Maka para cerdik pandai pula berkata, selagi ia ciptaan manusia maka tiada sistem yang sempurna iaitu sentiasa mempunyai kebocoran ruang untuk menyedut sejumlah asset matawang digital dari beberapa syarikat pertukaran crypto.


Seterusnya crypto seperti #LTC dan rakan-rakannya turut masih bergantung pada pasaran #BTC , kononnya jika nilai #bitcoin naik yang lain turut akan naik manakala jika disebalik yang lain turut akan tempias.


Haaa, nampak tak permainan tu iaitu 'permintaan' katakan kalau semua negara sudah menggunakan matawang crypto adakah harga itu akan kekal atau sebaliknya?


Bahagian ini aku belum boleh bayangkan kerana buat masa ini ia mempunyai banyak faktor terutama dari segi ahli-ahli yang masih mengamalkan sistem monopoli.


Sedangkan harga emas dunia pun ada orang yang kawal apa kan lagi dengan asset digital ciptaan manusia yang tidak sempurna ini.


5 Emoji Keyboard ' Incognito ' Yang Patut Anda Cuba

1:59:00 PG

Percaya atau tidak di zaman berteknologi tinggi ini kita tidak dapat lari dari indvidu yang cuba menghidu maklumat privasi kita. Sama ada ketika menggunakan komputer mahupun ketika menggunakan telefon pintar.



Jika telefon bimbit dahulu tidak mempunyai sambungan ke internet tapi pihak penguatkuasa mempunyai akses kepada perakam suara mana yang faham, faham laa nanti kata aku nonton filem barat banyak sangat pula.


Masuk sahaja zaman penggunaan internet yang semakin berleluasa sehingga setiap telefon pintar pada hari ini sedang bersambung ke internet secara 24Jam sekaligus masih ramai pengguna tidak sedar dimana data mereka sedang mengalir ke sebuah server dunia yang di panggil pengumpulan maklumat.



Dahulu jika seseorang teman inginkan sekeping gambar individu itu harus meminta izin dari tuan badan terdahulu, tetapi pada hari ini kita lihat zaman sudah berubah dimana tuan badan sendiri secara sukarela memuat naik gambar di internet tanpa memikirkan hal privasi dan keselamatan.


Apakah kesan buruk jika tidak mengutamakan akan isu privasi?


Individu akan sentiasa terdedah dengan ancaman dari dalam negara mahupun luar negara, tahukah orang kita masih lagi terdedah dengan penipuan dan ugutan dari orang yang tidak dikenali melalui atas talian.


Sebagai contoh dalam masa setahun aku sendiri menerima panggilan dari luar negara dan paling pelik berlainan negara maka aku membuat keputusan untuk tidak menjawab dan terus melakukan sekatan kepada mana-mana nombor yang tidak dikenali terutama dari luar negara.


Adakah individu tidak bertanggungjawab boleh menyalah guna data peribadi kita?


Ini sudah pasti akan berlaku, statistik juga menunjukkan jenayah atas talian ini telah wujud dari zaman telefon awam yang terlekat di dinding tu lagi. Kononnya ketika itu telefon awam dinding itu sudah boleh dianggap paling canggih kerana hanya menggunakan syiling dan kad sahaja sudah mampu menelefon pula tu di naik taraf kepada penggunaan kad mana yang berpengalaman tu tahulah.


Masuk zaman penggunaan simkad dan telefon pintar penjenayah makin bijak dan mampu menyedut kredit pengguna tanpa kita sedari paling ketara adalah dengan menghantar SMS yang berbentuk iklan berbayar.



Pengalaman mangsa yang pernah melalui masalah kredit hilang ini telah mengadu nasib kepada pihak telekomunikasi sedihnya tiada sebarang tindakan diambil dan seterusnya isu ini dibawa terus kepada pihak kementerian komunikasi dan multimedia Malaysia barulah pihak berwajib mengambil tindakkan dan menghentikan langganan berita berbayar itu.


Bayangkan setiap sms yang diterima oleh mangsa akan dicaj sebanyak RM4, paling malangnya setiap 5 minit sekali mangsa menerima sms berbentuk iklan itu dan bermakna kredit telah ditolak setiap 5 minit sekali.


Cara mengelak dari dipantau


Ini adalah terletak pada sikap dan diri sendiri juga, perkara pertama yang patut kita ketahui apakah niat dan motif kita dalam ketika menggunakan teknologi pada hari ini.


Seterusnya di dunia mempunyai pelbagai pembangun app yang mengutamakan privasi pengguna, boleh dikatakan dari penggunaan web browser sehingga penggunaan keyboard emoji pada telefon pintar terutama versi android.



Maka dalam artikel ini aku nak kongsikan salah satu app keyboard yang mempunyai ciri encrypted text iaitu incognito mode, dimana ketika kita menaip sesuatu text ia akan menyulitkan text itu dan terus hantar kepada penerima tapi dengan syarat penerima itu turut kena menggunakan app yang sama supaya dapat menterjemahkan text yang telah disulitkan.


Android

#1. Gboard

#2. New 2018 Keyboard

#3. Notrack Secure Keyboard

#4. Hotspot Shield Secure

#5. BlackBerry Keyboard

Phantom Secure : Perkhidmatan Komunikasi Jenayah Antarabangsa Dikesan

11:30:00 PTG

Kumpulan jenayah terancang antarabangsa menggunakan perkhidmatan komunikasi yang telah disulitkan supaya melancarkan aktiviti jenayah.



Perkhimatan itu dinamakan 'Phantom Secure' yang berpangkalan di Kanada. Telefon ini dicipta khas bertujuan menyulitkan segala perbualan kumpulan jenayah supaya tidak dikesan oleh pihak berkuasa.


Telefon pintar ini mempunyai teknologi seperti blackberry namun kini ia hadir dengan berkonsep telefon pintar dimana fungsi khas yang terdapat telah di sulitkan oleh pengeluar.


Kata pihak FBI, fungsi khas itu bekerja untuk melindungi perbualan melalui panggilan, teks, internet, emel dan GPS. Sekaligus ia membuatkan pihak berkuasa gagal untuk memantau aktiviti penjenayah.



Phantom Secure juga memainkan peranan sekiranya pelangan diketahui telah ditangkap pihaknya mampu melakukan kawalan jauh untuk memusnahkan segala maklumat yang ada didalam telefon pintar itu supaya pihak berkuasa tidak dapat memiliki apa-apa maklumat melalui telefon pelangan.


Pihak berkuasa amerika syarikat juga berpendapat kesemua pelangan Phantom Secure dipercayai terdiri dari golongan yang melakukan jenayah yang serius.


Jumlah pelangan Phantom Secure juga telah mencecah sekitar 10,000 hingga 20,000 pengguna. Terutama adalah ketua penjenayah peringkat atasan yang mungkin membambitkan pasaran antarabangsa.


Hasil kerjasama polis persekutuan Australia serta beberapa buah negara akhirnya berjaya menahan pengasas dan ketua eksekutif 'Phantom Secure' di Bellingham, Washington.


Persoalan disini, adakah telefon bimbit kita selamat dan tiada sebarang aktiviti pemantauan dari pihak ketiga?.


Gigagigs : App Jana Pendapatan Untuk Rakyat Malaysia

11:58:00 PTG

Dunia semakin canggih sehingga manusia pada masa ini boleh memanfaatkan telefon pintar untuk dijadikan salah satu peluang menjana pendapatan sampingan.



Kerajaan Malaysia yang di pimpin oleh Najib Razak turut memperkenalkan Gigagigs ini melalui program e-rezeki iaitu salah satu usaha untuk membantu rakyat menjana pendapatan dalam konsep digital.


Gigagigs dibangunkan untuk menjadikan masa lapang anda sebagai sumber pendapatan. Ia adalah aplikasi mudah alih yang memberi banyak manfaat kepada individu yang rajin menyelesaikan tugasan mikro.


Tugasan yang individu kena lakukan adalah memeriksa kedai, ujian produk, kaji selidik pengguna dan pelbagai lagi.


Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, aplikasi ini bukan 100% buatan anak tempatan dan ia dibangunkan oleh syarikat dari china iaitu WeiChaiShi.


Teknologi ini sudah digunakan oleh rakyat di China untuk membantu individu menjana pendapatan sekaligus dapat menjadi penyelesaian kos sara hidup yang semakin meningkat.


Aplikasi ini telah memasuki di Malaysia turut diubah menjadi terjemahan dalam bahasa Malaysia untuk memudahkan semua golongan bangsa memahami.



Kow Kuan Hua sebagai pengarah urusan dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran serta pernah berkhidmat sebagai pengarah urusan di Nielsen Malaysia pada tahun 2010.


Charles Pei sebagai ketua pegawai eksekutif WeiChaiShi dan rakan teknologi, bertanggungjawab terhadap visi, strategi dan pembangunan infrastruktur syarikat.


Komen aku selepas menggunakan aplikasi Gigagigs Malaysia, penilaian adalah sangat tidak membantu kerana setiap tugasan mempunyai kuota. Aplikasi ini turut tidak dapat membantu penduduk luar bandar kerana ia kelihatan lebih kepada kehidupan dalam bandar.


Manakala jika di kawasan bandar pula, tugasan yang diberi sangatlah tidak memadai dengan jumlah pengguna di Malaysia.


Negeri-negeri di Malaysia juga masih belum boleh dikatakan mempunyai 100 peratus jalur lebar percuma yang disediakan oleh pihak kerajaan.


Jadi bagi pengguna telefon pintar pula terpaksa memanfaatkan data internet mereka untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh aplikasi tersebut.


Apa pun tomahan yang diberi terhadap aplikasi ini, sebagai rakyat harus memuji usaha kerajaan Malaysia kerana telah berusaha untuk memberi pendapatan sampingan.


https://erezeki.my/

http://gigagigs.com/

http://www.weichaishi.com/

Exodus Wallet - Dompet Cryptocurrency Yang Mempunyai Pelbagai Jenis Matawang Digital

9:37:00 PTG

Hampir seluruh dunia sedang digemparkan dengan munculnya matawang yang hidup secara digital di internet dan paling menarik ia tidak mempunyai negara malahan ramai yang berpendapat nilai sesebuah matawang crypto bergantung pada penggunaan dan pertukaran semasa oleh komuniti dunia.


Statistik menunjukkan semakin ramai komuniti dunia menyokong dan berani menukarkan matawang kertas mereka kepada matawang crypto dan juga sering dibahaskan oleh pakar-pakar ekonomi untuk memberi pendapat adakah dengan hadirnya matawang berteknologi tinggi ini mampu mengubah ekonomi negara kearah lebih positif atau pun kearah negatif.



Manakala ada kumpulan yang berpendapat sistem matawang kertas pada masa kini sudah tidak releven kerana semakin banyak ia dicetak semakin tinggi kos sara hidup rakyat tidak seperti matawang crypto ia bergerak secara komuniti iaitu semakin ramai yang memperolehi maka semakin tinggi nilainya.


Secara teori semakin tinggi hutang negara maka semakin tinggi kos sara hidup rakyat manakala semakin tinggi penggunaan matawang crypto mungkin nilainya mampu merendahkan kos sara hidup rakyat kerana atas dasar nilai seakan nilai emas.


Tenaga pakar pada masa ini juga sering menekan majikan mereka untuk membayar gaji setimpal dengan keadaan ekonomi semasa bukan hanya mengikut kemahiran dan kelulusan lagi.


Matawang crypto juga mempunyai pelbagai jenama dan nilai tersendiri mengikut pasaran masing-masing. Jika pada peringkat awal pengguna internet diperkenalkan sistem matawang crypto Bitcoin untuk melakukan pembelian atas talian tanpa perlu mendedahkan indentiti kepada pihak pembeli atau penjual.


Tetapi pada hari ini sudah pelbagai jenama dan mungkin beribu jenis matawang crypto yang memperkenalkan sistem keselamatan masing-masing dari yang boleh dikesan sehingga tahap keselamatan yang tidak boleh dikesan oleh pihak berkuasa.


Komuniti cyrpto pun perlahan-lahan berpecah mengikut citarasa atau kepercayaan masing-masing terhadap jenama lain yang dipanggil 'altercoin'(alternatif).


Demikian masa pun berlalu begitu pantas serta ramai yang hadir dengan pelbagai idea masing-masing dari mencipta digital coin sendiri sehingga mencipta dompet digital sendiri.


Malahan ada juga yang cuba memperolehi keuntungan dengan membangunkan program-program yang menawarkan kekayaan kepada peserta atau downline hakikatnya tiada satu program pun yang mampu memberi kekayaan kepada orang bawahan melainkan mereka membuat perniagaan konsep MLM iaitu mengambil keuntungan dari peserta baru.



Exodus Wallet Multi Cyrto Asset


Ia dicipta untuk memudahkan komuniti menyimpan pelbagai asset crypto atau melakukan pertukaran kepada jenama crypto lain untuk memudahkan permintaan individu yang lain atau dikenali peniaga.


Exodus Wallet dibangunkan oleh dua pemuda JP Richardson(CTO), Daniel Castagnoli(CC0) dan dilancarkan kepada umum pada tahun 2015. Mengikut sumber kedua-duanya mempunyai kemahiran tinggi terhadap penggunaan bahasa komputer iaitu 'coding'.


JP Richardson sumber mengatakan beliau telah berjaya mencipta dan memuatnaik lebih 200 open source libraries untuk kegunaan komuniti sumber terbuka dunia.


Manakala Danial Castagnoli mempunyai kemahiran merekacipta (design) serta berpengalaman dan pernah bekerjasama dengan syarikat terkemuka seperti Apple, BMW, Disney dan Nike.


Dompet digital Exodus ketika ini lebih fokus kepada penggunaan desktop yang menyokong MAC/Windows/Linux, bagi peranti seperti android dan ios katanya mereka belum kearah itu lagi.


https://www.exodus.io/


ZALORA

'Memuplay' Alternatif Android Emulator Selain Bluestacks

12:18:00 PTG

Aku memang tak dapat lari dari menggunakan apps android salah satu sebab adalah ia ringan dan mudah digunakan.


Tambahan lagi sekarang pelbagai apps yang menarik dan percuma sebagai contoh permainan video games dan lain-lain.


Screenshoot

Cuma yang masalahnya adalah penggunaan yang kerap akan membuatkan peranti kita menjadi panas dan sangkut. Kerana masalah sedemikian maka pembangun emulator android tidak henti mencipta aplikasi yang dapat menyokong CPU desktop.


Alangkah bagus jika android dapat dijalankan menggunakan pc atau paling penting boleh dipasang pada operating system Windows.


Setelah menunggu selama bertahun maka muncul satu persatu jenama android emulator yang bermula dari versi percuma seperti bluestacks sehingga kepada versi prabayar.


Tapi untuk menggunakan versi prabayar ia mungkin tidak releven kerana sistem android adalah sumber terbuka dan sesiapa sahaja boleh mengubah atau menyumbang kepakaran.


Pada mulanya aku menjadikan bluestacks sebagai emulator di PC tetapi ianya secara langsung akan mengubah cpu anda menjadi perlahan dan sangkut-sangkut atas kerana penggunaan memory yang banyak.


Tidak lama begitu muncul jenama Remix OS yang direka khas untuk CPU x86 dan x64 dari A.S, paling menarik ia akan membuatkan pc anda menjadi dual boot bermaksud mempunyai dua operating system dalam satu hard disk.



Setelah dicuba ternyata ia mempunyai banyak pepijat(bugs) dan juga memerlukan mobo yang terbaru untuk menjalankan operating system android dari remix os.


Aku pun nyah pasang semula dan terus mencuba phoenix os keluaran syarikat China, pemasangannya juga sama seperti Remix OS.


Pada mulanya ia berjalan dengan baik tapi oleh kerana ia sering menghantar notis untuk update maka aku pun jadi menyampah kerana jika update secara online ia akan merosakkan sistem android.


Jalan penyelesaian aku kena download terus dari website phoenix OS yang bersaiz sekitar 200Mb+ untuk upgrade.


Akhirnya setelah mencuba emulator dari Memuplay aku telah jatuh hati kerana ia boleh dijalankan di Windows dan paling penting ia ringan dan gambar tidak sangkut seperti bluestacks.


Cuma kepada yang masih menggunakan pc dekstop/laptop spesifikasi rendah janganlah berputus-asa kerana ia masih ada jalan penyelesaian lagi dengan mencuba beberapa emulator diatas seperti Remix Os & Phoenix Os.


Untuk emulator Memuplay ini pastikan anda mempunyai graphic card sekurangnya 1GB keatas untuk melancarkan display dia. Seterusnya pastikan mempunyai sekurangnya 4GB ram memory lagi tinggi lagi bagus senang nak layan game.


Pada aku Memuplay setakat ini memang semua lengkap, sampaikan aku dengar spotify pun menggunakan Emulator Android dari memuplay.


Bila Memuplay boleh dijalankan diatas Windows OS, maka kerja aku pun jadi senanglah sebab boleh layan games sambil buat kerja di desktop windows yang asal.


http://www.memuplay.com/

ZALORA

Mini Wireless Keyboard Rii I8 2.4Ghz Remote Untuk Android Tv Box

4:36:00 PTG

Siapa yang tidak kenal apakah kegunaan peralatan ini, anda boleh sahaja menggunakan keyword diatas dan buat sedikit pencarian di internet.



Pada yang masih mencari remote untuk android Tv box atau smart Tv ini adalah salah satu peralatan yang harus anda perolehi atau wajib mencuba.


Sebab apa ia dikatakan peralatan yang penting untuk perangkat box anda adalah kerana ia mempunyai kelebihan semua dalam satu iaitu mini keyboard, papan sesentuh(touch pad mouse)dan paling penting ia mempunyai bateri rechargeable.


Ada juga wajah serupa tapi sayang sekali bateri dia tidak rechargeable seperti model ini, jadi model keluaran seperti itu kita kena menggunakan bateri saiz AAA.


Dengan adanya keluaran jenis rechargeable, kenapa kita perlu perolehi yang guna saiz bateri AAA sedangkan harga mereka lebih kurang sama.


Peralatan in sudah lama di pasaran china tapi oleh kerana ketika itu masih belum ada keperluan maka aku abaikan dahulu.


Kini ia sudah menjadi keperluan semenjak duk rajin layan kotak android di Tv maka senanglah aku nak buat pencarian di internet dan apps.


Bukan apa, kau nak menggunakan keypad android dalam screen tv tu memang tidak akan boleh melainkan screen tv kau menyokong sesentuh atau kau sambungkan wayar papan kekunci(keyboard) di kotak android tu.


Sebelum ni aku menggunakan wireless mouse untuk menggerakkan cursor di kotak android cuma lama kelamaan aku rasa ia agak menyusahkan dan memakan masa untuk klik satu persatu huruf.


Dengan mini wirelss keyboard Rii I8 ni, aku rasa ia memang memenuhi keperluan ketika menggunakan kotak android di Tv. Kerana ia sudah mempunyai semua ciri-ciri yang aku perlukan dan paling penting harganya mampu milik rechargeable.


Seperti biasa peralatan-peralan sebegini aku akan perolehi dari china dengan bantuan LAZADA .


ZALORA

Asus Zenfone 5 (A500CG/A500KL) Tidak Boleh Cas Bateri, Apa Masalahnya?

10:36:00 PTG

Hadir lagi dengan sedikit informasi berkaitan pembelajaran demi menjaga kewangan poket sendiri, bukan poket orang lain tapi poket sendiri ya.


Sebelum mencuba jangan sesekali fikir perkara negatif tentang kebolehan untuk baiki telefon sendiri, sebab jika tidak mencuba mana nak datangnya pengetahuan dan pengalaman.


Seeloknya hendaklah kita tanam dalam diri dimana setiap barang atau komponen adalah dicipta oleh tangan manusia sendiri maka sudah pastinya akan ada barang gantian yang dikeluarkan oleh mana-mana pengeluar terutama di china.



Sebelum berhasrat ingin baiki atau percubaan untuk membeli barang gantian seeloknya membuat kajian dan pencarian secara teliti iaitu berbaloi atau tidak jika buat pertukaran komponen.


Kerana setiap teknologi ada hayat, sampai hayat serta merta tidak boleh digunakan sebagai contoh rosak motherboard atau firmware tidak menyokong aplikasi terkini maka anda sudah boleh siapkan lokasi untuk dibuang.


Manakala kalau model seperti Asus Zenfone 5 pada ketika ini amatlah disarankan untuk cuba perbaiki, walaupun ia kelihatan seperti model lama tapi hakikatnya tetap masih menyokong hampir semua aplikasi yang baharu dengan kelajuan memory mencecah 2GB ram.


Untuk pertama kalinya aku mengalami masalah tidak boleh charging bateri, dalam masa sama ketika bercakap dengan orang pihak sana tidak dapat mendengar suara kita dengan jelas katanya seperti bercakap dahulu hujan.


Jika ikutkan memang ramai je dah mula tak tidur malam sebab memikirkan telefon tidak berfungsi seperti biasa malah turut fikir untuk menghantar telefon untuk dibaiki.


Kerana kos baiki pasti mencecah ratusan ringgit mahupun puluhan ringgit, kalau kena kedai yang cekik darah mahu dia telan kau bulat-bulat atau pun anda sudah mula melakukan kira-kira untuk melakukan pembelian telefon baharu pada hujung bulan.


Jadi harap bawa bertenang dan tarik nafas dahulu, tahukah anda jika mempunyai masalah telefon tidak boleh charging jalan penyelesaian pertama adalah harus mempunyai sikap ingin belajar dan tawakal.


Jika anda yakin charging port atau charging board tidak berfungsi, anda boleh sahaja melakukan pencarian di internet akan barang gantiannya dengan menggunakan kata kunci model telefon.


Seterusnya cari peralatan untuk membuka telefon di mana-mana kedai hardware.


Maka tibanya untuk mencari komponen gantian yang boleh didapati di kedai menjual alat ganti telefon dan juga boleh didapati di internet.


Bila barang gantian sudah berada di tangan, pastikan kerja-kerja pembukaan skru telefon adalah di kawasan yang kering dan jauh dari air supaya tidak berlaku kemalangan yang tidak sengaja juga pastikan skru yang halus dan kecil itu tidak tercicir di atas karpet mahupun di lantai.


Kepada yang baru mencuba membuka telefon pintar, pastikan anda lakukan kerja dengan teliti dan berhati-hati kerana setiap komponon didalam adalah bersaiz kecil dan sukar untuk dipegang malah ia turut sensitif.


Maka sedikit sebanyak ulasan dalam artikel ini dapat membantu anda untuk berjimat serta menimba ilmu pengetahuan tentang alat gantian telefon pintar.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)