Terkini

Apakah Yang Menjadikan China Begitu Menarik Kepada Pengeluar?

5:11:00 PTG

China adalah sebuah negara yang mempunyai industri pembuatan yang kukuh dan mempunyai kelebihan daya saing dalam pengeluaran pelbagai jenis barangan termasuk barangan pengguna dan produk industri. Beberapa faktor menyebabkan China mempunyai sektor pembuatan yang besar.



Penduduk yang ramai dan kadar gaji yang rendah menjadikan kos pengeluaran di China lebih murah sekaligus menjadikan syarikat global memilih pengeluaran produk mereka dari negara itu.


Pertumbuhan ekonomi yang pesat sejak beberapa dekad yang lalu membuatkan negara itu telah melabur dengan ketara dalam pembangunan infrastruktur, seperti rangkaian pengangkutan, pelabuhan dan kemudahan logistik. Infrastruktur yang baik ini memudahkan syarikat dalaman menjalankan aktiviti pengeluaran dan pengedaran.



Bukan itu sahaja malah kerajaan China juga telah melaksanakan pelbagai dasar untuk menggalakkan pertumbuhan sektor pembuatan. Ini termasuk insentif cukai, subsidi dan birokrasi yang dikurangkan untuk memudahkan penubuhan syarikat.


Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa perubahan dalam dinamik industri global dan dasar ekonomi boleh menjejaskan kelebihan daya saing China dalam sektor pembuatan. Perubahan dalam kos buruh, peraturan perdagangan antarabangsa dan perkembangan teknologi juga boleh memainkan peranan dalam mengubah landskap pembuatan global.


Adakah Kenderaan Elektrik(EV) Dapat Mengubah Dunia

9:54:00 PG

Negara maju pada hari ini sedang berlumba menghasilkan Electric Vehicle(EV) walaupun pada awalnya ia kedengaran seperti tidak releven disebabkan perlu menggunakan sumber penjanaan elektrik untuk tujuan pengecasan.


Kenderaan elektrik (EV) mempunyai beberapa kelebihan, seperti mesra alam dan kecekapan tenaga yang lebih baik berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman tradisional. Walau bagaimanapun setiap teknologi terdapat juga beberapa kelemahan dan cabaran.


Salah satu kelemahan utama kenderaan elektrik masa kini ialah pengeluaran bateri yang terhad dan mahal. Walaupun ada peningkatan kemajuan dalam teknologi bateri mereka, tetapi kebanyakan kenderaan elektrik masih mengalami jarak perjalanan yang pendek daripada yang mempunyai enjin pembakaran dalaman. Masalah ini telah mengehadkan pengguna kenderaan elektrik untuk perjalanan jarak jauh atau dalam situasi kesesakan lalu lintas.



Seterusnya sistem pengecasan untuk kenderaan elektrik masih belum setanding dengan petrol pam walaupun kini terdapat peningkatan dalam bilangan stesen pengecasan yang tersedia tapi masih terdapat batasan dari segi infrastruktur pengecasan yang mencukupi. Ini boleh menjadi masalah bagi pemilik kenderaan elektrik dimana perlu menunggu giliran untuk melakukan proses pengecasan semula kenderaan masing-masing jadi anda bayangkan jika musim perayaan di Malaysia mesti ramai yang mengalami kemurungan.


Disebabkan proses mengecas semula bateri kenderaan elektrik mengambil masa lebih lama daripada mengisi minyak kenderaan konvensional. Walaupun teknologi pengecasan pantas mula dibangunkan tapi pada masa ini masa pengecasan yang lama masih menjadi halangan bagi sesetengah orang yang ingin segera tiba destinasi.


Kesan Alam Sekitar Pengeluaran Bateri

Walaupun kenderaan elektrik dikatakan mesra alam apabila digunakan tapi pengeluaran bateri untuk kenderaan elektrik boleh memberi kesan alam sekitar yang ketara. Proses pengeluaran bateri melibatkan penggunaan sumber semula jadi yang berharga dan intensif tenaga dan sisa yang dijana dalam proses pengeluaran ini juga mesti diuruskan dengan betul untuk mengelakkan kesan negatif terhadap alam sekitar.


Pengeluaran bateri kenderaan elektrik memerlukan bahan mentah yang terhad, seperti litium, kobalt dan nikel. Permintaan yang tinggi untuk bahan ini boleh membawa kepada peningkatan pengekstrakan sumber asli yang mampan dan peningkatan risiko kepada manusia terutama kanak-kanak dan pekerja asing dalam penyediaan rantaian bekalan bateri.


Sumber juga mengatakan dunia sedang mengalami kenaikkan kos eletrik dimana ada negara-negara yang perlu menampung kos elektrik rakyat dengan subsidi. Tapi, sampai bilakah mereka boleh laksanakan program subsidi elektrik ini?.


Bagaimana pula keadaan negara-negara pengeluar minyak mentah, adakah ekonomi mereka akan terjejas jika dunia berjaya beralih sepenuhnya kepada penggunaan kuasa bateri? Ya, perkara ini mungkin dapat banyak tentangan dari beberapa negara pengeluar minyak mentah kecuali mereka membuat syarat dalam bentuk cukai atau lain-lain.


Advertisement

Muzik Genre Reggae Berasal Dari Mana Dan Apakah?

7:00:00 PTG

Reggae adalah genre muzik yang berasal dari Jamaika, oleh kerana itu ia sering dikaitkan dengan budaya Rasta atau yang sebenar agama Rastafari iaitu mengenakan gaya rambut dreadlock yang melambangkan kekuatan dan kebebasan.



Sumber rujukan sejarah genre Reggae ini mula berkembang pada akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an, melalui pemuzik seperti Bob Marley, Peter Tosh dan Bunny Wailer dan ramai lagi. Menurut sumber Reggae menjadi terkenal di seluruh dunia melalui nama Bob Marley pada tahun 1970-an.


Dalam karya lirik muzik Reggae ketika itu juga kebanyakkan berkaitan kehidupan seperti nasihat, politik, sosial, perdamaian dan cinta mudah faham perihal positif.



Bagaimana pula dengan maksud Rasta yang sering dikaitkan dengan ajaran agama Rastafari. Baik, dalam situasi ini penulis juga susah nak mengulas lebih lanjut kerana kebanyakkan peminat Reggae serata nusantara mungkin hanya berminat terhadap alunan muzik sahaja.


Namun berkemungkinan besar ada peminat fanatik turut terpengaruh dengan mengenakan gaya dreadlock atau berpakaian seperti puak fahaman Rasta.



Kepada umat islam di seluruh dunia terutama nusantara, harap anda tidak terlalu mendalami mana-mana genre muzik barat baik mengenakan cara pakaian dan adat mereka kerana minat atau dengan niat sengaja.


مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.” Riwayat Abu Daud (4031)


Advertisement

Filem Mrs. Chatterjee VS Norway - Inspirasi Dari Kisah Benar

8:06:00 PTG

Filem ini bergenre drama undang-undang berbahasa Hindi, ditulis dan diarahkan oleh Ashima Chibber. Dibintangi oleh Rani Mukerji, Anirban Bhattacharya, Neena Gupta dan Jim Sarbh yang mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu.



Boleh tonton melalui platform seperti Netflix, jalan cerita sepanjang 2jam 13minit turut mempunyai subtitle dalam bahasa Melayu. Kisah filem ini adalah tentang Debika(Rani Mukerji) yang mengikut suami nya tinggal di Negara Norway. Kisah cerita ni bermula dari seorang sahabat Debika membuat aduan pada pihak berkuasa mengenai suami Debika yang sering memukul, mulai dari itu pihak Kebajikan Norway selalu datang melawat ke rumah mangsa dan untuk pengetahuan anda undang-undang di Negara Eropah ini sangat ketat sehingga cubit anak pun tidak dibenarkan.


Ada dua orang wanita akan datang setiap minggu untuk pantau cara mereka membesarkan anak. Nak dijadikan kisah pada suatu hari ketika pihak kebajikan membuat sesi lawatan ke rumah Debika, mereka melihat Debika sedang menyuap anak makan dengan menggunakan tangan (disana mereka anggap menyuap anak makan menggunakan tangan seperti memaksa anak makan, sedangkan pada budaya kita adalah normal, tanda kasih sayang ibu terhadap anak) dan mereka kata Debika enggan hantar anak lelakinya ke sekolah Khas, kerana mereka cakap anak dia Autism juga mereka kata mental Debika tidak stabil untuk membesarkan anak-anak.



Perbezaan budaya antara cara hidup India dijadikan alasan yang anak-anak Debika tidak selamat untuk hidup bersama ibubapa kandung dan perlu dijaga oleh keluarga angkat. Bayangkan bayi berusia 5 bulan yang masih menyusu ibunya dilarikan oleh tiga orang asing sementara Debika dan suami sedang berbincang, menjerit-jerit Debika minta mereka pulangkan bayi dia sehingga dia terjatuh disebabkan berlari mengejar kereta yang telah membawa anak-anak dia sampai penulis pula emosi nonton filem ini.


Disebabkan terlalu banyak peraturan yang dikenakan untuk Debika berjumpa dengan anak-anaknya. Bayangkan sudah lama tidak jumpa anak mestilah kita menangis kegembiraan bila dapat berjumpa, kan? Tapi disana tidak dibenarkan menangis dihadapan anak, katanya takut mengganggu emosi anak. Oleh disebabkan Debika terlalu rindukan anak-anaknya lalu dia membuat perkara gila dengan membawa lari anak-anaknya ke Sweden. Sangat kasihan kerana dalam kisah ini suami Debika tidak memberi sokongan moral, suami Debika hanya memikirkan tentang kewarganegaraan Negara Norway, keluarga mentua juga memberi tekanan pada Debika, hanya memikirkan tentang duit.


Dalam hati penulis sanggup mereka pisahkan anak dari ibu kandungnya, si ibu boleh jadi gila tanpa anak-anak disisi tambahan lagi anak masih menyusu badan. Namun sungguh kuat seorang ibu berlawan dengan kerajaan bagi mendapatkan hak penjagaan anak-anak. Debika lawan habis-habisan sehingga berjaya mendapat hak jagaan anak-anaknya. Akhir cerita selama 3 tahun Debika turun naik mahkamah melawan bagi mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya.


Bagi penulis kadar Filem ini 9/10. Memang sedih sangat. Kepada semua ibu, anda ibu yang hebat! **Nama ibu dalam kisah sebenar ialah Sagarika Bhattarcharya dan ini adalah pautan Netflix untuk menonton kisah ini.



- Noor Farhana

Cara Perbaharui Cukai Jalan LKM Dan Lesen Memandu Atas Talian JPJ

1:37:00 PTG

Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara inhouse)


Jadi selaras dengan inisiatif ini pemilik kenderaan tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan selepas perbaharui cukai jalan digital.


Dengan pendigitalan ini keadaan sesak dan beratur panjang di cawangan JPJ dapat dikurangkan dan dapat memberi keselesaan kepada rakyat.



Langkah 1

Anda perlu selesai membeli insurans terdahulu setelah itu log masuk portal JPJ atau aplikasi MYJPJ.


Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4

Anda tekan teruskan sehingga sampai ke portal pembayaran dan dalam 24jam sistem JPJ akan mengemaskini butiran LKM digital anda iaitu boleh di periksa melalui aplikasi MYJPJ. Cara ini juga boleh dilakukan untuk perbaharui lesen memandu digital yang telah mencapai tarikh luput.


Walau bagaimanapun, dalam tempoh pelaksanaan fasa pertama ini, kategori pemilik atau pemegang lesen kenderaan yang masih wajib mempamerkan LKM dan mengemukakan kad LMM adalah seperti berikut:



Panduan Jangka Hayat Tayar Kenderaan

5:41:00 PTG

Sebagai pengguna mesti ada diantara anda mempunyai banyak soalan mengenai Tayar seperti "Berapa lama ketahanan tayar?", "Apakah menyebabkan bunga tayar haus?", "Bilakah tayar perlu diganti?" dan pelbagai lagi.



Jadi kami ingin kongsikan beberapa jawapan supaya pengguna diluar sana dapat sedikit sebanyak ilmu berkaitan tayar serta boleh menabung lebih awal.


BERAPA LAMA KETAHANAN TAYAR?

Tidak ada jawapan yang tepat kerana ia bergantung berapa jauh pemanduan, keadaan permukaan jalan dan cuaca. Tapi jika anda menggunakan tayar berkualiti baik dan parkir di tempat yang baik ia akan bertahan antara 3 hingga 5 tahun.


Jika anda ditawarkan tayar dengan harga yang tidak masuk akal boleh jadi itu adalah stok lama, cuba dapatkan maklumat seperti tahun dikilangkan atau lain-lain supaya keselamatan anda di jalanraya terjamin.


BILAKAH MASA SESUAI GANTI TAYAR?

Jika tanda-tanda di bawah jelas dengan situasi tayar anda, maka sudah tiba masanya untuk menukarnya.

- Bunga tayar semakin rendah.

- Permukaan tayar merekah.

- Pemanduan terasa kasar seperti bunyi tayar, getaran.

- Disarankan tukar setelah melebihi setahun.


PENYELENGGARAAN BERKALA

Satu lagi cara untuk memanjangkan hayat tayar adalah dengan mengikuti penyelenggaraan yang betul bagi kenderaan dan tayarnya. Beberapa perkara yang boleh anda lakukan sendiri ialah memeriksa tekanan udara dan kedalaman tapak. Anda harus mempunyai juruteknik bertauliah memeriksa keseimbangan dan penjajaran secara berkala dan pastikan tayar diputar secara berkala.

Cara Mudah Ganti Kad Pengenalan Di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)

10:25:00 PTG

Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah menambah baik perkhidmatan mereka dengan mewujudkan sistem temujanji demi mengurangkan masa menunggu.



Anda juga dibenarkan hadir secara Walk-In cuma di beberapa cawangan perlu beratur panjang untuk menerima nombor giliran masing-masing memandangkan mereka memberi keutamaan kepada yang mempunyai temujanji.


Berdasarkan pengalaman penulis ketika berurusan di UTC Pudu, Kuala Lumpur tempoh hari kelihatan jumlah Walk-In sangat sesak beratur menunggu giliran sehingga ke petang.



Pastikan anda telah buat temujanji secara atas talian sebelum hadir berurusan di kaunter JPN supaya dapat menjimatkan masa menunggu yang begitu lama dengan cara layari laman sesawang seperti dibawah.


mytemujanji.jpn.gov.my

Sila baca panduan dan arahan yang diberikan supaya anda boleh membuat persedian sebelum hadir ke kaunter JPN.


Syarat Permohonan

- Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.

- Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.

- Bagi pemohon yang berumur bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu, bapa atau penjaga.


**Berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih hendaklah membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan.


[Kemaskini 1Jan23]

Kepada yang mempunyai baki Touch N Go(TnG) dalam IC(lama) pastikan anda meminta slip TnG dari kaunter JPN dan buat permohonan atas talian melalui pautan portal yang disediakan diatas.


Sediakan maklumat seperti serial number TnG kad pengenalan(lama), korang lengkapkan sahaja maklumat yang diminta dalam borang tu lepas tu diorang akan proses dalam masa 30 hari bekerja.


Sumber :- https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kad-pengenalan/mykad-tukar-alamat

Pengalaman Cara Guna Tempahan Tiket Dari redBus

7:22:00 PTG

redBus disambut baik oleh pengguna kerana berjaya menyediakan perkhidmatan alternatif untuk pembelian tiket atas talian.



Perkhidmatan itu juga telah menawarkan pulangan tunai kepada pengguna bagi tujuan penjimatan untuk tempahan tiket seterusnya.


Berdasarkan pengalaman penulis ketika menggunakan perkhidmatan dari Redbus adalah sangat baik kerana tidak lagi perlu cetak tiket kecuali jika anda berlepas dari Terminal Bersepadu Selatan(TBS) kerana penumpang harus membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki ruang menunggu bas.



Sedikit teknik penjimatan sebelum buat tempahan tiket dari redBus adalah anda perlu mencari kod voucher terlebih dahulu kerana setakat ini mereka masih menerima konsep discount voucher & cash back


Akhir sekali pada tiket redBus memang tidak memberitahu akan nombor pendaftaran bas, jadi anda hanya perlu fokus pada nombor trip yang dipaparkan pada bahagian atas sahaja.


Digi Next Unlimited 40 Mengatasi Segalanya? FUP 300GB

9:31:00 PG

Sedang mencari pelan prepaid yang super power di Malaysia? Tahukah anda Digi hadir dengan unlimited pelan iaitu next 40.



Mereka juga mendakwa pelan itu mempunyai unlimited data internet fare usage policy(FUP) 999GB sebulan dan mempunyai unlimited panggilan seluruh rangkaian (FUP) tidak dapat disahkan juga 10GB Hotspot.


Perbandingan jenama lain telah dilakukan namun penulis anggap pelan prepaid Digi paling hangat kerana (FUP) 999GB dengan kelajuan 6Mbps rasanya sudah mencukupi untuk melakukan aktiviti streaming dan muat turun tanpa batasan.



Walaupun penulis kata ini adalah pelan paling hangat setakat ni tapi ia tetap bergantung pada kawasan tempat tinggal kita. Saya ujicuba pelan internet telco memang berdasarkan liputan yang ada sahaja jika tiada tu memang malas nak layan.


Cara nak tahu kawasan korang kuat telco apa adalah dengan melihat statistik dari aplikasi Opensignal walaupun ketepatan hanya beberapa peratus tapi ia cukup membantu untuk kita buat pilihan.


Digi Next Unlimited 40 ini pada mulanya belum official di laman sesawang mereka kerana ia hanya akan ditawarkan secara dalaman iaitu boleh didapati dari aplikasi Digi addons pengguna tapi jangan terkejut kalau baru beli sim Digi Next tapi tak nampak pilihan kerana ia memerlukan masa kurang lebih 7 hari dari hari pendaftaran berdasarkan pengalaman penulis.


Tapi sekarang korang tidak perlu tunggu lagi kerana pelan ini telah pun dilancarkan secara official pautan url di bawah.


Sumber: www.digi.com.my/promotion/next-unlimited-40



Mengapa Motorsikal LC135 Atau Model Lain Keluar Asap Putih?

8:27:00 PTG

Jika kenderaan anda sudah mulai keluar asap putih baik kereta mahupun motorsikal sememangnya tiada lagi cara melainkan overhoul.



Tahukah kita material dalaman enjin boleh dikatakan besi yang boleh terhakis sedikit demi sedikit berdasarkan kelajuan yang korang bawa setiap hari. Dalam enjin mempunyai beberapa getah bertujuan menyekat kebocoran minyak hitam dari mengalir keluar jadi bayangkan jika getah itu anda tidak tukar selama 5-7tahun pasti prestasi enjin semakin berkurangan.


Dalam artikel ini penulis kongsikan permasalahan asap putih motorsikal berdasarkan model Yamaha LC135. Teori yang penulis nak kongsikan ini adalah pendapat peribadi kerana mungkin pomen diluar sana mempunyai pengalaman tersendiri dari apa yang dikongsikan didalam ini.



Jika asap putih mulai kelihatan itu tandanya piston calar tapi janganlah hanya tukar bahagian tu sahaja memang masalah korang tidak akan selesai sebab punca yang menyebabkan calar adalah dari bahagian lain seperti connecting rod longgar, bearing karat, oil pump dan lain-lain termasuk saluran minyak hitam tersumbat.


Jika alatan khas korang mencukupi silakan turun enjin dan ganti setiap parts seperti bearing, oil seal, connecting rod, timing chain dan lain-lain yang kelihatan sudah terhakis atau rosak.


Kalau hantar bengkel korang sediakan sahaja bajet kurang lebih 1.7k ikut kawasan. Jika berkemampuan, sila tukar motorsikal setiap 5 tahun atau mileage 90k supaya tidak berisiko kena turun enjin banyak kali.


Pastikan kewangan anda cukup untuk menampung kos sparepart original kilang dan elak beli sparepart copy ori atau jenama racing kerana hayat dan kualiti produk mereka tidak tahan lama.


Cara Tukar Hak Milik Motorsikal Di Portal MySikap(JPJ)

11:35:00 PG

Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) telah menyediakan portal atas talian MySikap bagi memudahkan urusan orang awam supaya tidak perlu lagi beratur kecuali urusan yang terpilih sahaja.



Cara pendaftaran portal MySikap anda perlu membuat pengesahan indentiti di mana-mana cawangan JPJ berhampiran, perkara yang perlu anda sediakan adalah alamat emel, nombor telefon dan kad pengenalan.


Sebagai penjual atau pemilik berdaftar anda hanya perlu log masuk ke portal MySikap lalu pergi bahagian kenderaan seterusnya pilih "Permohonan Pertukaran Hak Milik(Pemilik Berdaftar)".


Ikut sahaja arahan yang diberi sehingga langkah yang terakhir supaya anda boleh mencetak rujukan bukti permindahan milik tersebut.


Pembeli atau Pemilik baru pula boleh juga log masuk ke portal MySikap untuk pengesahan lalu membuat pembayaran secara atas talian atau boleh sahaja buat pembayaran di kaunter JPJ supaya terus boleh buat thumbprint dan cetak geran baru.



Kepada yang tidak tahu, setiap pertukaran nama yang dilakukan pihak JPJ akan membatalkan polisi insurans kenderaan lalu mengambil cukai jalan serta merta.


Pegawai JPJ akan tanya pemilik baru ingin beli polisi insurans atau tidak? jika korang belum sediakan wang yang mencukupi boleh je kata "Tidak" dulu pada pegawai tu dan fokus pertukaran nama je dahulu.


Kos urusan pertukaran hak milik ini, sebagai pemilik baru cuma perlu bayar RM3 sahaja untuk dapatkan geran baru di kaunter JPJ. Jika ada sebarang pertanyaan sila tinggalkan di ruang komen dibawah.


Portal MySikap


DuckDuckGo Email - Perisian Penyulitan Alamat Emel Tujuan Privasi

7:48:00 PTG

DuckDuckGo melancarkan perkhidmatan penyulitan alamat emel versi percubaan, bagaimana ia berfungsi?


DuckDuckGo Email

Sekarang boleh dikatakan semua urusan dalam internet memerlukan alamat emel pengguna untuk kemudahan pendaftaran dan diguna pakai untuk sebarang komunikasi.


Katakan penulis menggunakan alamat emel utama untuk melakukan pendaftaran di laman web yang berpontensi melakukan kerja spamming emel pengguna, emel utama kita akan dipenuhi dengan segala jenis pemasaran atau apa sahaja yang boleh membuatkan inbox kita penuh dan terganggu.



Oleh kerana itu duckduckgo telah berusaha membangunkan perisian penyulitan alamat emel pengguna supaya tidak dimanfaatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Teori penyulitan emel yang dibangunkan oleh DuckDuckGo pada penulis sangatlah mudah iaitu anda akan menerima satu alamat emel penyulitan contoh "XXXX@duck(dot)com" dan ia akan di foward kepada emel utama anda.



Hasilnya webmaster laman web itu akan terima pendaftaran emel kita sebagai "XXXX@duck.com" tanpa mengetahui alamat emel utama. Pada penulis teori ini sangat menarik kerana "XXXX@..." boleh jadi sebagai dummy ketika melakukan pendaftaran disebabkan alamat penyulitan itu boleh berubah-ubah mengikut tujuan masing-masing.


 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)