Terkini

Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Ulasan : Ikan / Daging Pekasam Warisan Bonda Keluaran De'imanz

10:01:00 PTG

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk bertahan lebih lama.



Makanan pekasam juga terkenal di negeri-negeri utara dan pantai timur. Artikel kali ini penulis akan sajikan korang dengan hidangan pekasam keluaran Warisan Bonda yang boleh didapati dari ejen-ejen rasmi termasuklah Shopee.


Walaupun blog ini tidak dapat apa-apa tawaran dengan pihak pengeluar produk pekasam De'imanz anggap sahaja ini adalah review percumma di bulan ramadhan ini.



Setelah kami menerima lauk pekasam De'imanz dari pihak penghantar J&T kelihatan sangatlah menggiurkan dan tidak sabar untuk membuat penyediaan semasa berbuka nanti.


Cara penyedian pun sangat mudah dan paling penting ia boleh disimpan sehingga ke sahur jika tidak habis. Ada beberapa kaedah penyedian yang kami jumpa di laman YouTube.


Ikan Pekasam

Ada yang tumis dengan bawang besar/putih dan ada juga menambah rasa masam dengan beberapa biji perahan limau kasturi atau nipis bagi menaikkan lagi selera.


Daging Pekasam

Akhir sekali kami juga ada buat ujicuba dengan meletakkan pekasam De'imanz yang masih belum dimasak diluar tanpa peti sejuk. Hasilnya juga ia masih boleh tahan dengan tahap udara suhu bilik jadi pada kami ia sangatlah sesuai untuk golongan bujang atau berkeluarga yang masih belum ada peti sejuk.


Seterusnya kami masih lagi tidak menjumpai sebarang kilang pengeluar produk pekasam ini sama ada ia adalah milik sesebuah jenama atau pun ia bebas dipasarkan oleh mana-mana jenama.


Diatas kami ada sediakan beberapa video cara penyedian pekasam daging / ikan keluaran De'imanz untuk golongan bujang dan seangkatannya manakala dibahagian bawah ini adalah pautan facebook milik De'imanz yang dijumpai di carian google.


https://www.facebook.com/PekasamWarisanBondaHq/


https://www.facebook.com/cheklong.janie


Kami merancang ingin cuba produk pekasam jenama lain yang ada dipasaran bagi memastikan ia adalah buatan sendiri oleh sesebuah jenama atau pun ia datangnya dari kilang yang sama. Jika ada mana-mana jenama pekasam yang ingin beri kami peluang jangan segan silu hubungi kami melalui saluran yang disediakan.


Perniagaan adalah Perniagaan


Kenapa Restoran Mamak Menjadi Pilihan Tidak Kira Kaum Dan Bangsa Di Malaysia?

2:20:00 PG

Penulis percaya pasti ada diantara korang ada terfikir sama namun apa yang kita lihat boleh dikatakan restoran mamak ni tiada sikit pun nampak seperti rasis macam restoran kaum lain.



Restoran melayu hanya melayu, restoran cina hanya cina kadang-kadang ada seorang dua india lepak ngeteh cap tiger, tapi kalau restoran mamak memang sempoi sebabnya tiada arak tiada makanan yang mencurigakan tapi harus ingat tidak semua restoran mamak bersih ya.


Pengusaha dia pun kadang-kadang pun ada main teknik kotor, tahap kebersihan makanan tidak terjamin dan pekerja-pekerja punya kebersihan juga tidak di ketatkan.



Kepada sesiapa yang teringin nak rasa makanan india boleh berkunjung di mana-mana restoran mamak yang dipercayai maklumlah tidak semua restoran mamak adalah muslim harus ingat tu.


Makanan india yang popular adalah roti Naan, Chapati, Briayani, Ayam Tandoori, Pani Puri dan macam-macam lagi tapi penulis sebut yang selalu orang kita order jelaa.


Kalau korang takut minyak seperti Roti Chanai haaa Roti Naan adalah pilihan yang terbaik kerana ia dimasak menggunakan tempayan tanpa menggunakan sebarang minyak yang berlebihan seperti Roti canai.


Seterusnya kegemaran penulis adalah Tosei bersama kuah kelapa, kalau dapat tu perghhh layan wei kena pula buat ala istimewa letak telur separuh masak atas dia.


Dengar cerita makanan india lebih kurang sama je dengan pakistan maklumlah sejarah diorang kan pernah duduk satu negara sebelum dipisahkan oleh british sebab rakyatnya gaduh sebab permasalahan agama muslim dan hindu pada ketika itu maka terpisahlah mereka dengan seadanya dan sehingga sekarang duk perang pasal perebutan tanah dan lain-lain.


Advertisement

Berkunjung Ke Melaka Memang Tak Lengkap Jika Tiada Asam Pedas

1:25:00 PG

Setelah penat berjalan pasti korang fikir apakah makanan sedap di Melaka ni, tak kan asam pedas je bosanlah nak juga rasa hidangan lain orang melaka.



Asam pedas di melaka sudah sinonim sangat tapi jangan risau sebab masih banyak lagi hidangan yang perlu korang nikmati cuma sediakan kos yang mencukupi sahaja.


Melaka dan asam pedas adalah satu gabungan yang tidak langsung boleh dipisahkan tapi bukan itu sahaja sebenarnya ada je hidangan lain persoalannya femes atau tidak sahaja.



Tahukah anda coconut shake juga terkenal di melaka dan jika kena dengan tempatnya silap-silap boleh dapat harga murah, selepas kena asam pedas melaka tu bolehlah tenangkan lidah dengan kesejukkan coconut shake di sekitar klebang.


Seterusnya selepas penat berjalan korang singgah pula di cendol jam besar, antara cendol yang menjadi pilihan adalah cendol durian memang perghh...


Di melaka juga terkenal dengan kuih muih, mana nak cari pandailah korang google tanya lokasi sebab penulis tak berani nak rekemen kedai risau tak kena selera pula nanti.


Tak nak kuih muih, korang boleh cuba cucur udang alor gajah perghh harga berpatutan jugalah tapi tidak pastilah jika sekarang sudah naik harga ekorang ekonomi sedang tidak menentu.


Banyak lagi tapi cukup setakat ini sahaja, jika ada masa penulis sambung di entri yang lain pula ya. Kita tengok apa hidangan yang sedap lagi sebab duk bandar asik cheese je bosan pula.


Advertisement

Tahukah Kita Makanan Khas Medan Ni Lebih Kurang Sama Di Malaysia

12:55:00 PG

Mengikut kefahaman penulis sebenarnya penduduk bumi nusantara ni sama je kulitnya yang membezakan cuma sempadan dan lautan je demi mewujudkan sesebuah negara dan kefahaman politik masing-masing.



Jika nak kira singapura tu pun sebahagian Malaysia tapi oleh kerana kefahaman politik berbeza maka jadilah sebuah negara kecil dengan bantuan sedikit sebanyak dari negara AS terutama dari segi kelengkapan pertahanan.


Berbalik pada makanan khas Medan ni penulis baru tahu ianya lebih kurang sama dengan makanan orang melayu di Malaysia contoh lemang, Nak tahu yang lain jom teruskan bacaan dibawah.



Lemang


Seperti yang kita ketahui lemang ni memang laku keras pada musim perayaan hari raya aidilfitri di Malaysia tambahan lagi ketika selepas musim perayaan iaitu dalam masa sebulan sebabnya ramai yang nak buat rumah terbuka dan makanan yang tidak terlepas pandang adalah lemang dan rendang perghhh!.



Hidangan Makanan Khas Medan yang lain boleh lihat disini makananoleholeh.com sebab jika penulis tengok memang lain macam diorang punya resepi tu belum lagi dari segi namanya.


Adakala makanan lebih kurang sama cuma mungkin ada citarasa tersendiri maka terciptalah resipi dan namanya mengikut daerah dan negara masing-masing.


Tu belum lagi penulis cerita tentang makanan orang minang, memang lebih kurang sama je macam melayu di Malaysia wei siap ada kuah lemak bagai, paling menarik ada satu kedai minang di gombak kalau bab nasi tak kedekut macam melayu tempatan kita.



Kedai tu betul-betul kasi penuh nasi dalam pinggan kau sampai kau rasa macam eh! kena kurangkan sikit nasi ni sebelum berlaku sebarang pembaziran jika gagal dihabiskan.


Walaupun medan ke minang yang penting makanan diorang memang lebih kurang sama je macam kita cuma selera atau tidak sahaja maklumlah tekak orang Malaysia sekarang dah ngalah orang barat kalau boleh nasi goreng kampung pun nak toping cheese.


Hidangan Roti Sosej Gulung Celup Telur Yang Perlu Anda Cuba

8:45:00 PG

Roti gulung sosej ni memang kesukaan ramai tapi cara gulungan setiap orang mungkin berbeza cuma hasilnya masih tetap sebabnya ini adalah salah satu hidangan yang mudah bergantung tahap kerajinan seseorang.



Buat sendiri dengan beli di pasar pagi memang sangat berbeza dari segi harga dan kualiti produk, jika di pasar pagi kita memang tidak tahu jenama apakah sosej yang dia pakai tu adalah keluaran syarikat muslim dan pelbagai lagi itu belum masuk hal kuantiti kadang-kadang tengok kecik je potongan sosej diorang tu maklumlah orang bisnes.


Maka lepas ni korang tidak perlu lagi pening fikir hal sedemikian kerana hidangan sangatlah mudah cuma rajin atau tidak sahaja untuk melaksanakan tugasan.



Bahan yang korang perlu sediakan adalah roti Gardenia, sosej Ramly atau Ayamas dan minyak baru jenama Saji atau seangkatannya yang penting keluaran Muslim bagi mementingkan tahap kebersihan dan kualiti terjamin insya-allah.



Seterusnya lenyek roti sehingga sebati ia bertujuan untuk elak dari serapan minyak yang berlebihan, sosej pula ikut korang jika ramai potonglah menjadi kecil manakala jika makan sendiri haaa letak saiz original baru puas hati.


Jika ada bahan cheese silakan letak manakala yang sedang bajet tengah bulan cukuplah sekadar celup dengan telur HEHEHE! . Korang gulung sosej dengan roti yang dah sebati dan salutkan dengan pecahan telur lalu masukkan kedalam kuali setelah minyak sudah keadaan panas, jangan lupa kecilkan api terdahulu risau gelap pula roti korang tu.


Akhir kata setelah salutan telur itu sudah kelihatan keemasan itu bermakna ia sudah masak dan boleh diangkat, jika nak kurangkan minyak dalam badan sila letak diatas tisu bertujuan serapan minyak.


Steamboat : Mencuba Resepi Hidangan Oden Korea

8:05:00 PG

Sebelum ni tular di internet bahawa kedai Family Mart ada membawa masuk hidangan Oden ala Korea tidak lama kemudian warga tempatan pula mula buka perniagaan makanan Oden gaya Malaysia, dimana hidangan negara asal mempunyai kuah yang pedas namun bila masuk sini kuahnya ditukarkan kepada perisa Tom Yam.



Kami pun cubalah hidangan ini dengan menggunakan perisa Tom Yam campur Asam Laksa keluaran bumiputra iaitu Adabi. Bahan beku pula kami cuba dapati dari pasaraya berhampiran iaitu Giant Hypermarket, tolak sana tolak sini dapatlah bajet sekitar RM50 untuk dua hingga tiga jenis bahan beku seperti sosej keluaran Ayamas.


Tidak lupa juga pada bebola daging dan bebola ayam keluaran Ramly bagi mendapatkan gambaran yang cantik dan sedikit sebanyak sayur sawi serta kek ikan dan kek ketam seperti gambaran dibawah.




Sedikit nasihat ketika memulakan celupan diminta jangan korang tuang semua bahan beku tu kerana risau akan berlakunya pembaziran apabila gagal dihabiskan kecuali ramai.


Seterusnya bagi mengekalkan rasa kuah sila elakkan rendam bahan beku lama-lama, paling baik celup apa yang korang nak makan sahaja. Tips ini membolehkan kuah Tom Yam disimpan dan dipanaskan semula pada esoknya.


Pada penilaian kami, hidangan ini mampu melupakan nasi seketika disebabkan kenyang minum sup Tom Yam, oleh kerana itu kononnya dapatlah kami belajar berdiet kerana cuba mengamalkan makanan ber-sup.


Akhir kata, Korea dan Jepun mempunyai oden tapi perbezaan hanyalah pada kuah dan bahan beku dia. Korea lebih kepada makanan pedas manakala Jepun kuah oden dia tidak pedas tapi ada sedikit rasa manis.


Sarapan Pagi Dengan Roti Keju Buat Sendiri Jerr

1:52:00 PG

Sarapan pagi sangatlah penting namun pengambilan jenis makanan turut menjadi masalah bagi sesetengah orang tapi tidak mengapa dalam artikel ini kami kongsikan satu resepi roti keju yang mudah dan kenyang.



Jika sebelum ini anda sering satukan roti bersama majerin atau kaya pandan yang lebih mesra pengguna tapi kali ini kita cuba buat hidangan yang lebih menarik.


Jika di semenanjung kami lebih menggunakan roti keluaran gardenia tapi jika tiada di kawasan dipersilakan menggunakan jenama roti alternatif. Bahan yang perlu ada seperti berikut Telur Ayam, Keju empat segi, Roti kosong (jangan pula beli roti krim).



Pecahkan beberapa biji telur ayam kedalam mangkuk mengikut keperluan anda lalu kacau sehingga sebati antaran putih dan kuning dan masukkan secubit garam, lada putih/hitam. Sediakan roti yang telah diletakkan keju macam kami setiap keping keju akan lapik sekurangnya tiga keping roti supaya ia menjadi tebal.


Panaskan kuali bersama minyak masak yang sedikit seterusnya tekapkan roti yang ada keju itu bersama telur ayam yang telah disebati tadi atas dan bawah secara berhemah.


Lalu masukkan kedalam kuali dan goreng seperti biasa, disaran menggunakan kuali non-stick(tidak melekat) bagi menjamin hidangan korang kekal cantik.


Apabila roti anda bersama telur ayam itu kelihatan kekuningan itu bermakna keju yang berada didalam itu turut sedang cair, jadi korang bayangkan betapa sedapnya melihat keju yang sedang cair bersama roti.


Setelah siap, hidangkan roti keju anda bersama mayonese dan sos cili bagi melengkapkan sajian pagi korang yang super sedap tu.


Hidangan Ikan Patin Masak Tempoyak Mudah Lagi Sedap

12:47:00 PG

Tibanya musim durian runtuh sudah pasti akan ada tempoyak namun kepada yang tidak gemar pada bau buah durian anda mungkin mengalami kerugian sedikit, tapi tidak mengapa tidak suka buah durian tidak semestinya tidak suka gulai tempoyak.



Tempoyak ni ada bermacam jenis cara masakan mengikut negeri paling penting tengok tangan siapa juga, kena tangan yang tak bedung haa korang telan jelah tapi kalau kena yang super sedap risau hirup kuah tanpa nasi woiii jangan buat pasal.


Mengikut pengalaman bahawa ada dua buah negeri cara masakan yang berbeza, nama hidangan mungkin sama tapi cara penyedian agak berbeza. Masakan negeri yang pernah saya rasa adalah dari air tangan orang Perak dan Pahang.



Masakan kuah tempoyak dari negeri Perak adalah lebih cair berbanding dari kuah tempoyak negeri Pahang namun itu tidak menjadikan isu cuma pendapat saya mengatakan mungkin kuah yang cair itu mempunyai sifat berjimat cermat dalam setiap masakan dia berbanding dari kuah tempoyak orang Pahang jika boleh habis satu balang tempoyak dia nak curah tujuan memekatkan lagi kuah.


Tapi tidak mengapa kerana itu cumalah andaian mengikut negeri sahaja, alangkah baik jika kita menjadi seorang individu tanpa menghiraukan kelahiran negeri manakah.


Siapa yang kata susah nak masak gulai tempoyak ikan patin ala temerloh pahang sila teruskan membaca bahan-bahan dibawah bagi memudahkan korang ketika memasak di dapur.


Sebelum petik api dapur pastikan korang sudah sediakan bahan seperti dibawah risau nanti dah masak separuh jalan tetiba garam habis pula kan tak syiok nanti.



Bahan Penyedian:-


- Ikan patin

- Tempoyak

- Asam keping

- Cili padi

- Bunga kantan

- Garam

- Gula

- Daun kesum

- Kunyit hidup


Korang kisar tempoyak bersama kunyit hidup dan cili padi (jika suka kepedasan) bersama air sedikit, setelah selesai curahkan hasil kisar itu kedalam periuk dengan api yang kecil doktor pakar pesan jika nak memasak pastikan menggunakan api yang kecil kerana ia lebih sihat berbanding menggunakan api yang besar.


Masukkan bunga kantan dan daun kesum lepas tu masak seketika beberapa minit sehingga daun kesum kelihatan layu, seterusnya masuk pula ikan patin dan teruskan memasak seketika sehingga mendidih paling penting berhati-hati ketika gaul supaya ikan patin tidak hancur kena senduk korang.



Perasakan dengan garam dan gula sehingga kena dengan citarasa tekak korang, selesai semua tu hidangan gulai tempoyak ikan patin korang sudah pun boleh dihidangkan kepada ahli keluarga atau untuk diri sendiri.


Hidangan Mee Ladna Menggunakan Mee Kuning Numee Gardenia

1:00:00 PTG

Tempoh hari kami diberitahu Gardenia telah mengeluarkan produk baharu mereka iaitu mee kuning, maka kami pun beli dan masak bersama kuah Ladna.



Kepada yang belum tahu mee kuning Numee Gardenia sila baca di pautan ini https://www.dtbn.com.my/. Syarikat 100% milik bumiputra iaitu Gardenia bakeries sdn.bhd .


Sebelum adanya Numee Gardenia ini kami sungguh jarang membeli mee kuning di pasaran ekoran tidak pasti siapa yang mengusahakan dan bagaimana tahap kebersihan penyediaan dan kilang. Maklumlah sudah banyak gambar-gambar disebarkan di Internet tentang pengusaha non-muslim yang tidak menjaga kebersihan.



Kepada sesiapa yang sedang mencari resepi santai untuk masak kuah Ladna sila rujuk dibawah.


Sebelum itu pastikan setiap produk dibawah dibeli dari peniaga Muslim dan jika boleh sokonglah ekonomi bumiputra di kawasan anda.


Bahan-bahan


- Mee kuning Numee Gardenia

- 5 ulas bawang putih (diketuk)

- 5 biji telur

- Isi dada ayam

- Udang

- Sotong

- Fish cake

- Sayur sawi

- Lobak merah

- Tomato

- Lada hitam

- Lada putih

- 6 biji cili - diketuk

- 2 sudu besar tepung jagung

- Sos tiram

- Garam atau megi secukup rasa

- Air secukupnya


Cara memasak


Ambil numee campurkan dengan telur 5 biji serta letak garam secubit dan gaul bersama. Panaskan kuali bersama minyak, goreng mee tadi dan biarkan seketika sehingga kelihatan kekuningan menandakan telah masak lalu angkat dan tapis.


Dalam kuali yang sama panaskan sedikit minyak masukkan bawang putih bersama cili goreng tumis sehingga naik bau. Masukkan ayam, fish cake, sotong dan udang lalu kacau sehingga hampir masak lepas itu masukkan sayur sawi, lobak merah dan tomato.


Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih seterusnya masukkan sos tiram, lada hitam dan lada putih. Perasakan dengan garam atau megi secukup rasa.


Haa jangan lupa letak tepung jagung untuk pekatkan kuah tadi risau nanti tak jadi ladna pulak, dah siap masak kuah tuangkan kuah ke atas mee yang telah digoreng bersama telur tadi.. siap.


Resepi Begedil Jagung Manis Yang Patut Anda Cuba Buat

1:13:00 PG

Bosan dengan hidangan harian anda? Ingin cuba hidangan lain yang mungkin jarang kita jumpa di Malaysia tapi ia tidaklah pelik kerana di negara Asia yang lain turut memiliki pelbagai menu resepi yang kita tidak pernah ambil tahu.



Rakan kami di seberang memberitahu daerah mereka mempunyai pelbagai jenis begedil bukan sahaja perisa kentang seperti yang selalu kita lihat di semenanjung Malaysia. Macam penulis jika diberi begedil kentang dengan nasi kosong pun mahu tiga kali tambah itu pun jika isinya mempunyai pelbagai lauk seperti ayam atau daging kisar.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan hidangan begedil jagung anda adalah seperti dibawah.:-



- 4 jagung manis

- 100 gram tepung terigu ( Dalam carian google mengatakan 'Terigu' adalah 'Gandum' )

- 1 senduk air ( Seeloknya air yang secukupnya )

- 2 tangkai daun ketumbar dan hiris halus

- 2 butir telur yang telah di sebati

- 3 biji cili padi merah yang dipotong

- 1/4 sendok pati ayam ( Secukup rasa yang diperlukan oleh tekak korang)

- Akhirnya sudah semestinya Minyak Masak untuk menggoreng


Dah siap bahannya nak tunggu apa lagi kasi marilah kita gabungkan keseluruhannya menjadi sebati sehingga menjadi hidangan perkedel jagung manis dari seberang ini.


Cara penyedian lanjut sila lewati laman web https://selerasa.com/ kerana resepi ini telah menjadi pilihan posting kami untuk kali ini.


Kepada yang sudah berjaya jangan lupa Pos Laju kepada kami, manalah tahu lebih sedap dari biasa bolehlah buat tempahan supaya boleh stok dalam peti sejuk.


Promosi Beli 1 Percuma 1 Di Fish & Co. - Tunetalk

8:44:00 PTG

Tunetalk menawarkan promosi beli 1 percuma untuk hidangan Mozzarella White Fish di Fish & Co. dengan harga hanya RM25.40.



Cara menebus promosi ini sangat mudah kepada pengguna Tunetalk yang menggunakan App. Pelangan hanya perlu memaparkan app my account ketika memesan hidangan.


Promosi ini sah dari tarikh 16julai - 31julai 2018. Dibawah ini adalah lokasi-lokasi yang boleh anda kunjungi jika ada masa di hujung minggu.



Lokasi Yang Terpilih Oleh Tunetalk


- Paradigm Mall

- The Mines

- The Main Place @ USJ21

- IOI City Mall


Lokasi Tidak Terpilih


- One utama shoping centre

- Sunway velocity

- Setapak central


Sedikit review mengenai makanan Fish & Co.


Pertama sekali isu sijil halal dimana sehingga hari ini aku masih tak dapat kesan di dalam portal jakim. Seterusnya jika kita lihat bentuk hidangan memang kita nampak arghh ikan goreng je pun tak kan tidak halal.


Walaupun ia hanyalah ikan goreng bersalut tepung akan tetapi kepada pelangan muslim mereka masih tidak dapat memastikan apakah bahan-bahan yang digunakan itu benar-benar halal dan diluluskan oleh jakim.


Walaubagaimanapun restoran Fish & Co. tetap masih ada pelangan muslim yang masuk tanpa rasa was-was. Maka dalam isu halal atau non-halal harap pelangan muslim silakan bertanya.


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web mereka.

http://www.fish-co.com/promotions


Makanan Colek Di Kota Bharu Kelantan Memang Love

1:13:00 PG

Atas permintaan majikan yang terlalu berharap ingin menghantar aku travel ke negeri kelantan atas urusan kerja yang sukar dikawal oleh pihak sana, maka aku pun mengatakan setuju dan pada mulanya orang atasan menawarkan menggunakan pengangkutan udara yang dikatakan akan tiba disana kurang dari 1 jam.



Aku pun respon kepada orang atasan, perjalanan ke negeri kelantan jika melalui udara memang kurang dari 1 jam, tetapi masa untuk menunggu flight tu rasanya mahu lebih dari sejam kerana pihak syarikat penerbangan ingin para pelangan check in awal.


Seterusnya aku menawarkan untuk menggunakan pengangkutan sendiri dan ikut kiraan kilometer yang dibenarkan dan akhirnya pihak atasan meluluskan kerana mempunyai alasan kukuh membawa beberapa peralatan.


Jika luar semenanjung memang logik menggunakan laluan udara kerana tak kan pula aku nak bawa kenderaan menyelam merentasi lautan malaysia untuk tiba ke perairan sarawak.



Colek-colek di Kelantan


Makanan ini memang terkenal di negeri cik siti wan kembang ( kelantan ), kerana kata rakan sekerja disini rakyat pantai timur ni tiada perkara lain melainkan menikmati makanan.


Katanya di negeri kelantan tidak seperti negeri yang lain yang mempunyai pelbagai aktiviti hiburan seperti pusat karaoke dan lain-lain. Di kelantan aktiviti kami tidak lain tidak bukan ialah menikmati makanan.


Oleh kerana itulah jika orang luar berjalan di negeri kelantan mereka akan melihat kedai makan sepanjang jalan. Sehinggakan tidak tahu ingin berhenti atau memilih lokasi untuk menyantap.


Dinasihatkan jika orang luar datang berjalan di bandar kota bharu, mohon cari kenalan yang boleh menemani anda berjalan kerana bahasa itu menunjukkan bangsa dan budaya. Seperti biasa yang terjadi dimana-mana jika loghat tidak sama ia akan mudah dikenali oleh orang tempatan sekaligus ia akan menyukarkan kita sebagai orang luar untuk melakukan tawar menawar.


Colek ini macam Rojak ke?


Pada pandangan mata aku, cara hidangan memang kelihatan seperti rojak kerana boleh dikatakan semua makanan dicampur ke dalam 1 pingan. Tapi bila ditanya pada orang tempatan ia jawab bukan rojak tapi colek-colek.


Aku pun haaa kan aje disebabkan rojak dan colek adalah hidangan dan rasa yang berlainan, colek dihidangkan dengan pelbagai campuran lauk pauk seperti sotong sumbat pulut, ayam goreng, ikan goreng, paru, togey, tauhu, timun serta disaluti bersama sos (kuah) yang sedap.


Begitu juga dengan colek buah, dalam satu pingan tu penuh dengan pelbagai potongan buah-buahan. Ada yang masam, tawar, manis serta pahit pun ada kata orang pahit itu ubat nahh amik kau.


Tiada gambaran yang boleh dikongsikan


Adakala aku mempunyai perasaan segan untuk mengangkat kamera tambahan lagi jika ketika dalam suasana orang ramai. Pergh aku cakap sama korang, nak angkat telefon pintar pun segan apa lagi nak guna kamera yang ada tu untuk ambil gambar makanan atas meja.


Risau nanti kata orang tempatan aku ni orang gila sebab ambil gambar makanan tidak kira tempat tambahan lagi lokasi yang aku datang makan tu memang tak tunggu lama. Rata-rata pelangan yang datang memang makan-makan terus angkat buntut balik untuk beri tempat duduk kepada pelangan yang baru sampai.


Maka aku pun tanpa melengah masa, zup zup terus menerus menikmati colek yang mempunyai pelbagai lauk pauk sehinggakan tak sempat nak belek whatsapp dan lain-lain di telefon pintar.


Cuma yang aku boleh dapat adalah gambaran dari celahan google iaitu ada insan blogger yang sudi berkongsi gambar seperti diatas itu haaa.. Menarik kann !


Lokasi makan Colek di kota bharu kelantan?


Haaa .. ni lagi satu perkara yang sukar untuk aku jawab kerana ketika itu rakan sekerja yang bawa tahu je dah sampai. Tapi spot lokasi yang aku boleh kongsi adalah di cherang kota bharu, kelantan.


Lebih dari itu mohon awak menggunakan enjin carian google untuk mendapatkan senarai lokasi yang menjual juadah colek ayam, colek buah di kawasan kota bharu, kelantan.


Nikmati Hidangan Sambal Ikan Kembung Besar

11:01:00 PTG

Ikan kembung besar? aku sendiri tak tahu ikan kembung mempunyai spesis besar sebab selalunya kita lihat di pasar ikan kembung tidaklah besar mana pun.



Lauk kali ini kata chef dirumah adalah hanya menggunakan ikan kembung besar sebab isi dia pasti banyak dan tebal jadi sesuai untuk disaluti dengan sambal atau sos.


Sebenarnya aku tak kisah pun tentang ikan tu sebab hidangan utama aku paling penting harus mempunyai kuah atau sambal supaya boleh digaul bersama nasi putih dan rasanya pasti perghhh sedap sehingga menjilat jari jemari.


Hidangan ini juga boleh dikatakan sungguh cepat dan mesra pengguna kerana ia sangat mudah untuk disediakan. Pertama kata chef aku ikan kembung saiz besar itu harus di goreng bersama tepung sehingga kelihatan garing



Seterusnya masa untuk menyediakan bahan-bahan sambal, pada aku tidak perlulah aku ceritakan apakah yang perlu korang buat untuk persedian sambal kerana aku pasti korang lebih hebat dalam bidang masakkan.


Maka dengan ini korang tatap lah wajah hidangan ikan kembung yang disaluti sambal serta sayuran campuran (mix vege) yang digaulkan sekali dengan sambal.


Dah siap tunggu apa lagi, jika rajin ambil gambar sekeping dua lepas tu baca doa makan dan terus ngap ngap masuk ke mulut lalu jatuh ke perut. Hehehe!


Resepi Ayam Bakar Bersama Sayur Brokoli

9:29:00 PG

Adakala badan kita memerlukan makanan diet dan berkhasiat bukan apa, ia adalah kerana kita selalu terdedah dengan makanan yang berminyak. Makanan berminyak juga boleh membuatkan berat badan kita naik dan sukar untuk turun jika mempunyai sikap malas untuk bersenam.



Makanan berminyak juga boleh menggangu sistem penghadaman akan memberi tekanan pada sistem usus. Di antara nutrisi lainnya seperti karbohidrat dan protein, lemaklah yang paling lambat untuk dihadam dan memerlukan enzim untuk memecahnya.


Seterusnya bileh badan kita mempunyai makanan yang bergoreng berlebihan, ia akan mengganggu kesihatan organ dalaman kita terutama jantung dan penyakit kolestrol. Walaupun pada zaman moden ini mempunyai ubatan moden khas untuk pesakit kolestrol malah pakar saintis juga telah menyatakan di sebuah buku perubatan di perpustakaan iaitu ubatan moden mempunyai tindak balas yang negatif kerana ia mempunyai kandungan kimia dan lain-lain.



Pakar saintis dunia juga telah mensarankan manusia pada hari ini mengamalkan makanan organik atau tumbuhan semulajadi seperti sayuran untuk memperolehi kesihatan yang menyeluruh. Kerana sudah terbukti makanan dari tumbuhan semulajadi mempunyai kandungan-kandungan yang baik untuk badan manusia berbanding dari ubatan moden yang berbentuk kapsul mahupun pil.


Brokoli adalah sayuran yang kaya dengan khasiat, jika ingin tahu lebih lanjut sila lawati artikel sebelum ini disini. Kepada yang masih tidak suka makan sayuran anda telah rugi satu peluang untuk memiliki khasiat yang lebih baik dan murah dari produk kesihatan moden di pasaran.


Penyedian ayam diatas sangat mudah ia hanya perlu perap terdahulu mengikut bahan kesukaan anda sebagai contoh aku perap menggunakan serbuk kunyit, lada hitam dan bawang selama 24jam dan secubit garam secukup rasa. Setelah itu anda boleh menggunakan kuali jenis tidak melekat atau ketuhar panas tapi ingat jangan sesekali menggunakan minyak masak kerana ayam itu akan mengeluarkan minyak tersendiri ketika masak.


Pastikan ayam itu kelihatan seakan kekuningan baru angkat jangan terlalu garing atau hitam. Selepas tu masukkan beberapa sayuran brokoli disebelah ayam bakar itu selama 2 minit untuk ayam itu menyerap rasa dari brokoli tapi jangan sampai ia jadi layu.


Selepas 2 minit anda sudah boleh keluarkan dan hidangkan, nikmati ayam bakar yang mempunyai serapan brokoli. Kata pakar kesihatan pemakanan jumlah nasi harus lebih sedikit dari jumlah lauk maka ia menyarankan kita untuk memakan lauk lebih dari jumlah nasi.


MATHAF : Thailand Halal Food Festival Di Petaling Jaya

11:14:00 PTG

Malaysia Thailand Halal Food Festival(MATHAF) sedang berlansung di petaling jaya berhampiran Giant Sri Manja, Petaling Jaya Selangor. Di situ dipenuhi dengan pelbagai aneka makanan dari Thailand yang kelihatan sedap.



Festival itu berlanjutan dari 19april sehingga 28april 2018 dari jam 10pagi sehingga 12 tengah malam. Setelah aku membuat tinjaun kelihatan memang menarik tambahan lagi lokasi itu betul-betul berhampiran dengan pasaraya Giant.


Maka senang bagi pengunjung untuk membeli belah di Giant sekaligus menikmati pelbagai hidangan dari Thailand sebagai contoh yang terkenal di Malaysia adalah somtam dan kerabu.



Sebelum ini MATHAF juga pernah diadakan di penang dan baru-baru ini di shah alam, selangor. Jadi bagi penduduk petaling jaya yang tidak sempat pergi festival di shah alam tempoh hari kini anda berpeluang hadir di pasaraya Giant sri manja untuk menikmati hidangan Thai yang anda gemari.


Setelah aku membuat tinjauan siang tadi dapati gerai-gerai mereka sudah mula dipenuhi dengan pengunjung berdekatan. Cuma pada hari pembukaan festival itu peniaga menghadapi sedikit cabaran iaitu mengenai cuaca kerana di sebelah petang hujan lebat sedang membasahi bumi.


Walaupun hujan ia tetap tidak mematahkan semangat pengunjung untuk hadir menikmati makanan kegemaran mereka. Tambahan lagi khemah dan payung semua lengkap untuk para pengujung berteduh dari hujan sambil menikmati hidangan.



Menariknya lagi festival itu berlangsung sehingga jam 12 tengah malam, bagi yang baru pulang dari tempat kerja korang turut sempat untuk merasai makanan Thailand.


Cuma dari pengalaman aku yang pernah travel di kelantan, harga makanan thailand di festival ini jauh mahal dari di kelantan. Cuma aku berpendapat positif sebagai peniaga diluar sana tambahan lagi dari jauh seperti siam.


Perjalanan mereka mungkin memakan berjam-jam untuk memeriahkan festival MATHAF di Malaysia, mereka juga pasti harus membayar sewa tapak peniagaan mereka di setiap festival.


Tidak mungkin penganjur akan menyediakan tapak percuma buat mereka, belum masuk kos barang mentah mereka kerana apa yang aku dapat lihat peniaga disitu juga akan masuk ke pasaraya Giant untuk membeli bahan-bahan yang kurang.


Akhir sekali aku curiga terhadap peniaga-peniaga kerana tidak semua kelihatan seperti dari siam malah aku lihat ada juga peniaga tempatan yang berasal dari kelantan menjadi sebahagian peniaga warga Thai tapi kata kenalan aku kelantan-siam tiada beza.


Ketahui Manfaat Dan Khasiat Brokoli Untuk Tubuh Anda

4:22:00 PTG

Setiap sayuran mempunyai khasiat yang tersendiri serta mempunyai rasa yang berbeza. Ada pahit, tawar dan rasa seakan lemak.



Tapi semua rasa itu bergantung pada cara penyediaan dan masakkan. Jika terlebih bahan khasiat sayuran akan hilang manakala jika kurang bahan sudah pasti sukar untuk kita menikmati bersama nasi putih.


Dalam artikel ini akan aku kumpaskan sedikit sebanyak khasiat brokoli. Ia salah satu makanan popular dari Rom kuno dan tumbuh di tepi laut Mediterranean.


Penggunaannya dapat dikesan pada abad ke-16 oleh perancis dan inggris sekitar pada tahun 1700-an.


Cara memanfaatkan brokoli adalah dimakan secara mentah kata penduduk nusantara dijadikan sebagai ulaman. Menjelang era zaman komodenan para saintis juga membuat kenyataan ia juga baik dimakan secara mentah akan kerana khasiatnya.



Brokoli didapati mempunyai dua kali ganda vitamin C daripada buah oren.


Manakala jumlah kalsium dia hampir sama dengan susu segar dan paling menarik mengandungi sifat anti-kanser.


Kepada yang sedang mengamalkan pil moden vitamin C, eloklah mengamalkan pemakanan tumbuh-tumbuhan kerana sudah terbukti ia memberi kita manfaat kesihatan.


Kajian saintis juga mengatakan mengamalkan pemakanan brokoli dapat meningkatkan keupayaan tubuh manusia serta baik untuk menyahtoksik kandungan dalam usus perut.


Brokoli juga bagus dijadikan sebagai minuman kesihatan kerana khasiatnya juga dapat dimanfaatkan untuk melindungi sel-sel daripada berlaku kerosakkan DNA.


Jadi tunggu apa lagi ramai-ramai pergilah dapatkan brokoli. Tapi sebelum tu khabar angin mengatakan harga sayuran ini agak mahal untuk diamalkan.


Jadi nasihat dari aku, dari mengamalkan ubat-ubatan moden alangkah lebih baik berbalik pada basic iaitu kembali kepada makanan semula jadi.


Resepi Petola Dan Kebaikkan Khasiatnya Untuk Dalaman Kita

2:29:00 PTG

Luffa atau dikenali sebagai petola adalah sejenis sayuran yang digemari oleh negara asia, tapi tidak pada orang yang tidak memakan sayuran.


Percaya atau tidak sehingga kini masih ada lagi yang tidak makan sayuran malah sanggup mengambil masa untuk mengetepikan dalam setiap hidangan.



khasiat petola ni salah satunya dipercayai mampu membersihkan darah, kata orang disebalik rasa pahit itu tersimpan pelbagai khasiat dan penawar.


Menjadikan petola sebagai makanan harian atau kerap adalah cara berkesan untuk membersihkan darah di samping itu ia bertindak untuk meningkatkan kesihatan hati.


Seterusnya orang kampung juga yakin petola juga boleh dimanfaatkan oleh orang yang berpenyakit kencing manis kerana kewujudan insulin seperti peptida dalam sayuran ini dapat mengurangkan paras gula dalam darah.



Penyedian hidangan petola sungguh mudah, kalau untuk orang yang rajin dan mempunyai waktu yang banyak di dapur sudah pasti mampu menyediakan hidangan yang sempurna. Tapi lain pula hidangan orang yang mengejar masa sebagai contoh yang berstatus bujang.


Ada golongan mementingkan citarasa dan kesedapan di tahap 'A' manakala bagi orang yang memikirkan makan untuk hidup ia tidaklah susah mana untuk menyediakan masakkan petola ni.


Kata dari golongan surirumah ia lebih sedap jika memasukkan suhun dalam hidangan tapi cara aku pula, memanfaatkan ikan bilis kedalam hidangan sebagai gantian kepada suhun.


Secara tidak langsung bila kau sedang kelaparan yang kritikal hidangan yang simple macam tu pun akan kau telan dengan mengatakan 'Sedap Sungguh'. Hehe!


Maka tidak perlu aku nak letakkan cara-cara penyedian oleh kerana ia hanya perlu tumis bersama bawang seperti biasa cuma jangan pula kau lupa membuang bahagian kulit petola tu sebelum memasak.


ZALORA

Pizza Samyang Dari Dominos Pedas Tapi Sedap

8:14:00 PTG

Lagi² dominos pizza, ya buat yang masih belum mencuba edisi samyang dari dominos pizza nak beritahu ia memang pedas kalah cili padi.



Tak merancang pun nak merasa pizza edisi samyang ni maklumlah kais pagi makan pagi. Oleh kerana mempunyai voucher regular percuma maka aku pun buatlah tempahan sebab sedang murah kan.


Sedang sibuk belek web dominos malaysia tiba² cawangan dominos terdekat gagal untuk melakukan penghantaran kerana mempunyai ramai pelangan.


Jadi tak lah jadi masalah pada aku, maka aku alihkan jadual penghantaran kepada jam berikutnya.


Aku terkejut kerana dengan sukarela dominos menawarkan pizza percuma atas alasan kerana menghantar pesanan lewat.


Aku pun apa lagi sudah ada voucher diskaun tambahnya lagi pizza percuma, maka aku terus sambar edisi samyamg size regular.


Hmmm! akhirnya merasa jugalah pizza edisi samyamg sehinggakan orang rumah pun tak tahan kepedasannya.


Terima kasih kepada dominos Malaysia kerana bagi voucher lagi percuma regular pizza pula tu pihak ibu pejabat siap hubungi pada keesokkan hari untuk bertanya status penghantaran lambat.


Dari 10 markah aku bagi 8/10 untuk servis dan cara pemasaran.


https://www.dominos.com.my/


ZALORA

Cara Berjimat Memilih Hidangan Dirumah Ketika Bujang

2:39:00 PTG

Makan diluar atau makan dirumah tiada salahnya kerana masing-masing mempunyai citarasa dan masalah sendiri. Cuma ada beberapa pendapat dari masyarakat yang memilih untuk makan dirumah kerana lebih tenang dan jimat jika dibandingkan diluar.


Jika aku, setelah makan dirumah pasti akan cari lokasi yang menarik untuk menyandar kekenyangan. Manakala jika makan diluar aku harus memikirkan hal-hal yang remeh sebagai contoh menanti pelayan restoran untuk kira atau beratur di kaunter untuk membayar atau memilih hidangan.


Belum diambil kira terpaksa menuju semula ke kereta atau motosikal untuk pulang ke rumah, manakala sesetengah individu juga akan kira jumlah kos perjalanan seperti petrol dan masa. Ini bukan kerana 'kedekut' atau tidak, tapi hal ini wajib diambil kira oleh setiap generasi atau individu.



Aku juga pernah melalui pengalaman dimana orang tua sibuk menyiapkan hidangan dirumah, pada masa itu juga boleh dikatakan hidangan dari air tangan seorang mak lebih sedap dan menarik dari hidangan diluar.


Tapi disebabkan pengaruh dari rakan-rakan pada masa itu yang sedang gemar melepak tak kira siang mahupun malam, terpaksa juga aku memilih makanan diluar yang tidak begitu menyelerakan malahan tidak berbaloi dengan harga.


Kini umur makin tua dan mula belajar dari kesilapan yang lalu iaitu bab makan. Katakan jika diluar kita makan hidangan seperti nasi campur. Macam aku lebih gemar kenakan nasi dengan kuah lemak dan memilih ikan keli goreng serta sedikit sayuran, harga untuk hidangan seperti itu dikenakan sekitar RM5-RM7(lembah klang).


Diatas belum masuk harga air, seterusnya aku mula sedar akan kesilapan ini dan mula mencari akal dan mendidik diri supaya berfikiran lebih positif.


Hari ke hari yang berikut aku mula mengajar diri dengan memikirkan satu perkara iaitu, 'Hidup untuk makan atau Makan untuk hidup'. Tapi jika dengan orang perempuan ayat ini sukar digunakan kerana kaum 'hawa' mempunyai sifat mencuba yang tinggi.


Cubaan berjimat ketika memilih hidangan dirumah, aku cuba memilih lauk yang simple tapi menyelerakan. Sedap atau tidak jangan sibuk fikirkan dahulu kerana memasak ni kata orang lama perlu yakin dan mempunyai ilmu di dapur sahaja.


Kerana nikmat kesedapan semuanya datang dari 'Allah' kita sebagai hamba hanya usaha sahaja. Seterusnya pastikan rumah kita memiliki beras untuk dimasak dan cari pasaraya berdekatan atau kedai runcit yang menjual bahan basah dan kering.


Macam kawasan aku ini mempunyai Mydin Mart menjual bahan basah dan kering cuma harga dia tidak serupa macam pasaraya atau pasar pagi tapi masih dalam misi jimat.


Oleh kerana aku suka sayuran ketika makan nasi, pilihan aku adalah kobis(cameron)*RM2.75, cili padi(merah)*RM2.20, Bawang merah(besar)*RM2.29.**(Aku hanya senaraikan bahan yang aku tiada)


Eh! tak kan makan nasi dengan sayur kobis? Nanti dahulu, cuba tanya pada diri sendiri boleh tak uruskan bahan basah seperti ayam atau ikan segar di dapur.


Jika Ya! anda baru sahaja menuju kearah penjimatan tahap hard core kerana mampu mengurus bahan mentah untuk dijadikan lauk. Manakala kepada yang tidak suka akan kerja itu anda boleh sahaja memilih bahan beku seperti jenama 'Ayam goreng salut tepung'.


Atas pengalaman aku ketika berseorangan ayam goreng salut tepung itulah banyak membantu cuma harganya agak mahal dari ayam mentah di pasar.


Aku pernah memilih jenama 'Saudi Fried Chicken Crispy' harga sekitar *RM11.81, yang berbaloinya ayam beku ini kita boleh catu untuk beberapa hari manakala jika kau lebih dari seorang pendapat aku memang tak cukup.


Kita berbalik pada semua jumlah diatas pada aku mungkin boleh digunakan lebih dari 1hari.

- Kobis(cameron)*RM2.75

- Cili padi(merah)*RM2.20

- Bawang merah(besar)*RM2.29

- Saudi Fried chic(800gm)*RM11.81

Total= RM19.05(tidak termasuk GST%)


Katakan jika aku ambil harga kasar nasi lauk ikan keli dan sayur sekitar *RM7x5hari = *RM35 ,manakala jika bahan diatas boleh dicatukan untuk 5hari kita telah berjimat dengan hanya *RM19.05 .


Dalam erti kata lain tidak mungkin setiap hari aku makan nasi lauk ikan keli dengan sayur selama 5hari. Adakala pasti akan menukar citarasa sebagai contoh hari ini kobis esok pula kangkung dan seterusnya telur dadar haaa macam tu.


Jangan pula hari-hari kau telan 'Saudi fried chicken' mahu koyak dompet tu nanti. Walaupun hari-hari kau beli bahan berlainan hakikatnya kau masih dalam kategori jimat kerana setiap yang kau beli itu dalam kuantiti bukan sekali makan.


Jadi, kita masih boleh simpan di peti sejuk untuk dimakan pada hari yang lain pula. Manakala konsep seperti ini juga akan membuatkan barang dapur kita tidak pernah habis dengan makanan melainkan kau bela singa atau harimau yang kuat makan.


https://www.dtbn.com.my/


Resepi Sambal Goreng Ikan Bilis Gaya Orang Bujang

8:32:00 PG
Beberapa hari lepas aku diperkenalkan dengan produk makanan yang agak trending di pasaran buat masa ini iaitu ‘sambal bilis goreng’ dengan harga yang pada aku tak berapa mahal tak berapa murah.

Pada mulanya aku bertanya harga promosi ni berapa, lalu tukang jual pun jawab ‘kalau awak punya pasal saya jual RM7' . Manakala jika bukan promosi harganya pula boleh mencecah dari RM10 hingga RM15 bergantung pada saiz yang ditetapkan.

Maka sahabat aku sorang ni pun belilah untuk mencuba lalu katanya setelah rasai dirumah ‘mujur harga promosi jika tidak memang makan sambal cili sahaja’.

Sekejung.com_sambal_goreng

Tidak lama begitu, datang lagi penjual itu kepada kami dengan membawa produk konsep baru iaitu ‘sambal goreng (extra bilis) dengan harga ketika itu sekitar RM15–RM18 mengikut saiz yang ditetapkan.

Kali ini sahabat ni pun menolak untuk membeli kerana tempoh hari sudah gaul sambal goreng dengan nasi putih katanya. Wajah ikan bilis jauh sekali untuk jumpa melainkan cili goreng yang begitu banyak.

Disini bukan aku ingin komplen produk jualan warga malaysia terutama bangsa melayu, cuma kalau boleh jangan sahaja mencari jalan untuk menuju kekayaan tapi jika boleh fikirkan juga untuk beri nikmat kepada pelangan. Kalau jual sambal goreng bilis pula sedikit bagus cakap ‘saya jual sambal goreng sahaja’.

Tidaklah pelangan terkilan setelah membeli produk dari anda, manakala jika ingin ceburi dalam bidang makanan mohon juga jaga kebersihan jangan pula tersesat helaian rambut di sambal atau produk makanan yang sedang anda komersial kan kepada umum.

Maka aku dengan sukarela pun cuba melakukan experiment(Ujikaji) untuk buat sambal goreng bilis cara sendiri atau resepi sendiri. Sebenarnya bukan resepi sendiri pun sebab aku ni jika didapur suka ikut cara campak-campak je sedap atau tidak belakang cerita yang penting yakin.

Bahan-bahan (yang ingat sahaja manakala jika ada bahan tertinggal tu korang tambah sendirilah.)
- Cili kering
- Ikan bilis
- Garam
- Sos tiram
- Asam jawa
- Bawang merah/putih

Cara-cara:
- Kisar cili kering bersama minyak masak.
- Tumis bawang bersama sedikit minyak sehingga naik bau.
- Masuk cili kering dan gaul bersama air sehingga mendidih.
- Aku punya resepi `campak²’ sos tiram dengan asam jawa pun dimasukkan sekali.
- Untuk penjimatan masa, dapur bahagian sebelah boleh digunakan untuk goreng ikan bilis sehingga rangup.
- Pastikan sambal dalam kuali sedang mendidih dan mula kelihatan seakan kering dan garing.
- Masuk ikan bilis yang telah digoreng tadi untuk digaul bersama sambal itu sehingga sekata dan cukup rasa.
- Bahagian cukup rasa tu korang tambah² la sendiri.

**Cara hidangan diatas tidak ada kena mengena dengan yang mati atau masih hidup, ia hanyalah ujicuba berdasarkan keyakinan sendiri dan anda juga berhak untuk tidak cuba atau pun mencuba resepi diatas.

ZALORA
 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)