Terkini

Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Resepi Pau Goreng Sambal Ikan Bilis - Homemade

6:19:00 PTG

Jika ada lebihan sambal ikan bilis boleh cuba pau goreng sambal bilis ini. Tapi harini saya kongsikan resepi adunan pau sahaja tau. Caranya sangat-sangat lah mudah bahan-bahan senang sentiasa ada di dapur korang kan.



Sedapnya Pau Sambal kena pula jika dihidangkan ketika minum petang, alangkah nikmatnya. Malah ia juga sesuai dijadikan menu sarapan bagi korang yang nak cuba buat kuih ni, resepi perkongsian saudari Norsyahira Binti Yaacob ini antara yang berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.


Kepada yang belum pernah ada pengalaman dinasihatkan mencuba dengan kuantiti yang sedikit bagi mengelak sebarang pembaziran jika gagal namun keyakinan haruslah tinggi ketika mencuba.



Bahan A

Tepung gandum 2 cawan

Baking powder 2 sudu kecil

Yis mauripan 1 bungkus

Gula satu sudu

1 cawan air

Cara-cara

Yis tu rendam bersama air suam sebanyak satu cawan campur dengan satu sudu gula hingga berbuih. Ambil tepung gandum dan baking powder gaul sama rata. Bila dah rata masukkan yis tadi gaul dan uli hingga doh menjadi lembut.


Biarkan selama 1 jam hingga doh tersebut kembang kemudian baru bentukkan menjadi pau setelah itu haa goreng menggunakan minyak yang panas siap.


Resepi Soto Ayam Sedap Dengan Kuah Bening

9:13:00 PTG

Soto Ayam agak sama dengan sup ayam tapi ada beberapa kelainan terhadap bahan-bahan apa pun hidangan sangat popular di nusantara. Resepi juga telah banyak di tokok tambah mengikut citarasa tempatan tapi dalam artikel ini saya kongsikan resepi tersendiri yang mudah untuk anda ikuti.



Sebelum itu penyedian bahan-bahan haruslah sempurna dan tersusun jika tidak pandailah korang tokok tambah mengikut citarasa sendiri.


Kepada yang baru nak berjinak di dapur tolong pastikan anda mulakan dengan kuantiti yang kecil bagi mengelak pembaziran, tapi jika yang sudah mahir tahap campak-campak je tapi sedap yeah! andalah sifu kami.




Kuah Soto

- Bawang Merah

- Bawang putih

- Halia

- Lengkuas

(Semua bahan perlu dikisar atau tumbuk)

- Serai

- Kulit kayu manis

- Bunga lawang

- Serbuk sup

- Serbuk kurma

- Air rebusan ayam

- Cara masaknya seperti masak sup

- Tumis dahulu bahan yang ditumbuk atau kisar.

Bahan-bahan B

- Nasi impit

- Bihun atau suhun yang di goreng

- Kacang tanah

- Tauge ( Tidak perlu celur )

- Daun sup dan bawang

Sambal kicap

- Cili api hijau ikut kepedasan

- Bawang putih satu labu

- Kicap manis.


Harap perkongsian diatas ini dapatlah membantu anda menyediakan hidangan sup ayam atau soto ayam nampak mudah bukan? Jadi cubalah kongsi-kongsi dengan rakan dan jiran berdekatan.


Advertisement

Resepi Kuah Ladna Yang Boleh Anda Cuba - Keow Teow Ladna atau Mee Kung Fu

9:41:00 PTG

Keow Teow Ladna atau Mee kung fu sebenarnya kuah di lebih kurang sama namun ia bergantung pada air tangan masing-masing.



Senang cakap masak ni tak semestinya kena hensem atau cantik macam dalam rancangan masakan dalam kaca tV yang sebenarnya adalah usaha dan keyakinan korang ketika berada di dapur.


Bahan-bahan tidak semestinya sama seperti resepi dibawah dan boleh jer ubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur anda. Resepi ladna kuahnya mudah membuat orang berasa cepat muak tapi untuk kawal perkara itu haruslah disediakan bersama potongan cili padi bagi lidah kita terasa pedas.



Bahan A

Keow teow

Kicap

Minyak bijan

Semua bahan di goreng dengan sedikit minyak.

Bahan B

Bawang Putih 3 biji

Cili Api Merah 4 biji...ikut kepedasan

Sotong

Udang

Isi ayam

Lobak merah

Sayur sawi@ kailan

Air

Serbuk ayam Maggi

Sos seasoning

Garam

Tepung jagung

Cara penyedian

Tumis bawang putih bersama cili api merah, bila dah garing masuk kan sotong, udang, dan isi ayam. Kemudian masuk kan lobak merah tumis hingga lembut dan masukkan air ikut kuantiti yang dikehendaki.


Bila dah masak masuk sos seasoning, serbuk ayam maggi dan garam secukup rasa. Kemudian bila kuah dah masak anda bancuh tepung jagung dengan air biasa lalu masukkan ke dalam kuah tadi hingga menjadi pekat.

Advertisement

Resepi Singgang Masak Asam Pedas Cara Kampung Dan Sesuai Untuk Yang Sedang Pantang

9:21:00 PTG

Singgang masak asam bagi orang kampung ia sudah cukup memadai untuk disatukan bersama nasi putih namun lauk yang sesuai adalah ikan kembung. Selit pula dengan ulam lepas tu cicah budu atau tempoyak memang menambah nasi la korang.



Artikel ini akan kongsi cara penyedian resepi singgang masam asam, bujang ke atau dalam pantang ke memang sesuai sebab ia sangat mudah dan main campak-campak je terus boleh dihirup sup dia.


Seperti biasa kita perlu melengkapkan beberapa bahan seperti dibawah tapi kalau ada yang kurang haa minta personal shoper pergi berlari cari bahan ya.



Bahan-bahan

1. Bawang besar 2 biji

2. Bawang putih 3 ulas

3. Belacan

4. Cili kisar

5. Asam keping

6. Daun kesum

7. Kacang bendi

8. Ikan kembung

9. Garam sedikit


Cara-cara

Bahan nombor 1-4 kisar bersama sedikit air kemudian masukkan dalam periuk bersama air, daun kesum, asam keping dan cili kisar setelah itu rebus. Masukkan pula kacang bendi rendam sehingga masak atau empuk lalu masuk ikan pilihan anda contoh kembong boleh juga cuba letak ayam atau seafood tapi jangan tanya macam mana rasanya nanti akhir sekali masukkan garam mengikut lidah anda sebab yang nak makan pun tekak korang.


Jika menjadi sila beritahu diruang komen manakala jika sebaliknya harap korang tabah dan cuba lagi mengikut kemahiran tersendiri orang cakap jika didapur tidak semestinya kena ikut sepenuhnya dalam buku resepi.


Resepi ini dikongsi oleh NorSyahira Binti Yaacob.


Resepi Rendang Kerang Yang Boleh Anda Cuba Pasti Sedap

8:54:00 PTG

Rendang kerang selain sedap dimakan dengan nasi putih, juga sangat sedap dimakan dengan nasi lemak dan pulut kuning. Dalam posting ini saya kongsikan rendang jenis kering.



Sebelum itu jangan terkejut jika harga redang kerang agak mahal maklumlah nak menumis lagi nak keluarkan kerang lagi eh macam-macam lagi yang perlu dilakukan.


Nak tahu susah tahap yang macam mana? haa mari teruskan dengan penyedian bahan-bahan dibawah nak tengok kita sanggup layan ke tidak atau lebih mudah makan nasi kicap lauk telur mata.



Bahan-bahan

2 kg kerang direbus dan dikupas


Bahan-bahan untuk dikisar

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2 inci lengkuas

2 inci halia

2 inci kunyit hidup

1 batang serai

15-20 tangkai cili padi


Lain-lain bahan

1 sudu besar rempah kari

1 keping asam keping

2 sudu besar kerisik

1 sudu gula

1 1/2 cawan pati santan

Garam dan bahan perisa secukup nya

Daun kunyit dihiris halus


Cara membuatnya

1) Masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar, pati santan, rempah kari dalam kuali. Masak di atas api sederhana sehingga sedikit kering, kemudian masukkan kerang dan gaul sampai sebati.


2) Biar sehingga rendang sedikit kering, kemudian masukkan pula kerisik, garam dan bahan perisa. Kemudian masuk daun kunyit lalu gaul sehingga rendang kering (Rendang yang kering atau berkuah mengikut citarasa sendiri).


Resepi ini dikongsi oleh NorSyahira Binti Yaacob.


Resepi Kek Batik Coklat Bersama Biskut Marie

9:37:00 PTG

Kek batik sangat digemari oleh orang melayu terutama di Malaysia, Brunei dan Singapura pula tu cara penyedian juga amat mudah kerana hanya menggunakan bahan-bahan seperti Milo, serbuk Coklat, Susu pekat dan lain-lain.



Hidangan ini sangat sesuai dibuat ketika menyambut tetamu atau dijadikan sebagai kudapan semasa namun ia tidak sesuai diamalkan selalu kerana kandungan gula sangat tinggi maklumlah bahannya semua manis belaka.


Kalau penulis hari-hari nak ngadap kek batik jika boleh tapi itulah kesihatan harus diutamakan paling penting selepas makan pastikan meminum air suam dengan kadar yang banyak jika tidak maka tepu laa lemak dalam badan korang tu nanti.




Bahan-Bahan

- 600gm Biskut Marie

- 1 Cawan Air

- 1 Cawan Milo

- 1/2 Cawan Serbuk Koko

- 1 Cawan Susu Pekat

- 250gm Marjerin/Buttercup

- 3 Biji Telur

- Esen Vanila

-



Cara penyedian

- Cairkan butter/marjerin dalam kuali.

- Masukkan susu pekat, milo dan serbuk koko lepas itu kacau seketika supaya sekata tak berketul.(api kecil).

- Masukkan telur yang dikacau dahulu supaya tak berketul.

- Masukkan air kacau sampai agak pekat sudah boleh tutup api.

- Masukkan biskut marie gaul sebati. selepas itu masukkan dalam loyang jangan lupa padatkan.

- Masukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum kek batik dipotong. Siap! Selamat mencuba.



Resepi Ayam Masak Kicap

12:46:00 PTG

Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan sedap sangat makan bersama nasi yang panas-panas. Pasti ramai yang menngemari ayam masak kicap dan ada pelbagai versi cara untuk memasaknya.



Resepi ayam masak kicap ini saya lebih suka kuahnya mestilah pekat, lemak manis dan pedas secukup rasanya. Untuk resepi ini saya letak serbuk cili atau cili kisar bagi memekatkan kuah dan pedasnya secukup rasa.


Bahan-Bahan

Ayam Separuh

3 Ulas Bawang Putih

1 Biji Bawang Besar

1 Inci Halia

3 Sudu Besar Serbuk Cili

2 Sudu Besar serbuk Kari Ikan/Daging/Ayam

Kicap pekat

Kicap Lemak manis

Sos Tiram

Cili Padi

Tomato

Daun Bawang


Cara Penyediaan

Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng separuh masak setelah masak angkat dan letak ketepi.

Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah dan halia.

Panaskan sedikit minyak tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan serbuk cili,serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air, biarkan seketika sehingga naik minyak. Selepas itu masukkan sos tiram,kicap pekat, kicap cair berserta sedikit air 2 cawan.

masukkan ayam yang digoreng tadi, kacau sampai mendidih boleh masukkan cili padi, tomato dan daun bawang. siap!


Jangan terkejut sebab saya guna serbuk kari ikan sebab itu je stok ada kat rumah tapi rasa dia memang sedap sangat sampai nasi pun bertambah, yang penting anak-anak pun berselera makan. Anak kenyang ibu gembira.


Resepi Ayam Masak Halia Berkuah

9:27:00 PTG

Kali ini CikSue nak kongsikan resepi masakan ayam yang mudah dan sangat sedap iaitu Resepi Ayam Masak Halia.



Kadang kala kita tak perlu bersusah payah untuk masak sesuatu yang terlalu complicated untuk dihidangkan kepada keluarga.


Cukup sekadar masakan yang mudah tapi istimewa hidangan air tangan sendiri, dan dipadankan pula dengan nasi yang panas. Memang sedap! Sila lah cuba resepi ini.



Penggunaan halia juga sangat elok untuk sesiapa yang selalu mempunyai perut kembung dan ingin membuang angin dalam badan.


Menu ayam masak halia ini juga sering disarankan kepada ibu-ibu yang bersalin dan berpantang selepas melahirkan anak.


Bahan-Bahan:

Ayam Separuh

Halia Dihiris

1 Batang Serai Dibelah Dua Dan Diketuk

1 Sudu Kecil Lada Hitam

1 Ulas Bawang Merah

3 Ulas Bawang Putih

Daun Bawang

Lada Sulah

2 Sudu Sos Tiram

2 Sudu Tepung Jagung Dibancuh Sedikit Air

Kicap cair

Garam dan perasa

5 Biji Cili padi

1 Tomato


Cara penyediaannya

Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia yang dhiris dan serai sampai naik bau. Masukkan ayam, masak seketika sampai ayam dah empuk sedikit.

Letak sedikit lada hitam, lada sulah, sos tiram dan kicap cair selepas itu masukkan air dua cawan, biarkan seketika sampai mendidih.

Sudah mendidih boleh masukkan tepung jagung yang dibancuh bersama air. Kacau selepas itu masukkan cili padi, tomato dan daun bawang.

Jangan lupa perasakan bersama garam dan maggi cukup rasa, siap untuk dihidang, Selamat mencuba!.

Resepi Nasi Arab Berlauk Ayam Goreng Ikut Cara Sendiri

9:17:00 PTG

Sekarang ni jika nak cuba masakan arab tidak perlu sampai ke negeri arab kerana usahawan arab pun datang ke tanah Malaya buka perniagaan Restoran.


Nasi Arab

Usahawan tempatan pun tidak terlepas peluang menyajikan masakan arab terutama dalam hidangan Nasi Arab Kambing mahupun ayam juga mempunyai pelbagai variasi yang telah diubah suai mengikut citarasa tempatan.


Manakala jika dirumah pula tidak salah juga jika ingin mencuba resepi nasi arab ni cuma cara masakan tidaklah serupa seperti air tangan orang arab yang sememangnya mempunyai teknik penyedian tersendiri.



Dari segi perapan daging/ayam juga turut menjadi titik tolak dalam hidangan mereka tapi ikut jelah cara kita dan kerajinan yang ada sebabnya kalau bab makan ni kalau boleh semua nak cepat kalau lambat masak boleh kemurungan orang dalam rumah.


Kepada yang ingin mencuba resepi nasi arab gaya tersendiri bolehlah ikut bahan-bahan dan cara dibawah dan sila ubah suai mengikut citarasa korang. Bahan mana yang terkurang tu pandai korang la tambah sendiri dan mana yang tidak perlu korang abaikan sahaja yang penting masakan sedap.


(A) Bahan-bahan Sup Ayam

1 Ekor Ayam

1/2 sudu biji ketumbar

1/2 sudu jintan manis

1/2 sudu lada hitam

1 tangkai lada merah - potong 3 atau 4

1 paket sup bunjut

2 biji bawang merah - potong 4

Garam secukupnya


(B) Bahan-bahan sambal

2 biji tomato

4 tangkai lada merah

4 tangkai cili merah

Daun ketumbar

Garam dan gula secukupnya


(C) Bahan-bahan acar

1 batang timur

1 biji tomato

1 biji bawang merah

1 biji nenas - optional (saya tidak letak)

Cuka

Garam dan gula secukupnya

(D) Bahan-bahan nasi

Beras 3 pot dicuci bersih dan tapis

1/2 sudu biji ketumbar

1/2 sudu jintan manis

1/2 sudu lada hitam

Sedikit minyak untuk menumis

(E) Bahan Ayam Rebusan untuk digoreng

Sedikit serbuk kunyit

Madu secukupnya - (saya tidak letak sebab tiada)

Cara-cara

Rebus ayam bersama bahan-bahan B dalam periuk dengan air secukupnya, resbus selama 30 minit boleh tutup api. Sementara rebus ayam boleh sediakan bahan-bahan sambal (B) dan kisarkan, sedap rasanya manis manis masam.


Selepas itu,kita sediakan bahan bahan (C) timun, bawang tomato potong dadu dan renjiskan cuka. Perasakan secubit garam dan gula secukupnya, gaul rata.



Bahan-bahan untuk nasi pula ambil kuali panaskan sedikit minyak masukkan biji ketumbar, jintan manis dan lada hitam tumiskan sekejap lepas tu masukkan nasi yang telah dibersihkan gaul rata tutup api. Alihkan beras dalam periuk nasi, curah air rebusan ayam tadi ikut sukatan beras. Masak nasi seperti biasa.


Keluarkan ayam yang direbus tadi, lumurkan dengan kunyit dan madu. Satu ketul saya masukkan dalam periuk nasi masak sekali dengan beras tadi. Selebihnya ayam saya goreng seperti biasa, api kecil untuk elak hangus.




Air nasi pun dah kering boleh masukkan setangkai atau dua daun ketumbar bagi naik bau wangi nasi. Tutup semula tunggu nasi masak.


Cantik tekstur nasi dengan hanya guna beras biasa saja serta isi ayam juga lembut dan sedap dimakan begitu sahaja kerana sudah mempunyai rasa rempah.


Resepi Kerepek Popia Cheese Hanya Dengan 4 Bahan Sahaja

7:57:00 PTG

Buntu tidak tahu nak buat kudapan apa nak bagi kanak-kanak makan maka korang sila cuba popia cheese krup krap ni.


sekejung.com
Gambar hiasan - Google

Bukan budak jer yang suka malahan dewasa pun turut gemar sangat makan tambahan lagi sedang nonton filem bersama keluarga maka sedar atau tidak boleh habis sebalang.


Jika berminat nak buat pendapatan sampingan sajian ini juga boleh di komersialkan menerusi rakan-rakan di tempat kerja mahupun saluran media sosial jadi tunggu apa lagi jom lihat popia cheese resepi dibawah.



Bahan bahan:

- 1 pek kulit popia

- 9 sudu besar Serbuk cheese Supering

- 9 sudu besar gula (diblender)

- 1 1/2 sudu besar serbuk cili(nak pedas boleh tambah lagi)


Cara penyedian:

1) Gunting kulit popia dan dicarik carik.

2) Blend 9 sudu besar gula & campurkan dengan serbuk cheese supering&serbuk cili Gaul bersama .

3) Goreng popia hingga keperangan dan toskan . Tunggu sejuk dulu.

4) Dalam satu bekas bertutup, masuk pula popia yang dah digoreng tadi lalu taburkan bahan serbuk serta goncangkan sehingga rata.

5)Akhirnya ia telah pun siap diNgap dan berebut di hadapan kaca tv bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 😂

Harga popia cheese di pasaran sekitar RM10 sebalang bersamaan 200gram manakala jika buat sendiri ibu bapa semestinya boleh berjimat untuk kos kudapan anak-anak mahupun diri sendiri.


Resepi Sup Tulang Sedap Yang Mudah Disediakan

11:47:00 PTG

Walaupun sup tulang tidak memiliki isi sangat namun ia masih mempunyai permintaan tinggi dikalangan orang kita tambahan lagi ketika berada di kedai masakan panas.


sekejung.com

Yang hairannya walaupun kita tidak dapat kunyah tulang tersebut namun harga hidangan ini saban hari makin mahal dan isi tulang juga semakin sedikit. Tidak pasti ia adalah angkara inflasi semasa atau tokey kedai memang ada sifat kedekut dalam perniagaan.


Penulis juga berpengalaman terhadap permasalahan ini sehinggakan terpaksa menikmati sup sahaja bersama nasi putih kerana isi yang berada di celahan tulang-tulang tersebut sangatlah sedikit dan tidak berpatutan.


Maka jika inginkan kepuasan dan sempurna eloklah memasak sendiri. Korang yang baru nak cuba tu sila lanjutkan bacaan resepi dibawah serta cara penyedian mana yang kurang silakan tambah sendiri mengikut citarasa masing-masing.



Bahan -Bahan

Tulang gear-box/tulang rusuk lembu

1 labu Bawang merah besar

1 labu Bawang putih

3 inci Halia muda

Rempah 4 sekawan: buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis

Rempah serbuk sup tulang adabi -1@2 sudu

Sup bunjut -1 paket

Garam dan maggi cukup rasa

Bawang goreng

Cili api (jika suka)

Daun sup

Perahan asam limau nipis


sekejung.com

Cara penyedian:

Rebus tulang sehingga empuk(1-3 Jam) bergantung keempukan dagingnya turut boleh letak sup bunjut adabi dalam rebusan tulang daging ini.


Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih lalu ditumis, diikuti pula dengan rempah lain iaitu buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis orang tua cakap tiga sekawan.


Bila dah masak sehingga naik bau, masukkan pula rempah sup adabi dan kacau sehingga sebati dengan bahan tumisan tadi. Masak lagi sehingga garing (mesti selalu dikacau2 supaya masaknya serata dan tidak hangit)


Bila sudah garing bolehlah dituangkan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang. Biarkan mesra kesemuanya, perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa.


Semasa menghidang bolehlah ditaburkan bawang goreng, hirisan cili api,daun sup dan perahan air asam limau nipis.


Sajian sup tulang sedap ini sesuai dihidangkan ketika ia masih panas supaya dapat menikmati aroma rempah sambil menghirup manisnya air daging, masam dan pedas dari kuahnya.


sekejung.com

Hidangan ini sangatlah mudah dan sesuai makan bersama bihun, mee kuning, kuay tiew dan nasi kalau rajin boleh sertakan sekali dengan begedil.


Resepi Rendang Daging ala Chef Wan Serta Mengikut Citarasa Tersendiri

3:41:00 PTG

Hari yang ditunggu dan dinanti oleh seluruh umat islam akan muncul lagi jika dipanjangkan usia kita.


sekejung.com

Setiap tahun seperti sedia maklum, kita akan menyambut Hari Raya Qurban bagi umat islam yang berkemampuan akan semestinya melakukan ibadah korban.


Manakala ada juga yang pening apakah hidangan sedap untuk sajian daging jadi diantaranya adalah Rendang daging tok atau Rendang daging chef wan mahupun sup daging. Ikutlah mana-mana resepi yang penting kena dengan tekak kita dan tetamu.



Persediaan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha seperti sedia maklum menu utama bagi hari raya korban adalah daging lembu. Jadi selain daripada rendang ayam, daging lembu juga sesuai untuk dijadikan rendang daging. Dibawah ini kami sediakan resipi Rendang Daging ala Chef Wan.


Bahan-Bahan

750 gram daging

1 sudu besar serbuk cili

200 ml santan

40 gram kerisik

Garam dan meggi cukup rasa

2 keping asam gelugor

1 sudu kecil Lada Hitam (tumbuk letak masa tumis)

2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus

1/2 cwn minyak utk menumis

Gula melaka / Nise keret

sedikit air jika perlu


sekejung.com
Ketupat Palas

Bahan Kisar

15 biji bawang merah (boleh tambah jika nak lebih)

5 ulas bawang putih

5 batang serai-hiris halus

1 inci halia

1 inci kunyit hidup (jika tiada boleh pakai serbuk)

1 inci lengkuas


Cara Memasaknya

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula atau nise keret satu keeping, garam dan meggi cukup rasa.


Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat serta masukkan daun kunyit. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.


sekejung.com
Ketupat Palas

Kalau boleh masak lama untuk jadikan daging lebih empuk dan lembut. Akhir sekali sudah boleh dihidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, ketupat atau pun lemang.


Resepi Lempeng Oat Yang Sedang Tular

1:54:00 PTG

Nusantara terkenal dengan sajian lempeng manakala di negara barat terkenal dengan sebutan pancake namun perbezaan bukan sahaja pada nama tapi sudah tentu turut mempunyai adunan resepi tersendiri.



Hari ini perkataan lempeng hanya terkenal di bibir warga emas berbanding genarasi muda. Pada zaman dahulu lempeng boleh dikatakan makanan wajib tapi mungkin ia ada sejarah tersendiri maklumlah dunia pernah mempunyai peperangan dan mungkin sajian lempeng sahaja yang mampu dimasak.


Jika nak bandingkan dengan generasi sekarang sarapan pagi mereka mungkin di dalam restoran makanan segera seperti McDonalds dan KFC.


Nak dijadikan cerita tekan ni teringin pula nak makan lempeng tapi kalau boleh nak lain dari yang lain contohnya macam pernah viral sebelum ini lempeng dicampurkan bersama Oat. Negara barat kata hidangan Oat ni adalah yang paling selamat untuk dimakan untuk menjaga kesihatan badan namun sejauh mana kesasihannya tidak dapat nak dipastikan.



Makanan ini juga disarankan kepada ibu yang sedang berpantang kerana ia mampu membuatkan kenyang dan sihat untuk dimakan berbanding makanan yang di bakar.


Ringkaskan kisah diatas dan kita lanjutkan dengan penyedian yang serba mudah tapi harus ada kesabaran yang tinggi. Selebihnya kalau anda ada idea untuk topping sila lakukan kerana ia akan menambahkan lagi kesedapan lempeng tersebut.



Bahan-bahan

1 cawan oat

1 cawan tepung gandum

1 biji telur

1 cawan susu

1/2 cawan air

2 sudu besar gula

1 sudu besar minyak masak

1/2 sudu kecil baking powder

- Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati

- Panaskan kuali dan masukkan adunan

- Bila adunan dah mula kering,terbalikkan

- Angkat dan hidang

Tips

- Bancuhan kena kental dan jangan terlalu cair. Jangan pula terlalu pekat. Lepas je bancuh cuba dulu masak sekeping. Kalau -mudah nak diterbalikkan tu kira lulus lah tu.

- Serious sedap lempeng oat ni. Dah jadi kegemaran sis and family kecil sis pula sekarang. Dah banyak kali buat. Memang kenyang and sedap.

Resepi Nasi Goreng Ayam Simple Yang Patut Dicuba

12:06:00 PTG

Nasi goreng antara menu kegemaran ramai disebabkan ianya mudah disediakan malah sedap dan mengenyangkan seisi keluarga.



Lebih-lebih lagi mempunyai anak kecil yang susah nak makan nasi putih berlauk maka hidangan nasi goreng akan jadi sebagai ganti tapi mestilah sentiasa kena berubah resepinya jika tidak kita sendiri pun bosan asik ngadap jenis masakan yang sama setiap hari.


Nasi goreng ayam sememangnya sesuai dihidangkan pada bila-bila masa baik ketika sarapan pagi atau makan malam ia tetap menjadi pilihan orang Malaysia kerana tidak perlu mengambil masa yang lama untuk fikir kerana semua peringkat umur boleh menikmati sajian ini.


Banyak-banyak resipi nasi goreng ayam dibawah ini menjadi pilihan saya kerana senang dan puas hati. Kepada yang baru nak belajar masak nasi goreng sesuai sangat ikut resipi ini.



Bahan bahan

- Nasi

- Isi ayam

- Bawang putih 1 labu

- Cili padi 5 biji

- Telur 2 biji

- Lada putih

- Garam dan maggi secukup rasa


Cara membuatnya

- Tumbuk bawang putih dan cili padi sehingga lumat

- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak untuk menumis bahan yang ditumbuk tadi.

- Bagi garing sedikit bawang putih tadi dan boleh masukkan isi ayam masak seketika lepas itu masukkan 2 biji telur .

- Agak agak masak isi ayam dan telur tadi boleh masukkan nasi gaulkan rata bagi rata tak nak berketul nasi.

- Sudah sebati boleh masukkan lada putih sedikit, garam dan maggi secukup rasa .


Yang mana suka makan sayur boleh letak sayur ikut citarasa sendiri , saya tak letak sayur sebab sayur kehabisan didapur disebabkan hari dah malam kedai pun dah tutup. Resipi itu sahaja ada disaat kelaparan dimalam hari, suami dan anak pun berselera.


Lebihan bawang putih membuatkan rasanya lebih sedap tambahan bila digoreng sehingga garing maka tidak perlu lagi untuk menggunakan sebarang teknik kicap untuk warna. Sedikit tambahan nasi yang digoreng jika boleh dipersedapkan lagi contoh menggunakan tumisan bawang yang mencukupi supaya wangi.


Jika anda pernah makan sajian nasi goreng ayam di kedai-kedai masakan panas pasti nasi goreng mereka kelihatan kosong dan tidak menyelerakan kerana kononnya sudah mempunyai ayam goreng didalam.


Bagi seorang pemilik restoran masakan panas sila pastikan nasi goreng anda tidak kelihatan terlalu kosong untuk hidangan nasi goreng ayam kerana ia agak tidak berpatutan sama sekali kepada pelangan.


Akhir kata dari penulis jika ingin kepuasan maka pelajarilah masak sendiri jika gagal pada kali pertama mana mungkin akan gagal cubaan yang seterusnya.



Diatas ini adalah gambaran nasi goreng ayam yang saya maksudkan dimana nasi dia kelihatan kosong dan hanya digoreng dengan kicap sahaja manakala harganya mahal dan tidak berpatutan.


Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Disukai Ramai

9:18:00 PTG

Kuih tradisi Malaya yang terkenal sejak berzaman lagi tapi ia sukar untuk didapati dalam kawasan bandar kerana tidak semua generasi dapat mempelajari teknik pembuatan yang sempurna walaupun ia nampak mudah tapi sebenarnya susah.



Kuih tepung bungkus terkenal dengan rasa lemak dan manisan didalam inti kelapa disebabkan mempunyai campuran bersama gula melaka atau sebelah pantai timur akan dikenali sebagai nisan haa bukan kereta jenama nissan ya.


Tepung dia yang lemak kerana disebatikan bersama santan akan membuatkan kuih ini bertambah sedap dimakan, cuma kemanisan inti kelapa itu harus dikawal supaya tidak terlalu manis kerana kemanisan itu akan menghilangkan rasa lemak pada tepung beras.



Untuk menambahkan bau wangi terhadap kuih tepung beras ini ia haruslah dibaluti oleh kepingan daun pisang lalu ia di kukus untuk menaikkan lagi aroma daun pisang kedalam kuih tersebut. Sekaligus gula melaka atau nisan itu akan cair didalam bersama inti kelapa ia ibarat kita makan kepingan pizza bersaluti cheese haa gitu.


Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras

2 cawan santan cair

½ biji kelapa muda parut

1 keping gula melaka Sedikit tepung pulut

Sedikit garam

10 keping daun pisang, potong persegi bujur

Bahan diatas tersangat mudah untuk disediakan namun ada beberapa hal yang perlu kita lihat iaitu jumlah kuantiti pandailah anda tentukan nanti. Manakala tentang bahan membuat inti pula anda boleh buat carian di internet kerana setiap orang ada cara tersendiri mengikut keselesaan tapi apa salahnya orang buat menggunakan inti lain contoh kacang merah atau coklat dan lain-lain perisa.


Tidak salah jika lari sedikit dari resepi asal kerana setiap hidangan haruslah mengikut tekak masing-masing maklumlah buat untuk tekak sendiri bukannya nak jual.


Resepi Kuih Donut Yang Boleh Kita Cuba Buat Sendiri Di Rumah

5:58:00 PTG

Kuih Donut telah menjadi terkenal dan berjaya menaikkan beberapa nama syarikat terkenal dari luar dan dalam negara yang sedang mengusahakan perniagaan rasmi mereka iaitu menjual pelbagai perisa donut.


Donut

Semasa kita kecil dahulu sudah pasti kita sering lihat kuih donut yang hanya disaluti gula halus supaya ia dapat memberi kemanisan. Namun donut keluaran sekarang sudah mempunyai pelbagai topping diatas dan sekaligus ia dapat menarik perhatian orang ramai.


Ada beberapa syarikat donut turut bersaing di pasaran Malaysia dengan menggunakan jenama terkenal masing-masing iaitu 'Dunkin Donuts', 'J.co Donuts', 'Krispy Kreme'.



Tidak terlupa juga kepada peniaga kecilan tempatan yang turut bersaing dalam bidang pembuat donut walaupun masih cuba untuk bersaing seperti perniagaan korporat diatas yang kini sudah mempunyai lebih dari beberapa buah cawangan di seluruh malaysia mahupun negara.


Siapa kata warga tempatan kita tidak dapat bersaing dengan syarikat-syarikat ternama yang menjual donut. Kunci kejayaan adalah anda perlu lebih kreatif untuk bersaing dalam apa jua produk makanan demi mencipta nama trademark tersendiri.


Donut

Dibawah ini ada beberapa resepi untuk membuat donut tapi bahagian topping atau dalaman haruslah mengikuti kreativiti masing-masing.


Resepi:

2 cawan tepung tepung gandum

3/4 cawan air (suam2 kuku. JANGAN PANAS)

2 sudu besar gula

1 sudu besar yis (rata, jangan membukit)

1 sudu besar marjerin

*campurkan kesemua bahan dalam bekas.

1. Lepas campurkan kesemua bahan dalam bekas, boleh uli.

Uli dengan tangan boleh. Pakai mixer pun boleh. Pakai hook mixer yang bergulung. Uli sampai dapat doh yang licin.

2. Lepastu, perap doh dalam sejam. Saya perap 30 minit jak. boleh tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

3.Bentukkan menjadi bentuk donat. Pakai acuan boleh, pakai tangan pun boleh. Timbang satu doh kecil 75gram. Dapat 7 biji donat. Bulatkan sampai licin, penyek pakai tapak tangan dan cucuk di tengah2 pakai jari. Perap balik dalam 30-40 minit. Lepas ta boleh goreng dalam minyak yang panas, tapi api perlahan. Balikkan sekali jak, jangan berkali2.


donut

Dah siap nanti jangan lupa komersialkan kepada kami atau rakan-rakan kut resepi anda sudah setanding dengan donut di pasaran sekarang ini.


Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas Yang Paling Istimewa Untuk Keluarga

10:57:00 PTG

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat disukai dan popular di beberapa seperti Negeri Melaka dan Johor.



Orang malaysia jika sebut masakan Asam Pedas sudah semestinya akan terfikir akan negeri Melaka kerana disana sangat terkenal dengan masakan asam pedas.


Walaupun ia kelihatan hidangan yang mudah tapi ada beberapa lokasi kedai mengenakan harga yang tinggi untuk masakan tersebut terutama di sekitar negeri Melaka dan Johor.


Dua negeri diatas adalah bersebelahan jadi selera masakan mereka lebih kurang serupa berbanding negeri sekitar pantai timur dan barat.



Ikan Pari Masak Asam Pedas

Bahan-bahan

Ikan Pari 2 Keping

Bawang Besar 3 biji

Bawang Putih 3 ulas

1 inci Halia

1 inci Kunyit Hidup

Belacan

20- 25 Tangkai Cili kering

1 Cawan Air Asam Jawa

1 Bunga kantan

1 Ikat Daun kesum

Bendi

2 Biji Tomato

Air Secukupnya

Garam dan Maggi Secukup Rasa


Cara-cara Penyedian

Kisar bahan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, belacan, dan cili kering bersama dengan sedikit air. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.


Masukkan bunga kantan , air asam jawa bersama air secukupnya, masak hingga mendidih. Kemudian boleh masukkan ikan dan daun kesum. Renihkan atas dapur dengan api perlahan dan masukkan bendi, tomato, garam dan maggi secukup rasa.


Jika nak lebih tahu lebih terperinci sila nonton pautan video dibawah yang telah kami sediakan.



Resepi Rendang Ayam Paling Mudah Untuk Dicuba

9:21:00 PTG

Sebut sahaja rendang, siapa tidak terliur membayangkan keenakan sajian yang mempunyai sejarah tersendiri itu.


Sekejung.com

Rendang menjadi hidangan paling popular terutamanya menjelang musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha atau ketika majlis kenduri. Masakan tradisional ini sememangnya enak dimakan bersama nasi, pulut, lemang, ketupat palas, ketupat nasi, nasi impit dan malah juga roti.


Menyediakan hidangan tradisional ini, setiap negeri mungkin ada berbeza memasaknya, malah bahan ramuan yang dicampurkan juga tidak sama.



Bahan bahan

- Ayam 1 ekor

- Bawang merah 4 biji

- Bawang putih 3 ulas

- Halia

- Lengkuas

- Kunyit hidup

- Serai 4 batang

- Cili kering 20 tangkai

- Daun kunyit

- Kerisik

- Santan 1 kotak

- Gula melaka


Cara Memasak

1. Masukkan minyak dan tuangkan bahan yang sudah dikisar iaitu bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, cili kering, serai tumis hingga keperangan dan naik bau.

2. Selepas pecah minyak boleh masukkan santan satu kotak, nisan, asam keping, kerisik dan serai yang dititik.

3. Sudah sebati boleh masukkan ayam, perasakan dengan garam dan maggi secukup rasa.

4. Biarkan sehingga kesemua bahan masak dan pekat. Taburkan daun kunyit yang dicarikkan. Siap untuk dihidang.


Jika kurang faham tentang penyedian boleh jer korangh nonton melalui video dibawah.



Resepi Kari Ikan Tongkol Yang Perlu Anda Cuba

12:36:00 PTG

Musim perintah pergerakan ini tidak banyaklah kami dapat kongsikan sebab kurang berada diluar rumah namun aktiviti dalam rumah tetap kami fikirkan sehinggalah meluangkan masa di dapur dengan menyediakan pelbagai menu hidangan dari ke hari.




Setiap hari puas fikir nak masak apa sehingga timbulnya group fb masak apa tak jadi. Jadi kami pun dengan bersungguhnya memastikan setiap masakan jadi tanpa gagal supaya tidak terjebak dalam group masak apa tak jadi.

Bukan nak buruk mana-mana group fb cuma yang baik kita ikut yang kurang baik kita cuba hindar supaya tidak berlaku apa-apa pembaziran kelak.

Tambahan lagi musim wabak covid-19 ni berlakunya penutupan pelbagai sektor swasta dan pengurangan pekerja maka kami mengambil langkah berjaga-jaga demi mengelak dari sebarang pembaziran terutama dari segi makanan.

Jika nak memasak perkara penting adalah elak dari sebarang aktiviti pembuangan, jika kita ada lauk lebih maka tidak salah sedekahkan kepada jiran sebelah supaya setiap masakan kita dapat dihabiskan sebelum ia menjadi basi.

Pada masa sama dalam agama juga mengajar kita untuk bersedekah supaya rezeki kita berterusan tanpa putus. Namun jika bab makanan ni tak ramai yang yakin masakan sendiri itu sedap jadi lebih rela simpan sampai basi dan akhirnya berada di dalam tong sampah.

Cara yang sebetulnya jika kita nak menyediakan makanan haruslah bermula dengan jumlah kecil untuk percubaan. Jika dah yakin dan dapat teknik masakan barulah kita beralih kepada kuantiti yang besar macam katering gitu.



Mari kita mulakan dengan penyedian bahan-bahan supaya korang boleh pergi pasaraya terlebih awal tanpa ketuk rumah jiran tanya ada serbuk kari tak? Hehehe

- Ikan tongkol
- Telur rebus
- 1biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Serbuk kari ikan
- Serbuk cili
- Cili padi
- Daun kari
- Asam keping
- Bendi
- Santan


Mulakan dengan bahan kisar bawang besar dan bawang putih setelah itu tumiskan bahan kisar tadi dengan sedikit minyak. Masukkan daun kari dua tangkai, serbuk kari ikan satu paket dan serbuk cili satu sudu letak air sedikit kacau sampai naik minyak.

Setelah naik minyak boleh masukkan asam keping dan santan satu kotak jika terlalu pekat boleh tambah air rebusan ikan tongkol tadi sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. Bila kuah sudah menggelegak masukkan ikan dan telur rebus tadi boleh perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa. Akhir sekali boleh masukkan bendi dan cili api , tunggu seketika boleh la tutup api.

Bahan bahan mudah didapati maka jadi laa kari ikan tongkol.



Nak Makan Kek Coklat Moist Tapi Masih Dalam Fasa Berjimat Jom Buat Sendiri

11:19:00 PTG

Musim dunia diserang wabak covid-19 ni kita pasti akan terasa nak makan macam-macam maklumlah terkurung dirumah dari musim pkp sehinggalah pkpb(bersyarat).

 



Jadi dari duduk rumah saja-saja ada baiknya kita memenuhi ruang dapur dengan keluarga orang kata sambil menyediakan bahan-bahan sambil berbual mesra haaa barulah Happy Family gitu.

Jika sebelum ni kita rajin buat tempahan dengan rakan-rakan sampai ada yang berniaga buat packaging siap. Nah kali ini kita buat semuanya sendiri dari tepung hinggalah moist. Kepada yang masih nak berniaga tu janganlah tersinggung pula sebab artikel ini hanyalah untuk mereka yang ingin rasa hasil air tangan sendiri.

Pada masa bolehlah menambah ilmu dalam penyedian kek moist yang sebenarnya mudah jer tapi apa pun kesabaran dan keyakinan haruslah tinggi setiap masa maklumlah walaupun bahan sama tapi hasil kerja mungkin berbeza.

Maka setiap apa yang kita usahakan harus ada sikap cuba mencuba sehingga ia nampak sempurna, begitu juga semasa kita belajar memandu kereta bukan jam tu belajar jam tu juga sudah mahir betul tak.

Kek moist ni ada variasi mudah dan ada juga variasi betul-betul ikut resepi dalam buku, namun apa yang penting semuanya terletak pada hasil kreativiti masing-masing. Manalah tahu korang nak tambah serbuk oreo ke serbuk nestum ke dan lain-lain yang terlintas di fikiran korang jadi sila teruskan niat tu.

Manalah tahu suatu hari nanti korang dapat cipta satu variasi kek moist yang lain dari yang lain, ketika itu boleh juga cuba buat pemasaran dan bina sebuah jenama sendiri.

Malas nak cerita panjang jom lihat bahan-bahan yang kami guna dibawah ni.

- Susu cair 1 tin
- Susu pekat 1 tin
- Telur 3 biji
- Minyak masak 1 tin
- Gula 1 tin
- Esen vanila 1 penutup 
(kisar atau sebatikan semua bahan diatas)

- Tepung gandum 1 1/2 tin 
- Serbuk koko 1 tin
- Soda bikarbonat 1 sudu kecil
- Serbuk penaik 1 sudu kecil
(Ayak bahan ini)

Siap ayak boleh campur bahan yang dikisar tadi. Selepas itu boleh kukus atau bakar dalam sejam, lebih baik guna pengukus sebab nak dapatkan moist kek itu.

Sambil menunggu kek yang dikukus boleh la sediakan topping kek.

- Serbuk koko 1/2 tin
- Susu pekat 3 sudu 
- Susu cair 1 tin (saya guna susu tepung sebab tiada susu cair)
- Marjerin 1 sudu

Bahan diatas masak atas api dengan api kecil, ikut kesesuaian citarasa korang.




Dapat la banyak seperti gambar diatas, kalau ada kurang pandai-pandailah korang tambah mengikut citarasa masing-masing kut kalau sedap bolehlah kongsi resepi jika tidak kongsikan pengalaman korang ketika proses membuat kek.




Nak menaip panjang-panjang risau korang tak faham jadi kami sediakan rakaman proses membuat kek di atas harap ia dapat membantu.

Jika tak keberatan sila kongsikan gambar kek korang kepada kami kut ia nampak lebih kreatif boleh juga kami buat tempahan dari korang kan.
 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)