Terkini

Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Redeem VIP JOOX Selama 30 Hari Dari Umobile

8:35:00 PTG

Kenapa kali ini aku letak gambar telinga? haaa sebab nak beritahu tawaran umobile makin hari makin gila sampai tak terlayan pengguna dibuatnya.


Sebelum ni aku sering langan pakej UMI30 (30hari), itu pun jenuh aku nak layan atau habiskan data sebab media sosial semua sudah dikira unlimited ketika itu.


Tapi bila hadirnya pelan UMI36 dan UMI26 ini aku rasa ia makin gila kerana whatsapp dan wechat sudah di kategori sebagai unlimited pula tu umobile turut ada unlimited music onz.



Kau nak layan apps radio atau muzik seperti spotify atau joox memang tiada masalah, layanlah apps muzik tu sampai telingga kau bengkak.


Terkini untuk pakej data UMI26 dan UMI36 pengguna boleh redeem vip untuk apps joox, wow maknanya korang tak perlulah dengar iklan di joox atau langan spotify sehingga pelan ini tamat.


Nak redeem vip untuk joox tu sebenarnya kena melalui sms, sebab bila kau beli je data UMI26 atau UMI36 umobile akan hantar sms JOOX dimana dia suruh korang balas sms tersebut untuk dapatkan vip kod untuk.


Seterusnya dia akan balas sms korang bersama redeem code, apa yang korang kena lakukan sila salin kod dari sms tu lalu masukkan di apps joox bahagian redeem vip.


Tapi pengalaman aku semasa pertama kali langan UMI26 boleh pula tak baca habis sms dari umobile berkaitan JOOX dan tanpa membuang masa terus sahaja aku deleted.


Selang beberapa hari kemudian aku teringat dimana umobile ada bagi vip untuk joox, jadi aku pun cubalah install di playstore dan cuba mainkan dan pelik kenapa masih ada iklan.



Jadi apa yang aku buat hubungi khidmat pelangan umobile dan bertanya cara mana nak dapatkan redeem code untuk joox vip ini? dia pun balas ada tak encik dapat arahan dari sms.


Aku pun jawab 'sms tu tak sempat baca saya dah deleted', jadi mereka pun minta la maklumat kau untuk kenal pasti owner nombor.


Walaupun no. yang aku pakai ini bukan didaftarkan atas nama aku khidmat pelangan dia tetap bantu aku dengan memberikan cara-cara untuk mendapatkan semula redeem code melalui sms.


Kepada pengguna umobile yang langan UMI26 atau UMI36 terlepas pandang akan sms untuk redeem code tersebut, korang boleh mohon melalui sms dengan menghantar 'JOOX' ke '28122' (caj sms akan dikenakan).


Web Player

http://www.joox.com/my/en


Android

https://play.google.com/store/apps/joox


IOS

https://itunes.apple.com/my/app/joox-music

ZALORA

Akhirnya Youtube Mempunyai Tema Gelap Untuk Pengunjung Yang Suka Menonton Dalam Gelap

10:49:00 PTG

Latar belakang warna putih YouTube adalah baik-baik saja cuma jika pengunjung melayari ketika dalam situasi gelap sudah pasti cahaya latar belakang putih itu akan memudaratkan penglihatan pengguna.


Walau bagaimanapun, apabila anda duduk di bilik gelap sambil menonton video, latar belakang putih itu boleh merasakan seperti anda melihat matahari bermaksud ia adalah sangat terang untuk mata. Sekiranya anda seorang pengguna YouTube ketika malam, untuk pengetahuan anda kini youtube sudah mempunyai mod gelap yang boleh di aktifkan.


Dengan adanya tema gelap ini dapatlah mengurangkan pantulan cahaya dari latar belakang youtube yang agak terang dan tidak sesuai bagi yang mempunyai masalah mata silau.



Aku sebenarnya nak menulis tentang ciri terbaru ini semenjak beberapa bulan yang lalu, tetapi pada masa itu ia masih dalam keadaan percubaan jadi aku abaikan dahulu. Tapi kini apa yang aku lihat ia sudah kelihatan seperti stabil dan memudahkan pengguna yang sering kerap menonton video ketika dalam situasi gelap.


Setelah aku memastikan ciri terbaru tema gelap ini ternyata buat ketika ini hanya berkesan untuk versi desktop sahaja, manakala untuk apps youtube di playstore masih belum lagi ada ciri untuk menukar tema gelap.


Tapi jika masih gemar menggunakan telefon untuk layan youtube tidak salah jika anda melayari melalui chrome browser di telefon dengan memilih tanyangan desktop (Desktop site) dan disitu anda boleh memilih untuk tema gelap.



Dengan ada ciri terbaru dari youtube ini, maka selamat duit poket anda untuk menambah power di cermin mata silau anda disebabkan cahaya telefon dan komputer.


Advertisement

Dapatkan Kod Baucar iflix Percuma Di Pasaraya Giant

10:48:00 PTG

Kepada peminat drama atau filem, kini anda sudah tidak perlu untuk memuat turun ke dalam hard disk kerana dengan adanya IFLIX semua drama dan cerita akan menjadi milik anda.


Aku boleh dikatakan gemar jugalah menonton drama dan filem omputih, tapi nak ke panggung wayang tu memanglah tiada masa jadi dengan adanya sumber untuk menonton secara premium seperti IFLIX dan Netflix panggung wayang bukanlah jadi masalah lagi bagi aku sebab kini dirumah pun boleh jadi panggung wayang tanpa had asalkan tak kena halau dengan bini sudah mencukupi.



Tapi kepada yang kurang sumber seperti internet atau nak berdating boleh sahaja layan di panggung wayang cuma nak bagitau drama di IFLIX dan Netflix kebanyakan tidak disiarkan di Malaysia kalau ada pun kena layan iklan dahulu iaitu melalui channel astro.


Servis dari IFLIX dan Netflix hampir serupa tapi kandungan tidak sebagus NETFLIX kerana atas penilaian aku episod di Iflix sangat lambat sebab diluar negara season sesuatu drama sudah habis di siarkan manakala di Iflix masih kena menunggu setiap minggu untuk satu episod.


Harga pula sudah pasti Netflix lebih mahal dari Iflix, jadi untuk mendapatkan kod baucar percuma dari pasaraya giant caranya anda haruslah melakukan pembelian berharga RM60++ keatas dalam satu resit.



Setelah itu jangan pula korang pergi campak semua resit pembelian itu di tong sampah berdekatan, kerana untuk pengetahuan korang kod baucar tersebut akan tertulis di salah satu resit pembelian tersebut.


Kod baucar tersebut juga terhad kepada 50,000 pelangan pertama yang mendaftar sahaja, jadi siapa yang cepat rezeki dialah. Bagi yang belum ada akaun iflix anda boleh mendaftar di www.iflix.com.


Pastikan menggunakan maklumat yang benar lagi tepat semasa mendaftar supaya senang pihak iflix nak beri tawaran hebat kepada anda ketika menyambut hari kelahiran dan perayaan.


www.giantmalls.com.my

Advertisement

'Musixmatch Lyric' Kini Telah Menyokong Youtube Untuk Pencarian Lirik

11:49:00 PG

Jika anda adalah salah seorang pengemar muzik, anda wajib mengenali Musixmatch kerana ia boleh dikatakan gedung simpanan lirik lagu yang terbesar di dunia.


Musixmatch mempunyai pengguna sebanyak 60 juta dan hampir 14 juta lirik juga mempunyai lebih 30 orang pekerja, ia diwujudkan pada januari tahun 2010 untuk menjadi salah satu gedung penyimpanan lirik.



Lirik kebanyakan datangnya dari pengguna kerana Musixmatch juga memberi peluang untuk menjadi salah seorang penyumbang lirik 'Contribute'.


Pada awal keluaran Musixmatch adalah hanya untuk pengguna android kerana google play store adalah salah satu gedung aplikasi percuma dan berbayar, paling menarik ia adalah platform sumber terbuka(opensources).


Kini jumlah memuat turun aplikasi musixmatch telah meningkat kepada 100,000,000 berdasarkan statistik yang tertera di google play store.


Manakala juga diberi pilihan untuk menjadi sebahagian pengguna premium dengan pembayaran yang telah ditetapkan atau pun terus menjadi pengguna percuma.


Lama kelamaan dengan adanya penyumbang lirik dari komuniti yang datangnya dari hampir seluruh dunia iaitu dikirakan lebih 10 juta sukarelawan, kini Musixmatch telah menjadi popular dikalangan pengemar muzik antarabangsa.


Ingin dijadikan cerita, setelah mengalami kebosanan layan lirik di screen telefon yang tidaklah berapa besar tapi mampu membuatkan mata kau juling.


Aku dengan rajin-nya pergilah menggunakan sumber enjin pencarian google dan dapati musixmatch telah mempunyai versi web browser yang kini mungkin hanya menyokong pada pelayar chrome sahaja.



Setelah di ujicuba, ternyata amatlah menarik kerana lepas ini tidak lagi perlu mencari lirik dari pelbagai sumber, bilamana dengan adanya chrome extension Musixmatch kita hanya perlu memainkan sahaja musik video yang diminati.


Salah satu ciri yang bagus pada chrome extension ini adalah ia akan menapis audio yang didapati dari sumber cetak semula, manakala ia hanya mengeluarkan lirik untuk audio dari sumber original sahaja.


Sekarang kita sudah pun boleh karaoke walau dimana jua hanya dengan menggunakan youtube dan chrome extensions dari musixmatch. Usah ditunggu lagi terus je pasang pelayar chrome dan memasang extensions musixmatch.


Musixmatch - Chrome Browser


Penstriman TV Dari Indonesia - Vidio

10:45:00 PTG

Vidio dibangunkan pada oktober 2014 dan ibu pejabat terletak di Jakarta, Indonesia. Vidio menyediakan platform penstriman yang baik.


Namun untuk aktiviti penstriman pengguna haruslah mempunyai kelajuan internet yang baik supaya tidak mengalami gambar sangkut-sangkut semasa menonton. Selain menonton filem Korea penulis juga suka mencari sumber cerita dari negara jiran yang lain terutama dari Indonesia kerana pembikinan filem mereka juga sekarang ini juga agak baik.


Dibawah ini adalah harga beberapa pakej yang mereka tawarkan tertakluk pada tarikh masa artikel ini disiarkan. Untuk pakej yang terbaru dan dikemaskini boleh lihat dari pautan ini www.vidio.com/packages.



Apa yang penulis nak cakap negara jiran kita seperti di Indonesia semakin maju dan harap Malaysia juga mampu berdaya saing dalam industri penstriman dan perfileman dimasa akan datang.


Web official - vidio.com
Youtube - youtube.com/channel/UCdmIbbRekb8q05LV9ZejzsA
Wikipedia - Vidio

Mitos Kota 'Z' Yang Hilang Di Hutan Amazon

9:09:00 PTG

The Lost City of Z (2016) ialah filem yang mengisahkan tentang kisah benar penjelajah british mencari kota Z di dalam hutan Amazon.


Amazon terkenal dengan sungai terbesarnya serta dikelilingi hutan tebal juga penuh dengan pelbagai spesis puak orang asli. Di balik tebalnya hutan juga tersimpan pelbagai misteri tentang sebuah peradaban yang hilang. Orang british menyebutnya 'The Lost City of Z' (kota Z yang hilang).



Menurut mitos dari orang asli indian amazon ketika penjelajah british Percy Fawcett dalam perjalanan untuk melakukan pemetaan, orang asli indian itu berkata didalam hutan ini bukan sahaja mempunyai pelbagai puak orang asli malah turut kaya akan emas sehingga disebut El Dorado.


Maka setelah Percy Fawcett mendengarkan berita ini, dia pun terus memikirkan akan supaya terjumpanya kota Z yang dikatakan mempunyai kekayaan seperti yang dia dengar dari orang asli indian itu.


Aku menceritakan berdasarkan lakonan semula dari filem 'The Lost City of Z (2016)', Setelah membuat beberapa pencarian di internet dimana pada zaman moden peradaban kuno ini kembali ditemukan sejak kedatangan bangsa-bangsa Eropa ke daerah Amerika Latin.


Sebelumnya, pada 1906, Fawcett diundang oleh Royal Geographical Society (Jabatan Geografi) untuk menjelajah pedalaman Brasil dan Bolivia. Ia meluangkan 18 bulan di Mato Grosso dan tergila-gila tentang kisah kota yang hilang.


Pada 1920, di Perpustakaan Nasional Rio de Janeiro, Fawcett menemukan dokumen yang dikenal sebagai Manuskrip 512 yang ditulis oleh para penjelajah Portugis pada 1753 dan berisi pengakuan temuan kota berdinding yang hilang yang dianggap kota Z oleh percy fawcett.


Pada 1921, Fawcett memulai penjelajahannya, tapi krew dia seringkali mendapat cabaran ketika berada dalam hutan amazon, seperti haiwan buas, dan mengalami penyakit parah.


Jack anak lelaki sulungnya membuat keputusan untuk bergabung dengan ayahnya dalam perjalanan mencari kota emas Z itu. Kerana saat itu mereka sudah punya banyak saingan.


"Orang-orang Amerika Syarikat akan datang ke hutan amazonia, membawa senjata mereka. Jadi kita harus berdoa mereka tak akan membunuh orang-orang Indian," kata Jack pada ayahnya.


Pada 1925, saat berusia 58 tahun, penjelajah Percy Fawcett menuju hutan belantara Brasil bersama anak lelaki sulungnya Jack untuk berusaha menemukan kota hilang yang disebutnya sebagai "Z" bersama sokongan yang lebih mantap dari Royal Geographic Society dan Rockefeller.


Manakala, dalam kisah benar yang dipetik dari buku dan dari beberapa sumber seperti dalam filem tersebut akhir sekali menceritakan Percy Fawcett telah menyuruh sebahagian krew untuk pulang setelah tiba di lokasi pemetaan yang berjaya dilakarnya sebelum ini.


Manakala Percy Fawcett bersama anak lelaki sulung Jack meneruskan perjalanannya sehingga terjumpa lokasi peninggalan perkampungan sebahagian dari puak orang asli amazonia.


Dalam surat terakhir yang dikirim melalui seorang anggota, Fawcett berkata kepada Nina, isterinya, katanya, "Kami berharap boleh menembusi seleruh kawasan ini dalam beberapa hari.



Dihujung cerita dalam filem tersebut, dikatakan Percy Fawcett dan anaknya telah ditangkap dan dibunuh oleh sebahagian puak orang asli sehingga kini walau dalam kisah benar sekali pun manakala ada yang mengatakan mereka telah dimakan oleh binatang gergasi atau menimpa kemalangan yang tidak diduga.


Mereka anak beranak belum berjaya ditemui oleh krew penyelamat yang dihantar oleh amerika syarikat semenjak sekian lamanya, mulai dari itu kisah kehilangan mereka telah banyak ditokok tambah oleh penduduk setempat dengan pelbagai versi.


Manakala Kota Z yang digambarkan kaya dengan emas dan perak memang belum pernah ditemukan sehingga ke hari ini, tapi dalam beberapa tahun ini beberapa kitab kuno dan peninggalan beberapa barang kuno telah ditemukan di hutan-hutan Guatemala, Brasil, Bolivia, dan Honduras.


Dengan hadirnya teknologi terkini, mungkin kota Z akan ditemukan di kemudian hari kata pakar-pakar arkeologi amerika syarikat.


Sumber terkait : Lost City of Z


Cara Encode Sarikata Di Video Menggunakan TEncoder

10:04:00 PTG

Bagaimana Untuk Encode Fail Sarikata Di Video Anda Menggunakan TEncoder?


Ada rakan yang bertanya mengenainya, kerana beliau adalah salah seorang pengemar filem-filem dari luar negara terutama keluaran hollywood.


Aku sebenarnya bukanlah pakar dalam bidang video atau streaming, cuma adakala diri ini terlahirnya sifat ingin tahu lagi ingin mencuba sesuatu yang baru.


Setelah membuat sedikit sebanyak ujicuba pada setiap program yang ditawarkan di enjin carian google , baik yang prabayar mahupun yang versi percuma (opensources).


Dapati masing-masing mempunyai ciri-ciri yang penting lagi menarik untuk pengguna, jadi untuk satukan sarikata ke dalam video korang perlulah mempunyai mesin komputer yang terkini dan ber-spesifikasi tinggi untuk mengelakkan projek encode korang sangkut atau proses encode yang memakan masa begitu lama.


Seperti yang kita ketahui, masih ramai yang memasukkan sarikata ke video secara manual dengan meletakkan kedua-dua fail video dan sarikata kedalam satu folder.


Sekaligus mainkan menggunakan perisian video lalu memilih untuk load subtitles, manakala cara sedemikian mungkin kelihatan menyusahkan.


TEncoder


TEncoder adalah penyelamat untuk pengemar filem-filem luar negara yang memerlukan perkhidmatan menyatukan fail video dan sarikata menjadi satu.


Ia dibangunkan oleh ozok dan rakannya untuk kerja-kerja ripper atau converter, menariknya program ini adalah ia sepenuhnya sumber percuma (opensource) dan jika ada sesiapa yang menyukai hasil ciptaan beliau boleh terus melakukan sumbangan dana.


Jika melihat namanya, besar kemungkinan beliau berasal dari negara turkey.


Program ini juga jika dilihat seperti sering dikemaskini oleh pengasas mahupun dari komuniti jadi ia agak berbaloi bagi pengguna yang menyokong sumber terbuka (opensources).


Kita terus kepada cara guna pakai program ini dan apa yang anda perlu sediakan adalah, pastikan sudah mempunyai video serta sarikata yang sama masa dengan percakapan video anda.


Seterusnya sila nonton tutorial dibawah kerana aku tak mampu nak screenshot satu persatu untuk korang ikuti, jadi lebih mudah jika terus melakukan video.



Setelah siap kerja encode korang , silakan memainkan video tersebut dan lihat adakah ia sempurna atau tidak . Jika kurang memuaskan eloklah anda mengujicuba beberapa tetapan yang disediakan oleh TEncode.


Oh , pastikan jangan lupa untuk rename kedua-dua file korang menjadi satu nama kecuali .srt / .mp4 dan sebagainya .


Sumber terkait - TEncoder

Dapatkan - TEncoder


Kini Youtube Mempunyai Siaran TV Prabayar

12:35:00 PG

Tahukah Anda Sekarang Mempunyai Alternatif Streaming Untuk Menonton Siaran TV Dari U.S. Iaitu Youtube TV?


Tapi malangnya ia bukanlah percuma, juga tidak dilayarkan secara global. Yang boleh menonton adalah dari negara amerika syarikat sahaja. Manakala jika dari Malaysia atau lain-lain haruslah mempunyai bantuan dari VPN.



YouTube TV dicipta adalah untuk menjadi pesaing kepada kabel TV prabayar yang lain dan mempunyai saluran TV tempatan yang berada di U.S. seperti ABC, CBS, Fox dan NBC serta stalwarts kabel seperti ESPN, Disney Channel, FX dan Bravo dan pelbagai lagi dengan harga percubaan $35/sebulan.


Dimana kita tahu jika di Malaysia semua siaran dari U.S. boleh didapati dari langanan Astro prabayar dengan harga yang agak mahal dan tidak berpatutan juga mungkin di datangkan sekali dengan pakej-pakej premium.


Kenyataan dari youtube, untuk permulaan hanya bandar-bandar yang tertentu sahaja boleh akses ke youtube tv seperti Los Angeles, New York, Chicago, Philadelphia dan San Francisco Bay Area dan akan lebih banyak bandar akan ditambah pada masa akan datang.


Review dari rakan U.S. juga mengatakan pengalaman menonton di TV sebenarnya kurang memuaskan. Kecuali pengguna mempunyai komputer yang disambungkan ke TV atau pengguna perlu menggunakan Chromecast atau peranti canggih yang lain untuk mendapatkan YouTube TV pada skrin besar sehingga pihak Google mengembangkan aplikasi sebenar untuk peranti seperti Roku, Apple TV dan Amazon Fire TV.


Dan kemudian ada isu saluran berbanding kabel TV dan juga perkhidmatan TV streaming lain seperti Sling TV dan PlayStation Vue. Kerana tidak ada CNN atau TNT, tiada siarab Komedi atau HGTV, tiada Lifetime atau MTV.


Jadi ramai pengguna merasakan harga yang ditawarkan oleh Youtube TV agak tidak berpatutan, kerana hanya dengan sebanyak 52 siaran adalah masih belum sempurna untuk penonton.


Youtube TV ,Chanels


Setelah aku mencuba akses youtube tv menggunakan bantuan vpn, dapati hanya berjaya akses separuh jalan sahaja dimana aku telah gagal di bahagian pembayaran kerana alamat berdaftar akaun paypal aku adalah dari Malaysia.


Sumber terkait - Youtube TV / Daftar VPN


Ketahui Kenapa Gopro Mahal Berbanding Jenama Lain

2:10:00 PTG

Gopro Mahal Berbanding Action Kamera Yang Lain ?


Dahulu mungkin ramai yang menfaedahkan kamera telefon untuk merakam atau ambil gambar walaupun ketika itu gambar tidaklah secantik seperti sekarang, namun perlahan-lahan zaman berubah mengikut peredaran teknologi yang tidak pernah berhenti untuk bersaing siapakah yang paling terbaik dalam pasaran. Jika dulu kita kenal handy cam adalah salah satu gadjet keluaran Sony yang mampu merakam dengan sempurna, harganya usah ditanya sudah tentu sempurna dan mahal.


Seperti biasa jika aku lihat di youtube ramai orang dari luar negara membuat perbandingan gopro dan action camera yang lain seperti eken , sjcam dan macam-macam lagi yang sudah pasti akan banyak yang tumbuh bagai cendawan. Kegunaan action camera pada aku tidaklah penting melainkan bagi orang yang suka melancong , bersukan , mandi pantai dan sebagainya.


Gopro Action Camera


Gopro adalah keluaran dari negara amerika dimana pengasas dia adalah Nick Woodman dibina pada tahun 2002. Gopro juga telah mencatat keuntungan lebih kurang $947 Million (November 2016) dengan kejayaan mereka mengeluarkan gadjet yang telah diguna pakai oleh orang ramai.


Namun tidak semua yang menyokong gadjet keluaran gopro dengan alasan harganya terlalu mahal mencecah ribuan ringgit bagi model yang terbaru, kerana ada yang telah mengalami kehilangan gopro ketika melakukan aktivti lasak jadi ia agaklah tidak berbaloi untuk mereka yang gagal menjaga. Ada pula review mengatakan barang aksesori gopro juga mahal termasuk peralatan dalaman seperti bateri.


Dari pandangan sudut lain pula gopro mempunyai ketahanan hardware yang bagus dan memuaskan kerana jarang sekali kita jumpa gopro dengan sendirinya mati atau tidak boleh dihidupkan melainkan kerosakkan dari kesalahan pengguna, namun action camera lain banyak yang rosak dengan sendirinya kerana faktor overheat yang berpunca penggunaan terlalu lama.


Image Processing gopro Lebih bagus dan cepat kalau diuji dengan beberapa action cam tentunya hampir sama, namun perbezaan akan nampak saat melakukan video bergerak manakala action camera yang lain tidak begitu cepat dalam memilih fokus yang diharapkan contoh diantaranya hasil tidak tajam ( blur ), namun masalah seperti itu tidak untuk gopro.


Bateri lebih baik dan tahan lama kerana jarang bateri gopro cepat drop tidak seperti action cam lain yang hanya boleh tahan untuk beberapa jam sahaja. View angle juga lebar amat sesuai bagi edisi makan angin.


Cukup disini sahaja mengenai gopro, untuk artikel seterusnya akan dibincangkan mengenai action cam keluaran Eken yang sekarang namanya agak popular tambahan lagi kini ada produk terbaru yang diberi nafas baharu Eken V8S yang mempunyai IES iaitu anti gegar sizenya juga mungkin sama besar dengan gopro hero 4, nak tahu lebih lanjut nantikan artikel akan datang mengenai eken v8s anti gegar.


Go Pro

Hosting Percuma Bagi Yang Baru Berjinak Membuat Web - InfinityFree

9:20:00 PTG

Hosting Percuma Untuk Anda Yang Baru Berjinak Dengan Wordpress dan Web


Bagi yang sedang mengenal cara pakai hosting atau terutama pada bloger baru wordpress, adalah baik bagi anda cuba terdahulu dengan versi percuma kerana dengan adanya hosting yang percuma ia mudah untuk kita melakukan sedikit sebanyak pembelajaran kerana dengan adanya hosting kita boleh membuat pelbagai projek seperti memuat naik dokumen , gambar , juga file index.


Oleh kerana baru-baru ini aku memerlukan hosting untuk mengujicuba template wordpress, maka pencarian pun telah dilakukan sehingga telah menjumpai sedikit sebanyak laman yang memberi akaun hosting dan subdomain percuma.


Percuma ? tidaklah bermakna semua function dibenarkan akses melainkan memuat naik ke ruangan hosting mereka.



Free Hosting Server


Hosting percuma juga tidaklah sesuai bagi mereka yang ingin buat sebagai peralatan promosi kerana pakej percuma hanya akan memberikan anda nama domain yang rata-rata telah disekat oleh beberapa media sosial seperti facebook , juga selalu diguna pakai oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab seperti membuat laman palsu dan sebagainya.


Bagi yang baru nak berjinak dengan hosting anda digalakkan untuk menggunakan versi percuma untuk pembelajaran kerana jika terus membuat keputusan untuk menyewa ruangan hosting dan domain mungkin akan rugi kerana setiap saat adalah bernilai bagi anda.


Ada juga pengalaman dari beberapa pengguna sebelum ini dimana telah melakukan kesilapan sehingga sudi menerima kerugiaan terhadap pelaburan mereka pada sewaan akaun hosting iaitu selama 12bulan sedangkan mereka sepatutnya harus mencuba keatas hosting percuma dahulu sebelum membuat sebarang pembelian.


Hosting juga selalu digunakan oleh bloger yang menggunakan platform wordpress, kerana apa yang aku tahu wordpress ini kaya dengan pelbagai plugin percuma mahupun yang premium (berbayar). Wordpress juga adalah kesukaan bagi bloger yang rata-ratanya telah berjaya dengan hasil penulisan mereka, manakala bagi bloger yang baru berjinak dan sedang menggunakan platform wordpress aku harap korang perlulah tingkatkan ilmu dan usaha untuk menjadi seorang bloger yang berjaya, bukan apa cuma sedikit sebanyak dapat menampung kos hosting nanti.


Jadi aku akan bagi salah satu tempat dimana korang boleh jadikan ia sebagai tempat pembelajaran iaitu "InfinityFree". Haaa , disini korang bolehlah mencuba pelbagai platform website tanpa membuang duit. Silakan daftar dan guna seperti biasa iaitu apply subdomain percuma yang telah disediakan dan terus akses ke hosting percuma melalui FTP atau control panel.


**Sila update diruang komen jika ada sebarang pertanyaan atau kesilapan informasi.


Ketahui kandungan Kosmestik Anda, Mungkin Racun Didalam

7:31:00 PTG

Bahaya Produk Ada Merkuri, Hydroquinone dan Tretinoin


Makin hari makin tumbuh para usahawan kosmestik yang kita telah ketahui rata-rata masih banyak produk yang mereka keluarkan belum mendapat sebarang kelulusan (KKM). Kini bukan lagi masalah isu kelulusan tetapi semuanya adalah motif nak cepat kaya dan cepat nampak keberkesanan.


Sedangkan telah kita ketahui dimana produk kosmetik atau kesihatan haruslah mempunyai kelulusan kod Mal atau sebarang hologram. Apa yang membimbangkan ialah kebanyakkan produk kosmestik mengandungi antara 2-10% merkuri bagi setiap berat. Produk kosmetik ini telah dijual di negara Afrika, Asia, dan Amerika Latin dimana ia mengandungi kandungan merkuri yang lebih banyak antara 660-57 000 bahagian dalam sejuta.


Produk kosmetik Yang Berbahaya

Justeru apakah yang menyebabkan ramai wanita menggunakan produk kosmetik yang merbahaya ini? Mengikut satu kajian seramai 60% pengguna di Asia menggunakan produk ini kerana mereka mahukan kelihatan lebih putih dan muda. Antara salah satu faktor adalah harganya murah malah ada yang menggunakan untuk tempoh masa yang lama.


Kesan Keracunan Merkuri


Racun merkuri juga dikenali sebagai hydragyria atau mercurialism, suatu penyakit yang disebabkan oleh pendedahan merkuri dan pengumpulannya dalam tubuh pada jangka masa yang lama. Kesan jangka panjang penggunaan produk seperti ini akan menyebabkan kerosakkan saraf terutama pada tangan. Pesakit akan merasa gatal dan rasa terbakar pada kulit tangan mereka.


Contoh kesan keracunan

Selain itu bagi yang kerap guna produk di muka, ada juga sejenis produk yang mampu meruamkan kulit muka atau akan timbul bintik-bintik merah setelah pengguna cuba berhenti menggunakan atau mempunyai kemalasan.


Namun begitu janganlah kita menunggu kehadiran simptom-simptom diatas barulah kita mempunyai kesedaran. Ini kerana ramai juga wanita yang mengamalkan produk kosmetik itu tidak mengalami apa-apa tanda walaupun kandungan merkuri dalam tubuh semakin meningkat dan boleh menyebabkan kerosakkan ginjal.


Juga harus dijauhkan oleh wanita hamil kerana kesan toksin merkuri ini bukan saja didapati dengan memengangnya, tetapi juga menghidu wap yang tersejat apabila penutup tiub produk itu dibuka. Apabila berlaku pengumpulan bahan merkuri dalam badan, ia akan menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf janin. Selain itu bangan merkuri juga dipindahkan melalui air susu dari ibu kepada bayi.


Kenyataan akhbar dari KPK 11 April 2017 telah berjaya mengesan beberapa jenis produk kosmetik yang mempunyai kandungan beracun seperti Merkuri, Hydroquinone dan Tretinoin.


Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.


Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.


Sumber lanjut : Kementerian kesihatan


Pemeriksaan produk : NPRA

The Holocaust Sejarah Pembantaian Bangsa Yahudi Oleh Nazi

9:35:00 PTG
Sejarah Kem Nazi Yang Menyeramkan

The Holocaust merupakan tragedi pembantaian ras atau genosida yang terjadi pada enam juta penganut Yahudi pada Perang Dunia II oleh negara Jerman Nazi dan dipimpin oleh Adolf Hitler pada masa itu, kira-kira dua juta wanita dan tiga juta lelaki Yahudi dibantai dengan sadis dalam satu lokasi bernama Auschwitch iaitu kem Nazi di Polandia.


Begitu ramai menjadi mangsa korban pada tragedi tersebut yang membuat tempat tersebut kini menjadi sangat seram dan ditakuti orang. Tidak terbayang kekejaman yang dilakukan Nazi kepada bangsa Yahudi dan golongan minoriti lainnya dengan pembunuhan.




Auschwitz dulunya digunakan sebagai kem tentera, penjara, bilik eksperimen, dan pusat pelaksanaan. Dari sederet fungsi tersebut, anda sudah boleh membayangkan betapa seramnya lokasi tempat ini.

Kisah memilukan tersebut mungkin tak hanya menciptakan trauma bagi mangsa tawanan yang berhasil melarikan diri. Dalam sebuah projek filem dokumenteri, sebuah drone diterbangkan untuk merakam setiap sudut yang menggambarkan kekejaman Nazi pada masa itu.


Sebuah video berdurasi enam minit telah berjaya menggambarkan bagaimana setiap sudut bangunan tua bertingkat yang menjadi kuburan bagi jutaan orang. Dengan bunyi latar musim dingin, bangunan-bangunan tua yang menyimpan tawanan, kereta dan padang rumput luas kelihatan membisu dan mengerikan.



Bukan itu sahaja malah pengunjung yang datang ke lokasi tersebut juga menemui peristiwa mistik, seperti mendengar teriakan orang-orang kesakitan. Orang-orang yang berjaya melarikan diri dari tragedi tersebut pun masih dihantui rasa sakit dari tindakan eksperimen dan perlaksanaan hukuman oleh tentera Nazi.

KL 2017 Sukan Sea Tiket Sudah Mula Dijual

11:45:00 PG

Tiket Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur Sudah Dijual


Sebanyak 19 acara memerlukan tiket termasuk upacara pembukaan dan penutup yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Antara acara sukan yang memerlukan tiket ialah akuatik (terjun, renang, renang berirama dan polo air), badminton, gimnastik, karate, taekwondo, pencak silat, futsal, bola jaring, ragbi, berbasikal (trek), bola keranjang, sepak takraw, biliard dan snuker, muay dan bola sepak.



Dalam pada itu, sebanyak 32 acara lain dapat ditonton secara percuma seperti akuatik (renang terbuka), memanah, olahraga, tenpin boling, tinju, kriket, berbasikal (BMX dan lebuh raya), ekuestrian, lawan pedang, golf, hoki, hoki ais, luncur ais, judo, boling padang, petanque dan layar.


Kuala Lumpur 2017 Sea Games

Harga tiket pula adalah agak berpatutan dan penyokong serta peminat acara sukan itu pastinya bersedia untuk membeli manakala untuk pusingan awal harga RM10, pada pertengahan acara pula harga RM15 dan final RM20.


Kata khairy (MASOC) , bagi memastikan tidak berlaku penjualan tiket haram atau ulat tiket, setiap individu dihadkan pembelian kepada empat tiket sahaja. Bagi jumlah acara-acara yang berkaitan adalah sebanyak 38.


Pembelian tiket boleh rujuk link dibawah:-
https://www.kualalumpur2017.com.my/tickets.cshtml


38 jenis sukan sea kuala lumpur

Tidak cukup itu , sukan sea kuala lumpur juga menjemput sukarelawan untuk mengambil bahagian dan tugasan yang akan diberikan.




Volunteers FAQ sukan sea :-

https://www.kualalumpur2017.com.my/getinvolved-volunteerfaq.cshtml 


 

CowerSnail - Virus Komputer Yang Sedang Aktif

10:32:00 PTG

CowerSnail Aktif Menyerang Mesin Windows OS


Kumpulan yang sama, penggodam kini menyasarkan mesin Windows dengan backdoor baru, yang merupakan versi semula dikompilasi QT yang sama, juga malware yang digunakan untuk menyasarkan Linux.


CowerSnail yang telah dikesan oleh penyelidik keselamatan Kaspersky Labs sebagai Backdoor.Win32.CowerSnail, bermaksud pintu belakang yang membolehkan penciptanya melaksanakan sebarang arahan pada sistem yang telah dijangkiti atas tujuan keuntungan.


Penggodam yang sama mensasarkan kedua-dua komputer Windows dan Linux juga bersama program CPUminer sumber pengkomputeran sistem yang dikompromikan untuk menghasilkan keuntungan. Seperti yang kita ketahui pada zaman kini sudah mempunyai sebuah sistem matawang digital dimana ia mempunyai nilai yang tinggi.


Artikel Terkait

http://www.sekejung.com/2017/03/harga-matawang-digital-bitcoin-2017.html


CowerSnail - SambaCry

Ternyata motif kumpulan pengodam ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mencari keuntungan dari mesin komputer yang telah dijangkiti dengan terpasang program cpu miner untuk melombong matawang digital (cryptocurrency).


Kata Sergey Yunakovsky dari Kaspersky Lab dalam jawatan blognya mengatakan setelah kumpulan pengodam ini berjaya mencipta dua Trojan berasingan, dimana kita lihat masing-masing direka untuk platform tertentu dan masing-masing juga mempunyai keunikan tersendiri, kemungkinan besar kumpulan ini akan menghasilkan lebih banyak malware pada masa akan datang.


Profile Malware

Dalam masa terdekat , kata penyelidik telah dapat mengesan program malware baharu, yang dipanggil SHELLBIND , mengeksploitasi kecacatan kepada peranti Penyimpanan Rangkaian Terlindung (NAS).


Jadi sampai disini sahaja dahulu berita berkaitan ancaman siber juga mohon orang ramai sentiasa berhati-hati ketika menggunakan rangkaian jalur lebar juga ketika memuat turun sebarang program dari sumber percuma.

Fungsi Dan Cara Mudah Membuat Privacy Policy

8:33:00 PTG

Cara Mudah Membuat Privacy Policy Untuk Website / Blog


Pentingnya privasi polisi pada sesebuah blog kerana ia sedikit sebanyak syarat utama untuk pihak advertiser jikalau anda sedang cuba menjadikan blog salah satu sumber pencarian pada masa akan datang.


Privasi polisi ini juga dibuat bertujuan untuk memberitahu pengunjung blog tentang peraturan khususnya yang berkaitan. Selain itu ia juga menjadi salah satu syarat penting untuk mendapatkan pengiklanan dari advertiser seperti Google Adsense atau Facebook Instant Articles dan lain-lain.


Privacy Policy

Secara jujurnya tidak semua pemilik blog atau website yang betul-betul fikirkan akan hal privasi polisi kerana kini telah mempunyai tools percuma untuk memudahkan generate ayat-ayat privacy dan policy mengikut keperluan anda. Dengan adanya kenyataan privasi polisi ini harap dapat memudahkan lagi anda memohon menjadi publisher atau memonetasi blog anda.


Tanpa berlengah lagi aku terus kongsikan beberapa link yang masih aktif untuk generate privasi polisi. Caranya sungguh mudah , anda hanya perlu masukkan sedikit sebanyak maklumat yang diminta seperti alamat domain , email dan lain-lain yang berkaitan . Seterusnya tandakan semua ruang advertisers contoh Google Adsense dan lain-lain lalu tekan butang 'Create my Privacy Policy'.


Link - 1

http://www.serprank.com/privacy-policy-generator/index.php

Link - 2

http://www.privacypolicyonline.com/


Privacy Policy Online Generator

Setelah berjaya dapatkan hasil dari generator , silakan bina pages baharu di blog anda lalu tampal semua kenyataan privasi polisi kedalamnya. Untuk maklumat lanjut berkaitan pentingnya Privacy Policy boleh lihat link dibawah untuk dijadikan sebagai contoh rujukan kerana adanya lebih baik jika anda ambill masa untuk bina sendiri :-


Wiki

https://en.wikipedia.org/wiki/Privacy_policy


Google

https://www.google.com/policies/privacy/


Facebook

https://web.facebook.com/legal/FB_Work_Privacy

Susu Kambing Organik Keluaran Lazz Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

7:54:00 PTG
Keistimewaan Susu Kambing 

Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi). Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu kambing boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulser. Ia juga mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

Lazz Susu Kambing Choco

Oleh sebab itu kita semua pun tahu bahawa minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur.

Lazz susu kambing adalah salah satu produk keluaran bumiputra Lazz Ain Marketing Sdn Bhd yang berpusat di senawang negeri sembilan. produk ini adalah jenis tepung dan sesuai diminum dalam keadaan panas mahupun sejuk. Saya juga telah perolehi salah satu produk perisa Lazz Choco untuk dijadikan minuman harian bersama keluarga, Lazz choco seberat 500gram boleh didapati melalui lazada atau pun agent lazz berharga sekitar RM45.90 tidak termasuk kos penghantaran.

Lazz Choco Sejuk
KHASIAT LAZZ CHOCO UNTUK ANAK

#1 Selera Makan
Jangan terkejut ya jika anda lihat si manja makin berselera makan lepas cuba LAZZ Choco..Ini kerana Lazz Choco mengandungi Niacine yang merangsang selera makan si manja.. Malah membantu menaikkan berat bagi yang menghadapi masalah berat badan sebelum ini.

#2 Kulit
Ramai yang suka kalau kulit si manja menjadi gebu dan halus. Hakikatnya susu kambing diperkaya Vitamin C untuk mencantikkan kulit dan bantu luka cepat kering & segera sembuh.

#3 Susu Tak Manis
Sesetengah susu biasa diletakkan pewangi supaya si manja suka bau dan suka minum. Juga terdapat gula tambahan - sirap jagung, sirap glukosa, pepejal glukosa, etc. Gula ini menyebabkan addicted dan bole menyebabkan karat gigi berlaku. Namun begitu susu lazz tidak diletakkan sebarang bahan sintetik & tidak berbau manis.

#4 Enak
Mempunyai rasa yang enak, sesuai untuk si Manja yang menghadapi Masalah terlalu memilih susu dan suka reject susu.

Pakej Jimat Untuk Pelangan


Boleh terus buat tempahan online malalui http://lazzdelivery.com/ . Jom cuba Lazz Choco dan pastikan kotak anda mempunyai Hologram supaya dapat digunakan untuk menebus hadiah misteri dari syarikat.

Facebook:-

Web:-


Tambah Kelajuan Enjin LC135 Dengan Menggunakan CDI Dari Malay Bengkel

10:01:00 PTG

Masa demi masa yang bergerak , penulis amat bersyukur kerana makin ramai usahawan bumiputra yang menonjol dengan pelbagai jenis kepakaran dan perniagaan. Seperti mana kita telah ketahui , dari sekecil bengkel motosikal hingga sebesar bengkel kereta rata-rata yang menonjol adalah dari warga yang berbangsa cina.


Namun begitu , warga malaysia yang berbangsa melayu sememangnya mempunyai bakat yang terpendam iaitu mempunyai pelbagai kepakaran untuk mengubahsuai enjin dari standart hinggalah ke taraf modifikasi untuk mendapatkan kelajuan yang maksima.



Ada pepatah orang lama kata, orang jepun siang malam tak tidur untuk mencipta sesebuah jentera dengan sempurna, tapi setelah dapat di tangan melayu habis semua hilang ciri-ciri kejepunan dibuang dan ditukarkan dengan modifikasi tersendiri.


Malaysia boleh mencipta ahli-ahli automotif yang berwawasan jika mahu , tapi oleh kerana kurangnya sokongan-sokongan dari pihak individu maka usahawan bumiputra agak lambat membangun dengan kepakaran tersendiri.


Artikel sebelum ini penulis ada kongsikan usahawan tinted cermin kenderaan yang dimiliki oleh bumiputra lihat disini , pada artikel kali ini penulis akan kongsikan bengkel motosikal yang dimiliki oleh bumiputra iaitu MB Perfomance atau dikenali sebagai Malay Bengkel yang telah beroperasi di alamat baharu mereka di sri kembangan.


Ketika pomen Malay Bengkel ini baru memulakan kuasa marketing di laman facebook, beliau hanya mengubahsuai enjin motosikal terutama pada enjin yamaha lc135 di depan rumah setingan sahaja jika tidak silap penulis.


Namun begitu , lama kelamaan dengan kuasa viral di laman facebook beliau yang bernama Malay Bengkel makin banyak pula dapat tempahan permintaan untuk modifikasi motosikal. Setelah terlalu banyak permintaan sehinggakan pomen motosikal ini tidak cukup ruang dan waktu untuk selesaikan semua. Beliau telah membuat keputusan untuk merekrut kakitangan yang mempunyai minat untuk pelajari.


Sebelum itu penulis ada cuba dapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang pemilik bengkel motosikal ini iaitu adakah beliau salah satu pelajar dari mana-mana kolej kejuteraan. Setelah di selidik beliau adalah salah seorang dari pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) . Tidak lama begitu , ketua pomen ini telah menaik taraf bengkel beliau di lokasi baharu iaitu dalam kawasan sri kembangan boleh dapatkan alamat penuh dibahagian bawah artikel ini.


CDI MB Perfomance dari Malay Bengkel

Tidak cukup dengan kepakaran mofikasi enjin motosikal , malay bengkel melangkah lagi kehadapan dengan mengeluarkan produk mereka iaitu yang dinamakan sebagai cdi mb perfomance yang bekerja untuk bypass cut off dan bertindak meringankan enjin motosikal dan mempercepatkan kipas penyejuk enjin aktif tanpa perlu menunggu lama.


Namun dengan kesungguhan dan kepakaran yang beliau miliki cdi mb perfomance ini tidak dikeluarkan dalam satu edisi sahaja kerana pihak malay bengkel telah sentiasa menjalankan ujikaji dan menambah baik akan kualiti produk mereka dan yang terkini adalah cdi edisi ke lima.


Nak tahu kenikmatan ketika menggunakan cdi terbaru dari malay bengkel silakan dapati dari seller mereka yang berdekatan kerana penulis telah merasai perbezaan yang ketara di motosikal standart, memang sedap weiii ulang alik pergi kerja bersama isteri. Harganya pun tak mahal tak murah tapi sedap-sedap rasalah iaitu RM150 sahaja untuk cod sekitar lembah klang manakala diluar kawasan kena tambah RM10 untuk kos penghantaran melalui pos laju.


Blog:-

http://malaybengkel.blogspot.my/


Facebook:-

https://web.facebook.com/malay.bengkel


**Mereka bukan sahaja mahir untuk modifikasi enjin malah mampu untuk menyelesaikan masalah jentera anda dengan masa yang ditetapkan, jangan pula korang hantar pagi tengahari nak datang ambil motor memang tak sempatlah pomen nak cari punca masalah melainkan mempunyai kakitangan yang mencukupi.


Business Card Malay Bengkel





Tingkatkan Simpanan Dengan Pelaburan Emas

4:13:00 PG

Sekiranya anda telah membuat pilihan untuk melakukan simpanan atau apa sahaja pelaburan yang pernah disyorkan oleh rakan, sila ambil sedikit masa untuk selidik betul-betul adakah program anda pilih itu mempunyai skim yang menjanjikan keuntungan dalam masa singkat atau memerlukan kos yang tinggi jika ingin sertai, jika ada haruslah anda keluar dari kelompok itu sebelum terlambat.

Tahukah anda simpanan tabung ASB mulanya dari tahun 1990 untuk memberi peluang kepada bumiputra mengembangkan simpanan dan menerima bonus dividen pada setiap tahun. Tetapi setelah masuknya pada tahun 2016 pelabur ASB telah merasai bonus makin berkurangan atas alasan kemerosotan ekonomi negara dan sudah pasti impak itu akan tempias kepada rakyat atau pelabur.


Bagi pelabur ASB yang melakukan simpanan tetap pada setiap bulan memang tidak akan terasa jika bonus makin berkurangan, manakala jika pelabur ASB yang telah membuat pinjaman bond dari pihak bank. Yaa! disitu mereka akan terasa rugi kerana bonus yang diterima itu tidak lagi boleh menampung hutang ASB Loan mereka untuk setahun dan besar kemungkinan anda harus menambah lagi duit poket sendiri untuk menampung hutang serta bunga bank.

Begitu juga jika anda membuat pilihan untuk menyimpan di dalam mana-mana bank tempatan di malaysia. Bank hanya berikan anda beberapa % faedah bagi akaun simpanan yang mempunyai ribuan ringgit sahaja manakala akaun yang tiada simpanan tidak layak untuk merima apa-apa bonus faedah. Tahukah anda bank sebenarnya tiada tunai , mereka juga hanya menjadikan sijil bond dan deposit anda sebagai perniagaan harian mereka.

Penipuan

Harus anda tahu kenapa tubuhnya bank dan mesin ATM . Kerana bank memerlukan tunai anda untuk diberi pinjam kepada orang lain dalam masa sama mangsa yang meminjam wang dari pihak bank akan dikenakan bunga. Jadi situasi begini siapakah jadi mangsa penipuan dan siapakah yang terus ditipu hidup-hidup ?

Oleh kerana itu nenek moyang kita telah mengamalkan simpan duit bawah bantal. Dalam masa sama tabiat seperti itu juga mempunyai risiko iaitu wang kertas mampu reput atau bakal dijadikan makanan oleh sang anai-anai.

Jadi kenapa harus simpan dalam bank atau deposit mesin ATM, kerana ia akan menyelamatkan wang kertas anda dari rosak dan bilamana wang kertas anda rosak seperti mengalami koyak atau kurang sifat. Katakan anda mempunyai kerajinan ke bank negara untuk melakukan pertukaran. Maka pihak bank negara tidak lagi memulangkan jumlah nilai yang sama kepada anda.

Misalnya wang kertas anda RM10 telah koyak sedikit dihujungnya jadi bank negara akan memulangkan anda duit bawah dari harga RM10 itu contoh RM9.50 siapakah yang rugi jangan ditanya lagi. Apa yang penting anda terpaksa lihat seolah-olah wang kertas itu amatlah berharga sedangkan sifatnya hanyalah kertas sahaja boleh rujuk artikel sebelum ini berkaitan matawang dibawah.

http://www.sekejung.com/2015/07/betulkah-wang-kertas-tidak-bernilai.html

Apa yang penulis ingin sampaikan adalah , jangan lagi fikir panjang atau risau untuk tukarkan wang kertas anda kepada emas kerana itu adalah jalan yang terbaik lagi benar untuk mengekalkan nilai kewangan anda. Pernahkah anda ambil tahu quenn di england adalah salah satu manusia kaya dengan emas, cuma belum ada kesahihan yang mengatakan kesemua emas itu adalah milik beliau.

Konspirasi

Jadi jika minda dan hati sudah dibuka maka eloklah cari tempat untuk membeli jongkong emas atau dinar emas mahupun perak untuk dijadikan simpanan masa depan, tapi harus beringat dengan zaman berteknologi ini sangat mudah pihak yang tidak bertanggungjawab mencipta emas tipu iaitu meletakkan besi logam didalamnya untuk mengekalkan berat.

Oh ya lagi satu perkara pastikan anda belajar untuk mengetahui pasang surut harga semasa emas atau perak walaupun kita tidak sesekali dapat jangkakan sama ada harga itu sesuai untuk membeli atau pun harga sesuai untuk dijual.

Sedikit Info :
Emas 22K ( Barang perhiasan wanita )
Emas 24K( Jongkong emas 999.9% tulen)

Bagi kaum lelaki haruslah anda menyimpan Emas 24K atau Perak mahupun Dinar Emas. Manakala bagi kaum wanita sudah pastinya lebih menyukai emas perhiasan 22K yang kurang tulennya juga peratus susut nilai lebih banyak dari emas tulen 999.9% .

Gold Chart July 2017
Dibawah ini rekemen dari aku juga salah satu tempat yang dipercayai setakat ini untuk perolehi emas tulen dengan harga yang berpatutan dan paling penting diterima oleh ar-rahnu .

http://www.publicgold.com.my/

***Simpanlah emas kerana itulah kekayaan yang sebenar.

Phoenix OS Versi Komputer Kini Menyokong Android 7.1

1:03:00 PTG


Phoenix OS untuk x86 bermaksud ia boleh dijalankan di komputer riba mahupun komputer peribadi, mungkin diantara kita adalah pengguna android yang tegar dan juga mungkin seorang pemain video game versi android, dalam masa sama pasti sering kali kita menghadapi masalah peranti mudah panas juga mempunyai masalah jangka masa bateri yang pendek.


Namun sehingga sekarang para pencipta program mencipta pelbagai jenis android versi windows untuk membolehkan sistem android dijalankan di sistem windows. Pada setakat ini sudah lebih dari sebuah program yang berjaya dimainkan di perisian windows namun tidak berjalan dengan 100%.


 Phoenix OS

Kerana dalam banyak program yang dicipta baik yang versi prabayar hingga ke versi percuma pasti akan menerima kekurangan contoh mengalami masalah sering sangkut dan tidak lagi menyokong aplikasi terkini dari google playstore.


Terkini penulis akan temukan anda dengan sebuah sistem android yang tidak memerlukan anda jalankan di sistem windows tapi ia memerlukan anda menyediakan sedikit ruang storan cakera keras kerana ia akan dijalankan secara dual boot.


Perisian operating system yang mampu dijalan secara dual boot adalah pilihan bijak kerana tidak perlu campuk aduk bersama sistem windows yang sering kali berjalan walaupun ia tidak digunakan. Malahan perkara itu adalah salah satu penyebab mengapa aplikasi android sebelum ini mengalami masalah sangkut ketika dimainkan .


Phoenix OS adalah jalan penyelesaian bagi pengguna android yang inginkan kepuasan ketika memainkan mainan video game , juga bagi yang masih menggunakan sistem android 5.1 juga berpeluang menggunakan sistem terkini android 7.1 melalui komputer peribadi anda.


Sedikit sebanyak hasil percubaan dari penulis terhadap program phoenix os adalah sangat baik buat masa ini kerana pembangun mereka telah bekerja keras untuk memastikan program mereka berjalan dengan baik dan sering melakukan patching.Tentang pemasangan phoenix os di komputer peribadi anda juga sangat mudah kerana ia bekerja seperti next next finish dimana anda harus memuat turun installer mereka di Phoenix OS terdahulu dan pilih versi x86 atau x64. Setelah siap memuat turun anda hanya perlu jalankan installer melalui windows dan memilih untuk dijadikan sebagai dual boot.


Speksifikasi komputer peribadi anda juga memainkan peranan penting untuk menyokong program Phoenix OS, terutama ram memory harus tinggi , ruang storan cakera keras dan harus juga mempunyai ciri-ciri yang speksifikasi yang terkini.


Setakat ini perisian di google playstore masih ada sedikit sebanyak tidak boleh dijalankan di phoenix os kerana penulis dapati salah satu sebab adalah mungkin kerana masalah resolusi video game yang secara biasa hanya dimainkan mengikut speksifikasi telefon.


Pada anda yang ingin mencuba sila memuat turun program phoenix os dibawah dan juga boleh mendapatkan sedikit sebanyak maklumat di forum yang telah disediakan.


Phoenix OS

http://www.phoenixos.com/


Download

http://www.phoenixos.com/en/download_x86


Forum

https://forum.xda-developers.com/t/phoenix-os

Pasar Segar Pak Din Kampung Medan Terlajak Murah

11:23:00 PG

Pada pagi minggu seperti biasa rutin bagi yang sudah berkeluarga adalah meringankan diri untuk ke pasar pagi untuk mencari bahan-bahan dapur untuk meneruskan kehidupan lagi menjimatkan ekonomi yang sudah berkeluarga , maklumlah ketika bujang sering makan minum diluar dengan harga yang tidak menentu asalkan perut kenyang tekak hilang dahaga.

Tengah bulan pasti jadi lebih teruk jika awal-awal dapat gaji sudah sering makan minum diluar itu belum lagi jumpa rakan-rakan yang sering mengajak lepak di kedai , sudah pasti ketika itu duit gaji anda mengalir lebih laju dari peluh yang anda keluarkan.

Pasar Segar Pak Din , Taman Medan PJ
Jadi penulis ingin nasihatkan bagi yang dah berkeluarga atau masih lagi bujang mohon jagalah ekonomi anda dengan kurangkan makan minum diluar dan ringankan diri untuk ke pasar dan masak sendiri di dapur anda kerana ia lebih berbaloi dan punyai kuantiti yang lebih banyak dari kedai makanan dengan harga juga murah.

Bagi penduduk di planet bumi ini yang berdekatan atau pernah hadir ke kampung medan, Pasar segar din adalah salah satu tempat lokasi dimana anda boleh dapatkan bahan mentah segar dan lain-lain denga harga yang lebih murah untuk kawasan sekitar sini , dimana ia juga satu²nya pilihan masyarakat disini jika inginkan barang segar lagi murah walaupun terpaksa beratur panjang juga dikatakan pasar ini dibuka seawal subuh dan kepunyaan peniaga bumiputra. Siapa yang berniaga makanan pasti mengenali lokasi ini kerana dikhabarkan juga mempunyai pelangan yang datang dari luar kawasan.

Pasar Segar Pak Din, Taman Medan

Pendapat saya, ini bukan perniagaan atau pasar pagi yang biasa-biasa kerana jika datang selepas waktu kemuncak pasti ia akan mengecewakan anda dan mungkin yang tinggal hanya papan tanda harga atau bahan basah yang tak comel senang cakap siapa awal yang segar dia punya.

Harga gambar ikan dibawah ketika ini adalah sekitar 4 plastik penuh hanya RM20 sahaja lebih kurang 13 ekor, siapa ada kucing tu memang bertuah kehidupan haiwan peliharaan anda. Bukan itu sahaja malah ada pelbagai lagi yang murah-murah boleh dikatakan dalam pasar segar pak din ini mempunyai pelbagai bahan basah yang anda perlukan termasuk daging sepertimana macam pasar pagi yang sering kita kunjungi.

Khabar angin dari penduduk lama disini mengatakan pasar segar din ini juga mempunyai sumber sendiri macam kolam ikan sendiri tanaman sendiri, kesahihan maklumat yang didapati setakat ini penulis tak dapat pastikan kerana agak kurang sumber mengenainya mungkin dirahsiakan oleh peniaga atau pekerja atas sebab-sebab tertentu.

Ikan Sardin _Pelaling , Pasar Segar Din

Kepada yang sesiapa yang pernah dengar tapi tidak tahu lokasi atau kepada yang memang tak pernah tahu tapi nak pergi kerana mungkin anda salah seorang penduduk baru di sekitar kawasan kampung medan, penulis akan sediakan alamat surat menyurat untuk korang hadir.

Pasar Segar Din
No14. Jalan PJS 2D/3,
Kampung Medan,
Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Gambaran lokasi adalah satu bangunan dengan Singer Malaysia sri manja .




 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)