Headlines

Blogged.my
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Takut Dengan Inflasi Semasa? Jom Simpan Emas Sikit

11:20:00 PG

Antara wang kertas , emas , hartanah manakah pilihan anda? jika kami sudah pasti akan memilih wang kertas kerana boleh digunakan secara harian namun ia akan terasa seperti angin yang lalu di tepian pantai.



Hartanah sesuai untuk golongan yang mempunyai pendapatan tinggi dan komitmen yang rendah supaya dapat melakukan pinjaman bank, walaubagaimanapun ia bukan pilihan yang baik untuk semua golongan di Malaysia pada hari ini kerana akan terikat dengan bank hampir seumur hidup kecuali anda ingin makan keuntungan atas angin dari setiap sewaan.


Emas pula sesuai bagi semua golongan yang bekerja kerana kos yang diperlukan sangat minima iaitu sekitar bawah RM200 untuk 1gram berbanding kos pinjaman hartanah yang mencecah hampir RM500-RM1200 sebulan.



Kecoh dalam media sosial harga emas melambung sekejap ketika itu juga ada ar-rahnu sibuk buat marketing di FB untuk menarik pelabur pusing modal. Namun ia hanyalah sekejap sahaja tapi memadai kepada sesiapa yang ada membuat simpanan emas dalam jangka masa panjang.



Gambaran terkini diatas menunjuk downtrend yang drastik semenjak ramai yang mula ambil keuntungan, manakala yang lewat mengambil keuntungan harap bersabar menunggu nilai pasaran seterusnya.


Masalah orang kita terutama golongan wanita adalah terlalu suka membeli barang kemas 916(22K)walaupun mereka tahu susut nilai barangan kemas lebih banyak berbanding jongkong emas 999.9(24k). Maklumlah emas jenis ini tidak boleh dipakai dan ditayangkan kepada orang ramai tambahan lagi apabila musim perayaan.



Setelah nasihat diberikan bertubi-tubi baru ia faham apa itu 22k dan 24k emas dan manakah lebih berbaloi untuk disimpan. Maka kami pun terus ke cawangan public gold yang terdekat untuk berurusan pendaftaran supaya nanti mudah orang pompuan nak beli emas secara atas talian.


Ada satu potongan ayat " Ada duit belum tentu ada emas, Ada emas sudah tentu ada duit ". Jika korang sudah faham mulakan dari sekarang sikit-sikit lama jadi bukit. Sebelum itu yang anda perlu tahu adalah nilai pasaran emas bukan kita yang kawal mahupun bank tetapi ada tangan-tangan yang kita tidak nampak.


Ada yang merungut beli mahal-mahal tapi nilai pasaran tak naik, cik abang cik akak anda perlu tahu simpan emas bukan macam (MLM) kerja asik cari orang je untuk beli produk. Tapi ia lebih kepada simpanan jangka masa panjang untuk menahan inflasi matawang kertas yang semakin tidak terkawal.


Sebelum ini public gold pernah dilabelkan sebagai syarikat (MLM) dan setelah dikaji kini ia sudah mula mempunyai shariah compliant dan berkolaborasi bersama POS Ar-rahnu bagi memudahkan pelangan berurusan.


Terkejut Dapat Bil GX50 Umobile Berjumlah Diluar Jangkaan, Jom Lihat Penjelasan Dari Mereka

10:37:00 PTG

Pengguna postpaid yang setia pasti pernah melalui detik hitam dimana penyata bil bulanan tidak serupa dengan harga yang di iklankan jadi apakah penjelasan dari pihak satu ini?



Disebabkan kami menerima pertanyaan dari pengguna postpaid umobile sendiri dimana mereka pernah menerima penyata bil yang berjumlah diluar jangkaan maka pihak kami pun bersetuju untuk melangan prabayar dari umobile untuk percubaan iaitu pelan GX50.


Semasa kami menggunakan prabayar GX50 dari umobile ini pertama sekali dapati rangkaian 4G tidak di aktifkan secara auto malah kita yang harus menghantar SMS untuk pengaktifan.


Baca artikel berkaitan sebelum ini Rebut diskaun RM10 setiap bulan dari umobile GX50



Mengenai penggunaan data internet pula pada kami memang senang hati disebabkan tidak perlu fikir untuk jimatkan data namun yang menjadikan isu cuma kelajuan internet mempunyai had iaitu sekitar 5Mbps sahaja mengikut lokasi serta had kelajuan torrent pula sekitar 64kbps dan hotspot cuma diberi sebanyak 5GB.


Panggilan telefon memang tanpa had cuma kami ada kekeliruan sedikit dibahagian Voice/SMS tapi tidak mengapa dibawah nanti kami tunjukkan keterangan dari pihak khidmat pelangan mereka. Panggilan tanpa had senang ketika digunakan semasa menghubungi talian hotline seperti bank dan lain-lain. Jika anda pernah menghubungi talian hotline pasti akan terasa arghh!! lamanya nak tunggu robot mereka beri arahan tak pasal-pasal kredit prepaid kehabisan tapi perkara itu tidak akan terjadi bila anda mempunyai panggilan tanpa had.


Penggunaan data setakat dalam tempoh percubaan selama sebulan ini kami berjaya manfaatkan sekitar 30GB termasuk hotspot 5GB. Macam-macam la kami muat turun mahupun muat naik tanpa segan silu dan periksa baki data seperti pelan yang ada di pasaran sekarang ni.


Pengakhiran

Sudah tibanya kami menerima penyata bil bulanan dan hasilnya memang mengejutkan, sepertimana kita lihat dalam iklan GX50 adalah RM50 setiap bulan namun bila penyata bil keluar lain pula ceritanya.


Ceritanya bermula ketika proses pendaftaran gx50 dengan mengekalkan nombor lama tidak memerlukan sebarang kos walaupun dalam terma dan syarat sudah tertulis kesemuanya. Tapi masalah orang kita ni mana rajin membaca dibahagian tu dan oleh kerana itulah ramai yang terperangkap dengan pelbagai yuran yang dikenakan oleh syarikat penyedia.



Gambaran diatas menunjukkan SMS penyata bil GX50 kami telah pun tiba, berasa hairan kenapa harga bil postpaid GX50 ini boleh mencecah hampir RM 100 dan maklum balas yang diperolehi daripada pihak khidmat pelangan mereka pula berbunyi seperti gambaran dibawah.



Untuk pengetahuan kita bersama, pendahuluan akses telah pun dikenakan dengan harga RM 50 dan seterusnya kami pun pelik sebenarnya apakah yang dimaksudkan yuran akses yang dicaj sehingga RM 31.667. Seterusnya statement bil juga telah dikenakan caj sebanyak RM 3.


Kemaskini isu bil terperinci RM 3: Kami dapati bil adalah helaian kertas yang akan dihantar ke peti surat anda namun ia dapat dihentikan dengan menghubungi khidmat pelangan umobile dan setelah selesai anda telah pun jimat RM 3.


Dan bahagian 4. iaitu menunjukkan 'Voice / Video / MMS / SMS ' yang dikenakan caj RM 2.90 pun belum dapat dipastikan apakah yang dicaj sebenarnya adakah voice mail atau SMS. Duti setem RM 10 dah macam beli rumah pula kami rasa siap ada duti setem bagai, bahagian rebate RM 10 dah macam tak berfungsi pula.


Kemaskini isu bahagian 4.: Diberitahu bahawa panggilan ke talian hotline seperti 1800 xxx xxx dikenakan caj sebanyak RM 2.70 manakala SMS caj 20sen sebanyak dua kali penghantaran dengan jumlah keseluruhan adalah RM 2.90.


Akhir sekali SST 6% sebanyak RM 4.65 , tahukah anda perbezaan postpaid dan prepaid dimana jika dulu setiap kali prepaid melakukan tambah nilai pengguna dikenakan cukai gst 6% begitu juga bil postpaid. Tapi sekarang sudah berbeza iaitu hanya bil postpaid sahaja yang dikenakan cukai perkhidmatan.


Huraian dalam artikel ini adalah untuk perkhidmatan Umobile postpaid GX50, manakala perhidmatan dari syarikat telekomunikasi yang lain belum lagi kami berkesempatan untuk melakukan tinjauan. Semoga penjelasan diatas dapat membantu anda membuat keputusan untuk memilih postpaid atau prepaid paling penting masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.


'Street Raya' 2019 Mempunyai Pengurusan Yang Gagal

10:50:00 PG

Menurut sumber anjuran ini adalah gabungan sepenuhnya dari kewangan JAWI dan MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN(MAIWP) walaubagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) turut tidak ketinggalan untuk bergabung.



Anjuran ini juga dapat kelulusan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. Beliau dengan angkuhnya berkata program tersebut tidak melibatkan kewangan dari Jabatan atau sebagainya menurut sumber dari utusan.com.my.


Secara umumnya telah bersepakat (ittifaq) dan ijmak bagi semua fuqaha, bahawa yang layak menerima zakat itu adalah daripada kalangan orang Islam sahaja. Ertinya, tidak boleh memberikan zakat kepada non-Muslim.



Tapi dalam isu ini anjuran ini telah dilakukan sepenuhnya dari tabung kewangan Umat Islam di Malaysia dan majoriti yang datang adalah dari bangsa Melayu yang beragama Islam. Namun Non-Muslim juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi suasana rumah terbuka yang pada kami tidaklah terbuka sangat.


Penilaian pertama kami adalah isu sumber kewangan seterusnya waktu anjuran pula di jadualkan bermula jam 2pm - 6pm dan berlokasi terbuka iaitu di jalan dataran merdeka.


Orang ramai perlu berpanas terik beratur demi makanan adalah tidak patut dan kami kesian kepada ibu-bapa yang bawa anak kecil mereka tanpa berpayung dan terpaksa berkhelah di lantai yang tidak berbumbung.


Kami melihat dari sudut ramalan cuaca pula mengatakan pada hari tersebut akan berlaku hujan lebat bahkan ia tidak sepatutnya buat pada kawasan terbuka demi keselesaan pengunjung. Gambaran dibawah adalah ramalan kaji cuaca untuk seminggu bermula 7 julai 2019 dimana memberitahu akan terjadi ribut petir selama beberapa hari semenjak 6 julai 2019.



Benarkah pihak penganjur atau Jabatan Menteri telah membuat kertas kerja peracangan yang sungguh teliti sebelum meluluskan program rumah terbuka itu? Baiklah mari kita lihat gambaran-gambaran dibawah dimana kita akan dapat lihat betapa gagalnya program ini serta memberi nama buruk kepada JAWI dan MAIWP .


Jika ada wartawan menunjukkan gambaran dari sudut positif kami boleh mengatakan mereka mungkin sayang dengan kerjaya yang ada sekarang ini namun bagi kami realiti adalah lebih baik dari berpura-pura.



Ini adalah dewan bandaraya kuala lumpur yang gah di tengah kota namun kita dapat lihat ada pengunjung yang terpaksa duduk bersila dibawah tanpa alas apa pun belum lagi fokus pada anak tangga di hadapan itu. Tidak cukup ruang tempat duduk untuk menikmati hidangan yang berada di lokasi tidak berbumbung.


Pengunjung lain pula memberitahu kami bahawa makanan masih banyak tapi tidak boleh ambil sebab kehabisan pinggan dan cawan jadi pada kami program ini sangatlah gagal kerana masih ramai pengunjung yang tidak dapat menikmati walaupun makanan masih banyak.


Dalam Islam ia adalah satu program pembaziran dan tidak adil sama sekali kepada umat Islam dan terutama pemberi zakat dan sedekah di tabung masjid dan surau jumaat.



Pihak penganjur tahu atau tidak berkaitan masalah rakyat atau pengunjung terutama yang ada anak kecil? Adakah penganjur atau DBKL tidak mempunyai sikap prihatin dengan memperuntukkan lebihan khemah di lokasi-lokasi yang stratergik untuk memberi keredupan kepada pengunjung paling jahat pun buatlah program dimalam hari.


Kami dapati anak kecil itu terpaksa berbumbungkan payung sambil separuh bogel kerana mengalami situasi tahap kepanasan yang melampau. Dan tidak cukup dari itu ada beberapa pengunjung pengsan atau pitam ketika beratur di bawah matahari yang sungguh terik sehingga pihak kami sendiri tidak mampu berada di kawasan tempat pengagihan makanan untuk meninjau suasana.



Dua mangsa telah mengalami pening kepala yang kritikal sehingga tidak mampu berdiri untuk berasak mengambil makanan dan dijaga oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Jika anda perasan ada kanak-kanak yang turut tidak berbaju disebabkan cuaca sedang kemuncak panas.



Pengurusan plastik sampah turut gagal di kawal oleh DBKL, oleh kerana itu rakyat terus menerus membuang sampah merata-rata kerana tiada penyedian tong sampah yang mencukupi serta proses pengangkutan yang perlahan.


Jadi pada kami ini adalah penindasan yang besar-besaran kepada rakyat terutama miskin bandar yang terpaksa datang berjalan kaki dari perhentian masjid jamek untuk menghadiri majlis rumah terbuka oleh pihak JAWI, MAIWP dan lain-lain yang terlibat.


Ini juga boleh dianggap penyalahgunaan dana kewangan umat Islam secara terang menerang kerana kami menerima aduan dimana masih ramai pengunjung yang gagal mengambil makanan ketika program tersebut berlangsung dan mereka ini turut terpaksa membatalkan niat dengan bawa diri untuk pulang dan sebahagian lagi menuju ke jalan Tar.


http://www.jawi.gov.my/

https://www.maiwp.gov.my/

http://www.met.gov.my/

http://www.dbkl.gov.my/

http://www.civildefence.gov.my/

Kwikcar : App Kenderaan Sewa Untuk Umum

10:17:00 PG

Siapa pernah ada pengalaman menyewa kenderaan ketika bercuti di negeri orang? Yeah, terkini sudah ada syarikat yang membangunkan aplikasi kereta sewa (car rental) dimana anda boleh melakukan tempahan hanya di hujung jari sahaja.



Konsep ini kelihatan seperti Socar namun ia agak berbeza kerana pemilik kenderaan sendiri boleh sewakan kenderaan mereka melalui app yang di panggil Kwikcar.


Jika Socar meletakkan kenderaan mereka hampir di setiap lokasi panas seperti dalam petrol pump dan lain-lain namun berbeza dengan Kwikcar kerana mereka 100% tidak memiliki kenderaan seperti Socar dan kenderaan mereka 100% dari orang awam.




Konsep ini juga kelihatan sama seperti Airbnb dimana berniaga tanpa perlu memiliki hartanah malah semua informasi datang dari pemilik sebenar.


Kwikcar ini dibangunkan oleh syarikat KWIKCAR TECHNOLOGIES SDN. BHD. dimana cara mereka bekerja adalah gambaran seperti dibawah.



Mungkin diatas adalah stratergi permulaan mereka dan kami percaya ia akan sentiasa diperbaiki untuk mengelak berlakunya permasalahan yang kritikal. Ketika ini panel insuran mereka dilidungi oleh Allianz.


Harga tempahan kenderaan juga boleh dilihat dari laman web Kwikcar dimana akan tunjuk harga semasa setiap kenderaan iaitu harian , mingguan dan tahunan.



Apakah dunia akan berubah kepada teknologi sepenuhnya? bersediakah anda untuk menerima kamajuan ini bersama atau perniagaan kwikcar ini akan memberi impak besar kepada peniaga kereta sewa diluar sana dalam masa 5 hingga 10 tahun dari sekarang sama-sama kita saksikan.


https://kwikcar.my/


Cara Memanjangkan Tarikh Luput Umobile : RM1 Sehari

10:46:00 PG

Kredit banyak lagi tapi tempoh kredit hampir tamat, itu adalah senario yang sedang berlaku pada pengguna prepaid. Sebelum ini kami ada hidangkan posting panjangkan tempoh kredit Celcom boleh lihat pautan dibawah.



Cara memanjangkan tarikh luput Celcom


Pernah ditanya kepada kami bagaimana untuk melanjutkan tarikh luput telco Oren namun setelah melakukan pencarian terjumpa pula posting twitter Umobile tahun 2017 dimana ada pengguna yang bertanya adakah telco ini mempunyai pilihan untuk melanjutkan tempoh kredit.


Namun pada masa ini pihak umobile tidak meletakkan fungsi lanjutkan tamat tempoh dan ia amat dikesali kerana pengguna terpaksa menambah nilai setiap bulan walaupun baki kredit masih banyak.




Tapi kini dapati pihak Umobile telah membuka ruang untuk pengguna melanjutkan tarikh luput walaupun kadar caj dikenakan RM1 sehari namun ia masih menunjukkan pertanyaan pengguna dapat perhatian dari pihak mereka.


Kami turut berpendapat ada baik dan buruknya kerana RM1 sehari adalah sangat mahal buat masa ini kecuali pengguna dalam situasi yang sukar untuk mendapatkan sebarang tambah nilai atau dalam proses menghabiskan baki kredit.


Sepatutnya Umobile harus bersikap terbuka dengan menawarkan harga yang berpatutan untuk tempoh 12 bulan atau lebih supaya pengguna tidak perlu terikat dengan tarikh luput yang singkat.


Dibawah ini cara-cara untuk memanjangkan tarikh luput Umobile


"Dial *118# > 99 > 6 > 2 > 4 > Akhir sekali pilih 1 Confrim "


Semoga posting ini bermanfaat kepada kita semua dan untuk pengetahuan anda keyword diatas mungkin akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan syarikat penyedia maka sila dail *118# untuk sebarang kemaskini pilihan.


Rebut Diskaun RM10 Dari Umobile Dengan Bertukar Ke Pelan Prabayar GX50 Sekarang!

11:34:00 PG

Promosi ini telah lama berlangsung tapi masih ramai yang takut untuk mencuba maklumlah untuk mendapatkan Rebate RM10 pengguna harus melakukan MNP dari nombor lama.



Rebate RM10 ini sah selama 12 bulan iaitu kita hanya perlu membayar bil RM40 sahaja dan masuk ke bulan seterusnya bil akan kembali menjadi RM50 setiap bulan. Namun dalam proses port in ke telco baru semua kos penghantaran kad SIM kepada pelangan akan ditanggung oleh pihak Umobile sepenuhnya.


Pengalaman aku ketika mengujicuba melakukan port in ke GX50 dari Kad SIM telco lain sangatlah mudah iaitu segala urusan hanya dilakukan dari hujung jari sahaja kerana proses permohonan kad SIM semua dilakukan secara ONLINE terus dari laman web u.com.my


Gilerunlimited/Gx50

Setelah kad SIM GX50 sudah sampai ke peti surat, aku pun terus masukkan ke dalam phone dan tunggu beberapa jam kononnya pihak Centre Umobile sudah lakukan semua proses MNP. Rupanya tanggapan aku salah setelah menunggu beberapa jam, tanpa membuang masa aku pun belek semula setiap resit dan kertas yang menyaluti kad SIM tersebut dan dapati ada beberapa langkah yang perlu dilakukan setelah menerima kad.


Ia tidak susah mana cuma kita memerlukan koneksi internet untuk mencapai pautan yang disediakan untuk melakukan proses kekal nombor lama. Selesai masukkan serial nombor kad dan lain-lain ia menyarankan kita menunggu sekitar 48JAM iaitu dua hari maka aku pun tunggu laa dengan penuh kesabaran maklumlah tidak sabar nak lenjan internet dan panggilan tanpa had GX50.


Masa pun sudah tiba dan Prabayar GX50 pun sudah berjaya di aktifkan dengan jayanya, cuma tiba-tiba tidak senang hati pula bila lihat signal bar cuma keluar H+/3G. Kepala pun pusing memikirkan tetapan apa yang masih belum dilakukan, lebih dari sehari aku belek rupanya pengguna perlu menghantar pesanan ringkas SMS untuk aktifkan signal bar 4G umobile.


Cara aktifkan 4G pada Umobile

Taip SMS " LTE (Jarak) ON " dan hantar ke 28118


Anda akan menerima SMS "Your LTE service is active. . . "


Baca Artikel Berkaitan Umobile

https://www.sekejung.com/2018/06/giler-laaa-dia-bagi-unlimited-data-lagi.html


Ingin tahu review aku mengenai prabayar GX50 ni? Tunggu artikel akan datang sebab aku belum sempat nak rembat dia punya semua data internet dan panggilan tanpa had.


Senarai Lokasi Rumah Terbuka Hari Raya Yang Boleh Pergi?

7:12:00 PTG

Menyambut perayaan Aidilfitri tanpa menghadiri jamuan rumah terbuka memang akan kurang sesuatu. Namun aktiviti rumah terbuka juga selalunya dilakukan oleh golongan yang berkemampuan.



Raja-raja melayu dan ahli politik turut tidak melepaskan peluang untuk mendekati rakyat dengan mengadakan jamuan rumah terbuka sempena Aidilfitri.


Kepada sesiapa yang berada di sekitar lembah klang, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bersama jemaah menteri dengan sukacita mengumumkan rumah terbuka di Putrajaya 1 Syawal 1440H bersamaan 5 Jun 2019




Seterusnya pada 2 Syawal 1440H bersamaan 6 Jun 2019 Sultan Johor turut perkenan untuk mengadakan jamuan rumah terbuka Aidilfitri bersama rakyat.



Kerajaan negeri Selangor juga tidak ketinggalan dengan mengadakan jamuan rumah terbuka seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri bertarikh 15 Jun 2019.



Mungkin banyak lagi lokasi rumah terbuka yang kami tidak tahu, jika ada diantara anda tahu sila kongsikan maklumat pada ruang komentar di bawah.


HTC Memperkenalkan Telefon Pintar Jenis Blockchain : Exodus 1

10:59:00 PG

HTC mengumumkan keluaran HTC Exodus 1 yang tidak lama lagi akan berada di pasaran. Versi terkini telefon pintar yang menarik perhatian syarikat itu dijual sekitar A$ 699.



HTC Exodus 1 meramalkan syarikatnya pengeluar pertama telefon pintar yang menggunakan teknologi blockchain yang sedang dikenali dunia pada masa ini.


Untuk menyokong rangkaian Bitcoin (BTC) dan lain-lain tidak lama lagi mungkin semudah hanya memainkan telefon anda. HTC telah mendedahkan spesifikasi teknikal untuk telefon Exodus 1 yang termasuk keupayaan blockchain yang canggih. Sebagai tambahan storan dan dompet digital utama akan terbina didalam, peranti baru ini juga akan menjadi yang pertama dimana telefon mudah alih yang canggih dan membolehkan pengguna untuk berinteraksi menggunakan rangkaian blockchain terbesar.




Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini, HTC menggambarkan peranti baru itu sebagai sebahagian daripada pergerakan ke arah perlindungan yang menekankan bahawa keupayaan penuh nod akan membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan rangkaian blockchain tanpa mendedahkan privasi mereka kepada pihak lain.


Dengan itu fungsi exodus 1 adalah memastikan bahawa tiada pengguna yang dapat dihalang daripada melakukan transaksi walaupun mereka tidak mempunyai blok, namun dengan adanya telefon keluaran blockchain ini masing-masing memainkan peranan yang penting dalam memastikan bahawa setiap blok tersebut tetap selamat dan boleh diakses oleh semua orang.


Phil Chen, yang menggambarkan mengenai HTC dengan gelaran Ketua Pegawai Decentralized, menerangkan peranti baru ini sebagai sebahagian daripada misi syarikat untuk "kebebasan pengguna."


Telefon ini juga dilengkapi dengan dompet digital terbina didalam, dikenali sebagai Vault Zion. Zion Vault menyimpan kunci cryptocurrency dalam pelaksanaan yang dipercayai, bagi membolehkan pengguna untuk mudah memiliki dan menggunakan cryptocurrencies tanpa mendedahkan privasi mereka kepada aplikasi yang berniat jahat atau memerlukan pengesahan identiti.


Exodus 1 akan mengambil langkah seterusnya dengan melepaskan kit pembangunan perisian (SDK untuk Zion Vault), dengan Toolkit baru ini akan membolehkan pembangun program untuk meneroka mengintegrasikan kriptografi dengan aplikasi pihak ketiga. "Kami faham ia memerlukan komuniti untuk memastikan kekuatan dan keselamatan, "kata HTC dalam pengumuman itu," jadi penting bagi pasukan EXODUS bahawa komuniti kita mempunyai alat terbaik. "


Buat masa ini hanya HTC berani menjadi pengeluar yang berusaha untuk mengintegrasikan teknologi mudah alih dengan blockchain dan cryptocurrency. Disebabkan telefon pintar masa kini tidak lagi menjaga privasi pengguna maka dengan telefon berteknologi blockchain pihak pembangun akan berusaha untuknya isu tersebut.



Mitsubishi Merancang Menyelamatkan Loji LNG Chiyoda Bernilai A$ 1.85b

6:56:00 PG

Mitsubishi Corp dan MUFG Bank merancang untuk menyelamatkan syarikat kejuruteraan loji Chiyoda dengan lifeline bernilai 150 bilion yen (A$ 1.85 bilion) untuk pemulihan diatas permintaan gas asli cecair (LNG) yang semakin besar.



Walau bagaimanapun, perubahan global dari arang batu dilihat meningkatkan permintaan gas asli, dan Royal Dutch Shell telah meramalkan perdagangan LNG global meningkat 11 peratus kepada 354 juta tan tahun ini. Mitsubishi berkata ia menjangkakan pertumbuhan sedemikian akan turut menjana peningkatan dalam projek LNG.


Mitsubishi, yang telah melepaskan Chiyoda dua kali dan memiliki 33.4 peratus kepentingan dalam syarikat kejuruteraan, akan menyediakan sebahagian besar daripada 150 bilion yen lifeline melalui penempatan swasta saham dan pinjaman pilihan baru, kata laporan itu, tanpa menyebut sumber.




MUFG Bank, sebahagian daripada Mitsubishi UFJ Financial Group, akan menyediakan pembiayaan tambahan untuk urusan pembaikkan pulih projek itu. Sehubungan itu Mitsubishi turut menghantar 30 pengurusnya untuk membina semula loji Chiyoda.


Chiyoda, salah satu pembina utama loji gas asli cecair dan mempunyai liabiliti melebihi aset sebanyak 59.2 bilion yen. Pada mulanya ia mendapat sokongan daripada Mitsubishi Heavy Industries, tetapi industri gergasi itu enggan membantu kerana pihak mereka sibuk dengan isu-isu termasuk projek Mitsubishi Regional Jet yang tertunda lama.


Chiyoda akhirnya mengambil alih dari pemegang saham utama Mitsubishi Corp dengan harapan untuk menjana sinergi dengan perniagaan LNG global Mitsubishi. Tetapi ada pandangan mengatakan syarikat itu dipersalahkan kerana tidak campur tangan dengan lebih agresif.


Pelayar Web Mengikut Shariah Untuk Privasi : SalamWeb

3:34:00 PTG

SalamWeb menawarkan perkhidmatan aplikasi pelayar web mudah alih dan desktop yang mengikut syariah dimana ia mempunyai kelebihan untuk menyekat kandungan website atau gambar terlarang melalui tapisan enjin carian yang dicipta.



Aplikasi ini dilancar kepada pengguna dalam bulan march 2019 di Malaysia dimana pihaknya telah melakukan pengiklanan menerusi saluran Radio seperti yang kami ketahui kewujudan tentang SalamWeb dan matlamatnya adalah menjadikan Internet tempat yang selamat untuk dikunjungi oleh pengguna Muslim dan Non-Muslim


Aplikasi ini disahkan mematuhi Lembaga Penyeliaan Shariah Amanie dan dibina di atas perisian sumber terbuka Chromium yang merupakan asas penyemak imbas web Google Chrome. Undang-undang Syariah melarang aktiviti yang dianggap tidak beretika, seperti perjudian, pelacuran dan perniagaan alkohol dan daging babi, serta perkhidmatan kewangan yang tidak mengikut syariah.




Ia juga mempunyai fungsi khusus Islam, seperti waktu doa dan penunjuk untuk Qibla, atau arah yang harus dihadapi oleh orang Islam ketika berdoa.


Setelah kami melakukan ujicuba di sistem android telefon pintar dapati ia masih banyak yang perlu diperbaiki kerana kelihatan ia masih dalam keadaan versi ujian(Beta).


Komen kami terhadap ciri-ciri yang diperkenalkan sangatlah berpuas hati kerana memudahkan pengguna Muslim mengetahui waktu solat, arah kiblat dan lain-lain yang berkaitan. Ujian terhadap enjin carian pula buat masa ini boleh dikatakan masih dalam keadaan ujian(beta) kerana dapati tidak semua laman web yang mampu disekat.


SalamWeb turut menambah ciri ruangan untuk pengguna bersedekah untuk beberapa projek dari badan bukan kerajaan(NGO) seperti membangunkan sebuah masjid dan lain-lain seluruh dunia. Jika tidak salah pandang aplikasi pelayar web ini juga membuka ruangan chat untuk pengguna namun ciri itu belum lagi kami berjaya untuk menguji cuba disebabkan penggunaan SalamWeb ini masih terhadap dan dalam versi pembangunan.


Produk ini dibina bertujuan untuk mempromosikan Ekonomi Digital Islam dengan rangka kerja di bawah Malaysian Digital Economy Corp (MDEC) yang menyokong usaha patuh Syariah di Malaysia walaupun belum lagi dapat pengesahan sepnuhnya dari (MDEC).


Beberapa ciri yang sedang dibangunkan didalam aplikasi ini adalah :-


Salam Protect

Salam News

Salam Chat

Salam Widgets

Salam Sadaqah


Dikatakan syarikat dari Dubai akan melabur sekitar $ 15 juta untuk membangunkan ciri-ciri dan memperkenalkan produk ini dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, demi menjayakan projek pelayar web 'Shariah-compliant' yang dilancarkan di Malaysia.


Ada beberapa sumber mengatakan produk SalamWeb ini dibina oleh syarikat tempatan di Malaysia manakala ada sumber berkata projek ini telah wujud di negara Arab dan dibawa ke Malaysia untuk memperluaskan lagi penggunaan. Namun begitu ada sumber juga berkata projek ini telah mendapat suntikan dana pelaburan dari Dubai bagi memperluaskan lagi startergi pemasaran di serata dunia dan info yang kami perolehi ini masih belum dapat disahihkan secara keseluruhan.


Kami berharap aplikasi ini dapat bertahan dan dapat diteruskan oleh pembangun demi generasi akan datang dimana kita ketahui kandungan di internet sekarang sudah tiada sempadan dan mampu mendorong anak muda kearah negatif.


https://salamweb.com/

SalamWeb - Android

SalamWeb - iOS

Pengasas WhatsApp Minta Pengguna Padam Akaun Facebook Kerana Isu Privasi

1:01:00 PTG

Brian Acton menasihati orang ramai untuk memadam akaun Facebook atas isu privasi yang sedang dimanupulasi. Acton, yang menjual syarikatnya ke Facebook dengan harga $ 19 bilion, mengkritik Mark Zuckerberg menyalahgunakan privasi pengguna dengan membenarkan iklan di Facebook.



Ini bukan kali pertama Acton telah meminta orang ramai untuk melepaskan diri dari Facebook. Tahun lepas, beliau menunjukkan sokongan di Twitter untuk kempen media sosial #DeleteFacebook yang dicetuskan oleh skandal privasi data yang bermula apabila berita memecahkan Cambridge Analytica, firma pemasaran politik yang dikaitkan dengan kempen Trump.


"Inilah masamya , #deletefacebook," kata Brian Acton dalam tweet, menggunakan hashtag yang memprotes pengendalian krisis.



Pengasas WhatsApp turut mempunyai masalah dengan Facebook Sheryl Sandberg mengenai cara membuat wang dari aplikasi pemesejan.


Acton dan Koum kedua-duanya telah mendedahkan secara terbuka banyak kali bahawa mereka tidak bersetuju dengan Zuckerberg mengenai memperkenalkan pengiklanan di WhatsApp. Pada hari Rabu, Acton berkata mereka menolak cadangan yang akan mengenakan pengguna $ 1 setahun untuk menggunakan perkhidmatan pengiklanan untuk keuntungan.


Namun sekarang sudah ramai dikalangan peniaga kecil dan korperat sedang memanfaatkan Facebook Ads untuk mempromosi, tapi yang menjadi risiko apabila ada golongan telah menyalahgunakan dengan memaparkan privasi mereka secara terbuka di laman Facebook.


Oleh kerana itu dari pelbagai penjuru sedang giat cuba menapulasi data peribadi anda iaitu gambaran dan lokasi yang ditayangkan. Kami dari Sekejung.com juga sedang mempertimbangkan akan isu ini kerana kami lebih fokus dari pelawat organik berbanding pelawat dari FB.


Rangkaian Media Sosial Google+ Akan Dihentikan Tidak Lama Lagi

8:04:00 PG

Google membuat pengumuman bahawa statistik penggunaan yang rendah tidak dapat mengekalkan produk itu.



Pada 2 April, kesemua data foto dan video pengguna di Google+ akan dipadam serta merta sementara itu sila pastikan ia sudah di backup kerana pihak Google+ tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pengguna.


Pengumuman dari Google+ telah dilakukan melalui penghantaran emel kepada setiap penggunanya, kelihatan seakan pihaknya telah gagal bersaing dengan rangkaian media lain yang semakin hari semakin baik kerana penggunanya terdiri dari artis dan ahli politik.



Google+ tidak setanding dengan jenama lain?

Cuba menggunakan Google+ semenjak kemunculannya tapi pada kami ia tetap mempunyai kekurangan berbanding dengan yang lain oleh kerana itu tidak boleh lawan dengan statistik pengguna media sosial yang lain.


Pengguna di Malaysia amat kurang menggunakan Google+ kecuali digunakan sebagai pendaftaran di mana-mana laman web yang menyokong Google+.


Manakala pengguna dari Indonesia turut ramai yang memanfaatkan Google+ cuma hasil komen tidak setanding seperti media sosial yang terkemuka sekarang.


Menurut sumber Google+ telah digodam sehingga menyebabkan ia terpaksa ditutup, tapi tidak pastilah sejauh mana kesahihan berita ini cuma kami harap pengguna media sosial disana berhati-hati semasa berkongsi sesuatu di Internet.


Akhir sekali nasihat kami, bersosial itu bagus yang tidak bagusnya jika terlebih sosial sehingga semua perkara nak diceritakan ke seluruh dunia. Perbuatan itu amatlah tidak baik untuk diri sendiri dan ahli keluarga serta rakan-rakan yang terdekat kerana seluruh dunia sedang memerhatikan kita didalam dunia Internet.


Kemaskini Windows 7 Bakal Berakhir Hujung Tahun Ini

2:10:00 PTG

Microsoft melakukan kemaskini dengan pelancaran versi windows yang terkini iaitu Windows 10 dengan menyediakan pelbagai ciri baharu.



Versi windows yang lama pula akan dihentikan dari sebarang aktiviti kemaskini terutama bagi windows 7 yang masih digunakan oleh pihak industri dan individu.


Kemaskini yang terakhir untuk windows 7 dikatakan pada 14 Jan 2020, secara teknikal juga pihak Microsoft telah menghentikan kemaskini dimana paling akhir sekarang ini adalah Service Pack 1.


Semasa pelancaran Windows 10, Microsoft juga telah memberikan peringatan berbentuk iklan yang muncul di bawah paparan Desktop pengguna untuk menaik taraf sistem melalui pemasangan online atau offline demi mendapatkan ciri terbaru.



Tahukah anda Windows 10 lebih menarik dari Windows 8 sebelum ini?


Windows 10 dikatakan sudah mula menambah pelbagai ciri baharu terutama menyokong perintah dari sistem Linux melalui terminal power shell baru mereka.


Setelah itu paparan versi 10 lebih mesra pengguna daripada versi 8 sebelum ini yang memberikan ciri kotak-kotak di papapran hadapan.


Ciri yang diperolehi pada windows 8 memang agak menggangu pengguna dimana terpaksa melalui paparan berkotak dahulu sebelum memasuki ruang Desktop.


Disebabkan proses menaik taraf operating system windows menjadi sebahagian kos buat para industri dan pengguna maka pihak Microsoft berkata versi windows 7 tetap masih boleh digunakan seperti biasa cuma ia tiada sebarang kemaskini yang baru.


Manakala pihak pembangun perisian windows juga turut akan bekerja untuk menaik taraf program mereka supaya dapat menyokong versi windows 10 yang baru.


Yang paling terkesan adalah perisian pelayar web seperti mana yang pernah dialami oleh pengguna yang masih memaki Windows XP sebelum ini kerana rata-rata pelayar web mereka semua tidak berfungsi untuk mengakses mana-mana laman web.


Sony Menyekat Aplikasi Kodi Pada Android TV Terbaru Mereka

10:05:00 PG

Kodi pada dahulunya dikenali sebagai media player XBMC yang mampu bekerja memainkan pelbagai penstriman langsung menggunakan internet berkelajuan tinggi.



Dengan fungsi sedemikian ia telah membangkitkan isu cetak rompak atau melayari penstriman secara tidak sah.


Maka syarikat Sony telah mengambil langkah bagi menghentikan aktiviti itu dengan membuat keputusan menaik taraf firmware Android TV keluaran mereka supaya tidak menyokong media player Kodi demi menjaga kepentingan hak cipta.


Namun kenyataan terbaru @KodiTV di twitter rasmi mereka pertama sekali mengucapkan tahniah kerana Sony telah mengambil langkah drastik untuk memberhentikan penggunaan Kodi.



Kenyataan itu dikeluarkan selepas pengguna memuat naik permasalahan pemasangan di dalam forum Kodi.


Pengguna Sony membuat aduan dimana ia gagal melakukan pemasangan kodi melalui Play Store di TV Android keluaran Sony.


Setelah komuniti membuat siasatan dapati bahawa Sony telah menyekat Package ID Kodi dari melakukan pemasangan atau mengaktifkan.


Komuniti programing kodi juga berpendapat bahawa jika mengikut teori besar kemungkinan dengan cubaan recompiling aplikasi kodi itu dari scratch dengan menggunakan Package ID yang berbeza mampu melepasi sekatan yang dilakukan oleh Sony.


Pengguna kodi 'Brian Sheppard' memuat naik kenyataan di twitter mengatakan adalah lebih baik kembali kepada jenama Samsung dimana setakat ini tiada lagi melakukan apa-apa penyekatan.


Luno Merancang Buka Ibu Pejabat Di Malaysia

11:06:00 PTG

Syarikat cryptocurrency yang berpusat di London Luno telah mengumumkan rancangan untuk membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia pada tahun 2019.



Dalam satu sumber, syarikat pertukaran cryptocurrency dan pengendali dompet digital crypto yang dipercayai di Malaysia mengatakan mereka menjangka akan melabur lebih RM25 juta dalam ekonomi Malaysia.


Pelaburan itu turut membuka peluang besar kepada rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi yang mempunyai sekitar lebih 100 bidang pekerjaan yang akan di perkenalkan."Kami percaya bahawa industri cryptocurrency memegang janji besar kepada Malaysia dan kami berharap dapat menonjolkan Malaysia sebagai pemimpin revolusi digital di Asia Tenggara," Kata David Low ketua Luno Asia Tenggara.


Sebelum ini syarikat ini dikenali sebagai BitX dan diberi nafas baharu dengan menukar nama app kepada Luno dan mengekalkan nama syarikat sebagai BitX. Luno juga berharap keputusan kerajaan Malaysia tentang penubuhan rangka kerja untuk meluluskan pertukaran wang crypto serta penubuhan organisasi.



Luno menanti berita positif dari kerajaan baharu Malaysia mengenai penerimaan cryptocurrency.


Syarikat pertukaran cryptocurrency ini juga telah menghadapi masalah setelah akaun mereka di Malaysia telah dibekukan semenjak Januari tahun ini oleh kerajaan sebelum ini atas beberapa masalah seperti cukai dan lain-lain.


Dalam proses kemaskini pihak Luno mengumumkan mereka masih dalam proses perbincangan bersama rakan-rakan perbankan di Malaysia untuk mengizinkan semula proses deposit dijalankan.


Pada bulan April syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah didaftarkan secara rasmi dengan Bank Negara Malaysia(BNM) seperti yang dikehendaki demi pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.


Pelayar Brave Mempunyai Ciri Baru Yang Dilengkapi Tor

1:36:00 PG

Pelayar Brave versi desktop yang baharu didatangi dengan ciri-ciri privasi dimana ia menyediakan Tab Peribadi yang disambung dengan rangkaian Tor.



Tor adalah sebuah teknologi yang berfungsi untuk melindungi data pengguna dari terdedah. Brave versi desktop telah melakukan cubaan mengitergrasikan rangkaian Tor kepada pengguna bagi membantu melindungi privasi.


Pada masa ini kami telah melakukan ujicuba di OS linux mint dan dapati ia telah beralih arah dari platform Mozilla kepada Chrome. Versi yang kami ujicuba terkini mint adalah 0.55.20 Chromium: 70.0.3538.67 (Official Build).



Oleh kerana sekarang ia menggunakan versi chrome maka pengguna boleh menikmati pelbagai Extensions dari Chrome Web Store. Manakala cara penggunaan 'Tab Peribadi Baru Yang Disambung Tor', pengguna boleh cuba dengan memastikan alamat IP telah berubah ke negara lain.


Dunia internet semakin maju dan rata-rata pengguna telah mempunyai kesedaran mengenai isu privasi yang tersebar di ruang internet tanpa pengawasan.


Hakikatnya pelayar Brave bukanlah Tor yang sebenar kerana ia hanya meletakkan ciri Tab peribadi bagi kemudahan pengguna melepasi sekatan ISP di negara masing-masing.


Pembangun Brave juga menasihatkan pengguna yang benar-benar memerlukan privasi dinasihatkan untuk menggunakan Tor. Kajian turut menunjukkan tab privasi yang terdapat di pelayar lain sama sekali tidak begitu menjaga data peribadi.


Maka dengan cubaan meletakkan Tab Privasi Tor pada pelayar Brave adalah untuk memastikan alamat IP pengguna tidak mudah tertedah. Tahun lepas Brave juga melancarkan Token (BAT) untuk menggerakkan platform pengiklanan digital berdasarkan blokchain bertujuan untuk mengurangkan iklan invasif yang seringkali dianggap mempunyai script pengintip.


Google Menyediakan Paparan Dark Theme Dalam App Miliknya

11:29:00 PG
Pengguna telefon pada hari ini mungkin tidak akan terlepas dari melayari beberapa perkhimatan google terutama Youtube. Manakala golongan yang gemar mencari maklumat semestinya enjin carian Google jadi produk utama mereka.


Sekian lama app youtube beroperasi di peranti paling sukar apabila memainkan video dalam keadaan gelap dimana cahaya terang berwarna putih yang berpunca dari latar belakang yotube membuatkan mata kita silau dan jika berterusan ia akan memberikan impak yang kurang baik.

Masa pun berlalu dan beberapa cadangan pengguna pula ditunaikan dalam setiap kemaskini demi kebaikkan produk dan perkhidmatan.


Pada mulanya latar belakang gelap sudah diserapkan pada Youtube versi web yang masih dalam keadaan percubaan. Seterusnya ia dalam usaha menjadikan app youtube menyokong latar belakang gelap demi keselesaan pengguna dan ia telah pun berjaya.



Seterusnya aku dapati app News  milik google turut menyokong paparan gelap seperti mana ciri-ciri yang terdapat di app Youtube.

Penilaian keseluruhan dari aku dapati ciri-ciri paparan gelap ini memang menarik kerana tidak lagi membuatkan mata kita silau semasa dalam keadaan gelap.



Untuk membuat tetapan paparan gelap anda boleh pergi titik tiga bahagian atas sebelah kanan app dan pilih  Setting> General > Dark theme . App youtube juga menambah ciri keselamatan baru iaitu pengguna boleh memainkan video menggunakan mode Incognito untuk menjaga privasi.


Redmi 5 Plus Hadir Kemaskini Baru Android Oreo - MIUI V9.6.5.0.OEGMIFD

1:30:00 PTG

Setelah menunggu kemaskini pada peranti Redmi 5 Plus yang masih mengekalkan penggunaan sistem android 7.0(Nougat) akhirnya ia tiba juga dengan pembaharuan bersama kedatangan sistem android Oreo yang dinantikan selama ini.



Pada awalnya berasa pelik kenapa peranti redmi 5 plus masih tidak menyokong sistem android 8.0(Oreo) sedangkah ia dilancarkan pada awal tahun 2018.


Tunggu punya lama akhirnya peranti ini sudah mula memberikan kemaskini baharu yang memaparkan MIUI V9.6.5.0.OEGMIFD versi stabil di bahagian update.



Secara ringkas kemaskini ini mengutamakan penyelesaian isu Wi-Fi yang memerlukan penggunaan bateri yang banyak pada versi sebelum ini.


Seterusnya menaiktaraf sistem android Nougat kepada versi terbaru iaitu Oreo yang menawarkan pelbagai ciri baharu kepada peranti.


Tidak lupa juga kemaskini ini juga mengutamakan bahagian security iaitu Lockscreen dimana ia akan memasukkan ciri 'Turn On Face Unlock' yang membolehkah peranti dibuka menggunakan pengecaman wajah pemilik.


Akhir sekali kepada yang minat menggunakan kamera dan sering mengalami masalah 'Stopped Working', xiaomi turut cuba menyelasaikan isu itu dalam pakej kemaskini ini.



Topup Mengunakan App Boost Dapat Pulangan Tunai?

11:44:00 PTG

App Boost dibangunkan oleh syarikat Axiata Digital Ecode Sdn Bhd menerajui perkhidmatan E-Wallet(Dompet Digital) mula menawarkan perkhidmatan sekitar tahun 2017 dimana ketika itu konsep digital wallet sedang mula membiak di malaysia untuk keselematan pengguna.



Dalam sibuk Boost mengembangkan rangkaian, mereka turut menyediakan pelbagai bentuk benefit kepada pengguna terutama menyediakan tambah nilai topup, voucher, diskaun dan paling menarik diantara itu pengguna bakal menerima pulangan tunai.


Pulangan tunai turut disediakan pada pilihan tambah nilai telefon bimbit dimana selepas melakukan topup melalui App Boost pengguna akan disuruh mengoncang(skake) app boost untuk menerima pulangan tunai sekitar 50sen dan RM1 berdasarkan pengalaman ketika menambah nilai RM10.


Sebelum e-wallet diperkenalkan kita perlu pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan sejumlah wang semata-mata untuk membeli kad tambah nilai dan tidak lama kemudian demi keselamatan pelangan pihak bank pun menyediakan tambah nilai di mesin ATM dan portal atas talian cuma sehingga sekarang pihak bank tidak menyediakan sebarang pulangan tunai untuk setiap pembelian kad tambah nilai telefon.


Tanpa disedari zaman pun mula berlalu dengan pantas sehingga hampir semua pengguna mempunyai telefon pintar dimana boleh memuat naik pelbagai App yang sudi menawarkan pelbagai keuntungan kepada pelangan salah satunya App Boost. Kemudahan yang disediakan oleh Boost pelangan boleh menambah nilai dompet digital menerusi pautan online banking.


Boost juga sudah mula memperkenalkan sistem pembayaran mereka kepada syarikat korporat dan peniaga kecil ia turut telah telah tersebar di kawasan universiti untuk kemudahan pelajar katanya lagi ramai pengguna telefon pintar pada hari ini tidak mungkin akan lupa peranti sebelum meninggalkan kediaman.


Juga berharap Boost dapat kekal berikan kemudahan kepada pengguna dan menyediakan pelbagai benefit ketika membeli belah atas talian mahupun di setiap gedung pasaraya dimasa akan datang dan pada ketika ini aku dapati App Razer Pay masih sunyi sepi tanpa apa-apa khabar berita.


Referral code boost - muh39sd

Pengalaman Menggunakan Skim Perubatan Negeri Selangor - Peduli Sihat

1:26:00 PTG

Sebagai rakyat marhaen apa yang diberi oleh kerajaan persekutuan mahupun parti pembangkang sudah semestinya akan sentiasa menadah tangan kerana tangan inilah yang menjadikan mereka sebuah parti mahupun kerajaan.



Tapi bilamana kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan memberi pelbagai bentuk inisiatif kepada rakyat terutama dari segi kos perubatan maka ia adalah sangat berguna pada saat ini disebabkan kebanyakkan perubatan yang berada di klinik adalah di import dari A.S dengan perjanjian tertentu.


Walau bagaimanapun parti kerajaan sebelum ini yang diurus takbir oleh barisan nasional pun tidak kurangnya kerana berjaya menyediakan klinik 1 Malaysia di lokasi-lokasi stratergi cuma masalah yang perlu dihadapi oleh rakyat kelas bawahan adalah harus menunggu masa giliran dengan bayaran serendah RM1 - RM2. Manakala kelebihan tanggungan di negeri selangor sebelum PRU14 pula bersetuju untuk menyediakan kos perubatan sebanyak RM500 untuk setiap golongan berkeluarga yang kurang berkemampuan dan paling menarik ia boleh digunakan pada klinik swasta yang terpilih demi menjimatkan masa.



Hasil percubaan aku pada pagi ini dapati nama aku juga tersenarai dibawah skim perubatan selangor, alangkah gembiranya aku dan tanpa membuang masa terus melakukan pendaftaran di kaunter untuk mendapatkan no. giliran.


Berdasarkan pengalaman Skim Peduli Sihat Selangor menyediakan sebanyak RM500 untuk kos perubatan biasa seperti demam dan maksima penggunaan sehari adalah tidak melebihi dari RM70 (Uji Cuba Klinik TTDI) Petaling Jaya dan segala kos perubatan 100% ditanggung oleh skim Peduli Sihat kerana dibawah RM70.



Suasana klinik swasta ketika itu pula tidaklah ramai seperti klinik kerajaan persekutuan dan pesakit pun dapatlah menjalani pemeriksaan kesihatan yang cepat. Manakala jika klinik kerajaan pula perlu menunggu lama untuk sampai giliran rawatan dan surat cuti pesakit pula diwajibkan hadir seawal yang mungkin jika tidak surat cuti sakit tidak akan diberikan oleh doktor kerajaan persekutuan.


Pada masa sama datang awal juga dapat mengurangkan kadar kelewatan rawatan tapi ia hanyalah bersifat kadang-kadang itu jikalau tidak ramai pesakit, manakala jika pada hari kebiasaannya sampai diawal pagi gilirannya mungkin tengah hari bergantung pada lokasi klinik yang anda pergi. Jika datang klinik yang dikelilingi perumahan awam besar kemungkinan harus menunggu lama untuk mendapatkan rawatan sekaligus anda harus terlantar diatas kerusi menunggu jika sedang mengalami demam yang serius.


Kepada penduduk negeri selangor yang layak dan belum pernah cuba menggunakan Skim Peduli Sihat, sekadar untuk pengetahuan bersama pesakit tidak boleh menerima sebarang resit harga kos rawatan disebabkan risau disalahgunakan dengan meminta claim dari majikan sedangkan ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri selangor.


Tapi jika klinik itu kepunyaan rakan anda, pendapat aku mungkin boleh cuba meminta resit bayaran dan claim dari majikan kerana tidak semua klinikk swasta mempunyai cara kerja yang sistematik kerana doktor , resit serta surat cuti masih menggunakan penulisan tangan dan bukannya cetakkan dari komputer.


Di akhir penulisan ini aku nak bentangkan sedikit keseluruhan jumlah yang boleh kita menggunakan dengan peruntukkan sebanyak RM itu. Sebagai hasil uji cuba aku pada hari ini pergi klinik dengan alasan sakit tekak dan mempunyai kahak, sampai sahaja di kaunter ambil ubat kakitangan klinik tidak akan memberikan pesakit sebarang resit bayaran tapi aku pun buat-buat tanya berapakah jumlah keseluruhan kos perubatan.


Maka dengan terpaksanya kakitangan klink swasta itu mengatakan ia hanya sejumlah RM56 sahaja dan aku pun mengucapkan terima kasih kerana sudi memberitahu caj perubatan. Jadi disini aku nak beritahu kepada peserta Skim Peduli Sihat Selangor ini dimana jumlah RM500 adalah untuk setahun bagi yang berkeluarga manakala jika caj perubatan boleh mencecah RM50/sekali maka jumlah keseluruhan yang anda boleh guna adalah sekitar 10x Setahun. Selepas itu sila kembali menggunakan rawatan di klinik kerajaan persekutuan dengan harga sekitar RM1 - RM2 sahaja kerana peruntukkan bagi golongan bujang cuma RM200 setahun.


Kepada yang belum cuba tapi layak jangan membuang masa lagi untuk mendapatkan perubatan percuma di Klinik swasta kerana urusannya sungguh mudah dan tidak memerlukan sebarang kad dari kerajaan negeri Selangor, paling penting tunjukkan sahaja kad pengenalan anda di kaunter pendaftaran.


 
HAK CIPTA TERPELIHARA. © Sekejung - Lifestyle blog untuk generasi kini. DIMILIKI OLEH DIMENSI TEKNOLOGI BUMI NIAGA [001859511]